Monday, May 9, 2011

Semak Saman JPJ secara Online~

.: Bagi memudahkan urusan semua pemandu dan penunggang kenderaan di Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia telah mewujudkan perkhidmatan menyemak saman yang dikeluarkan pihak JPJ secara online. Saman perlu diperiksa kerana jika ia tidak dibayar, peluang memasuki senarai hitam yang sulit sangat-sangat tinggi.

Kamen Rider Black pun tak boleh sebarang-sebarang
dah sekarang. Via WanWidget.com.
Antara saman yang bakal mengganggu perjalanan cash flow gaji bulanan ialah saman terkenal glamour bernama saman ekor. Jika dirujuk dari soalan lazim website JPJ sendiri, saman ekor aka/alds (also known as/atau lebih dikenali sebagai) Notis Pol.170A sebenarnya ialah:
  • notis yang dihantar secara pos berdaftar kepada pemilik kenderaan, 
  • kerana telah ditangkap memandu melebihi hadlaju,
  • dan mereka dipinta untuk mengisikan sedikit maklumat peribadi mereka di dalam notis tersebut,
  • lalu menghantarkannya ke balai polis yang berdekatan.

Semoga kita menjadi pemandu super berhemah agar tidak menemui saman ekor ini seumur hidup kita, insyaAllah. Untuk makluman lagi, tiada sebarang bayaran dikenakan jika kita membuat semakan saman JPJ ini. Hanya masukkan nombor Kad Pengenalan atau nombor kenderaan, maka anda akan dapat memeriksa berapa saman yang ter-kenakan. Aduii, kalau jumlahnya kosong memang hati ini gumbira sekaliiii~~

Tanpa melengah-lengahkan masa dan tenaga, mari kita tengok-tengok bagaimana memeriksa saman dari laman sesawang JPJ~

1. Mula-mula, sila lawati Portal Rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia ini.
2. Kemudian scroll turun ke bawah sedikit, cari 'Saman JPJ'.


3. Klik pada 'Semakan saman JPJ' itu. (Ada pop-up window akan keluar).


4. Walau 'Connection is untrusted', 'Add Exception' sajjaaa~~


5. Tunggu jap dia download certificate, kemudian klik 'Confirm Security Exception'.


6. Setelah segalanya selesai, anda akan tiba di laman web NKRA Inquiry: Saman JPJ yang ala-ala rupanya begini.


7. Masukkan nombor Kad Pengenalan, nombor keselamatan security yang tertera, dan nantikan jumlah saman yang keluar, huahahahaha~ X-D

Kita juga boleh membuat semakan bila tarikh lesen memandu tamat, senarai hitam JPJ dan Polis, eRayuan JPJ, keputusan ujian berkomputer Bahagian 1 dan lain-lain di portal ini. Jadi, semak jangan tak semak~

Itu saja tutorial untuk menyemak saman JPJ secara online, semoga anda berjaya mendapat keputusan 'Tiada saman', hehe :-)


m2mdoh: "Mari menyokong semua pemandu jangan sembarangan membawa kenderaan ketika di bulatan~ Orang lain pun memandu juggaaaaa~"
;-)
:.