Friday, December 31, 2010

Jadual pembayaran gaji bulanan penjawat awam Malaysia 2011~

Dato' Mohd Salleh Mahmud.
.: Eh? Tentatif bila gaji akan diterima dah keluar? Ini akan membantu merancang perbelanjaan ke atau akan membatalkan hari bila nak keluar membeli belah? hehehe X-D

Di bawah ialah tarikh-tarikh keramat duit anda 10% akan masyuk ke simpanan punya kuota, lagi 10% untuk kuota belanja kecemasan, dan yang lebihnya anda buat belanja dapur dan belanja rumahs~~
  • Januari 25, 2011 - Selasa. 
  • *Februari 24, 2011 - Khamis. (Tahun Baru Cina Februari 03 dan 04, 2011).
  • Mac 24, 2011 - Khamis. 
  • April 25, 2011 - Isnin. 
  • Mei 24, 2011 - Selasa. (Pesta Menuai pada Mei 30 dan 31, 2011). 
  • *Jun 23, 2011 - Khamis. (Hari Gawai Jun 01 dan 02, 2011). 
  • Julai 25, 2011 - Isnin. 
  • Ogos 24, 2011 - Rabu. (Hari Raya Puasa Ogos 30 dan 31, 2011). 
  • September 22, 2011 - Khamis. 
  • Oktober 20, 2011 - Khamis. (Deepavali Oktober 25, 2011). 
  • *November 24, 2011 - Khamis. (Hari Raya Haji November 06, 2011). 
  • Disember 19, 2011 - Isnin. (Hari Natal Disember 25, 2011). 
Tanda * : Gaji bagi Tahun Baru Cina,Hari Gawai dan Hari Raya Haji tidak dibayar awal kerana perayaan ini jatuh sebelum 11 haribulan pada bulan berkenaan.

Betullll, mamdoh tak tipu~ Jadual pembayaran gaji bagi tahun 2011 ini adalah mengikut surat pekeliling Bilangan 4 Tahun 2011 woo~ Artikel asal boleh didapati dari Jabatan Akauntan Negara Malaysia~   :-)


m2mdoh: "Mari menyokong berjimat cermat sebelum kemarau panjang 3 tahun berturut-turut..."
:.

Phishing Scam: Maybank Alert Security Update

.: Pernah baca dulu, teknik-teknik bagaimana mereka-mereka mem-phishing (fishing = mengail) pengguna internet untuk menyerahkan user ID dan kata laluan mereka dengan rela hati. Antaranya ialah dengan membuat laman web palsu yang rupanya seakan-akan sama seperti laman web asal...

Phishing,
"Illegal action combining an unsollicited e mail (spam) and an illegal web site (or a simple page) with the same 'look and feel' as a legitimate site. The purpose is to prompt the user to leave confidential data such as personal info or bank account details."

Tujuannya agar ramai yang tertipu kerana laman web palsu ini betul-betul kelihatan sama dengan yang asal, malahan kandungan e-mel yang ditulis menyebabkan pengguna terasa mereka mesti mengambil tindakan segera.

Ini adalah satu screenshot e-mel yang mamdoh dapati dan terlupa nak dikongsikan di sini (baru perasan sebab nak kosongkan harddisk). Jom tengok apaka bendanya ini Maybank Alert Security Update phishing scam~ (panjang betul tajuks)...

Biasanya e-mel phishing scam nih akan "termasuk" ke dalam folder spam secara automatik. Tak kira anda pakai Hotmail, Gmail, Y!mail, penyedia e-mel ini sudah terlebih dahulu mengasingkan e-mel sampah spam dengan e-mel kita yang betul-betul e-mel punya. Inilah screenshot paparan e-mel phishing yang mamdoh terima~


Jadi, untuk pemeriksaan, kita pergi klik pautan link yang dia bagi~

Macam sama sebijik je rupa dia.. (klik untuk paparan lebih besar)

Untuk membuat perbezaan, ini ialah rupa laman web Maybank2U yang rasmi~

Ini yang betul punya~ (Takyah klik untuk tengok lebih besar, pergi link http://www.maybank2u.com.my/ kalau nak tengok)
Ambil beberapa saat untuk anda cari perbezaannya~ (Macam maen permainan gambar tersembunyi la pulak)
1 ...
2 ...
3 ...

Okay okay, cukup dah. 3 saat kira cukupla tu. Sebelum mamdoh tunjukkan paparan Maybank2U yang palsu tu, ini antara beberapa kriteria penting (ada 7 ja) sebelum anda dan mamdoh pergi ke laman sesawang milik bank, pusat membeli belah maya terkemuka, laman sesawang kerajaan atau mana-mana laman web sensitif yang membabitkan wang anda keluar masyuk~
  1. Pastikan penghantar e-mel anda itu dari pihak bank yang asal, bukannya dari "yommom@aol.com" atau "skilledfishermen@emailexample.com" sebagai contoh.
  2. Jangan pula klik pada pautan yang mereka beri dalam spam e-mel. Sila akses dari laman web yang asal (rajin sikit yea?).
  3. Periksa ada tak security encryption yang sudah disahkan verified. 
  4. Pautan link nya bermula dengan https:// kerna saluran https ini lebih selamat. (HTTPS = HyperText Transfer Protocol Secure). Laman web pasal dui memang akan guna https nih.
  5. Pautan link URL nya tidak menunjukkan nombor IP aneh (contohnya 123.456.789.0), 
  6. atau di-host kan oleh laman sesawang lain (contoh: laman web macam Maybank2U, tapi pautan pulak guna www.setarbakkopiy.com). 
  7. Perhatikan juga beberapa ciri-ciri keselamatan pada laman web asal sebelum menggunakan laman web itu. Jika ada jam, adakah jamnya tepat? Jika ada gambar, adakah gambarnya kabur atau jelas? Jika terdapat pautan lain, adakah pautan lainnya menuju ke pihak Bank atau terdapat pautan menuju kepada laman web yang lain? Seperti contoh laman Maybank yang palsu di atas, mereka ada "up" sikit sebab semua link Maybank memang ditiru habis-habisan. Memang bahaya ini~~  X-O 

Inilah rupa sambungan internet anda yang sudah disahkan secure dan encrypted jika menggunakan laman web Maybank. Verification ini agak sukar ditiru dan Firefox hanya tunjukkan ini jika laman web itu benar-benar selamat.

Jadi, berbalik kepada laman web Maybank yang palsu tadi, ini ialah antara tanda-tanda yang telah ditemui...


  1. Tiada secure encryption dari Firefox. 
  2. URL yang penuh tanda tanya siapa pemiliknya. 
  3. Jam yang mencurigakan: mamdoh pergi laman web ini jam 10 pagi lebih, tapi apsal kenapa jam dia baru jam 4 pagi?
  4. Ruang kosong aneh yang tiada amaran seperti pada laman web asal.. 
  5. Logo WebTrust semacam tinggi sedikit dari yang asal. Setting ruang pixel lari? 
Jadi, itulah perkongsian hari ini tentang phishing scam Maybank Alert Security Update. Harap-harapnya anda dan mamdoh tidak "ter-guna" atau "ter-pakai" laman web sebegini, Amin. Sayang tau, duit kita diambil orang kerana kita bagi username dan kata laluan pada laman sesawang bank yang palsu, aduyaiiii...   X-O


m2mdoh: "Mari menyokong beringat-ingat dahulu, hari kemudian tak kena tipu..."
:-|
:.

    Tuesday, December 28, 2010

    Jadual gaji penjawat awam Malaysia

    .: Tadi pasal 'ABCDE..' klasifikasi skim perkhidmatan jawatan kerajaan, sekarang pula tentang kadar gaji yang diberi mengikut jawatan yang disandang. 

    Betul sangat tengah cari maklumat pasal jawatan kerajaan, boleh lengkapkan sekali pengetahuan~ Kalau rajin baca, bolehla anda tahu berapa

    Ini dia...
    Indeks Jadual Gaji Baru dan Sifir Pemindahan Gaji Perkhidmatan Awam Persekutuan.

    Indeks Jadual Gaji Baru dan Sifir Pemindahan Gaji Perkhidmatan Awam Persekutuan.

    Rasa-rasanya yang 'T' tu maksudnya tingkat ka? Tingkat gaji ada dari T1 hingga T20?


    m2mdoh: "Mari meyokong pekerjaan halal dengan pendapatan tinggi~"
    :.

    Skim Perkhidmatan Mengikut Klasifikasi & Kumpulan Perkhidmatan (Jan 2005).

    .: Panjangnya tajuk kali ini? Macam serius~  :-?

    Jika anda antara pengisi tegar kerja jawatan kosong di Malaysia, anda mungkin tertana-tanya apakah itu huruf ABC pada gred atau kod jawatan yang dipohon, anda memang sama macam mamdoh. Asyik mengisi nih timbul tanda tanya apa maksud gred-gred ni semua?

    Jadi, kalau nak tau, inilah dia...

    Senarai Bilangan Skim Perkhidmatan Mengikut Klasifikasi & Kumpulan Perkhidmatan Pada Januari 2005.

    Skim Perkhidmatan Mengikut Klasifikasi & Kumpulan Perkhidmatan Jan 2005 -

    PDF nih kononnya berasal dari [www.jphpk.gov.my/Skim_Perkhidmatan.pdf], tapi bila di-Google, Jphpk ialah Jabatan Perkhidmatan Haiwan Perak??? Apa kena mengena maklumat tentang skim perkhidmatan penjawat awam dengan laman web haiwan? Entahla belalang, janji maklumatnya sampai, udah~   :-P

    Sekiranya anda ingin tahu tentang pekerjaan yang anda pohon atau yang anda jawat sekarang, sila rujuk pada Maklumat Jawatan (Deskripsi Tugas/Gaji Permulaan) dari SPA Malaysia. Pilih pencapaian akademik anda, kemudian klik pada nama jawatan anda dan satu window baru akan terbuka. Di sanalah terdapat maklumat deskripsi tugas anda (siap dengan tangga gaji sekali)~

    Nota: m2mdoh minta maaf tak dapat bagi kredit dengan empunya PDF. Tapi Maksyeh aa sebab *pernah* siarkan si internet. Maksyehhhh~~


    m2mdoh: "Mari menyokong bekerja dengan jujur amanah bersungguh-sungguh rajin baik demi kerana Allah."
    :-)
    :.

