Wednesday, December 9, 2020

Review "Tarikh Pembayaran Gaji Penjawat Awam bagi Tahun 2021 Malaysia"

 .: Hei heiiiii~~ 

Aku pelik dengan ANM (Akauntan Negara Malaysia). Dia macam tau tau aku selalu check pekeliling gaji 2021 kat website dia, dia tak upload pekeliling tu. Tapi time aku tak check website ANM, tiba-tiba ada pulak. Adoiiiiii X-D 

Selepas membuat pemeriksaan tarikh-tarikh tu, aku dapati orang yang buat ni, macamana nak cakap aa, dia lari dari kebiasaan. Aku boleh jugakla cakap dia melawan pekeliling. Mungkin budak baru kerja? Aku pun tak tau. 

Aku linkkan Google Sheet aku untuk korang tengok my salary date prediction dengan actual dari pekeliling ANM yang baru keluar tu :-


 Paling enak jika korang bukak maximize version. Kalau tengok dari embed ni, dia kiut sangatttt...

Sebelum korang kata aku hangin ka apa, ni aku copy paste dari official Arahan Perbendaharaan Kerajaan Malaysia [treasury.gov.my] mukasurat 49 aa: 

Tarikh Membayar Gaji


105. (a)

Kecuali sebagaimana dibenarkan oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan atau Pegawai Kewangan Negeri, gaji dan elaun tidak boleh dibayar sebelum 25 hari bulan dalam bulan gaji atau elaun itu kena dibayar. Pencen tidak boleh dibayar lebih awal dari empat (4) hari daripada tarikh pembayaran gaji berkenaan.

Apabila perlu, pegawai Perbendaharaan yang bertanggungjawab boleh mengeluarkan cek bagi maksud ini sebelum 25 hari bulan dalam bulan itu, tetapi Jabatan yang menerima cek itu adalah dilarang daripada menukarkan kepada wang tunai atau membayarnya sehingga 25 hari bulan dalam bulan itu. Walau bagaimanapun, jika 25 hari bulan dalam bulan itu jatuh pada hari Jumaat, Sabtu atau Ahad bayaran boleh dibuat oleh Jabatan pada hari kerja akhir sebelum hari Jumaat.


(b)

Gaji bulanan bagi pegawai-pegawai awam boleh dibayar terdahulu dalam bulan jatuhnya Hari Raya Puasa, Hari Raya Haji, Tahun Baru Cina, Deepavali, jika hari perayaan itu jatuh selepas 11 hari bulan daripada tarikh pembayaran gaji berkenaan.

Mengikut budi bicara Akauntan Negara bagi pegawai-pegawai yang ditanggung dalam anggaran Persekutuan dan mengikut budi bicara Akauntan Negeri atau Bendahari Negeri bagi pegawai-pegawai yang ditanggung dalam anggaran Negeri, bayaran boleh dilaksanakan tidak lebih daripada tujuh (7) hari sebelum tarikh hari perayaan itu. Bagi pekerja-pekerja yang bergaji hari, gajinya boleh dibayar lebih awal iaitu tidak lebih dari tujuh (7) hari sebelum tarikh hari perayaan yang berkenaan. Bagaimanapun, gajinya boleh dibayar hanya sehingga tarikh pembayaran gaji dilakukan.

 

Untuk Januari dan Februari 2021, aku tertypo tarikh Tahun Baru Cina jadik Januari, sebab tu tarikh aku memang salah terus. 

Kalau tengok Mac dengan Ogos 2021: rasanya tiada perayaan pada bulan tersebut. Jadi beliau yang mengeluarkan pekeliling ni dah tak ikut 105 (a), di mana gaji tak boleh dibayar sebelum mana-mana 25 haribulan. 

Untuk tarikh jangkaan gaji pada April 2021, September, Oktober sama pulak macam yang aku predict. Tu aku hairan eh? ikut pulak Arahan Perbendaharaan??? 

