Thursday, November 26, 2009

Resdung acute di dalam nasal blog >>

.: Assalamu'alaikum dan Salam 1Malaysia.

:-(

Baru-baru ini m2mdoh baru mendapat tahu akan sejarah kesihatan teman hidup yang paling m2mdoh kasihi. Penyakitnya masih di peringkat awal, tetapi kalau dibiarkan, boleh melarat jadinya. Penyakit ini, akan terasa kepala menjadi pening-pening, gatal-gatal di muka dan bahagian-bahagian badan, dan perasaan kurang selesa yang amat.

Apakah penyakit itu?

R-e-s-d-u-n-g. (istilah Inggeris terdekat ialah Sinusitis).

m2mdoh Google lah nak cari apa bendanya penyakit nih, simptom-simptom dia, cara nak mengubati resdung, tengok-tengok yang banyak klua ialah laman sesawang yang mempromosikan ubat-ubat resdung. Memang boleh dapat tau jugak ciri-ciri dia, tapi banyak sangat iklan. Isi tentang resdung satu pun takde..

Jadi, terpaksalah buat carian dalam bahasa Inggeris pulak. (Ada). Tu yang hampeh tu. Malaysian punya site semuanya nak buat duit je, nak bagi free information minta maaflah. Segala-galanya boleh dibuat duit dah sekarang, takde unsur-unsur membantu hamba Allah nak tahu apakah itu resdung durjana.. Maka, dengan ini, m2mdoh dengan bengangnya, mengambil inisiatif sendiri buatkan artikel mengenai resdung. m2mdoh pinjam maklumat dari Wiki, lepas tu translate kan. Dah cuba jugak sebenarnya Wiki Malaysia, tapi artikel resdung belum ada yang submit. (Ada jugak rasa nak submit artikel ni nanti, tengoklah kalau ada mood..) Kalau ada hamba Allah lain yang nak tolong submitkan, silalah. Maklumat sebegini m2mdoh share untuk semua, (dekat tiga hari jugak terjemahkan artikel nih, layyannnnn~~) hehe X-D

Janji m2mdoh eppy m2mdoh dah faham siket amendenye resdung nih.

Selamat membaca~~
;-D

エンジョイライフ ~~
;-D

m2mdoh: "Semoga Anda yang turut menghidapi resdung mendapat manfaat dari artikel itu nanti. m2mdoh menyokong perkongsian pintar ilmu dunia dan ilmu akhirat~~ ;-) "

:.

No comments:

Post a Comment