    Saturday, November 20, 2010

    Gray dan silver liningnya... (Pun intended)

    .: Terima kaseh buat Abu Numair Nawawi Subandi kerna berkongsikan artikel ini di Facebook. Dari arkib Utusan Malaysia Online, ini artikel Hikmah tawaran Raja Fadh bertarikh November 18, y2k10.

    Susunan SITI AINIZA KAMSARI.

    APABILA Nabi Musa a.s hendak bertemu dengan Allah di Bukit Tursina, seluruh gunung-ganang di situ bergoncang hebat umpama gempa bumi yang sangat kuat. Malah ia dikatakan hancur sehingga tidak berbekas akibat tidak dapat menahan cahaya apabila Allah akhirnya menampakkan sedikit daripada zat-NYA.

    Nabi Musa sendiri sangat terkejut, seluruh badannya gementar dengan kuat dan akhirnya pengsan.

    "Samalah juga sepatutnya apabila bertemu dengan Nabi Isa yang dikatakan anak tuhan, pasti manusia akan jatuh pengsan juga."

    Begitulah yang difikirkan secara logik akal oleh Jerry Duane Gray, 50, mengenai soal ketuhanan pada zaman remajanya dahulu.

    "Tetapi saya percaya tuhan itu wujud dan saya ingin sekali masuk ke syurga untuk bertemu dengan-NYA tetapi bagaimana? Lalu ketika itu, saya selalu berdoa agar saya diberi petunjuk yang benar mengenai tuhan, siapakah tuhan yang sebenarnya dan bagaimana saya dapat menjadi hamba-Nya yang baik" kata Gray.

    Dilahirkan di Wiesbaden, Jerman, namun berpindah ke Amerika Syarikat ketika berusia tiga tahun.

    Pada zaman muda, Gray mengikuti pengajian kejuruteraan penerbangan di Universiti Hawaii, Amerika Syarikat.

    Sebaik menamatkan pengajian, Gray terus mendapat tawaran pekerjaan yang sangat lumayan iaitu menjadi sebahagian daripada pasukan penyelenggaraan pesawat peribadi milik Raja Fadh yang berpengkalan di Jeddah, Arab Saudi.

    Namun tahukah anda, Gray menolak tawaran itu mentah-mentah.

    "Saya tolak tawaran itu kerana saya bimbang akan dibunuh oleh orang Islam. Malah saya sanggup untuk menganggur daripada menerima tawaran tersebut," katanya.

    Gray benar-benar memilih untuk hidup sebagai penganggur. Sama ada 'terhormat' mahupun tidak, dia hanya tinggal dalam sebuah kereta di hujung sebuah dermaga di tepi laut di Hawaii.

    Untuk memenuhi tuntutan perut yang lapar, Gray hanya memancing ikan. Jika beroleh ikan, maka dapatlah dia mengisi perut. Jika tidak, beliau sanggup kelaparan dengan hanya meneguk air paip yang ada di situ.

    Begitulah kehidupan melarat Gray selama enam bulan sebagai penganggur.

    "Saya hanya mampu menangis dan memohon agar tuhan memberikan jalan keluar daripada kehidupan yang dirasakan sangat perit ini," katanya.

    Tuhan seolah-olah mendengar permintaan Gray, apabila sekali lagi beliau dihulurkan dengan tawaran yang sama, iaitu bekerja untuk Raja Fahd.

    "Tetapi saya menganggap tawaran itu sebenarnya sebagai tanda tuhan murka kepada saya sehinggakan saya tidak mendapat tawaran pekerjaan di tempat lain, malah disuruh juga saya supaya ke Arab Saudi," katanya.

    Gray menerima nasihat temannya itu dan akhirnya dengan hati yang berat Gray pun berangkat ke Jeddah.

    Namun belum lama Gray di sana, beliau telah dihidangkan dengan pelbagai kejadian yang disifatkan sebagai luar biasa.

    "Iaitu satu pemandangan yang cukup berbeza daripada apa yang saya bayangkan selama ini apabila bercakap mengenai Arab dan Islam."

    "Ternyata umat Islam di sana begitu taat terhadap tuhan mereka dan lebih mengharukan saya, kalangan orang Arab itu sendiri sebenarnya begitu baik terhadap saya, seolah-olah saya seperti saudara mereka. Belum sempat saya membuka mulut, mereka sudah tahu apa bentuk bantuan yang saya perlukan," katanya.

    Pemandangan yang paling menarik bagi Gray apabila umat Islam akan segera meninggalkan apa sahaja yang sedang mereka lakukan apabila azan mula berkumandang untuk segera bersolat.

    "Pada suatu hari saya berada berhampiran dengan sebuah kedai emas dan secara tiba-tiba kedengaran suara azan. Apa yang berlaku amat mengejutkan saya apabila kedai emas itu dibiarkan sahaja terbuka sedangkan tiada sesiapa di dalamnya, baik pelanggan mahupun penjualnya."

    Begitu juga yang berlaku di jalan raya yang sebelum ini bersimpang siur dengan kenderaan dan mereka yang berjalan kaki bertukar menjadi sepi dan lengang.

    Hanya sesekali Gray melihat beberapa anggota polis yang akan menegur mereka yang lewat untuk pergi bersolat.

    Tidak lama kemudian, tuan punya kedai emas kembali semula ke kedainya dan apabila melihat Gray terpaku di hadapan kedainya, lalu dia pun bertanya; "Mengapa kamu berdiri sahaja di sini, masuklah ke dalam kedai?"

    "Saya tidak mahu masuk kerana bimbang saya disangka pencuri dan lebih teruk saya akan ditahan dan akibatnya tangan saya ini akan dipotong!" jawab Gray.

    "Masuk sahajalah ke dalam kedai saya ini, kerana semua ini adalah milik Allah, bukan saya yang punya."

    "Malah kamu boleh mengambil apa sahaja di sini kerana mungkin kamu lebih memerlukan berbanding saya kerana seperti yang saya katakan tadi bahawa semua itu adalah milik Allah dan akan kembali kepada Allah jua," kata pemilik kedai itu sambil tersenyum.

    Gray bagaikan hendak menangis mendengarkan kata-kata tuan punya kedai emas itu, kerana ucapan yang begitu tulus itu membuatkan hatinya begitu terusik dan terharu.

    "Saya percaya dia mempunyai iman yang sangat kuat dan saya ingin sekali mempunyai iman yang seperti itu."

    Peristiwa ini membuatkan Gray semakin tertarik untuk mengenali Islam dan beliau sangat suka berbincang mengenai agama itu bersama rakan-rakan beragama Islam yang lain. Iaitu terutamanya bersama Ahmad, rakannya yang merupakan salah seorang anggota Angkatan Tentera Udara Diraja Arab Saudi.

    Tidak sekadar mereka sering berbincang bersama, malah Ahmad juga memberikan senaskhah al-Quran terjemahan bahasa Inggeris kepada Gray.


    Soalan-soalan mamdoh?
    • Kenapa kita umat Islam kena kaya: Boleh bagi peluang pekerjaan halal kepada saudara saudari di luar sana. 
    • Hukum hudud yang disalah faham: Samada hudud versi bahasa Inggeris sudah ada diluar sana tetapi tidak ramai yang tahu, atau hukum hudud itu sudah diputarbelitkan oleh pihak yang sengaja tak nak mengaku bertanggungjawab? 
    • Rukun Negara, Kepercayaan kepada Tuhan: Sudahkan mamdoh dan anda benar-benar percaya yang segala-galanya adalah milik dan datangnya dari Allah? 
    • Bang berkumandang: Datang sebelum waktu, datang semasa waktu, datang selepas waktu. Ada berani meninggalkan segala pekerjaan kerna rindu menemui-Nya?

    Penghargaan:
    Smoga kita hari ini, hari esok, hari tulat, dan setiap hari, lebih baik dari hari-hari sebelumnya, Amin   :-)


    m2mdoh: "Mari mencintai Islam sepenuh hati~~"
    :-) 
    :.

    Monday, October 11, 2010

    AKS SPP: Jawatan kosong bahagian Pendidikan~

    .: Ingin bekerja dengan SPP? Anda kena mendaftar dulu di portal rasminya~~ :-)

    SPP @ Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Malaysia berfungsi mengendalikan sistem perkhidmatan perguruan seluruh Malaysia. Ia ditubuhkan bagi mengkaji perkhidmatan guru-guru, gaji-gaji dan syarat-syarat perkhidmatan mereka serta lain-lain kakitangan sekolah. SPP yang juga turut dikenali sebagai Suruhanjaya Diraja Aziz ini ditubuhkan pada 1hb Januari 1974.

    Bagi melancarkan urusan pelantikan dan perkhidmatan pendidikan di negeri Sabah dan Sarawak, maka urus setia cawangan kedua-dua negeri ini turut ditubuhkan. Secara umumnya, urus setia ini membantu melaksanakan semua aktiviti di bawah Perkara 144(1) Perlembagaan Persekutuan bagi mengendalikan urusan-urusan yang berhubung dengan fungsi SPP. Urus setia cawangan Sarawak ditubuhkan secara rasminya pada 16hb Julai 1976, manakala Urus setia cawangan Sabah pula pada 1hb Oktober 1977.

