Friday, November 27, 2009

Dating sim Love PLus menghilangkan waras manusia >>

.: Dunia, dunia~~

Susah ke nak cari pasangan? Ikut nasib, tengok usaha. Lelaki takkanlah nak sembarangan je nak tackle perempuan, nanti jatuh puak perempuan tu, mau kena maki karang~~ (pun intended~ haha) Tetapi perigi zaman sekarang banyak yang mencari timba, tak macam zaman dulu2, lelaki ramai, perempuan siket. Sekarang lelaki banyak yang pupush tambah2 lagi lelaki baek pun susah nak jumpa dah.. huh. Kita semua dalam akhir zaman, beringat-ingatlah~~

Ini m2mdoh jumpa masa login twitter dulu, dahsyat jugek benda nih, xtaulah dekat Malaysia ada sindrom ni ke tak~~ Tapi kalau ada yang perasan, sebenarnya kompeni-kompeni yang jual kandungan untuk mobile phone di Malaysia ini ada jual game nih, tp tak di-rating sebagai 21 SX. (18 SX nampaknya tak berkesanlahh..) Sim babe? Ada sapa-sapa yang tak pernah maen?? :-P


Love Plus screen shot~~

Ini terjemahan dari [http://kotaku.com/5243198/love-plus-has-your-virtual-girlfriend-experience-covered]. Permainan kekasih maya yang diubahsuai dahsyat giler oleh Jepun. (Negara diorang memang up game2 mcm nih).

Love plus - Permainan keluaran terbaru Konami untuk konsol DS bukannya permainan dating yang biasa-biasa, ianya ternyata permainan yang 'luar daripada biasa'~~

Bahagian pertama permainan ini seperti permainan 'dating' yang biasa: Pemain mencuba untuk meng-usha tiga watak perempuan, dengan harapan mereka akan jatuh cinta dengan mereka. Bagi permainan lain, kejayaan bercinta dengan mana-mana watak permainan ini maksudnya 'game over', tetapi Love Plus menawarkan sesuatu yang lebih daripada itu. Percintaan anda sebenarnya 'baru bermula'..

..bermula dengan bahagian kedua milik anda sepenuhnya. Terpulang bagaimana anda mahukan hubungan anda, tetapi selepas berjaya bercinta dengan mereka, apakah langkah anda seterusnya? Haa, nak pegang.. Dahinya? Pipi? Lengan?? (melalui pad sentuhan) Anda boleh menghantar emel, memanggil namanya menggunakan mikrofon DS dan mengulangkaji pelajaran~~ (maaf, echhi telah di-censored sepenuhnya oleh Konami, hanya adegan kawaie2 manja yang ada = bummer) hahaha X-D (dan, jika tak silap c mamdoh, jika anda membantu mereka mengulangkaji, perghh~~ Pernah tgk anime Jepun? Pernah nampak soalan2 matematik tambahan diorang?? Soalan2 yg mencabar kelakian telah Konami sediakan untuk Love Plus-ada kakitangan Konami yg bekas pensyarah otai telah menjadi panitia untuk semua subjek2 Love Plus, jadi baek anda bersedia membuka buku2 diploma/ijazah anda kalau nak 'membantu' awek Love Plus blaja~~) No pain, no gain~~ X-D m2mdoh baca dr site g lupa nak dbookmark kn, huu..

Pemain boleh menyesuaikan bagaimana watak-watak gadis ini memanggil nama mereka, selari dengan perkembangan masa, (jika anda memang telah bercintan dengannya), gadis-gadis ini akan memanggil anda dengan panggilan2 yang semakin manja suaranya~ X-D

Love Plus dijadualkan akan keluar pada musim panas nanti, dengan fungsi RTC (real time clock), dengan tiada penamat khusus. Permainan konsol DS ini dipenuhi lebih daripada 5000 skrip percakapan, 150 acara CG (computer generated), dan 25000 ekspresi suara~ Spec apa ini? Memang 'BUKAN CINTA BIASA'  bak lirik Siti Nurhaliza~~ X-D

Yang ni pulak review dari website lain: [Videogames.yahoo.com]

Yang lebih menggemparkan pasal game dating ni ialah, ada LELAKI YANG BETUL-BETUL KAHWIN DENGAN AWEK DIA!!~~ Dahsyat, tp bener~~ gadis dalam DS nih kawai giler dan romantika habis, lelaki mana tak cair~~ nasib baik bukan yg ecchi punya, (jamin ada yg mod-kan rom Love Plus nih jd 21SX karang,huu~) X-O Baca di sini:. [Kotaku.com] dan [Videogames.yahoo.com]. Lagi haru bila ada suami yang menduakan isterinya karena Love Plus~~ [Boing.boing.net] X-O (Jgn ada yg lafaz talak pulak karang, waduuuh, dunya, dunya~~) X-O

Ini adalah video dari Youtube.com pasal game alah nih.



Laman lain yang akan membuatkan anda blaja bahasa Jepun~~

Rujukan:
Wahai para lelaki sekalian, Allah dah ciptakan kita semua berpasang-pasangan, berlainan diri dan peribadi, agar memudahkan kita saling mengenali dan saling menyayangi. Janganlah addict dengan mender alah macam nih, Gerek yg real kan ada, ber-gerek-lah. No sex before marriage, or you'll regret it forever and ever~ Why? ALLAH DO SEE WHATEVER YOU DO!

m2mdoh: "In super fullest support of marrying real women instead of being single (and not addicted to battery-charged console girls)~ " ahaks~~ X-D  (bila masanya nak mendirikan masjid nih? heehee, InsyaAllah.) ;-P

:.

No comments:

Post a Comment