Untuk kes bulan yang ada hari perayaan, macam Mei 2021, raya Aidilfitri, ni ikut 105 (b): Sebab tarikh raya jatuh selepas 11 haribulan, maka tarikh gaji dianjak seminggu ke depan, 6 Mei 2021. Okay, part ni predict aku sama dengan pekeliling ANM. 

Jun 2021 pelik. Hari Gawai jatuh sebelum 11 haribulan, kenapa gaji keluar 14 Jun 2021? Patutnya kena dibayar pada 25 Jun. Tapi 105 (a) kata gaji tak dibayar pada hari Jumaat, so ikut prediction aku memang chunla tarikh pada 24 Jun 2021, hari Khamisnya. Diawalkan sehari. 

Dia bagi 14 Jun 2021? Whyyyy? What happened??? Gunpoint at point blank? Ke pemerintahan zaman abah ni memang tarikh gaji kita special sikit? Saya onnnnnnnz~~ X-D 

Julai 2021 pulak, tak mustahil cuma lainla. Dia pakai 105 (b), tapi 14 Julai 2021 tu jatuh hari keenam dari tarikh perayaan. Patutnya hari ketujuh, iaitu 13 Julai 2021. Yang sebelum sebelum ni pun diorang buat chun diawalkan tujuh hari, bukan enam hari macam pekeliling baru ni. 

November 2021 dia buat ikut 105 (b), sebab perayaan jatuh sebelum 11 haribulan. Sama macam yang aku predict. 

Disember 2021 teramatlah lain, dia terikut pekeliling gaji 2016, 2017. Dia tak cukup awal tujuh hari, dia buat kurang. Dia tak ikut 105 (b). Aku pun dah pening dah. 

Aku teringat jugak, macam sebelum ni ada gak pekeliling tarikh pembayaran gaji yang dibatalkan. Sebab tarikh dia memang salah habis. Aku tak ingat tahun bila punya. Macam pada pertengahan tahun kut. Dekat quarter tiga dia release lagi pekeliling baru dengan tarikh yang dah dibaiki. 

Diorang selalunya release tengah tahun kut, kalau aku tak silap. Tak tentu juga tarikh pekeliling gaji ni keluar. Kejap awal kejap lambat. Logik gak sebab aku faham gak seksanya nak mengadakan mesyuarat bersama orang atasan. Kadang ada aral melintang jadi delay delay delay postpone postpone memanjang. Tapi biasanya memang tarikh gaji tahun depan akan dikeluarkan pada tahun sebelumnya.

Jadi, aku rasa pekeliling kali ni pun mungkin terkategori sebagai pekeliling akan direpair dibaiki. Aku rasalah. Tak tukar pun, takpe, okay jugak. Sebabnya, ambik contoh bulan Februari 2021, tarikh gaji ialah 09 Februari. Tapi gaji Mac nasib baik dia tak buat 25 Mac 2021, sebab memang kebulur beb jimat duit dari 09 haribulan sampai ke 25 haribulan. 44 hari woo dari tarikh gaji Februari nak menuju ke tarikh Mac 2021 wooo. Dahsyat woooooooo! 

Kira silver lining dari pekeliling ni ialah tarikh tu tak mendera sangatla. Mungkin juga Arahan Perbendaharaan dah ditukar, aku pun tak follow sangat bila tukarnya, aku cuma berdasarkan maklumat yang aku ada je. 

Apa-apa pun, tak tau la aku nak buat tak mini grafik untuk tarikh-tarikh gaji 2021 tu tak. Sebab aku tak yakin sangat akan tarikh tu permanent ka, atau dibaiki balik. Kemalasan sedikit melanda diriku. 

Mungkin dalam masa terdekat aku follow jap ANM dengan Treasury. Mungkin google Arahan Perbendaharaan terbaru ka, atau tunggu sampai 2021 ka, mungkin atau tidak keluar pekeliling baharu. Untuk tarikh gaji 2022 Malaysia aku dah standby dah. Nantila post. 