    Berikut ialah senarai orang-orang kuat SPP:
    • Pengerusi SPP:  Dato' Hj. Kusaini bin Hj. Hasbullah, 29hb Oktober 2007 - Kini.
    • Timbalan Pengerusi SPP: Y. Bhg. Dato' Hajah Rahimah bt. Dato' Hj. Ahmad, 15hb November 2007 - Kini. 
    • Setiausaha SPP: Y. Bhg. Dato' Wan Khazanah bt. Ismail, 27hb Ogos 2007 - Kini. 
    • Timbalan Setiausaha SPP: Encik Mohd Taupik bin Yusof (Pengambilan), 13hb Oktober 2008 - Kini. 

    Antara tugas-tugas Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan ialah:
    bertindak sebagai Pihak Berkuasa Melantik dalam perkhidmatan pelajaran dengan menjalankan fungsinya mengikut Perkara 144(1) Perlembagaan Persekutuan iaitu:
    • melantik, 
    • mengesahkan, 
    • memasukkan ke dalam perjawatan tetap atau perjawatan berpencen, 
    • menaikkan pangkat, 
    • menukar (iaitu pertukaran pelantikan/pertukaran tetap perkhidmatan), dan 
    • menjalankan kawalan tatatertib. 
    Jawatan-jawatan yang ditawarkan pula terbahagi kepada dua (2) bahagian:

    Entri blog kali ini ialah berkenaan bagaimana memohon jawatan AKS SPP dengan mengunakan Mozilla Firefox. Kalau diikutkan memang laman web SPP akan block halang kita dari menggunakan Firefox, tapi takpe, cara kena adaaa~~ ;-)

    Sekejap, nanti dulu, Apa bezanya memohon jawatan PPP, PPPT dan AKS?
    Mamdoh kurang arif kalau menerangkan perbezaan nih, tapi kalau dibaca dari laman web SPP, maka jawatan PPP dan PPPT ialah untuk calon-calon yang dari aliran pendidikan, atau ada mengambil pendidikan dalam pengajian mereka, manakala untuk AKS pula calon-calonnya bukan dari aliran pendidikan. Jika anda calon yang ada belajar di maktab perguruan, ada ambil KPLI, dll anda ialah calon untuk PPP atau PPPT. Jika selain itu maka anda adalah calon AKS. Iyya ka?

    Jawatan-jawatan AKS yang ditawarkan ialah:
    • Pegawai Khidmat Pelanggan, Gred N17, kod skim 3232.
    • Pembantu Tadbir (Kewangan), Gred W17, kod skim 3461. 
    • Pembantu Tadbir (Perkeranian atau Operasi), Gred N17, kod skim 3200.
    • Penyelia Asrama, Gred N17, kod skim 4728. 
    • Pembantu Pengurusan Murid, Gred N17, kod skim 4730. 
    • Pembantu Makmal, Gred C17, kod skim 2555. 
    • Tukang K2, Gred R11, kod skim 6920. 
    • Tukang K3, Gred R9, kod skim 6860. 
    Iklan sepanjang masa jawatan tetap AKS, Tangga gaji, beserta dengan Syarat lantikan dan kelayakan, elaun-elaun, klasifikasi jawatan dan skop fungsi dan bidang tugas.
    Iklan AKS SPP sepanjang masa Ogos 2010 -

    Iklan sepanjang masa di atas adalah tepat semasa entri ini ditullis. Sila muaturun dari Maklumat e-permohonan untuk iklan terkini.

    Berbalik semula kepada isi sebenar entri ini, Bagaimana anda boleh memohon jawatan AKS dengan menggunakan browser pelayar Firefox dan bukannya IE Internet Explorer? Jawapannya, Tak dapatlah kawannnn~~ Serius, portal rasmi SPP direka khusus untuk pelayar IE sahaja. Tapi kalau taknak buka banyak browser (Fx dan IE) sekaligus, boleh guna add-on xpi Firefox ini: IE Tab Plus dari Add-ons for Firefox.

    Add-on ini membolehkan browser IE dibuka terus dari browser Firefox. Senang je, cuma satu klik pada icon IE Tab Plus di bahagian status bar (yang di bawah browser) dan anda akan menggunakan pelayar IE. Jika diklik lagi, anda kini sedang menggunakan Firefox. Dan harap maaf, add-on ini betul-betul kaw pada Firefox versi 3.6 ke atas~ Kalau tak suka, anda terpaksa gunakan browser IE untuk memohon jawatan AKS.

    Maka, beginilah caranya untuk memohon jawatan Anggota Kumpulan Sokongan SPP dengan menggunakan browser Firefox. Yang di atas tadi semuanya intro, harap maaf harap diampun, hehehe ;-)


    m2mdoh: "Mari menyokong transformasi Pendidikan negaraa~~"
    :-?
    :.

    Wednesday, October 6, 2010

    Fenomena Azan dan Syahdunya Berjemaah~

    .: Yang ini mamdoh dapat masa aktif di Tagged dahulu. Dulu-dulu rajin la pulak rasa nak bersosial, lama-lama buhsan jadinya. Tagged pun sekarang dah macam laman web cuci mata, yes no yes no, lepas tu sangkut, huhu.. :-(

    Apa agaknya update terbaru kawan Jepun mamdoh yea? Lama tak dengar cerita dia...

    Video kali ini mengenai Azan. Azan bestttt, azan ialah tanda waktu solat sudah masuk. Jika azan berkumandang, maka umat Islam diseru ramai-ramai ke masjid untuk solat berjemaah sama-sama. Akan tetapi, ada sesuatu tentang azan yang kita mungkin tidak sedar.. Haa.. ;-)

    Fenomena Azan.

    "Bermula dengan laungan azan Subuh di timur Indonesia di kepulauan Silipis pada jam 5.30 pagi. Beribu surau dan masjid bersahutan mengumandangkan azan. Antara timur dan barat kepulauan Jawa, mempunyai perbezaan waktu sebanyak 1½ jam. Azan akan bersahutan dalam jangka waktu itu, diikuti oleh Sumatra. Sebelum ianya berakhir di Indonesia, ia telah bermula di Malaysia, diikuti oleh Myanmar, dan China.

    Dalam waktu satu jam setelah ia bermula di Jakarta, azan bermula di Dakar, Bangladesh, dan berlarutan hingga ke barat India. Dari Calcutta ke Lucknow, seterusnya ke Mumbai dan Srinagar, dan keseluruhan Kashmir. Seluruh bandar ke utara Pakistan juga mengumandangkan azan terus bersahutan. Sebelum azan berakhir di Pakistan, ia pula bermula di Afghanistan dan Muscat. Antara Muscat dan Baghdad, perbezaan waktu ialah satu jam. Dan dalam waktu sejam ini, azan Subuh mula berkumandang di United Arab Emirates, Kuwait, Jerman, Somalia dan Saudi Arabia.

    Antara Baghdad dan Kaherah di Mesir, mempunyai jangka perbezaan waktu juga satu jam. Azan masih berkumandang di Syria, Joran dan Sudan dalam jangku waktu itu. Kaherah dan Istanbul terletak dalam jangku waktu yang sama. Antara timur dan barat Turki, mempunyai jangka masa sebanyak 1½ jam. Kaherah dan Tripoli, ibu kota Libya, mempunyai satu jam perbezaan waktu. Dari Libya, azan bersambung ke Tunisia, Algeria, Rabat (ibu negara Morocco), dan Marrakech. Proses seruan azan berterusan silih berganti menyelubungi seluruh negara Afrika."


    "Laungan azan yang bermula di timur Indonesia waktu Subuh sampai ke perairan lautan Atlantik selepas 9 jam. Tetapi sejurus sebelum azan dikumandangkan di perairan lautan Atlantik, ianya telah bermula kembali di timur Indonesia menandakan masuk waktu Zuhur. Sebaik azan Zuhur tiba di Dakar, azan Asar bermula di timur Indonesia. Selang beberapa jam kemudian, azan Mahrib pula bermula. Setelah azan maghrib mula dikumandangkan di Sumatera, azan Isyak mula kedengaran di timur Indonesia.

    Direnungkan kembali, berpuluh ribu muazzin di seluruh dunia bersahutan menyeru azan menyatakan kebesaran Allah, syadahah, dan seterusnya. InsyaAllah, azan in akan berterusan hingga ke akhir zaman. Laungan azan merupakan satu fenomena yang agung yang akan sentiasa bertakhta di setiap sanubari umat Islam dan juga menandakan keagungan Islam.

    Pastikan! Bahawa laungan ini tidak akan lenyap, seperti yang telah mula berlaku di beberapa negara di muka bumi ini. Walaupun tersergah indah masjid-masjidnya, namun laungannya telah mula menyepi. Wahai umat Islam! Pastikan laungan kebesaran Allah ini tidak akan lenyap!"

    Subhanallah, Maha Suci Allah. Walaupun video ini tidak menyentuh umat Islam di Amerika, tapi laungan azan tetap berkumandang di sana. Kita di sini yang tinggal di negara yang aman damai ini, marilah sama-sama meramaikan masjid pada setiap waktunya. Ada antara mereka yang tidak dibenarkan melaungkan azan dengan nyaring seperti di Malaysia, maka kita sepatutnya bersyukur kerana laungan azan masih dapat didengar dengan nyaring di mana mana. Biar azan kita tidak akan putus sehinggalah hari kiamat kelak!

    Kalau nak ramai-ramai solat berjemaah, apa kata kita berjemaah seperti mereka ini? Full penuh 5 waktu sehari semalam? :-D :-D :-D

    This is why you will never win over ISLAM.. (re-up)

    Kalau liat nak solat, rajin-rajinkan. Kalau malas nak solat, amal-amalkan. Kalau tak tahu bersolat, jum blaja sama-sama~~ :-)
    • Dan jika keliatan itu kemalasan itu masih juga tidak dapat dikurangkan, ingatlah, cintailah mati. Betul-betul didalam hati mencintai mati sebab tak sempat solat akan mati sesaat nanti. Kalau nak juga sedikit hidayah dan kata-kata semangat, sila baca artikel ini - Kisah Benar Sola Berjemaah.
    • Dapatkan testi menarik di iLuvIslam.com.

    m2mdoh: "Mari berjemaah Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib dan Isya'~"
    :-)
    :.

