Cara buat duit online 2020

 .: Assalamu'alaikum warahmatullah dan Salam Bahagia~~ 

Saya nak berkongsi ilmu yang dipelajari dari online, dengar-dengar dari kawan, terjumpa dari iklan-iklan, media sosial, mana-mana pun ada. 

Kita sama, pernah merasakan macam kena tipu, terbuang masa, mana duit tak nampak-nampak, atau merajuk tak nak jumpa apa-apa lagi sistem Pemasaran Pelbagai Tangga (MLM) - terutamanya MLM yang menipu sungguh flushing dengan pairing dia, jum cuba cara buat duit betul-betul dari platform atas talian. 

Ya, saya sendiri memang mencuba satu dua teknik, yang saya dapat pastikan, sekarang ni saya baru jana Google Adsense saja. Pertama kali dapat USD100 terus checkout dan merasala RM300 lebih masa tu. Guna Western Union untuk ambil. 

Saya share supaya saya sendiri akan ingat untuk masa depan. Sebab nak cuba semua cara, hahaha. Yala, nak pelbagaikan pendapatan pasif. Bila dah jumpa yang betul-betul maju, saya fokus terus cara tu. Awal-awal ni buat semua dulu. 

Cara yang nak dikongsi ni kena rajin berusaha. Rajin blaja dari youtube ke, baca blog ka, forum ka, janji kena rajin belajar. Tapi ada satu sindrom akan timbul, terlebih belajar sampai rasa "aku tak dapat buat ni", "aku takde duit nak buat ni", "pening dah aku mana dulu nak buat" atau sebagainya. Kita sama, kita serupa. 

Jadi, strategi saya ialah, dibawah ni saya buat senarai ringkas how-tos dia, yang lain kita semua cari dan blaja dari internet. Memang, terambil tahu terbelajar banyak perkara, tapi buat satu demi satu ikut cara dia. 

Jangan lupa, ada konsep fully automation untuk cara buat duit online ni. Tu nantilah dulu, saya pun masih mengkaji. Benda dah ada, tapi benda automatik nih biasanya kena keluar modal dulu. 

Jadi, tanpa menambah perenggan, jom baca jommmm~~ 

 

1. Buat blog dengan Blogger. 

> Ya, saya buat duit online pertama saya dengan Blogger - melalui Google Adsense la. Tak tau apa Adsense? Blaja jangan tak blaja~~

!! Lupa pulak nak bagitau. Untuk semua cara nak buat duit online ni, kita kena standby sediakan emel Google dulu. Kalau boleh emel Google (aka Gmail lah namanya) yang kita register daftar dalam handphone yang kita pakai sekarang. Sebab senang nak akses kod sekuriti dia, verify dia, itu ini lah. Dan kalau boleh buat double or dual-authentication. Sebab ni akaun emel untuk buat duit, anda nak duit anda hilang? Dicuri orang? Buat dual authentication sekarang !! 

Cara-cara Blogger: 

a) Link kan Gmail ke Blogger. Senang je, login guna emel address kita tadi. 

b) Buat blog baru. Macam biasa, target satu "niche" blog, satu "personal tapi campur semua" blog. Saya tau, bila dah start menulis ada je rasa nak buat blog baru. Sabar, buat dua je dulu. Satu yang ultra "niche" ni, yang satu lagi tu personal campur-campur tu. 

c) Taip la selalu nukilan/posting/artikel dalam blog. Sila upload/embed gambar untuk mata pembaca berasa gembira. Bagi kredit kepada tuan punya media. Kalau boleh, setiap blog kena ada dua tulisan setiap hari. Ikut kemampuan penulisan anda. 

d) Bagi masa dulu. Mungkin dua hingga tiga bulan. Sebab nak bagitau Google yang kita aktif menulis blog. Bukan scammer ka atau spammer keyword ka. 

