Saturday, April 9, 2011

Pet Keychain Made in China sangat menyeksakan haiwan.

.: Sampai hati, dunia dunia..  :-(

Berita dari WeirdAsiaNews.
Oleh Lycurgus, Mac 26, 2011.

CHINA -- Kumpulan perlindungan haiwan di sana telah mula membuat bantahan terhadap tindakan penjaja kecil-kecilan yang menjual binatang peliharaan yang digantung pada rantai kunci (key chain). Kura-kura kecil dari Brazil atau dua ekor ikan Kingfish yang masih lagi hidup merupakan antara haiwan kecil yang disimpan dalam beg kedap udara berisi air yang "kaya nutrien". Penjaja-penjaja ini mendakwa mereka boleh terus hidup didalamnya selama beberapa bulan, walhal hakikatnya belum sampai seminggu pun haiwan kecil ini akan mati.

Air yang "kaya nutrien" atau air yang "kaya air kecil warna kuning"?

Mary Peng, antara pengasas Pusat Perkhidmatan Haiwan Antarabangsa memberitahu bahawa sebenarnya faktor kehabisan oksigenlah yang membuatkan haiwan-haiwan tersebut mati, mereka mati sesak nafas terlebih dahulu sebelum mereka mati kekurangan nutrien dari air yang terkandung dalam beg kedap udara itu.

Haiwan-haiwan kecil yang dijadikan perhiasan sering dijual di stesen-stesen keretapi sebenarnya memang dilindungi oleh undang-undang, tapi perbuatan menjual mereka sebegini tidak dianggap sebagai penderaan haiwan. Pengarah NGO Persatuan Kebajikan Haiwan, Qin Xiona mengatakan ini ialah penderaan haiwan yang nyata, tapi malangnya hanya undang-undang yang melindungi haiwan liar sahaja wujud dikuatkuasakan mengakibatkan haiwan kecil ini dibiarkan.

Bagi sesetengah pembelinya, mereka menganggap perhiasan ini dapat membawa tuah kepada mereka, manakala ada juga yang membelinya kerana untuk membebaskan mereka keluar. "Saya beli satu untuk membantu mereka hidup bebas. Mereka kelihatan terseksa hidup didalamnya," terang seorang wanita kepada wartawan Global Times.

Qin memberitahu, antara langkah menghentikan kegiatan ini ialah dengan tidak membeli satu pun rantai kunci tersebut. Apabila tiada lagi pembeli maka penjualannya akan berhenti dan kita akan dapat menyelamatkan kura-kura dan ikan-ikan kecil ini dari mati derita penuh azab dalam "kubur air kedap udara" yang bersaiz comel... 
Key chain kubur air.

Sampai hati diorang buat perhiasan yang menyeksa haiwan sebegini. Punyalah manusia bila nak buat duit nak fulus banyak mereka sanggup berbuat apa saja. Mata pun jadi kelabu, aduhhh.. :-(


m2mdoh : "Mari menyokong haiwan pun ada hati dan perasaan dan hak-hak mereka, kalau tak suka sendiri mati sesak nafas berendam air kaya nutrien maka jangan buat makhluk lain begitu..."
:.

No comments:

Post a Comment