Monday, December 7, 2009

Anak Kucing terkejut pun nak kecoh?? Kuci kuci kuci, Waarghh~~ X-D

.: Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera~

Hari Rabu, Disember 02, 2009. macam biasa, lps baca dengan buang e-mel2 tak berfaedah, tengoklah laman Yahoo! yang utama, nak tengok apa berita atau kejadian dalam internet yang menarik perhatian.. Dalam banyak-banyak link dekat Yahoo! tu, ada satu tunjuk gambar kucing. Jadi mamdoh pun tengoklah. [http://video.yahoo.com/network/100000086?v=6522901] layan pulak kucing nih, jadi tak berapa amek kisah sangatlah, tetapi dah ada rasa nakkan kucing seekor~~

Hari ni, Disember 06, 2009. Laman sesawang Yahoo! masih cakap pasal kucing cumil neh. Eh? m2mdoh sangka kucing tu biasa2 ja, tapi alih-alih jadi 'web hit' yang menakutkan~~ Sekarang, video kat Yahoo! tu dah boleh jumpa kat dalam Youtube pulak. (Samada ada hamba Allah amik dari Youtube pindah pergi Yahoo! video, atau amik dari yahoo! video letak kat Youtube jugak, atau tuan punya video sengaja letak kat banyak tempat kot?? Belum periksa di Metacafe, Veoh ngan laman sesawang lain lagi..)

Cuma yang menariknya dekat Youtube, diorang punya 'twist' pasal kucing nih lagi haru. Ada yang tak boleh belah, tak boleh tahan, ada yang semacam aneh je tapi semuanya berkisarkan koo-cheng~~ Nak tengok tak video2 kucing manusia nih? Layannn~~


Re: Surprised Kitty (man)

tak tahannnn~~ pecah perut menahan ketawa~~ X-D

Surprised Kitty 2 (girl)

kucing comey dr iPhone~~

Surprised Kitty! (girl)

Minx mengioaw~~

Surprised Kitty (man)

kunun nak serupa kucing la nehhs?? X-O


mesti aneh kan nengok diorang aksi2 kucing gila macam ni? m2mdoh rasa yg original jugek yg comey perabih~~ beli lah barangan original~~

Surprise Kitty (Original) (seriously, this one is much much much better!!)



Hai diorg neh, nak terkenal mcm kucing kecik tu jugak ke?? tak sangka pulak, ada jugeek yg tiru skil kucing~~ tp kucing original memang comey~~ badan kelabu mata hitam besau, m2mdoh dah 3gp kan dah video nih, nak tgk orang kita suka tak tgk kucing comeyy~~

m2mdoh: "'Bela' lah diri sendiri dulu sebelum nak jaga anak kucing, anak dara orang, amanah orang, dan segala-mala nya~~"    X-D

:.

Friday, November 27, 2009

Dating sim Love PLus menghilangkan waras manusia >>

.: Dunia, dunia~~

Susah ke nak cari pasangan? Ikut nasib, tengok usaha. Lelaki takkanlah nak sembarangan je nak tackle perempuan, nanti jatuh puak perempuan tu, mau kena maki karang~~ (pun intended~ haha) Tetapi perigi zaman sekarang banyak yang mencari timba, tak macam zaman dulu2, lelaki ramai, perempuan siket. Sekarang lelaki banyak yang pupush tambah2 lagi lelaki baek pun susah nak jumpa dah.. huh. Kita semua dalam akhir zaman, beringat-ingatlah~~

Ini m2mdoh jumpa masa login twitter dulu, dahsyat jugek benda nih, xtaulah dekat Malaysia ada sindrom ni ke tak~~ Tapi kalau ada yang perasan, sebenarnya kompeni-kompeni yang jual kandungan untuk mobile phone di Malaysia ini ada jual game nih, tp tak di-rating sebagai 21 SX. (18 SX nampaknya tak berkesanlahh..) Sim babe? Ada sapa-sapa yang tak pernah maen?? :-P


Love Plus screen shot~~

Ini terjemahan dari [http://kotaku.com/5243198/love-plus-has-your-virtual-girlfriend-experience-covered]. Permainan kekasih maya yang diubahsuai dahsyat giler oleh Jepun. (Negara diorang memang up game2 mcm nih).