e) Link kan dengan Google Adsense. Nak daftar Adsense ada syarat-syarat dia. Sebab tu la, kena bagi blog kita tu tadi "masak" dulu dalam dua ke tiga bulan. DENGAN aktif menulis juga. Kalau strategi zaman dahulu sekurang-kurangnya 500 patah perkataan. Tapi kalau kita bayangkan kita adalah Google, kita tulis la yang secukupnya. kalau sikit sangat, Google pun tak mau kita. Adsense pun ragu-ragu nak approve kita. 

f) Ping kan blog kita lepas setel publish artikel. Supaya ditemui enjin carian, okay? 

g) Profit! Sebab kita taip sekali, tapi dibaca berkali-kali, bahkan selamanya mungkin. Selagi kandungan blog kita dicari dan mendatangkan manfaat kepada orang. Ada artikel yang lama hayatnya, ada yang pendek. Sebab tu rajin-rajinkan menulis. Paling bagus perkara yang mendatangkan pahala berterusan. Kita win-win di dunia dan akhirat. 

> Untuk kemasyukkan duit dari online, buatla artikel berbahasa Inggeris. Jadi blog kita serve satu dunia. Boleh buat yang berbahasa Malaysia, tapi jangan lupa buat BI jugak. Penting tu. USD convert ke RM masyuk wooo~ 

 

2. Design baju. 

> Iyya, kita buat rekaan baju. Anda kreatif ka tidak, memang ada market ada peminatnya rekaan-rekaan baju. Kalau daya kreatif tinggi, buat design chantek-chantek. Nak ringkas, buat design jenis teks pun boleh. Biasa kalau teks ni, perlu rajin ikut trend terkini, atau holiday orang puteh terkini. Atau ikut meme. Jangan sekali-kali ciplak atau plagiat design yang ada hakcipta. Sebab kalau design bagus, tapi akaun kena block kena ban atau paling teruk kena saman, rugi besar. Sebab sekali upload design tu boleh dijual berkali kali dan selamanya. 

a) Link kan/atau guna Gmail kita tadi untuk mendaftar dengan website buat baju. Sekarang tengah hot 2020 ialah Redbubble, Teespring. Cari website yang kita cuma upload design je, hal mengenai proses pembayaran, printing, penghantaran baju semua website tu buat. Kita ambik komisen aja~ 

b) Sediakan design yang resolusi/saiznya besar. Saya lupa apa word untuk resolusi tu. Kiranya buat design dengan setting 5000 x 5000 pixels. Guna photoshop CC 2020 paling best, kalau tak guna software free je. 

c) Upload ke website baju tadi. Tukar setting ke default warna baju adalah warna hitam. Design kita pun kenala matching dengan baju hitam. Buat versi png, dengan background transparent. Hanya design je yang perlu diprint warnanya. Sebab saya dah cuba, design tulisan putih atas background hitam. Rupanya background tu diprint jugak oleh website. Kenampakkanlah ada kotak pada design kita. Tak matching dengan warna hitam baju pulak. Tak best. 

d) Kalau rajin, buat dual color. Satu design untuk baju warna hitam, satu lagi baju warna putih. Mula dengan dua warna ni dulu. Bila dah establish dah ramai pembeli baju design kita, buatlah pembaharuan dengan design spesifik warna lain pulak. All pink ka, all yellow ka. 

e) Kena ambil tahu, design kita cuma ambik saiz pada kotak yang ditetapkan oleh website baju. Jadi kena fikir design yang sesuai la. Design yang cover dari tepi baju sampai ke bahu tu, webiste dia rare, sebab saya belum jumpa. Hahahaha. Baru jumpa website yang upload design dalam kotak yang dia dah set dah. 

> Lagi banyak design lagi bagus. Buatla lain dari yang lain. Boleh guna skill "ambil inspirasi" dari website lain, pastu dekat website kita design tu lain la. Pernah jumpa youtuber dia ambil gambar pemandangan dan kotakkan dan jual sebagai design baju. Ingatkan lukis-lukis je atau design teks je layan, rupanya gambar pun boleh jugakkkk~~ 

> Of coursela, benda tak mungkin jadi overnight success. memang ada youtuber yang highly anticipate dan prediction level dia tinggi, tapi disebabkan ni buat duit dari online secara pasif, upload sajjaaaa, nanti adalah rezeki tu. 