    Tuesday, October 5, 2010

    Video Dunia Akhir Zaman: Konspirasi Jangka Panjang yang ke-4~~

    .: Dikongsi dari fb, video nih asalnya lebih 22 minit, oleh kerana kekangan YouTube, maka satu-satu video jarang dapat lebih 10 minit panjangnya.

    Apa yang perlu kita buat sebelum tengok video ini?
    1. Baca Panduan memahami ilmu Teori Konspirasi dulu. 
    2. Baru tengok dua video di bawah ini.. 
    3. Kemudian baca komen-komen yang terdapat di blog Salafus-sholih ini.
    Patutnya akan ada rasa terkezut dan kesedaran kenapa sesetengah perkara macam itu, atau macam ini, kenapa tidak begitu atau begini. Hati-hati juga, persoalan "kenapa" boleh membawa ke arah "kalau", dan soalan-soalan "kalau" boleh memesong akidah kita, jaga jagaaa~~

    Ini video pertama: Dunia Akhir Zaman 1/2

    Video kedua: Dunia Akhir Zaman 2/2.

    Perhatian: Penerangan video ini adalah diluar bidang kuasa mamdoh. Kurang ilmu mengenainya, tapi mamdoh rasa tidak salah untuk membuka minda mamdoh sendiri dengan perkongsian video seperti ini. Seperti yang dikatakan tadi, sila baca komen-komen pada blog Salafus-sholih ini.

    Tapi, dalam kita tertanya-tanya teori dan pertanyaan konspirasi ini, mungkinkah.. Mungkinkah apa yang dikatakan ini hanyalah *kebetulan* saja, tetapi ditokok tambah oleh "pihak Illuminati" dan "lain-lain" bahawa kononya kejadian-kejadian ini adalah perbuatan mereka? Bagaimana mereka boleh terus-terusan melakukannya tanpa jemu? Kalau disoroti kembali, lammmaaa juga tu.. :-?

    Tapi, itu pemikiran entah dari mana datangnya. Segala-galanya adalah kekuasaan Allah. Apa yg Allah izinkan terjadi, ia akan jadi. (Ingat lagi dengan Kun fayakun?). Tidak mustahil ini yang sememangnya sedang berlaku, kerana musuh-musuh Islam tidak akan berhenti melakukannya, hatta syaitan lagi telah berjanji akan melakukannya hingga kiamat.

    Kenapa kadang ada antara mereka yang sudah terang-terangan mengetahui bahawa ajaran dan agama Islam itu sememangnya benar tetapi tidak mahu menganutinya, bahkan masih mengusahakan menyesatkan umat Islam sehingga kini? Kerana harta? Perempuan? Kedudukan? Atau hati mereka yang telah dibutakan oleh Allah kerana enggan menerima Islam walau sudah tahu hakikat kebenarannya?

    Mari kita ramai-ramai kembali kepada Islam yang sebenarnya: al Quran dan Sunnah. Agar terhindar dari termasuk dalam statistik mereka-mereka yang dimasukkan ke dalam Neraka Jahannam... Huhu.. :-( Nauzubillah.


    m2mdoh: "Mari menyokong sesama umat Islam!!~"
    P/s: Agak-agaknya antara kita-kita ni sempat tak ke zaman ke-5? Kalau rasa tak sempat, jadi persiapkan anak-anak kita, ahli keluarga, sanak saudara, kawan-kawan, teman-teman dan umat Islam dan yang bukan Islam agar bersedia untuk menempuh zaman ke-4 ini. Mereka juga mungkin tak sempat menemui zaman ke-5. Kesiankan mereka juga, tapi kesiankan kita nih dulu.
    P/s: Siapalah yang akan membacakan menyedekahkan alFatihah kepada kita nanti selepas kita telah lama pergi? Masih adakah lagi yang sayang, masih adakah lagi yang teringatkan kita? :-(
    :.

    Wednesday, September 29, 2010

    Jawatan Kosong Vacancy Malaysia di Internet?

    .: Assalamu'alaikum (Selamat sejahtera ke atas kamu)~~

    Anda mencari-cari jawatan kosong kerajaan? Atau memilih untuk mencari kerja kosong dalam sektor swasta? Tidak kira apa jua pilihan anda, anda mungkin bengang kerana terdapat banyak laman web dan blog di internet yang "kononnya" memaparkan jawatan kosong terkini. Laman web yang mana satu lebih up-to-date terkini dan boleh dipercayai?

    Mamdoh sendiri pun pening mencari laman web yang mana satu. Bukan apa, laman web jawatan kosong Malaysia sekarang banyak yang pelik-pelik - dengan layout yang yang berterabur sana-sini, tulisan yang sukar dibaca, pengiklanan yang tidak seswai dengan website, lambat loading lagi, macam-macam hal. Pening kepala jadinya..

    Dipendekkan cerita, dengan pening-pening dan semangat mencari jawatan kerajaan yang terkini, mamdoh buatkan satu senarai pendek laman web yang boleh kita semua memohon kerja.

    SPA : Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.
    [ http://www.spa.gov.my/ ] : Laman web memohon jawatan kosong kerajaan untuk satu Malaysia.

    Malaysia.gov.my. Laman sesawang kerajaan Malaysia.
    [ http://www.malaysia.gov.my/bm/main/jobs/pages/jobvacanciesingovsector.aspx ] : Senarai jawatan kosong kerajaan untuk seluruh Malaysia.

    E-Recruitment Sarawak.
    [ http://www.e-recruitment.gov.my/ ] : Website ini menyenaraikan kerja-kerja kosong kerajaan untuk seluruh negeri Sarawak. (Kadang-kadang sukar dicapai kerana kerja-kerja maintenance).

    SPP : Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran.
    [ http://www.spp.gov.my/ ] : Kerja kosong (kerajaan juga) untuk cikgu dan bukan cikgu, bawah Kementerian Pendidikan (terbuka untuk seluruh Malaysia).

    JobsMalaysia. (ada iklan dalam TV nih)
    [ http://www.jobsmalaysia.gov.my/ ] : One-stop portal untuk memohon jawatan kerajaan sekali dengan kerja di sektor swasta (seluruh Malaysia).


    Senarai berikutnya adalah laman-laman web yang kita perlu daftarkan diri dan boleh dapat e-mail mengenai maklumat jawatan kosong swasta terkini yang diingini~~

    Jobstreet.
    [ http://www.jobstreet.com.my/ ] : Website ni layan sebab ada English fluency test: boleh disertakan bersama resume atau CV permohonan kerja kita nanti.  ;-)

    My Star Job.
    [ http://mystarjob.com/ ] : Senarai tawaran kerja yang diiklankan dalam suratkhabar theStar, dan juga iklan jawatan kosong yang lain. Kebanyakannya tawaran dari sektor swasta. Laman web contoh kerana mempunyai ciri-ciri sosial, mengandungi video-video dan artikel menarik, dan boleh dikongsi bersama.

    Monster Malaysia. Right jobs. Right candidates.
    [ http://www.monster.com.my/ ] : Kalau tak silap Monster asalnya ialah laman web luar negara (US). Tapi sekarang sudah ada versi untuk rakyat Malaysia.

    JobsDB. (Jobs database?)
    [ http://www.jobsdb.com.my/Malaysia ] : Antara laman web contoh. Carian jawatan kosong sangat mudah melalui laman web ini. Juga berasal dari web luar negara.

    JenJobs. Let the job look for you.
    [ http://jenjobs.com/ ] : Ada pilihan untuk Bahasa Melayu dan Bahasa Cina. Default ialah bahasa Inggeris.


    Seterusnya laman web awam (bukan diselia oleh badan kerajaan seperti laman web di atas) yang sentiasa menyenaraikan update/berita jawatan kosong terkini sektor kerajaan dan swasa. Terbuka untuk permohonan seluruh Malaysia.

    Achemm.
    [ http://achemm.blogdrive.com/ ] : Permohonan seluruh Malaysia (site dengan update paling terpantas, keburukannya websie ini lambat loading..)   ***Update: Telah ditutup kerana melanggar terma dan syarat?***

    *** Update lagi *** laman baru achemm : [ http://achemm.blogspot.com/ ]. *******


    Malaysian career. (Jawatan kosong kerajaan).
    [ http://malaysiancareer.com/ ] : Blog yang lebih kurang sama senarai jawatan yang ditawarkan seperti laman web Achemm.

    Jobs Malaysia 2010 | 2011? Portal jawatan kosong | kerja kosong kerajaan dan swasta 2010.
    [ http://www.jobsmalaysia.info/ ] : Agak popular? Tapi blog postnya tiada tarikh ia ditulis. Paling kurang pun tarikh tutup permohonan jawatan ditulis awal-awal lagi.

    Job Stock. Job hunting - save time, save money.
    [ http://jobstock.mesis.com.my/ ] : Kerja kosong sektor swasta dalam negeri Sarawak. Laman web yang aneh kerana banyak menggunakan gambar. Jika lebih banyak teks memang senang "ditemui".

    Jawatan Kosong.
    [ http://www.jawatankosong.biz/ ] : Jawatan-jawatan kosong di negara kita, Brunei dan Singapura.

    Malaysia Jobs. Maklumat jawatan kosong terkini.
    [ http://malaysiajobs.biz/ ] : Seperti membaca suratkhabar bahagian jawatan kosong sahaja. X-D

    Portal Jawatan Kosong.
    [ http://www.jawatankosong.com.my/ ] : Ada amaran warning yang kacil ja di tengah, macam tersembunyi sikit kalau tak perasan. Tapi betul kata dia, memang tak pernah dibuat orang kalau nak cari nak tengok jawatan kosong kerajaan atau swasta terkini memang minta wang pendahuluan. Kena hati-hati dengan scam dan fraud.

    e Jobs Vacancy. Malaysia electronic jobs vacancy.
    [ http://ejobsvacancy.com/ ] : Banyak jawatan swasta terdapat di sini.