Love plus - Permainan keluaran terbaru Konami untuk konsol DS bukannya permainan dating yang biasa-biasa, ianya ternyata permainan yang 'luar daripada biasa'~~

Bahagian pertama permainan ini seperti permainan 'dating' yang biasa: Pemain mencuba untuk meng-usha tiga watak perempuan, dengan harapan mereka akan jatuh cinta dengan mereka. Bagi permainan lain, kejayaan bercinta dengan mana-mana watak permainan ini maksudnya 'game over', tetapi Love Plus menawarkan sesuatu yang lebih daripada itu. Percintaan anda sebenarnya 'baru bermula'..

..bermula dengan bahagian kedua milik anda sepenuhnya. Terpulang bagaimana anda mahukan hubungan anda, tetapi selepas berjaya bercinta dengan mereka, apakah langkah anda seterusnya? Haa, nak pegang.. Dahinya? Pipi? Lengan?? (melalui pad sentuhan) Anda boleh menghantar emel, memanggil namanya menggunakan mikrofon DS dan mengulangkaji pelajaran~~ (maaf, echhi telah di-censored sepenuhnya oleh Konami, hanya adegan kawaie2 manja yang ada = bummer) hahaha X-D (dan, jika tak silap c mamdoh, jika anda membantu mereka mengulangkaji, perghh~~ Pernah tgk anime Jepun? Pernah nampak soalan2 matematik tambahan diorang?? Soalan2 yg mencabar kelakian telah Konami sediakan untuk Love Plus-ada kakitangan Konami yg bekas pensyarah otai telah menjadi panitia untuk semua subjek2 Love Plus, jadi baek anda bersedia membuka buku2 diploma/ijazah anda kalau nak 'membantu' awek Love Plus blaja~~) No pain, no gain~~ X-D m2mdoh baca dr site g lupa nak dbookmark kn, huu..

Pemain boleh menyesuaikan bagaimana watak-watak gadis ini memanggil nama mereka, selari dengan perkembangan masa, (jika anda memang telah bercintan dengannya), gadis-gadis ini akan memanggil anda dengan panggilan2 yang semakin manja suaranya~ X-D

Love Plus dijadualkan akan keluar pada musim panas nanti, dengan fungsi RTC (real time clock), dengan tiada penamat khusus. Permainan konsol DS ini dipenuhi lebih daripada 5000 skrip percakapan, 150 acara CG (computer generated), dan 25000 ekspresi suara~ Spec apa ini? Memang 'BUKAN CINTA BIASA'  bak lirik Siti Nurhaliza~~ X-D

Yang ni pulak review dari website lain: [Videogames.yahoo.com]

Yang lebih menggemparkan pasal game dating ni ialah, ada LELAKI YANG BETUL-BETUL KAHWIN DENGAN AWEK DIA!!~~ Dahsyat, tp bener~~ gadis dalam DS nih kawai giler dan romantika habis, lelaki mana tak cair~~ nasib baik bukan yg ecchi punya, (jamin ada yg mod-kan rom Love Plus nih jd 21SX karang,huu~) X-O Baca di sini:. [Kotaku.com] dan [Videogames.yahoo.com]. Lagi haru bila ada suami yang menduakan isterinya karena Love Plus~~ [Boing.boing.net] X-O (Jgn ada yg lafaz talak pulak karang, waduuuh, dunya, dunya~~) X-O

Ini adalah video dari Youtube.com pasal game alah nih.



Laman lain yang akan membuatkan anda blaja bahasa Jepun~~

Rujukan:
Wahai para lelaki sekalian, Allah dah ciptakan kita semua berpasang-pasangan, berlainan diri dan peribadi, agar memudahkan kita saling mengenali dan saling menyayangi. Janganlah addict dengan mender alah macam nih, Gerek yg real kan ada, ber-gerek-lah. No sex before marriage, or you'll regret it forever and ever~ Why? ALLAH DO SEE WHATEVER YOU DO!

m2mdoh: "In super fullest support of marrying real women instead of being single (and not addicted to battery-charged console girls)~ " ahaks~~ X-D  (bila masanya nak mendirikan masjid nih? heehee, InsyaAllah.) ;-P

:.

