Tuesday, November 26, 2019

Tarikh Gaji 2020 bagi Penjawat Awam Malaysia

.: Okay, Tarikh Gaji 2020 dah keluar~~

Pekeliling ANM tarikh gaji 2020 Malaysia


Sumber pdf = [ Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bilangan 7 Tahun 2019 ]. Kalau pautan terus ke pdf tak berjaya, carilah di website untuk Pekeliling Jabatan Akauntan Negara Malaysia 2019~




Bila dibandingkan dengan tarikh jangkaan gaji 2020 yang saya buat dulu, ada 3 bulan yang tak sama tarikh. Bulan Februari ANM bagi gaji 24 haribulan, agak ganjil kalau baca dari Arahan Perbendaharaan yang suka bagi gaji chun-chun pada 25 haribulan.

Kalau mengenangkan Januari 2020 gaji dah keluar 16 haribulan, wow, awal jugak tu. Bonus diberi sama dengan gaji Disember 2019, lepas tu gaji Januari keluar 16 haribulan, memang keringla bila dah masuk Februari 2020. Kena super berjimattttttttttt ni. X-D

Untuk Jun 2020 dia bagi gaji awal, 22 Jun 2020. Tarikh jangkaan saya pulak pada 25 Jun 2020. Kira okay jugak tu, sebab diberi awal. Sebab bulan Mei tu bulan Raya Aidilfitri...

Yang saya paling pelik ialah tarikh gaji bulan Oktober 2020. Saya ingatkan 22 haribulan, tapi pekeliling tulis 26 Oktober 2020. Memang pelik sangat sebab amalan diorang (kalau ikut balik trace balik dari tahun 2015) memang gaji takkan melebihi 25 haribulan. Itulah, diorang yang mesyuarat setuju, kita ikut sajeeeee... X-D

Tiga dari 12 tarikh gaji saya salah. Maksudnya 1/4, maksudnya suku je jangkaan saya yang salah. 25%, kira okaylah tu. Hahahaha
tarikg gaji 2020 Malaysia
Saja bagi berwarna sikit X-D


Design A

Design B


Kalau ada idea lain nanti akan muat naik gambar baharu Tarikh Gaji 2020~

Kredit gambar :


m2mdoh: "Prediction Jangkaan untuk tahun 2020? Kita kena lagi berjimat sebab 2020 tahun banyakkkkkkk makan duit, banyakkkkk guna duit. Serius cakap. Sama-samala berjimat."

:.

Friday, November 15, 2019

Tarikh Jangkaan Pembayaran Gaji Penjawat Awam bagi Tahun 2020 Malaysia

.: Tahun ni saya buat kelainan, dari menunggu official pekeliling rasmi ANM keluar, saya buat tarikh jangkaan dahulu.

Pekeliling rasmi gaji 2020 ANM belum keluar~

Jadi, setelah membaca klu dari pekeliling gaji 2019, rupanya peraturan pembayaran gaji sudah ditetapkan. Boleh baca dari Arahan Perbendaharaan Kerajaan Malaysia [treasury.gov.my].

Saya dah buat sejarah tarikh pembayaran gaji dari tahun 2015 hingga 2019, dan ada dimuatnaik ke Google Drive. Boleh refer kalau nak semakan semula. Tarikh-tarikh tersebut memang diambil dari pdf pekeliling dari Jabatan Akauntan Negara Malaysia tu. Link ada kat screenshot atas~~



Dicampur dengan data mengenai bilakah hari kelepasan am Malaysia bagi tahun 2020, jadi kita boleh agakla bila rasa-rasanya tarikh pembayaran gaji ni untuk tahun depan. 

Dengan itu, inilah screenshot microsoft word bagi tarikh jangkaan pembayaran gaji 2020 bagi penjawat awam Malaysia~~

Ni bukan pekeliling rasmi. Ni prediction jangkaan sahaja~


Tarikh gaji 2020: Khamis, 16 Januari 2020,
Selasa, 25 Februari 2020,
Rabu, 25 Mac 2020,
Khamis, 23 April 2020,
Khamis, 14 Mei 2020,
Khamis, 25 Jun 2020,
Khamis, 23 Julai 2020,
Selasa, 25 Ogos 2020,
Khamis, 24 September 2020,
Khamis, 22 Oktober 2020,
Rabu, 25 November 2020? (baca dari Google Drive saya kenapa),
Khamis, 17 Disember 2020.

Nanti bila pekeliling rasmi keluar, kita compare chun ke tak chun~
X-D

Rasanya hujung bulan November 2019 ni adalah pekeliling gaji 2020 tu keluar dari ANM.


m2mdoh: "Ada jumpa website, pandai dia. Awal dia parking link URL tarikh gaji 2020 Malaysia dalam website dia. Nah, saya up lagi competition, do better than me. Lol~"

:.