> Kena belajar apa design baek punya. Design ikut tema perayaan omputeh macam best. Tapi itula, konsep rezeki halal unlimited tu, kita fikir dan design yang baik-baik je la okay? 

> Oh, jangan lupa fulfill semua requirement dia untuk setup kan kedai baju kita. Walaupun design dah upload, tapi dia belum start jual lagi tu. Kita belum wujudkan kedai online kita. mesti setelkan semua requirement dia. Set up cara payment (guna Paypal), set up berapa percentage untuk komisen untuk setiap baju. Upload gambar kita, dan sebagainya lah. Baca jangan tak baca~~ 

 

3. Jual gambar. 

> Oh ini ada tricky sikit. Kalau ada DSLR dan pandai tangkap gambar, andalah calon terbaek. Makinlah hebat jika anda peminat macro atau wildlife. Bila dah up boleh jual dengan National Geographic woo. 

a) Linkkan/register guna Gmail ke website Shutterstock Contributor. Ni semua boleh upload, anda ambik gambar guna DSLR pindah ke pc lepas tu upload ke website boleh. Kalau ambik gambar guna kamera smartphone lepas tu pindah pc lepas tu upload, pun boleh jugak. 

b) Kalau kita sama takde DSLR atau suka lagi guna kamera smartphone, jadi muaturun app nama "Shutterstock Contributor" dari GooglePlay. Senang sangat. Ambil gambar, lepas tu upload terus guna internet smartphone. 

c) Tunggu diorang review. Kalau lepas, maka akan dipamer sebagai koleksi gambar-gambar kita la. Bila ada buyer yang berminat, diorang akan beli la. Harga gambar kita tu, kita tak dapat tetapkan. Konsep jual gambar kat sini adalah makin banyak orang beli, makin banyakla duit online kita. 

> Sama konsep dengan Blogger, jual baju. jual gambar, apa-apaka, makin banyak pembeli, atau makin banyak view, maka makin banyakla pendapatan kita. Dulu memang glamer strategi menipu view ni, sebab nak menipu "jadi buyer" tu strategi gila, tapi bila dah kantoi, bye bye la pendapatan pasif seumur hidup... Rugi wooo. Buat sekali tapi pendapatan datang selamanya wooo... 

> Kecuali la website tu mati atau kena hack kena apa ka. Susah jugak realiti hidup di dunia. Sebab tu jangan put all egg in one basket. Buat banyak sikit alternatif. Kena rajin. Kalau malas, sorila. Angan-angan mat jenin je jadinya. 

> Ada ebook yang Jana USD dengan Fotografi tu, ebook yang bagus. Saya pun ada join. Paling best ialah support group dia, menjawab soalan. Kena rajin scroll posting lama dalam timeline Facebook dia, sebab dari situ kita tahu jawapan untuk persoalan kita. 

> Satu lagi, kamera smartphone kita kena bagus. Saya guna Samsung A6+, hampeh betul. Bila baca dari group Fb, eh, smartphone Vivo Oppo, pun layan jugak woo. Kualiti paling ohsem macam biasala Huawei punya kamera. Tapi itula, kalau upload kita tak banyak direject, bukan kerana focus ka, blur ka, kira okaylah kamera smartphone kita tu. Nak tau lagi banyak cer cari ebook tu. join group Fb dia. best!

 

4. Buat video dan upload ke Youtube. 

> Saya kureng sikit nak jadi streamer ni. Kalau anda insan sosial berperibadi bagus tidak mencarut dan jari hebat bermain multiplayer game, anda calon terbaek untuk jadi streamer ni. Makin hebat bila anda pandai melucukan apa keadaan yang berlaku. Ternoob ka, termati ka, anda lucukan keadaan, maka anda boleh jadi streamer yang best ditemani. Ada orang tu, dia streamer, tapi kawan dia yang join main PUBG tu yang amat lawak orangnya, jadi angkatla streamer dia. Okay jugak strategi ni. 