Thursday, November 26, 2009

Resdung, Penyakitnya, Ubatnya, dan Sinusitis >>

.:

Ini adalah artikel terjemahan ihsan dari Wiki. My previous blog post can tell you about why I'm doing this translation out of blue~ This stuff took me almost three days eventhough I'm outsourcing all part of it using Google translation service. ;-)

I am aware that this article is incomplete, may contain errors, but this is done with super brainstorming and brain-eating process, so just take it as it is and please, please do consult your physician if you experience any symptoms before taking any OTC medications. (Pergi klinik supaya boleh dapat rawatan dan nasihat pakar sebelum membeli mana-mana ubat.)

Resdung = Sinusitis?
(terjemahan dari Wikipedia, Ensiklopedia percuma Anda.)


Sinusitis adalah suatu keadaan yang terdiri daripada jangkitan atau keradangan pada sinus paranasal, yang kemungkinannya berpunca akibat jangkitan bakteria, kulat, virus, alergi atau masalah autoimun. Pengelasan baru sinusitis menyebutnya sebagai rhinosinusitis, dengan mempertimbangkan bahawa radang pada sinus tidak boleh berlaku tanpa radang pada hidung juga. (rhinitis).

  1. Pembahagian Jenis-jenis Resdung
    • Mengikut kawasan
    • Mengikut tempoh masa
      • Sinusitis acute
      • Sinusitis kronik
  2. Gejala-gejala
    • Sakit kepala
    • Salah diagnosis migrain
  3. Tanda-tanda awal.
    • Peranan biofilem.
  4. Pemeriksaan (Diagnosis)
    • Sinusitis acute
    • Sinusitis kronik
  5. Rawatan
    • Sinusitis acute
    • Sinusitis kronik


1. Pembahagian Jenis-jenis Resdung

Sinusitis boleh dibahagikan kepada dua, iaitu mengikut kawasan sinusitis berlaku dan berapa lama ianya berlaku.

1.a) Mengikut kawasan

Sinus paranasal terdiri daripada beberapa pasang, antaranya sinus frontal, sinus ethmoid, sinus maxillary dan sinus sphenoid. Sinus ethmoid pula terdiri daripada dua bahagian, iaitu ethmoid anterior dan ethmoid posterior, dibahagikan oleh lapisan tipis di tengah-tengah turbinate. Di samping perbezaan dari segi tahap kesakitan, sinusitis turut dibahagikan mengikut rongga-rongganya:
  • sinusitis Maxillary - kesakitan atau tekanan yang dirasai pada rahang atas muka (pipi), misalnya, ketika sakit gigi, sakit kepala. (J01.0/J32.0)
  • sinusitis Frontal - rasa sakit atau tekanan yang dirasai pada rongga sinus frontalis (terletak di belakang / di atas mata), contohnya ketika sakit kepala. (J01.1/J32.1)
  • sinusitis Ethmoid - rasa nyeri atau tekanan pada bahagian tengah atau belakang antara mata, sakit kepala. (J01.2/J32.2)
  • sinusitis Sphenoid - boleh menyebabkan rasa sakit atau tekanan di belakang mata, tetapi sering kali berlaku pada bahagian atas kepala. (J01.3/J32.3)
Teori terbaharu menunjukkan sinusitis berlaku sebagai sebahagian daripada penyakit-penyakit yang menjejaskan saluran pernafasan (teori "one airway") yang sering dikaitkan dengan penyakit asma. Semua bentuk sinusitis juga mungkin mengakibatkan, atau adalah sebahagian daripada keradangan yang biasa berlaku kepada saluran nafas.

