Tuesday, November 26, 2019

Tarikh Gaji 2020 bagi Penjawat Awam Malaysia

.: Okay, Tarikh Gaji 2020 dah keluar~~

Pekeliling ANM tarikh gaji 2020 Malaysia


Sumber pdf = [ Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bilangan 7 Tahun 2019 ]. Kalau pautan terus ke pdf tak berjaya, carilah di website untuk Pekeliling Jabatan Akauntan Negara Malaysia 2019~




Bila dibandingkan dengan tarikh jangkaan gaji 2020 yang saya buat dulu, ada 3 bulan yang tak sama tarikh. Bulan Februari ANM bagi gaji 24 haribulan, agak ganjil kalau baca dari Arahan Perbendaharaan yang suka bagi gaji chun-chun pada 25 haribulan.

Kalau mengenangkan Januari 2020 gaji dah keluar 16 haribulan, wow, awal jugak tu. Bonus diberi sama dengan gaji Disember 2019, lepas tu gaji Januari keluar 16 haribulan, memang keringla bila dah masuk Februari 2020. Kena super berjimattttttttttt ni. X-D

Untuk Jun 2020 dia bagi gaji awal, 22 Jun 2020. Tarikh jangkaan saya pulak pada 25 Jun 2020. Kira okay jugak tu, sebab diberi awal. Sebab bulan Mei tu bulan Raya Aidilfitri...

Yang saya paling pelik ialah tarikh gaji bulan Oktober 2020. Saya ingatkan 22 haribulan, tapi pekeliling tulis 26 Oktober 2020. Memang pelik sangat sebab amalan diorang (kalau ikut balik trace balik dari tahun 2015) memang gaji takkan melebihi 25 haribulan. Itulah, diorang yang mesyuarat setuju, kita ikut sajeeeee... X-D

Tiga dari 12 tarikh gaji saya salah. Maksudnya 1/4, maksudnya suku je jangkaan saya yang salah. 25%, kira okaylah tu. Hahahaha
tarikg gaji 2020 Malaysia
Saja bagi berwarna sikit X-D


Design A

Design B


Kalau ada idea lain nanti akan muat naik gambar baharu Tarikh Gaji 2020~

Kredit gambar :


m2mdoh: "Prediction Jangkaan untuk tahun 2020? Kita kena lagi berjimat sebab 2020 tahun banyakkkkkkk makan duit, banyakkkkk guna duit. Serius cakap. Sama-samala berjimat."

:.

No comments:

Post a Comment