> Ada bagitau cara ringkas jadi streamer ialah register dengan Omlet Arcade. Saya tak pernah buat kerja ni. Tatau bagus ke tidak. Saja mention untuk future reference. 

a) Macam biasa, link kan/ register ke Youtube guna akaun Gmail kita tadi. Tak payah buat banyak Gmail, satu Gmail yang memang dalam smartphone kita tu dah cukup. 

b) Buat video. Nak niche boleh, nak pelbagai kandungan boleh. Saya belum pernah membuat pelbagai channel untuk Youtube, saya imagine bagus kumpul sekali semua pendapatan dari satu channel je. Jadi strategi saya satu channel, tapi pelbagai kandungan. 

c) Cukup syarat monetization dia, contohnya pada 20200913 ni, anda cukup 1,000 subscriber dengan total watched hours dari video kita mencecah 4,000 jam, anda register la untuk program monetization dia. Secara asasnya ialah dia tunjukkan iklan Adsense pada video Youtube kita, macam biasa ditengok selama ni. Dari view iklan atau klik iklan tu la kita buat duit dari online. 

> Sikit-sikit lama lama jadi bukit. 

> Satu lagi teknik Youtube ni ialah screen recording. Maka anda gunakanlah OBS - Open Broadcaster Software(R). Simple sungguh penggunaan software dia. Record apa kita buat di screen komputer - mengajar buat photoshop ke, buat animas step by step ke, apa yang logik discreen recording, pastu upload ke Youtube. 

> Aa! Kualiti video. Paling terbaek ialah 4K. Sebab omputeh kebiasaannya internet bagus, jadi diorang main video kualiti tinggi. Ceritanya 4K saiz video akan jadi besar amat. Besar teruk. Jadi buat Full HD 1920 x 1080 paling terbaeklah. Invest kan pasang line internet unlimited - tak pun Streamyx, Unify ke, tak pun beli Digi Unlimited RM150 harga basic sebulan tak campur tax dan wifikan simkad tu. Paling bagus patch cablekan, senang hidup. Wifi kan supaya smartphone kita boleh menumpang sekaki internet tu tadi. 

 

Okay, yang tadi empat tu empat cara buat duit yang totally sesungguhnya tak pakai duit kita, tak keluar modal dari kita langsung. Guna masa tenaga kreativiti dan internet kita je lagi. Kira "macam tak pakai duitlah" konon. Sebenarnya semua benda pakai duit... Bayar bil api lagi...... 

 

Yang di bawah ni, saya KIV (keep in view) dulu. Dia cara buat duit dari online jugak, tapi keluar modal. Kena invest duit sendiri dulu baru buat duit balik. Sungguh, saya baru tengok video baru baca-baca baru dengar-dengar je cara. Saya sendiri belum cuba. Tapi ditulis di sini supaya saya ingat untuk buat masa akan datang. Terutamanya bila cara yang di atas ni dah mula buat duit yang banyak. Sekarang baru sesen je secara harian dari Blogger. Kiut ciputtttt je income online saya. Alahaiiii... X-D 

 

1) Jual barang dari Malaysia, tapi pembeli luar negara. 

> Terutamanya pembeli dari Amerika la. Kita nak USD tu. Sebab kadar tukaran wang asing dari USD ke MYR dalam singget USD sama dengan 4 hengget duit kita. Perghhhhhhhh.... (estimated)

> Ada orang cadangkan recommend kan eBay, ada yang buat Amazon. Huhu.... 

> Yang saya dapat tangkap teknik dia ialah, kita beli brang tu dulu, beli satu-satu boleh, beli  pukal boleh, lepas tu jual di website tadi. Dengan markup (atau kata lainnya ditambah kadar keuntungan dalam 50% ka apaka) dan jual harga USD. Ada cerita keropok Super Ring murah je beli pukal sebag 10/12? bungkus dalam, tapi jual harga USD dengan diconvert keuntungan jual tu kita dapat USD50 per keropok. Perghhhhh... 