1.b) Mengikut tempoh masa

  1. Sinusitis "acute" (berlangsung kurang daripada empat minggu)
  2. Sinusitis "subacute" (4-12 minggu)
  3. Sinusitis yang kronik (berlangsung selama 12 minggu atau lebih).
Ketiga-tiga jenis sinusitis mempunyai gejala yang mirip, oleh itu seringkali sukar untuk dibezakan. Sinusitis acute adalah yang paling umum berlaku, dan kira-kira sembilan puluh peratus orang dewasa akan menghidapi sinusitis dalam hidup mereka.

1.b.i) Sinusitis "acute"

Sinusitis acute biasanya bermula dengan jangkitan awal (kemungkinannya ialah jangkitan virus) pada bahagian atas saluran pernafasan. Jika jangkitan berpunca dari bakteria, terdapat tiga bakteria yang telah dikenalpasti, iaitu bakteria Streptococcus pneumoniae, Haemophilus influenzae, dan Moraxella catarrhalis.

Pada masa lalu, Haemophilus influenzae adalah agen bakteria yang biasa menyebabkan jangkitan sinus. Namun sejak vaksin Hib diperkenalkan, penurunan dramatik dilihat dalam jangkitan H. Influenzae jenis B dan kini strain H. Influenzae jarang kelihatan dalam ujian-ujian klinikal.

Patogen bakteria yang lain termasuklah Staphylococcus aureus dan juga dari spesies streptokokus, bakteria anaerob, dan bakteria gram negatif (jarang berlaku). Sinusitis yang berpunca daripada virus biasanya berlangsung selama 7 hingga 10 hari, manakala sinusitis yang berpunca daripada bakteria pula berlangsung lebih lama. Sekitar 0.5 - 2% daripada sinusitis jenis virus akan merebak kepada sinusitis jenis bakteria. Satu hipotesis mengandaikan bahawa sinus akan terkena jangkitan bakteria bermula dengan kita menghembus hidung.

Sinusitis "acute" juga boleh diakibatkan daripada serangan kulat (fungus). Ini sering berlaku pada pesakit diabetes atau pesakit yang kurang kekebalan imun badannya (seperti AIDS atau penerima organ yang sedang mengambil ubat anti-penolakan organ) dan ianya boleh mengancam nyawa. Bagi diabetes jenis I, ketoasidosis akan menyebabkan sinusitis akibat kulat Mucormycosis.


Iritasi kimia juga boleh mencetuskan sinusitis, seperti dari asap rokok dan klorin. Dan sinusitis jarang berpunca dari jangkitan gigi.


1.b.ii.) Sinusitis yang kronik.

Sinusitis kronik adalah sekumpulan penyakit yang mengakibatkan keradangan pada ruang sinus yang sama. Dahulunya disebut sebagai sinusitis hiperplastik kronik, ianya terbahagi kepada dua jenis, iaitu sinusitis jenis dengan polip dan jenis tanpa polip. Punca-puncanya kurang difahami tetapi mungkin juga disebabkan oleh alergi, faktor-faktor persekitaran seperti habuk atau pencemaran, jangkitan bakteria, ataupun daripada kulat. Faktor selain alergi seperti rhinitis vasomotor kronik juga boleh menyebabkan masalah sinus. Ruang sinus yang luarbiasa sempit (seperti septum terpesong), yang menghalang pengeringan daripada rongga sinus juga boleh menjadi faktor. Kombinasi bakteria anaerobik dan aerobik telah diamati memberikan kesan ini, iaitu bakteria Staphylococcus aureus dan Staphylococcus coagulase-negatif. Antibiotik biasanya memberikan manfaat sementara, meskipun mekanisma yang melibatkan tindakbalas hiper kepada bakteria telah dicadangkan untuk menentang sinusitis dengan polip.

