Saturday, May 15, 2010

Yamaha Ego S 101: Bedah Siasat Spec Apa yang Dapat ~~

.: Beshnyaaa~~ Beshnyaaa~~ Bestnyaaaa~~ X-D

Nanti ada rezeki akan ada satu lagi ahli keluarga masuk: sebuah skuter yang ranggi~
Iyya ke ranggi?? ;-)
Yamaha Ego S
 Jeng jeng jengggg~~


Target ialah moped Yamaha Ego S, takpun Nouvo S.. Dulu pilih antara Yamaha 135LC atau Lagenda, tapi sekarang nak jadi mamat scoot plak, hehehe ;-)

Sejarah ringkas Yamaha Ego.
Wikipedia:
  • Nama asal dia Yamaha Mio (pasaran Jepun).
  • Dikeluarkan selepas Yamaha Nouvo
  • Ada Yamaha Mio Soul, Yamaha Mio Ultimo, kat sini cuma ada Yamaha Ego S (S=sport)

Apa yang perlu bila first time nak beli skuter?
Dekat tempat m2mdoh (Kuching, Sarawak), dia nak...
  • lesen memandu
  • slip gaji 3 bulan
  • bil air/ bil api (lektrik)
  • dan semestinya, duit downpayment cash laa~~
  • tempat lain ada requirement lain ka???

Harga Yamaha Ego?
Ada 3 pilihan yang dijumpai...
  • downpayment RM 700, tapi bayar bulan RM 210 untuk 3 tahun = RM 8,260.
  • downpayment RM 1,300, tapi bayar bulan RM 169 untuk 3 tahun = RM 7,384.
  • downpayment RM 1,500, tapi bayar bulan RM 160 untuk 3 tahun = RM 7,260.
  • harga beli cash = antara RM 5,330++
Huhuhu.. yang 1,300 dgn 1,500, beza downpayment 200 je, tapi beza jumlah harga = RM 124.

Alamak, lupa nak tanya harga Nouvo pulak..  (>,<'")

Ada dibagi barang free kalau beli Yamaha Ego?
Pun terlupa tanya. Tapi lepas cari kat internet, sapa-sapa yang beli Ego 'mungkin' dapat...
  • helmet
  • bakul
  • safety lock
  • service
  • baju hujan??
  • minyak 4T?
  • Shell/ Petronas petrol?
  • paling penting, mesti ada original waranti dari Yamaha. kalau lebih dari 12bulan itu sudah kira baekkkk~~

Apa specification untuk Yamaha Ego S?
  • Overall length x width x height : 1,820 x 675 x 1,050 mm
  • Seat Height : 745 mm
  • Wheel base : 1,240 mm
  • Minimum Ground Clearance : 125 mm
  • Dry weight/ Curb weight : 90 kg
  • Engine oil capacity : 0.9 litre 
  • Frame type : Steel tube
  • Caster/Trail : 26.5° / 100 mm<
  • Headlight : 12V32W/32W x 1

Yang full punya nih:
Spesifikasi Yamaha Ego

Cerita-cerita lain tentang Yamaha Ego~
: Malaysian Bikers Community.
  • airbox/airfilter salu ada poblem, carburator tak berapa tahan
  • valve senang bocor
  • Ego guna minyak 4T...
  • jaga minyak hitam dengan super cermat. short distance Shell vsx, long distance Shell sx. Yamalube??
  • kena jaga minyak gear dan eo (engine oil)
  • seelok-eloknya servis carburator time tukar minyak hitam ngan minyak gear
  • service selalu dalam 1000-1500km...
  • tak berapa bagus untuk long distance, belting tak tahan
  • service belt tengok berapa ganas pakai: cuba dalam 4-6bulan service belt. mileage 25,000 gi tuka
  • dalam first week mungkin ada bau hangit kat ekzos, patut ok balik lepas seminggu~
: Lowyat.net.
  • Ego adalah target pencurik2 sekarang.. barang panas nih woo~~
  • tak payah bengong tayar pancit sebab Ego guna tubeless tyre
  • body nya yang besaw meyukarkan diri masa nak cilok-cilok tym traffic jam (berpanas berhimpitla kamooo di sitooo)


Nak tambah barang kat Yamaha Ego S?
Sila ke pautan ini: Product Ego. Klik pada 'Build my Ego' dan tambah aksesori untuk Ego. (Guna IE baru menjadi, kalau Fx dia takde animasi). Kalau nak modified gila-gila pergi link Malaysian Bikers Community tu, m2mdoh cari page by page lawa gak bila modify Ego nih ;-)

Pendek katanya, cuak jugak nak amik Ego. Lepas baca kat forum, fuhyoo.. lari bajet nih kalau asik nak repair ngn maintenance bulan-bulan. Guna 4T tu, adusss.. m2mdoh dah penat search kat internet, mata dah pusing-pusing dah, lagipun maklumat pasal Ego dalam bahasa Melayu kurang laa. Apa-apapun, nanti tengok

m2mdoh: "Udah-udah la tu. Pakai LC idaman jugak yang layannnn~~"
X-D
:.

8 comments:

  1. Where buy this sticker body original mio soul ultimo?

    ReplyDelete
  2. I need sticker body mio soul ultimo or ego S :(

    ReplyDelete
  3. saya nak tanya apa masalah pada tayar jika tak dapat dipam

    ReplyDelete
  4. Tuan, boleh rekemen bengkel moto yg expert service/repair yamaha ego lama ni. Moto saya tahun 2016
    Enjin boleh hidup tapi pulas minyak dah tak jalan. Sya sedia dihubungi di 019 9954007

    ReplyDelete
    Replies
    1. 0176555303 kedai pomen puncak damansara kondo 2..

      Delete
  5. Salam..boleh advise tak scooter apa yg ok.yg x mudah rosak..nak cari yg second je untuk p keje.budget pun tak banyak.takut nanti nk selalu repair xde duit 😓

    ReplyDelete
  6. Pd sapa" yg tahu knapa motor ego s sy xblh full throttle ye?? Sebab klau sy nak full throttle tu dye jadi mcm pulas pastu lepas dgn mengejut tlg bgtau ye spe" yg tahu🙏

    ReplyDelete