> Yang buat mahal sebab: Kena pastikan barang kita hantar dari Malaysia ni CONFIRM sampai ke tangan buyer di Amerika. Atau negara lain. Maksudnya caj penghantaran ke oversea tu berapi la. Kena jaga expiry date lagi. Kena pastikan pembungkusan tu super tahan super teguh sebab kekuranghajaran tukang hantar kadang menggeramkan kita. Benda bungkus keras pun boleh pecah boleh kemek. Memang dipijak ke hapa ntah. Duit juga tu buat benda-benda macam tu. 

> Kena ingat, ada jugak kaki refund. Ada gak kaki tipu. Barang dah sampai cakap tidak. Ah, pening memikirkan. Tiber teringat ada ebook jugak dijual sekali dengan skill menjawap eBay/Amazon untuk segal refund atau masalah yang ada... Ntahla...

> Website kita register tu pun kadang minta tunjuk evidence bukti kita ready stok. ada jugak kes macam ni. Maksudnya kita pekedai yang legit. Bukan penipu punya. Ada jugak yang main dropship, tapi setting tu lain lagi. 

Sebut pasal dropship, 

 

2) Buat kedai Shopify. 

> Ni Youtube ada banyak. Cuma saya tak suka versi trial trial ni. Sebab nak maintain guna website/servis diorang kena bayar USD dan dibayar bulan-bulan. Tu sayang kalau buat dalam trial tapi tak jadi. kalau boleh nak buat banyak kedai online sekaligus. 

> Walaupun buat kedai macam senang, nak cari barang tengah hot dibeli buyer dari Amerika ni bukan kerja senang. Word niche memang berterabur disebut orang, tapi bila dicari kita tak yakin pulak eh memang benda ni ke orang sanggup beli online??? 

> Dan sekarang tengah heboh kedai online yang poorly made. Sebab bila buat kedai online, kena gah dan awesome design dia. Takleh buat biasye biasye. Sebab buyer omputeh pun pernah kena scam duit woo. Serik jugak bayar duit tapi barang hampeh atau takde langsung. Kita sendiri pun, bila nak beli abrang tengok website macam lain macam je rasanya ni, tak jadi kita beli. Takut info card kena curik ke, kena hack ke apa, bahaya jugak. 

> Nak mencantikkan kedai, kena invest duit untuk beli template yang cantek. Ahhh. Duit kita MYR kepada USD. Perghhhh. Tu yang cara ini saya KIV dulu. 

> Beli domain gak. Waima harga USD10, tapi duit kita RM40 tu. (estimated). Kena maintain pulak pembayaran tu. Haaaa... 

> Satu lagi nak membawa buyer dari internet yang luas ni menuju ke kedai online Shopify kita ni. Nak harap SEO, lambat sangat. nak buat cepat, cara glamer ialah guna Facebook Ads. Dan, nak buat ads pun bukan buat satu terus jadik. Dia kena buat set, lepas tu test design apa yang menjadik dengan Fb Ads tu tadik. Kena repair. Kena highly targeted market yang betul, kena cari demografik yang spesifik. Buat ads guna public target, habisla bajet harian. Hangus begitu saja, sebab ads memang dah serve kepada pengguna, tapi tidak menukar menjadi pembeli. Adala strategi dia. Kena rajin tengok youtube, rajin baca. 

 

3) Buat Forex, invest dalam Unit Trust, buat Bitcoin mining. 

> Saja je kumpulkan diorang dalam satu group. Saya belum belajar habis pasal ilmu bidang ni. Ada terjumpa awek bertudung kat Twitter yang buat Forex, perghhhh, kita cuak tengok. Main ribu-ribu ni saya manada duit standby ribu-ribu. Tapi high risk high return woo. Itula, buat online je, nengok graph dari phone je. Perghhhhhhh. 