Gejala-gejala sinusitis yang kronik boleh meliputi kombinasi yang berikut: hidung tersumbat; kesakitan pada wajah muka; sakit kepala; batuk-batuk pada waktu malam; gejala-gejala berkaitan asma meningkat; malaise yang biasa; pengeluaran kahak/lendir berwarna kuning atau hijau pekat; mempunyai perasaan wajah menjadi 'penuh' atau kulit menjadi lebih tegang yang mungkin semakin teruk ketika membongkok; sakit gigi; atau mengalami halitosis. Kesemua gejala-gejala ini turut mempunyai beberapa penyebab lain. Kecuali jika komplikasi berlaku, demam bukan merupakan gejala sinusitis kronik. Kadang-kadang sinusitis kronik boleh mengakibatkan Anosmia, iaitu penurunan kemampuan untuk mengesan atau menghidu bau. Dalam sebilangan kecil kes sinusitis kronik pada bahagian atas rahang, ianya turut disebabkan jangkitan pada gigi. Perasaan kurang keseimbangan (vertigo), sakit kepala yang ringan, dan penglihatan yang kabur selalunya bukanlah gejala sinusitis kronik dan gejala-gejala tadi harus anda cari penyebabnya yang sebenar.

Usaha telah dilakukan untuk menyediakan tatanama yang lebih teratur untuk kesemua subjenis sinusitis kronik. Kebanyakan pesakit telah menunjukkan adanya eosinofil dalam lapisan mukosa hidung dan sinus paranasal, dan dengan demikian nama Eosinophilic Mucin RhinoSinusitis (EMRS) telah muncul. Kes-kes EMRS mungkin berkait dengan tindakbalas alergi, tapi jenis-jenis alergi sering tidak didokumentasikan, mengakibatkan subkategorisasi alergi dan non-alergi EMRS yang lebih lanjut perlu dibuat.

Kajian tentang sinusitis kronik yang lebih terkini dan masih diperdebatkan ialah peranan yang dibawa oleh kulat. Kulat sebenarnya telah ditemui dalam rongga hidung dan sinus pada sebahagian besar pesakit dengan sinusitis, tetapi kulat turut dijumpai pada orang yang sihat juga. Masih belum jelas apakah kulat adalah faktor utama dalam perkembangan sinusitis kronik dan jika itu tepat, apakah perbezaannya kulat yang terdapat antara mereka yang menghidapi penyakit ini dan orang-orang yang sihat? Ujian-ujian membabitkan rawatan anti-kulat (antifungal) kepada sinusitis telah dijalankan tetapi memberikan keputusan yang pelbagai.


2) Gejala-gejala Sinusitis

2.a) Sakit kepala

Sakit pada kepala/wajah atau tekanan yang tetap, kebas-kebas atau sakit yang dirasai pada bahagian atas sinus dikesan berlaku pada sinusitis acute dan sinusitis kronik. Perasaan nyeri (kesakitan) ini mungkin menjadi lebih teruk ketika pesakit membongkok atau berada dalam posisi telentang.

Sinusitis acute dan sinusitis kronik boleh disertai dengan pengeluaran lendir/kahak (nasal discharge) pekat dari hidung (biasanya berwarna hijau berdarah atau tanpa darah) dan sakit kepala
(atau sakit gigi) yang berlaku setempat. Gejala-gejala inilah yang membantu membezakan sakit kepala sinusitis (atau rhinogenic) dengan sakit kepala akibat tertekan dan sakit kepala akibat migrain.

2.b) Salah diagnosis Migrain


Kajian terbaru menunjukkan bahawa hampir 90% daripada "sakit kepala dengan sinusitis" sebenarnya adalah penyakit migrain. Kecelaruan ini terjadi kerana migrain melibatkan pengaktifan daripada saraf trigeminal yang bersalur (innervate) pada bahagian sinus dan meninges yang mengelilingi otak. Akibatnya, pemeriksaan terus pada kawasan sakit pada tahap korteks menjadi keliru. Tambahan lagi, hidung tersumbat adalah bukan gejala biasa migrain, kerana rangsangan saraf autonomi boleh mengakibatkan robek (lacrimation) dan hidung berhingus/berair (Rhinorrhea). Sebuah kajian mendapati bahawa pesakit dengan "sakit kepala sinusitis" mahu dirawat dan bertindakbalas dengan ubat triptan migrain, tetapi tidak mahu dirawat dengan "decongestants" atau antibiotik.