    Tip-tip yang ada OK sikit.
    Ada cara lain juga untuk tahu tawaran kerja terbaru dan terkini. Selalukanlah diri kita mendengar segmen jawatankosong di radio (biasanya akan diberitahu awal pagi), membaca surakhabar hari-hari (khususnya hari Isnin, Rabu, Khamis, dan Jumaat), atau tanya-tanya dengan rakan, jiran atau saudara yang sudah bekerja di sektor kerajaan atau swasta. Tidak semesinya bergantung kepada internet sahaja. ;-)

    Kadang-kadang iklan kerja ditampal pada tepi-tepi kedai, papan notis atau di surau/masjid. Kebiasaannya iklan kerja untuk kerajaan jarang keluar hari Selasa, Sabtu dan Ahad kerana... entah? Mungkin government workers offday hari Sabtu dan Ahad? Hari Selasa memang jaranglah keluar. Hari Isnin sebab memang kena kerja, kalau keluar hari Khamis Jumaat, mungkin last minute? Tak percaya cuba kaji research sendiri. :-P

    Masa nak memohon jawatan juga kena pandai. Kalau jawatan tersebut memerlukan kelayakan akademik yang tertentu, pastikan anda ada kelayakan itu barulah memohon. Jika tiada, abaikan. Kalau pohon juga memang buang kertas fotostet, masa, duit setem dan poslaju. Betul, serius tak tipu. Jadi calon simpanan pun tak dapat. Sekarang ramai woo yang minta kerja. Jadi peluang anda untuk bersaing dengan beribu-ribu pemohon agak tipis. Kalau anda ada apa yang mereka cari, jangan malu-malu, pohon saja~~ :-D

    Kalau dah confirm sah dipanggil temuduga, jangan lengah-lengah buat persediaan awal. Jawatan kosong kerajaan misalannya, kena ambil tahu-menahu misi visi jabatan, orang kuat-kuat, mungkin sejarah dan logo, nama-nama menteri, deskripsi jawatan yang dipohon, isu-isu semasa yang berkaitan, dan bersedia juga dengan soalan-soalan panas yang tak terduga.

    Menipu maklumat dan pengalaman peribadi atau over bragging semasa temuduga adalah amat-amat dilarang. Pakai pakaian yang kemas simple, separa formal (sila bertanya dengan mereka kalau kita tak tahu), tali leher untuk lelaki, dan berkasut ala-ala kulit kalau boleh. Tapi tengok jugalah anda ditemuduga untuk jawatan apa. Pakailah yang sesuai. Kalau bab-bab temuduga nih, ada e-book yang seswai untuk dijadikan panduan. E-book yang bernama Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan. Macam-macam rahsia yang dibongkarkan, agar kerja impian akan jadi kenyatan. Iyya ka?   :-?


    m2mdoh: "Boring buhsan menunggu kerja. Mari menyokong perniagaan kecil-kecilan, mari~~"
    :-D
    :.

    Saturday, September 18, 2010

    Al Quran dan Cell Phone.

    .: Entri ringkas yg dapat dari e-mel. Kiranya niat nak menambah bilangan post yang ada, hehe. ;-)

    Sedikit peringatan yang ditujukan untuk diri sendiri...Dua bahasa, tapi tujuannya sama. Mari sama-sama hayatinya~~


    Al Quran and Cell Phone.

    Ever wonder what would happen if we treated our Quran like we treat our cell phone?
    Bagaimana agaknya ya jika kita melayan menjaga al Quran sama seperti kita melayan menjaga handphone?

    Oh Berryku, Oh al Quranku.
    What if we carried it around wherever we went?
     Akankah kita bawa ia ke mana-mana sahaja kita pergi?

    What if we flipped through it several time a day?
    Bolehkah kita lihat kita belek ia sehari-hari?

    What if we turned back to go get it if we forgot it?
    Sanggupkah bila terlupa kita patah balik mengambilnya kembali?

    What if we used it to receive messages from the text?
    Bagaimana pula jika tulisan-tulisannya kita fahami?

    What if we treated it like we couldn't live without it?
    Dapatkah kita bayangkan hidup tanpanya di sisi?

    What if we gave it to kids as gifts?
    Dijadikan hadiah kepada anak sempena hari jadi?

    What if we used it when we travelled?
    Sumber rujukan ketika kembara ke sana sini?

    What if we used it in case of emergency?
    Atau, kita gunakan ia semasa kecemasan menimpa diri?

    This is something to make you go....hmm...where is my Quran?
    Kini kita tertanya-tanya, di mana Al Quranku selama ini?

    Oh, and one more thing.
    Haa, ada satu lagi...

    Unlike our cell  phone, we don't have to worry about our Quran being disconnected because Allah already paid the bills.
    Kita tidak perlu bimbang "tiada talian" kerana Allah yang sediakan taliannya, tidak seperti talian berbayar handphone kita tadi.

    Makes you stop and think "Which one should be my priority?"
    Mari kita fikir-fikirkan, Apa sebenarnya keutamaan kita, al Quran ka Blackberry?




    Buat renungan kita bersama~~ :-)


    m2mdoh: "Mari menyokong al Quranku di hatiku~~"
    :-)
    :.

    Thursday, September 16, 2010

    e-Solat JAKIM : Widget Penting yg Dipakai Setiap Hari

    .: Maaf lama tak kemaskini blog. Asyik post untuk blog versi omputeh aja, yg blog bahasa sendiri lambat pulak tulis. Haha, bahaya betul penyakit berlengah-lengah nih, aduiii..   :-P

    OK, ni nak kongsi macamana boleh tambah widget e-Solat milik JAKIM kita. Mamdoh dulu memang geram sangat sebab bila add widget e-Solat dekat blog, selalu tak menjadi. Dulu macam ada coding iframe HTML yang tak lengkap pulak bila tengok. Sekarang JAKIM dah betulkan balik, coding pun jadi lebih ringkas dah. Yela, gunanya e-Solat nih sebab selalu sangat melayari panggilan internet, sampai panggilan Ilahi pulak boleh terabai. Uiii, jangan, jangannn, biar beringat dari tak sempat. Nangis tak berlagu pulak nanti, bahaya.. :-(

    Maka, oleh itu, diharap, demi Allah, dengan adanya widget ini dalam blog sendiri, maka waktu solat akan lebih terjaga. Bukan mengingat waktu solat sendiri aja, tapi sama mengingat waktu solat untuk teman-teman kita juga.

    Jadi, di bawah ini ialah coding widget e-Solat JAKIM yang penuh, dan telah diubahsuai. (Diambil dicilok dari laman sesawang e-solat JAKIM, jangan mara aa...)
    1. Mula-mula, pergi laman sesawang e-Solat, cari "source code" atau "kod sumber". (Ketika entri ini ditulis, ianya berada di sebelah kiri, bahagian bawah sekali)
    2. Lepas klik, ada paparan nama-nama tempat seluruh Malaysia, dan kod sumber/source code untuk widget e-Solat kita.
    3. Pilih rekabentuk yang menarik dihati, salin semua codingnya, kemudian tampal di dalam blog.
    4. Buat beberapa pengubahan pada kod sumber, kemudian barulah disimpan (save).
    Oleh kerana terlebih rajin, mamdoh letakkan sekali kod sumbernya terus dalam entri ini. :-P

    Untuk rekabentuk pertama... (kotak besar punya)


    Rekabentuk yang kedua... (mini e-Solat, sama macam yg dalam blog ni)  :-)


    ***Penting***
    Perasan tak ada beberapa kod sumber yang ditulis dengan huruf besar? Kod-kod inilah yang kita akan ubahsuai nanti. Senang je caranya, cuma padam (delete) kemudian tulis kod sumber yang baru.
    ****************
    Kod mana yang perlu diubah? Haa.. jum tengok~~

    Rekabentuk e-Solat 01 guna kod sumber yang ringkas, tapi rekabentuk 02 ada banyak kod. Apa-apa pun, mamdoh tulis untuk semua kod yang perlu diubah.

    Sekali lagi, kod yang dalam huruf besar hendaklah dipadam, kemudian ditulis dengan kod yang baharu~ Apabila dituliskan yang baru, tak perlu gusar nak guna huruf besar ke huruf kecil. Dua-dua kod boleh dipakai.
    • Untuk KOD, ini bermaksud kod untuk kawasan waktu solat. Macam mamdoh yang tinggal di Kuching, mamdoh akan guna kod swk08. Anda guna kod untuk kawasan anda. Kod kawasan akan mempunyai waktu solat yang berbeza dengan kawasan lain.
    • Untuk LANG pula, ini ialah kod bahasa (language). Tulis BM untuk kod e-Solat yang berbahasa Melayu, tulis ENG untuk kod versi bahasa Inggeris.
    • URL, ini untuk kita letakkan URL blog kita. Tapi kan, sepanjang pakai widget e-Solat ni, takde pulak pautan URL blog mamdoh klua. Bila klik pun yang ada ialah pautan kembali ke e-solat JAKIM. Kalau dibiarkan tak bertukar pun takpe, tapi dah alang-alang, tulis je URL blog kita di sini.
    • FONT = bentuk tulisan. Ada macam-macam bentuk yang ada, nanti kita tengok. Yang popular ialah Times New Roman? Guna tulisan yang semua komputer boleh baca, kalau guna font yang istimewa, mungkin apabila blog kita dilawati dengan komputer lain, widget e-Solat kita tak dapat dilihat. Setting dah lari daa... 
    • FONTCOLOR ialah kod untuk warna tulisan. Kalau dari contoh laman e-Solat, kod #FFFFFF akan menjadikan tulisan pada widget berwarna puteh. 
    • dan yang terakhir, BGCOLOR pula ialah kod warna latar (background color). Contoh yg dberi ialah #261798 (biru), iaitu warna biru.
    Okay, sekarang kita lihat contoh-contoh demo-nya.