> Unit Trust macam main tinggal-tinggal, dah cukup masa baru ambik. Itula, kena ada duit sekarang ni untuk invest. Main ratus-ratus ada, tapi kureng. Dan tak banyak pulangan. Main ribu-ribu baru masyuk. Itula, guna perbankan online je. 

> Bitcoin mining kena hardware yang paling bagos. Yang jadinya online sebab perlu internet 24 jam 7 hari seminggu. Kalau saya tak silap la. Cara ini agak teknikal dan modal besar jugak. Itula, saya belum habis belajar lagi. 

 

4) Yang paling latest saya jumpa, buat Drop Servicing. 

> Biasa dengar dropship kan? Kita jadi orang tengah menjual barang orang lain kepada pembeli. Yang dropservicing ni, kita jadi orang tengah yang sediakan perkhidmatan orang lain kepada pembeli. Contoh yang saya sempat ingat masa taip ni ialah servis buat website untuk pekedai brick and mortar. Kedai tu ada bangunan sebenar di dunia nyata. Tapi dia takde website, takde Fb, atau takde atau tak pernah buat pengiklanan di dunia online. Maka datangnya kita kepada pemilik kedai di dunia nyata untuk tolong buat yang online punyala. 

> Alkisahnya, yang saya jumpa, orang tu Fiverr kan outsource kan penciptaan logo, marketing, wording, automation semua kepada orang lain. Dia jadi mastermind apa yang perlu dibuat, dia yang cari market, dia yang cari pemilik kedai. Dia yang deal berapa tuan kedai perlu bayar untuk servis dia. Saya teringat pekerjaan Wedding planner la pulak bila tulis ni. 

> Mungkin dropservicing tu fancy word tu Online Marketing Planner? Hahahahahaha. Rupa-rupanyaaaaa X-D 

> Dahsyat jadi orang tengah ni. Even yang tak tau apa-apa pun boleh jadi orang tengah di online. Cuma bahaya bila orang diharapkan tu (outsource) tu tak buat kerja dia bagus-bagus. Kualiti hampeh. Dan macam Fiverr, kena bayar dulu baru orang tu buat kerja kita. Kemudian cari VA? ke apa ka gelaran dia, maksud saya ialah "pekerja online" yang tolong buat kerja bagi pihak kita untuk setupkan apa-apa, proses resit invoice, followup, dan lain-lain tu kena cari orang/website yang boleh dipercayai jugak. Dibuatnya tikam belakang, perghhhh, sedih pulak. 

 

Okay, setakat ini dulu untuk nukilan kali ni. Ada apa nanti, saya update lagi lah dalam page ni. Rasa nak buat niche blog untuk semua cara buat duit online tadi, tapi tak tau rajin ke tak rajin. Saya suka menonton, membaca, nak tulis balik tu datang pulak lemah nya. Adehhhh adehhhhhhhhhhhh... 

 

Semoga berjaya the future me! Kita kan nak kaya raya kan? Kan? Kan? Kannnnn? JANGANLA MALAS WAHAI DIRIKU!!!!!! 

 

Ditaip pada : 20200913, Ahad. :.

Dikemaskini pada: 20200926. Saya ada jumpa video baek punya~~ 

Jika anda sama macam saya asyik jumpa "business online" "buat duit online" tak kisah kursus ka, ebook free ka, bacab dari blog ka, tertengok di Youtube ka, anda akan perasan lepas buat tak semua nya indah... 

Itu la, dalam video ini ada meringkaskan apa yang dah terjumpa selama ini... 


Sedikit pembetulan, yang dropshipping Shopify tu ada yang "extreme" saya jumpa dia tak main 15% profit, dia bantai 50% ke atas. Memang dahsyat. Itulah. Berani yang menakutkan. Tapi Shopify series untuk yang berbajet besar sebab part paid advertising tu memang kena bajet besar.

Setakat 20200926 ni, RedBubble saya masih belum terjual. Kita tunggu dan lihat. Mungkin kena tukar strategi kut? X-D 

:.

No comments:

Post a Comment