3) Tanda-tanda Awal

Faktor-faktor yang mungkin menunjukkan kecenderungan sinusitis berkembang adalah seperti: alergi; masalah struktur seperti septum terpesong (deviated septum), sinus ostia kecil atau adanya concha bullosa; merokok; polip pada nasal; pesakit yang membawa gen cystic fibrosis (kajian masih tentatif); dan ini adalah tanda-tanda awal sebelum serangan sinusitis. Ini kerana faktor-faktor di atas boleh mengakibatkan peningkatan keradangan pada mucosa hidung atau sinus dan berpotensi membuatkan ruang pembukaan pernafasan menjadi sempit.

3.a) Peranan biofilm

Biofilem (biofilm) adalah agregat kompleks matriks ekstraselular dan mikroorganisma yang saling bergantung antara spesies, dimana kebanyakannya sukar atau tidak mungkin untuk diasingkan menggunakan teknik-teknik makmal klinikal yang standard. Bakteria yang ditemui pada biofilem didapati boleh menunjukkan rintangan yang meningkat terhadap antibiotik jika dibandingkan dengan bakteria yang hidup bebas daripada spesies yang sama. Satu hipotesis mengatakan bahawa jangkitan jenis biofilem ini yang bertanggunjawab untuk kes penolakan antibiotik pada pesakit dengan sinusitis kronik. Sebuah kajian terkini mendapati bahawa biofilem   ditemui pada mukosa daripada 3/4 pesakit yang menjalani pembedahan untuk sinusitis kronik.

4) PEMERIKSAAN (DIAGNOSIS)


4.a) Sinusitis acute

Biasanya sinusitis akan diperiksa oleh doktor.

Sinusitis acute jenis bakteria dan virus adalah sukar untuk dibezakan Namun, tempoh sinusitis yang kurang daripada 7 hari dianggap sebagai virus, manakala yang melebihi 7 hari dianggap sebagai sinusitis bakteria (biasanya 30% hingga 50%). Bagi sinusitis acute nosocomial ia akan disahkan dengan bantuan CT scan.


4.b) Sinusitis kronik

Untuk sinusitis yang berlangsung lebih dari 12 minggu sukar dipastikan ianya sudah berada di tahap kronik. Biasanya CT scan dijalankan, tetapi itu sahaja tidak cukup untuk mengesahkan tahap sinusitis yang dihadapi. Nasal endoscopy, CT scan, dan gejala-gejala klinikal digunakan bersama-sama dalam mendiagnosis sinusitis ini. Sampel epidermis (histologi) dan kultur sinusitis juga digunakan. Sinusitis jenis kulat dengan alergi selalunya ditemui pada pesakit asma dan mempunyai polip hidung. Biopsi berulang akan dijalankan untuk benar-benar mengesahkan diagnosis sinusitis berada di tahap kronik.

Endoscopy hidung melibatkan penyisipan tiub serat optik mudah lentur (dilengkapi cahaya dan kamera di hujungnya) ke dalam hidung untuk menyemak bahagian rongga hidung dan sinus. Prosedur endoscopy ini umumnya tidak menyakitkan (tetapi kurang selesa), dan memakan masa antara 5 hingga 10 minit untuk selesai.


5) Rawatan

5.a) Sinusitis acute

Langkah-langkah konservatif

Ubat-ubatan dari farmasi (over the counter medication) seperti acetaminophen dan ibuprofen boleh meredakan beberapa gejala yang berkaitan sinusitis, seperti sakit kepala, tekanan, keletihan dan sakit-sakit lain.