    Template 01
    KOD: swk08, LANG: ENG.


    Template 02
    KOD: swk08, LANG: BM, FONT: Times new roman. FONTCOLOR: #FFFFFF.


    Haa.. Menjadi tak? :-D Tapi yg rekabentuk 02 tu mamdoh tak edit BGCOLOR sebab kod tu tak berfungsi walaupun dah diubah warna lain. Tapi kalau FONTCOLOR tak ditukar dengan kod warna lain, rekabentuk 02 tu akan jadik warna merah. Tak tahu kenapa, setting iframe JAKIM ada lari siketla..

    Dan, yang di bawah ini ialah senarai untuk kod-kod kawasan negeri anda. Gantikan KOD sahaja dalam kod sumber tadi.
    Susunan: (KOD) (Kawasan)

    Sabah:
    • sbh01 Zon 1 - Sandakan, Bdr. Bkt. Garam, Semawang, Temanggong, Tambisan
    • sbh02 Zon 2 - Pinangah, Terusan, Beluran, Kuamut, Telupit
    • sbh03 Zon 3 - Lahad Datu, Kunak, Silabukan, Tungku, Sahabat, Semporna
    • sbh04 Zon 4 - Tawau, Balong, Merotai, Kalabakan
    • sbh05 Zon 5 - Kudat, Kota Marudu, Pitas, Pulau Banggi
    • sbh06 Zon 6 - Gunung Kinabalu
    • sbh07 Zon 7 - Papar, Ranau, Kota Belud, Tuaran, Penampang, Kota Kinabalu
    • sbh08 Zon 8 - Pensiangan, Keningau, Tambunan, Nabawan
    • sbh09 Zon 9 - Sipitang, Membakut, Beaufort, Kuala Penyu, Weston, Tenom, Long Pa Sia

    Sarawak:
    • swk01 Zon 1 - Limbang, Sundar, Terusan, Lawas
    • swk02 Zon 2 - Niah, Belaga, Sibuti, Miri, Bekenu, Marudi
    • swk03 Zon 3 - Song, Belingan, Sebauh, Bintulu, Tatau, Kapit
    • swk04 Zon 4 - Igan, Kanowit, Sibu, Dalat, Oya
    • swk05 Zon 5 - Belawai, Matu, Daro, Sarikei, Julau, Bitangor, Rajang
    • swk06 Zon 6 - Kabong, Lingga, Sri Aman, Engkelili, Betong, Spaoh, Pusa, Saratok, Roban, Debak
    • swk07 Zon 7 - Samarahan, Simunjan, Serian, Sebuyau, Meludam
    • swk08 Zon 8 - Kuching, Bau, Lundu,Sematan

    Johor:
    • jhr01 Pulau Aur dan Pemanggil
    • jhr02 Kota Tinggi, Mersing, Johor Bahru
    • jhr03 Kluang dan Pontian
    • jhr04 Batu Pahat, Muar, Segamat, Gemas

    Melaka:
    • mlk01 Bandar Melaka, Alor Gajah, Jasin, Masjid Tanah, Merlimau, Nyalas

    Negeri Sembilan:
    • ngs01 Jempol, Tampin
    • ngs02 Port Dickson, Seremban, Kuala Pilah, Jelebu, Rembau

    Selangor dan Wilayah Persekutuan:
    • sgr01 Gombak, Hulu Selangor, Rawang, Hulu Langat, Sepang, Petaling, Shah Alam
    • sgr02 Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat
    • sgr03 Kuala Lumpur
    • sgr04 Putrajaya
    • wly02 Labuan

    Perak:
    • prk01 Tapah,Slim River dan Tanjung Malim
    • prk02 Ipoh, Batu Gajah, Kampar, Sg. Siput dan Kuala Kangsar
    • prk03 Pengkalan Hulu, Grik dan Lenggong
    • prk04 Temengor dan Belum
    • prk05 Teluk Intan, Bagan Datoh, Kg.Gajah, Sri Iskandar, Beruas, Parit, Lumut, Setiawan dan Pulau Pangkor
    • prk06 Selama, Taiping, Bagan Serai dan Parit Buntar
    • prk07 Bukit Larut

    Pulau Pinang:
    • png01 Seluruh Negeri Pulau Pinang

    Kedah: (kenapa Kulim keluar 2 kali JAKIM buat?)
    • kdh01 Baling, Sik, Padang Terap
    • kdh02 Kubang Pasu, Kota Setar, Pendang, Kulim, Bandar Bharu, Kuala Muda, Yan
    • kdh03 Puncak Gunung Jerai
    • kdh04 Langkawi
    • kdh05 Pendang, Kuala Muda, Yan
    • kdh06 Kulim, Bandar Baharu

    Perlis:
    • pls01 Kangar, Padang Besar, Arau

    Kelantan (takde ktn02?):
    • ktn01 Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh, Tumpat, Pasir Mas, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai, Mukim Chiku (Jajahan Gua Musang)
    • ktn03 Jeli, Gua Musang (Mukim Galas, Bertam)

    Pahang:
    • phg01 Pulau Tioman
    • phg02 Kuantan, Pekan, Rompin, Muadzam Shah
    • phg03 Maran, Chenor, Temerloh, Bera, Jerantut
    • phg04 Bentong, Raub, Kuala Lipis
    • phg05 Genting Highlands, Bukit Fraser
    • phg06 Cameron Highland

    Terengganu:
    • trg01 Kuala Terengganu, Marang
    • trg02 Besut, Setiu
    • trg03 Hulu Terengganu
    • trg04 Kemaman, Dungun 

    Tak tau nak cakap apa, kalau mamdoh mamdoh akan buat setting semua tersusun. Tapi tak baik kutuk mereka yg dah tolong buatkan widget e-Solat nih, patutnya berterimakaseh kerana diorang berjasa membantu kita dapat tengok waktu solat secara atas talian.

    Terima Kaseh untuk pihak JAKIM kerana widget e-Solat ini, Syukran Jazilan~~ :-D


    Rasanya widget e-Solat nih dah siap dah, dah boleh tampal di blog anda juga. Kalau masih ada masalah, sila rujuk ke laman rasmi e-Solat JAKIM kita dan guna kod sumber yang asal. Boleh juga tanya dgn mamdoh, mana tahu mamdoh boleh tolong tengok-tengokkan, insyaAllah.   :-)


    m2mdoh: "Nak jugak yang e-Solat yang ada jam bergerak tuu.. alaaa... Macamana JAKIM incorporate jam java tu dalam widget dia sendiri je? Mamdoh tak cukup ilmu lagi~~"
    :-D
    :.

    Saturday, May 15, 2010

    Yamaha Ego S 101: Bedah Siasat Spec Apa yang Dapat ~~

    .: Beshnyaaa~~ Beshnyaaa~~ Bestnyaaaa~~ X-D

    Nanti ada rezeki akan ada satu lagi ahli keluarga masuk: sebuah skuter yang ranggi~
    Iyya ke ranggi?? ;-)
    Yamaha Ego S
     Jeng jeng jengggg~~


    Target ialah moped Yamaha Ego S, takpun Nouvo S.. Dulu pilih antara Yamaha 135LC atau Lagenda, tapi sekarang nak jadi mamat scoot plak, hehehe ;-)

    Sejarah ringkas Yamaha Ego.
    Wikipedia:
    • Nama asal dia Yamaha Mio (pasaran Jepun).
    • Dikeluarkan selepas Yamaha Nouvo
    • Ada Yamaha Mio Soul, Yamaha Mio Ultimo, kat sini cuma ada Yamaha Ego S (S=sport)

    Apa yang perlu bila first time nak beli skuter?
    Dekat tempat m2mdoh (Kuching, Sarawak), dia nak...
    • lesen memandu
    • slip gaji 3 bulan
    • bil air/ bil api (lektrik)
    • dan semestinya, duit downpayment cash laa~~
    • tempat lain ada requirement lain ka???

    Harga Yamaha Ego?
    Ada 3 pilihan yang dijumpai...
    • downpayment RM 700, tapi bayar bulan RM 210 untuk 3 tahun = RM 8,260.
    • downpayment RM 1,300, tapi bayar bulan RM 169 untuk 3 tahun = RM 7,384.
    • downpayment RM 1,500, tapi bayar bulan RM 160 untuk 3 tahun = RM 7,260.
    • harga beli cash = antara RM 5,330++
    Huhuhu.. yang 1,300 dgn 1,500, beza downpayment 200 je, tapi beza jumlah harga = RM 124.