Terima kasih kerana sanggup pulak baca review aku. Aku rasa sebelum ni bersaya, berkita, ni memang habes aku belasah aku. Hahahaha. Entahla. Kecelaruan fikiran jugak nih masa menaip nih. 


Oh ya, kalau nak cari official pekeliling tarikh gaji 2021 tu, 

buka laman ANM > ada empat option, pilih opsyen kedua "Laman Utama Portal Rasmi JANM" > cari kat menu atas tu "Pekeliling", click kan > akan keluar banyak tahun-tahun. Ketik pada tahun 2020, dia akan expand > muaturun la "SPANM Bil. 5/2020" untuk tengok tarikh gaji 2021 tu tadi. 


Aku tengok dalam Google Search result habes jatuh blog aku. Perghhhhh. Bila website otai dah share tarikh gaji, kalah terus aku. Sebelum ni aku dah google dah tarikh gaji 2021, masalahnya bila ketik laman web diorang, apa maklumat pun takde. Dia cuma nak parking title "gaji 2021" dalam website dia. Jadi orang akan datang website dia, dia generate income Adsense ke apa bila orang datang. Sedangkan maklumat apa pun takdak. Siap merapu bagai. Geram jugak aku. Tu yang aku buat prediction sendiri tu. Nah, ni tak tipu punya. Aku buat educated research jugak sebelum aku share. 

 

m2mdoh: "Takpelahhhh. Blog aku tak otai. Kalah ranking dalam Google Search Result. Aku pun tak update blog tu la blog aku tak otai. Hahahahahahahaha salah aku jugak hahahahahahahahahahahaha bengongs." 

:.

Monday, January 13, 2020

Tarikh Jangkaan Pembayaran Gaji Penjawat Awam bagi Tahun 2021 Malaysia

.: Geram jugak bila melihat ada website dia awal je parking link ke Tarikh Gaji 2021 Malaysia. Pandai dia. Sebab apa pandai, bila kita pergi page tu, kosong, apa maklumat pun tak ada. Diorang ni hebat nak memukau nak putarbelit SEO Google ni. Heyyyyyyyy, geram betul!

Jadi, saya pun buat skill yang sama tapi up lagi hebat lagi baik dari diorang. Nah ni dia Tarikh Jangkaan Pembayaran Gaji 2021 untuk Penjawat Awam Malaysia.

Sebelum ni dah buat sejarah tarikh pembayaran gaji dari tahun 2015 hingga 2020. Dengan ilmu yang ada, mari kita jangka bila tarikh gaji 2021 akan keluar berdasarkan Arahan Perbendaharaan Kerajaan Malaysia [treasury.gov.my].



Memandangkan hari kelepasan am 2021 rasmi untuk Malaysia belum dikluarkan website kabinet.gov.my, kita cross reference semak silang dengan maklumat dari website lain:-

Dengan itu, inilah screenshot microsoft word bagi tarikh jangkaan pembayaran gaji 2020 bagi penjawat awam Malaysia~~

Tarikh jangkaan gaji 2021 Malaysia~~


Tarikh gaji 2021:
Selasa, 05 Jan 2021, <---(awalnyaaaa)
Khamis, 25 Februari 2021,
Khamis, 25 Mac 2021,
Khamis, 22 April 2021,
Khamis, 06 Mei 2021,
Khamis, 24 Jun 2021,
Selasa, 13 Julai 2021,
Rabu, 25 Ogos 2021,
Khamis, 23 September 2021,
Khamis, 25 Oktober 2021,
Khamis, 25 November 2021,
Khamis, 16 Disember 2021.

Nanti bila pekeliling rasmi keluar, kita bandingkan lagi data jangkaan ni tepat ke tak tepat~
X-D

Rasanya hujung bulan November 2020 nanti ada lah pekeliling gaji 2021 tu keluar dari ANM.


m2mdoh: "Saya nak blog saya parking SEO untuk Tarikh gaji 2021 Malaysia. Yesssss~~"

:.