Antibiotik

Sebahagian besar kes sinusitis adalah disebabkan oleh virus etiologi dan dengan demikian boleh dirawat tanpa penggunaan antibiotik. Namun demikian, jika gejala tersebut berpanjangan maka penggunaan amoxicillin adalah pilihan pertama, tetapi gabungan amoxicillin/clavulanate (Augmentin) akan diberikan untuk pesakit yang tidak pulih dengan amoxicillin sendirian. Fluoroquinolones, dan beberapa antibiotik
macrolide yang lebih baru seperti claritromycin, dan doxycycline, digunakan pada pesakit yang alergi terhadap penisilin. Namun, 60 hingga 90% pesakit tidak mengalami gejala penolakan (resolution) dengan antibiotik. Namun , antibiotik biasanya tidak berkesan dan secara keseluruhan mungkin tidak begitu efektif dibandingkan dengan plasebo (placebo). Antibiotik juga kurang sesuai untuk keputusan klinikal sinusitis bagi jangka panjang. Antibiotik yang digunakan untuk tempoh masa yang pendek (3-7 hari) tampaknya cukup untuk mengubat pesakit sinusitis yang tiada penyakit teruk atau dipengaruhi faktor-faktor rumit lain.

Kortikosteroid

Kortikosteroid nasal belum ditemui menjadi rawatan sinusitis yang lebih baik berbanding plasebo, samada dalam kombinasi dengan antibiotik atau diambil sendiri.



5.b) Sinusitis kronis

Langkah Konservatif

Pengairan Nasal boleh membantu dengan gejala sinusitis kronik


Pendekatan perubatan

Berdasarkan teori-teori terbaru, kulat mungkin memainkan peranan dalam perkembangan sinusitis kronik. Namun rawatan dengan antikulat mempunyai keputusan yang pelbagai.


Pembedahan

Untuk sinusitis kronik atau sinusitis yang berulang, membuat rujukan dengan otolaryngologist boleh membantu dalam membuat penilaian dan mendapatkan rawatan pakar, dan ini mungkin membabitkan pembedahan hidung (nasal). Namun, bagi sebahagian besar pesakit melakukan pembedahan adalah langkah yang kurang digemari berbanding mengambil ubat-ubatan yang sesuai. Pembedahan hanya boleh dipertimbangkan untuk pesakit yang tidak mengalami pemulihan cukup daripada ubat-ubatan yang sedia ada.

Sebuah kemajuan relatif yang masih baru dalam merawat sinusitis ialah dengan melakukan pembedahan yang disebut
functional endoscopic sinus surgery (FESS), dimana pengosongan ruang sinus dipulihkan dengan mengeluarkan variasi-variasi struktur anatomi dan patologi yang bakal membentuk sinusitis. Ini menggantikan teknik terdahulu yang memerlukan pembedahan (insisi) dibuat pada wajah atau mulut dan teknik ini lebih tertumpu untuk membuat bukaan sinus secara semulajadi, berbanding idea yang menggalakkan pengaliran oleh graviti, konsep yang berdasarkan pembedahan Caldwell-Luc.

Kaedah rawatan lain yang dibangunkan baru-baru ini ialah kaedah sinuplasty belon. Kaedah ini, mirip dengan angioplasty belon digunakan untuk membersihkan ruang (unclog) arteri dari jantung, iaitu menggunakan belon memperluaskan bukaan sinus dengan cara yang kurang menceroboh organ dalaman. Peranan belon dalam merawat sinusitis masih diperdebatkan lagi tetapi kaedah ini menunjukkan peluang yang cerah.

Pembedahan yang pernah dijalankan sebelum ini juga digunakan untuk memberi kefahaman tentang sinus dan juga telah beralih corak dari pembedahan dengan pendekatan dari luaran/extranasal kepada endoscopic intranasal. Dan kelebihan kaedah FESS (Functional Endoscopic Sinus Surgery) pula telah membolehkan pendekatan rawatan yang lebih mensasarkan sinus terbabit dilakukan, kemampuannya mengurangkan kerosakan tisu, dan meminimakan komplikasi pasca pembedahan.

Untuk gejala dan sakit sinusitis yang berpanjangan bagi pesakit yang gagal dirawat dengan kaedah ubat-ubatan dan pendekatan fungsi endoskopik, terdapat teknik yang digunakan sebelum ini untuk mengesan sinus maxillary seperti teknik Caldwell-Luc radical antrostomy (misalnya insisi  dilakukan pada lelangit atas, melakukan pembukaan di dinding anterior antrum, mengeluarkan kesemua maxillary sinus mucosa yang dijangkiti dan pengaliran dibenarkan memasuki bahagian bawah dan tengah meatus dengan mencipta ruang (window) yang besar pada dinding lateral nasal.)