    Alamak, lupa nak tanya harga Nouvo pulak..  (>,<'")

    Ada dibagi barang free kalau beli Yamaha Ego?
    Pun terlupa tanya. Tapi lepas cari kat internet, sapa-sapa yang beli Ego 'mungkin' dapat...
    • helmet
    • bakul
    • safety lock
    • service
    • baju hujan??
    • minyak 4T?
    • Shell/ Petronas petrol?
    • paling penting, mesti ada original waranti dari Yamaha. kalau lebih dari 12bulan itu sudah kira baekkkk~~

    Apa specification untuk Yamaha Ego S?
    • Overall length x width x height : 1,820 x 675 x 1,050 mm
    • Seat Height : 745 mm
    • Wheel base : 1,240 mm
    • Minimum Ground Clearance : 125 mm
    • Dry weight/ Curb weight : 90 kg
    • Engine oil capacity : 0.9 litre 
    • Frame type : Steel tube
    • Caster/Trail : 26.5° / 100 mm<
    • Headlight : 12V32W/32W x 1

    Yang full punya nih:
    Spesifikasi Yamaha Ego

    Cerita-cerita lain tentang Yamaha Ego~
    : Malaysian Bikers Community.
    • airbox/airfilter salu ada poblem, carburator tak berapa tahan
    • valve senang bocor
    • Ego guna minyak 4T...
    • jaga minyak hitam dengan super cermat. short distance Shell vsx, long distance Shell sx. Yamalube??
    • kena jaga minyak gear dan eo (engine oil)
    • seelok-eloknya servis carburator time tukar minyak hitam ngan minyak gear
    • service selalu dalam 1000-1500km...
    • tak berapa bagus untuk long distance, belting tak tahan
    • service belt tengok berapa ganas pakai: cuba dalam 4-6bulan service belt. mileage 25,000 gi tuka
    • dalam first week mungkin ada bau hangit kat ekzos, patut ok balik lepas seminggu~
    : Lowyat.net.
    • Ego adalah target pencurik2 sekarang.. barang panas nih woo~~
    • tak payah bengong tayar pancit sebab Ego guna tubeless tyre
    • body nya yang besaw meyukarkan diri masa nak cilok-cilok tym traffic jam (berpanas berhimpitla kamooo di sitooo)


    Nak tambah barang kat Yamaha Ego S?
    Sila ke pautan ini: Product Ego. Klik pada 'Build my Ego' dan tambah aksesori untuk Ego. (Guna IE baru menjadi, kalau Fx dia takde animasi). Kalau nak modified gila-gila pergi link Malaysian Bikers Community tu, m2mdoh cari page by page lawa gak bila modify Ego nih ;-)

    Pendek katanya, cuak jugak nak amik Ego. Lepas baca kat forum, fuhyoo.. lari bajet nih kalau asik nak repair ngn maintenance bulan-bulan. Guna 4T tu, adusss.. m2mdoh dah penat search kat internet, mata dah pusing-pusing dah, lagipun maklumat pasal Ego dalam bahasa Melayu kurang laa. Apa-apapun, nanti tengok

    m2mdoh: "Udah-udah la tu. Pakai LC idaman jugak yang layannnn~~"
    X-D
    :.

    Friday, May 7, 2010

    Senggugut, menstrual pains/cramps: Cara nak kurangkan rasa sakit nya >>

    .: Senggugut, m2mdoh lbh suka sebut sengungut, entahla, bunyinya aneh~~

    Bila seseorang lelaki mula berpasangan, adalah kurang manis jika habis dselidiknya perihal peribadi cintanya itu. Kalau dah kahwin, barulah boleh lebey-lebey dengan pasangan. Akan tetapi, tak ambik tahu pun susah jugak, semalam ok je riang ria tawa happynya, tup tup hari ni ribut petir angin puting beliung, haru haruuu..

    image credits: jeffk.

    Cerita post kali ini tentang sengugut, aka period pain, aka menstrual pain, menstrual cramp, apa-apa yang sama waktu dengannya. Datang bulan (period/haid) tu sememangnya proses yang wajib datang untuk seorang wanita yang sudah akil baligh, ada yang cun-cun tiap-tiap sebulan, mesti datang punya. Ada jugak yang tak datang cun-cun, ada selang 2 bulan, 3 bulan, 4 bulan.. ada yang 2 minggu sekali, itu normal dan bergantung dengan keadaan badan seseorang wanita itu.

    Cumanya, dalam masa pertama kali period atau kali kedua-ketiga-keempat-blablabla kedatangan period, jika jarak diantaranya terlalu dekat, hendaklah dibawa berjumpa doktor. Takut yg keluar itu bukan darah period, tapi darah penyakit. Yang sudah bertahun-tahun period dengan selang masa yang tetap, jika selang masanya semakin ganjil, pun sama kena berjumpa doktor. Periksalah, kita mana tahu itu normal ke atau sakit ke...

    Itu bab pengenalan untuk period. Sekarang baru nak cakap pasal sengungut. ;-)

    Nak kata terer pasal bab-bab wanita ni, m2mdoh kurang ilmu sebenarnya. Pernah blaja masa muda-muda dulu, tapi tak berapa skor la bab-bab wanita. Oleh kerana terdapat peristiwa tentang sengungut ni, jadi sekarang baru nak research mengkaji dan letak kat blog untuk peringatan dan pemahaman diri sendiri.

    Sengungut dari Wiki:
    Penyakit senggugut (PMS) merupakan himpunan simptom fizikal, psikologi, dan emosi yang berkait dengan kitaran haid wanita. Dianggarkan kebanyakan wanita pada usia boleh mengandung (child-bearing age) (sekitar 80 peratus) mempunyai sebahagian simptom PMS, the official definition limits the scope to having symptoms of "sufficient severity to interfere with some aspects of life". Simptom sedemikian biasanya boleh dijangka dan berlaku secara tetap semasa dua minggu sebelum haid. Biasanya simptom mungkin hilang sebelum atau selepas permulaan aliran haid.
    Bagi sesetengah wanita dengan PMS, simptom amat teruk sehingga mereka dianggap melumpuhkan.

    Apala Wiki Malaysia ni ada campur aduk English, ni yang English punya, lagi best penerangan dia:
    Dysmenorrhea (or dysmenorrhoea) is a gynaecological medical condition characterized by severe uterine pain during menstruation. While most women experience minor pain during menstruation, dysmenorrhea is diagnosed when the pain is so severe as to limit normal activities, or require medication.
    Dysmenorrhea can feature different kinds of pain, including sharp, throbbing, dull, nauseating, burning, or shooting pain. Dysmenorrhea may precede menstruation by several days or may accompany it, and it usually subsides as menstruation tapers off. Dysmenorrhea may coexist with excessively heavy blood loss, known as menorrhagia.

    Haa, kan dah blur blur membacanya~~ X-D

    : Dysmenorrhea (atau dysmenorrhoea) ialah keadaan ginekologi yang dicirikan dengan kesakitan pada rahim ketika mengalami haid. Kebanyakan wanita tidak mengalami sakit yang keterlaluan, tetapi akan didiagnosis sebagai dysmenorrhea jika kesakitan yang dialami terlalu teruk, sehinggakan menyekat individu tersebut dari melakukan aktiviti seharian, atau mengalami rasa sakit yang memerlukan rawatan lanjut.

    : Dysmenorrhea boleh merangkumi pelbagai jenis rasa sakit, antaranya rasa ngilu, berdenyut-denyut, rasa kebas, mual/muntah-muntah, rasa 'terbakar', atau sakit yang menekan-nekan. Dysmenorrhea mungkin berlaku sebelum datang bulan atau berlaku serentak, dan biasanya reda setelah tamat haid. Ia juga mungkin akan berlaku ketika kehilangan darah haid yang sangat banyak, dipanggil menorrhagia.

    Cukup setakat itu kita blur sama-sama, meh baca macamana nak kurangkan sakit sengungut nih.

    Guna cara moden? Doktor ni cakap guna ibuprofen atau naproxen, pil pencegah kehamilan pun boleh dipakai. (Ubat lain pun boleh, jumpa doktor dule ea?) Kena tengok video dulu baru tahu macamana~~

    Video nombor 2 pula menggunakan cara biasa, makan pil mengandungi omega 3, minum teh raspberry, sapu minyak aromaterapi, atau selambe yaya tinggikan paras kaki anda dari paras badan. Bab guna arak tu yg m2mdoh tak berkenan. Guna ubat lain, halal, ful stop. >:-(

    Video 3 paling layan: Bagaimana Shiatsu boleh mengurangkan rasa sengungut. Dengan urutan pada tempat yang betul, rasa sengungut akan berkurangan.

    Nak tahu tempat sebetulnya pada celah ibu jari tadi? Lihat pautan ini. (Tengok pada Valley of Harmony). Heal Your Headaches Naturally, By Dr. Maoshing Ni. Bahagian urut atas mata tu ada beri kesan kurangnya sakit kepala.   :-)

    Ada satu pautan yang agak terperinci pasal urut mengurut sengungut, Shen Nong: Treatment Modalities, Massage to Relieve Menstrual Pain. Ada gambar titik-titik urutan pada belakang pinggul, belakang dada, atas perut, antara paha-lutut-betis, atas tumit kaki, dan pada jari kaki.

    Yang blog satu ni ada lucu siket, Tips melawan sengungut. Dia kata khas utuk wanita, tapi sepanjang post dia asik mention para lelaki. Hadoi, hadoi, paling layan 'Perempuan mengamuk sakan' dia, hehehe X-D

    m2mdoh agak kecewa la bila cari maklumat-maklumat sebegini di internet, lebih-lebih lagi yang berbahasa Melayu. Kalau jumpa pun memang laman web yang menjual mempromosi barangan kesihatan, seciput je info pasal cara merawat. Dah jumpa yang omputeh punya, berbelit plak lidah nak translate, tak nak seribu dalih, ku terjemah sampai boleh, hehehe X-D


    m2mdoh: "Kenapa masih beracun perkataan-perkataanku dengan rojak? Sasteraku belum tinggi lagi ea?"
    :-(
    :.