Glossary: (diharap ini membantu~~)
  • sinus: one of the hollow cavities in the skull connecting with the nasal cavities.
  • sinusitis: inflammation of a sinus or the sinuses.
  • rhinitis: inflammation of the nose or its mucous membrane.
  • acute: (of disease) brief and severe (opposed to chronic ).
  • polip: (polyp) a projecting growth from a mucous surface, as of the nose, being either a tumor or a hypertrophy of the mucous membrane.
  • vertigo: a dizzying sensation of tilting within stable surroundings or of being in tilting or spinning surroundings.
  • decongestants: of or pertaining to a substance that relieves mucus congestion of the upper respiratory tract.
  • CT scan: A three-dimensional image of a cross section of the body made with x-rays that is useful in diagnosing disease (for example, in detecting tumors). CAT stands for computerized axial tomography, the name of the method used to produce the image.
  • placebo: a substance having no pharmacological effect but given merely to satisfy a patient who supposes it to be a medicine.
  • otolaryngologist: the branch of medicine that deals with the anatomy, function, and diseases of the ear, nose, and throat.
  • nasal: of or pertaining to the nose.
  • biopsi: the removal for diagnostic study of a piece of tissue from a living body.
Rujukan:

m2mdoh: "Semoga makin ramailah di antara kita warga Malaysia yang sudi menyumbangkan masa dan kudrat membekalkan ilmu-ilmu percuma utuk kegunaan umum.~~ ;-)   "

:.
   

Resdung acute di dalam nasal blog >>

.: Assalamu'alaikum dan Salam 1Malaysia.

:-(

Baru-baru ini m2mdoh baru mendapat tahu akan sejarah kesihatan teman hidup yang paling m2mdoh kasihi. Penyakitnya masih di peringkat awal, tetapi kalau dibiarkan, boleh melarat jadinya. Penyakit ini, akan terasa kepala menjadi pening-pening, gatal-gatal di muka dan bahagian-bahagian badan, dan perasaan kurang selesa yang amat.

Apakah penyakit itu?

R-e-s-d-u-n-g. (istilah Inggeris terdekat ialah Sinusitis).

m2mdoh Google lah nak cari apa bendanya penyakit nih, simptom-simptom dia, cara nak mengubati resdung, tengok-tengok yang banyak klua ialah laman sesawang yang mempromosikan ubat-ubat resdung. Memang boleh dapat tau jugak ciri-ciri dia, tapi banyak sangat iklan. Isi tentang resdung satu pun takde..

Jadi, terpaksalah buat carian dalam bahasa Inggeris pulak. (Ada). Tu yang hampeh tu. Malaysian punya site semuanya nak buat duit je, nak bagi free information minta maaflah. Segala-galanya boleh dibuat duit dah sekarang, takde unsur-unsur membantu hamba Allah nak tahu apakah itu resdung durjana.. Maka, dengan ini, m2mdoh dengan bengangnya, mengambil inisiatif sendiri buatkan artikel mengenai resdung. m2mdoh pinjam maklumat dari Wiki, lepas tu translate kan. Dah cuba jugak sebenarnya Wiki Malaysia, tapi artikel resdung belum ada yang submit. (Ada jugak rasa nak submit artikel ni nanti, tengoklah kalau ada mood..) Kalau ada hamba Allah lain yang nak tolong submitkan, silalah. Maklumat sebegini m2mdoh share untuk semua, (dekat tiga hari jugak terjemahkan artikel nih, layyannnnn~~) hehe X-D

Janji m2mdoh eppy m2mdoh dah faham siket amendenye resdung nih.

Selamat membaca~~
;-D

エンジョイライフ ~~
;-D

m2mdoh: "Semoga Anda yang turut menghidapi resdung mendapat manfaat dari artikel itu nanti. m2mdoh menyokong perkongsian pintar ilmu dunia dan ilmu akhirat~~ ;-) "

:.