    Friday, April 9, 2010

    8 Petua Dulu2 yg Mungkin Dah Tua >>

    .: m2mdoh jumpa artikel nih dr Yahoo! daily snippets semalam, layannnn~~
    :-)

    Kadang-kadang bila kita sakit kan, ibu bapa atau mungkin nenek atau datuk akan bagi petua yang kita jarang dengar. Adala jugak petua yang macam pernah dengar, tapi petua-petua nih series ke berkesan? Nak cakap doktor pun bukan, tok bomoh pun bukan, tapi menjadi juga mujarab juga petua orang dulu-dulu tau~ Tak hebat ke apa diorang nih?? ;-)

    Jom tengok antara petua-petua yang agak fofular dikomen oleh ilmu hayat kini (aka ilmu sains)~~

    gambar best ini dari: FootosVanRobin.
    • Air halia bagus tau untuk sakit perut (perut kembong masuk angin). [preskripsi nenek bidanisme]
      • Berdasarkan kajian yang ada: Betul betul betul. Halia terbukti mengurengkan rasa mual-mual dan rasa nak muntah. Siap boleh tolong keluarkan angin ikut jalan belakang lagi.
    • Sebiji epal sehari tak payah jumpa doktor lagi (untuk hari ni). [pesan nenek zappel]
      • Berdasarkan kajian yang ada: Nenek tu terlebih promote buah orang puteyh. Apa-apa pun, kulit buah epal adalah sumber quercetin yang baik, sejenis agen pengoksidaan yang penting untuk tubuh badan. Ianya mampu mengurangkan tekanan darah yang tinggi, sakit asma dan alahan, serta mampu mencegah serangan jantung.
    • Sapu madu supaya cepat sembuh. [petua nenek dressaa "dresser" nombor satu]
      • Berdasarkan kajian yang ada: Ya. Jika disapu di atas kulit melecur yang tidak terlalu teruk (bukan untuk luka/kecederaan lain), madu didapati mempercepatkan proses penyembuhan kerana ia menyediakan keadaan yang lembap dan bebas bakteria pada permukaan kulit, yang mana keadaan ini sangat sesuai untuk pertumbuhan tisu epidermis kita.
    • Kulit melecur baek disapu 'planta' (mentega). [arahan nenek watak dressa nombor dua]
      • Berdasarkan kajian yang ada: Takde maknenya. Mentega sebenarnya tidak mempunyai apa-apa khasiat yang berguna untuk kesihatan. (Dulu pernah baca dalam panduan pengguna bijak).
    • Selalu tidur dalam erkon (air cond/AC) boleh dapat selesema. [kata nenek moden]
      • Berdasarkan kajian yang ada:  Mungkin kata nenek tu betul, ada benarnya. (Lee-hai jugek nenek tu.) Alat penghawa dingin sebenarnya bersifat mengeringkan. Apabila kita bernafas, udara dingin dari erkon menyebabkan lapisan mucus dalam ruangan rongga hidung menjadi kering. Keadaan mucus yang kering ini mengakibatkan kita lebih mudah dijangkiti penyakit. Yang tak berapa best-nya, virus-virus cepat membiak bila jumpa keadaan hidung sebegini. :-(
    • Kalau keluar jalan-jalan dengan rambut lembab, nanti demam tau. [jeles nenek nenek si bongkok tiga yg tak dapat jalan-jalan selaluuu]
      • Berdasarkan kajian yang ada: Mungkin kot. Ada kajian menunjukkan (tetapi tidak juga membuktikan) yang kepala yang lembap membuatkan virus selesema lebih mudah menjangkiti kita. Salur pembuluh darah pada hidung akan menjadi ketat dan menyukarkan sel-sel darah putih untuk menghapuskan virus selesema tadi.
    • Berani sangat pergi berenang lepas makan, perut kembong masuk air baru tahu.. ehhh salah, kaki jadi kebas-kebas pastu lemas, haa, padan muka.. [warning dari nenek olimpik yang moden]
      • Berdasarkan kajian yang ada: 50-50. Selepas aktiviti makan-makan malas-malas, aliran darah pada badan kita akan lebih banyak dihantar ke bahagian perut. Jadi, kurang darah dialirkan ke bahagian otot-otot badan yang lain. Oleh itu, aktiviti yang banyak menggunakan pergerakan otot-otot badan seperti berenang menghasilkan banyak asid laktik di dalam badan. Asid inilah petualang yang akan menge-ramp-kan kaki anda nanti, jadi lepas ni jangan berenang selepas aktiviti mengisi perut, ya?
    • Makan cokolet banyak-banyak siket-siket pastu jerawat timbul. [tips nenek glamer lagi awet muda]
      • Berdasarkan kajian yang ada: Takdelah nekkk~~ Cokolet mungkin mengakibatkan jerawat merah kecik-kecik keluar, tapi kalau jerawat betul yang jadi jugak itu mungkin disebabkan oleh faktor gula, susu atau isi melekit dalam cokolet, bukan salah cik cokolet.

    Memandangkan ini ialah terjemahan aneh dari m2mdoh, kiranya "in case of any discrepancies, the english version will be put into practice." Tapi petua-petua ini berguna untuk kita, tak salah mencuba terutamanya petua air halia itu tadi. Marilah syamma-syamma menyebarkan udara yang lebih bersih, iyya? X-D

    Pautan asal:


    m2mdoh: "Cubalah buang angin dekat-dekat sini, apa-apa jadi lepas tu m2mdoh tak tau~~"
    ;-P

    :.

    Wednesday, March 31, 2010

    Manusia Pertama di Dunia Diiktiraf Tiada Jantina >>

    .: Terkejut baca tajuk post kali ini??
    Sengal, sengal amat~~
    X-O

    Terjemahan sendiri dari akhbar online Telegraph.co.uk,
    ditulis oleh Heidi Blake.

    Seorang rakyat British telah diikitiraf sebagai manusia pertama di dunia yang tidak mempunyai apa-apa jantina. Dia yang mengakui tidak memiliki mana-mana bahagian jantina seorang manusia normal telah diikitiraf sebagai bukan lelaki ataupun perempuan.

    Memperkenalkan Norrie May-Welby, manusia pertama yang melanggar hukum alam X-O

    Norrie sebenarnya dilahirkan sebagai lelaki, telah menjalani pembedahan menukar jantinanya pada tahun 1990.

    Merasakan hidupnya tidak begitu gembira dengan jantina terbarunya itu, Norrie nekad untuk tidak mempunyai mana-mana jantina langsung. (dah menyesal ke??) Dia kini yang berusia 48 tahun, telah rasmi diiktiraf sebagai manusia neuter (tidak mempunyai mana-mana jantina yang khusus).

    Dia ni sakit ka apa?? :-O

    Kata Norrie, "Kehidupan berkonsepkan jantina sebagai seorang lelaki mahupun perempuan kureng seswai untuk saya. Jawapan termudah untuk segala yang berlaku ialah tidak mempunyai jantina langsung."

    Pihak berkuasa di sana telah mengubahsuai sijil lahir rakyat British tersebut kepada tiada jantina kerana selepas pemeriksaan doktor mendapati mereka sukar menentukan jantina sebenar Norrie.


    Sebuah badan di sana, The UK's Gender Trust mengalu-alukan kes Norrie itu. Jurucakap mereka memberitahu, "Ramai di luar sana yang menyukai idea menjadi manusia neuter."

    X-O
    X-O
    X-O
    Apa nak jadiiiii dengan dunia sekarang??
    X-O

    Itu berita awal bulan Mac, tapi sekarang Norrie hilang status manusia tidak berjantinanya. Pihak kerajaan New South Wales telah menarik balik sijil berstatus "Sex not specified" Norrie setelah pihak guaman menyatakan kebenaran mengeluarkan sijil tersebut di luar bidang kuasa mereka. Norrie yang merasakan dirinya di-"socially assasinated" oleh tindakan itu memfailkan aduannya dibawah Akta Diskriminasi Jantina.

    Hurmmmm.. kalau tiada jantina mana boleh pakai Sex Discrimination Act lagi kan?? kan? kan? Sengal-sengalll~~ Kalau aduan Norrie tidak dilayan pun memang jawapannya sudah terang lagi bersuluh, kikiki~~   Lan kali, bersyukur dengan kurniaan Allah. Tidak sia-sia ciptaan nya, malahan setiap manusia adalah makhluk terbaik ciptaan Allah, tak payah aka janganlah memandai-mandai nak pi tukar ubahsuai pulak~~   X-D


    m2mdoh: "Dah baik orang bagi, tak nak... Kalau tak nak, sudehhhhh~~" X-D
    ;-P

    :.

    Sunday, January 17, 2010

    10 Petanda Menunjukkan Si Dia adalah Jodoh Kita >>

    .: As salam~~
    Lagi artikel diambil dari notes FB c Mas~~
    (jiwang jugak minah nih, tp artikel ni pun artikel pemikir sesiapa yg berfikir untuk terfikir..)



    " Terkenang kembali saat kenangan lama, mengungkap seribu rasa tersenyum seribu bahasa. Si dia teman yang setia, ternyata lembut bicara baik pekerti peribadinya. Lalu gerak hati mengatakan, mungkinkah dia insan yang ditakdirkan untuk bersama selamanya?

    Oh indahnya cinta. Takpe, tak payah tunggu lagi, jum baca 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita. (Jangan terusan menganggap ini 100% konpem betul udah~~)
    ;-)



    Saff One - Isteri Solehah~~
    (main video nih sambil baca artikel di bawah, perghh, layann~~)


    1. Gunakan seluruh pancaindera
    Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Tuhan yang maha esa. Tetapi bagaimana kita hendak mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Tuhan mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir.

    Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya.

    Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain.


    2. Bersahaja
    Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.

    Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.


    3. Senang bersama
    Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.

    Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.


    4. Terima kita seadanya
    Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan.

    Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini.

    Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.


    5. Sentiasa jujur
    Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.

    Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan.

    Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.


    6. Percaya Mempercayai
    Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung.

    Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka.

    Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.


    7. Senang Bekerjasama
    Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.

    Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama.

    Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?


    8. Memahami diri kita
    Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.

    Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita.

    Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, 'lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih.

    Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.


    9. Tampilkan kelemahan
    Tiada siapa yang sempurna di dunia. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut.

    Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.

    Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita.

    Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.


    10. Kata hati
    Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya.

    Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu.

    Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.


    Mimpi
    Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi.

    Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya.

    Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.
    Fikirkanlah. Adakah dia jodoh kita?
    Manusia merancang, Allah menentukan.



    P/s: Oleh kerana artikel ini agak tergantung, maka beberapa bahagian telah ditokoktambah telah diubah. Harap maaf wahai tuan empunya artikel, artikel anda ini memang best~~

    m2mdoh: "Membina masjid idaman semua, sudah tibakah masa atau sudah kah diri ini benar-benar bersedia??"   ;-)

    :.