(Nota: Tulisan kali ini agak aneh dan panjang. Kalau mata penat sila rehatkan mata dahulu, kemudian baru boleh sambung membaca~~)
Umum yang telah mengetahui mengenai blog. Orang kata buat blog boleh dapat duit, tapi taknak pulak diorang ajar macamana caranya. Yelah, memang itulah caranya, buat blog dulu, kemudian baru dapat duit, haa.. Betul, tak tipu.
Nak tunjuk bukti? Blog mamdoh sendiri pun baru ciput je masyuk. Kalau nak blog yang dikira betul-betul masyuk dan ada masuk news, anda boleh baca entri RedMummy: RM1 juta? No no no! ni~~ X-D
Kalau baca dari internet khabarnya ada orang yang lagi awal masyukkk dari RedMummy, betul-betul dekat/melebihi RM1 juta, tapi disebabkan kita kan rakyat Malaysia yang low profile selalu merendah diri diam-diam ubi berisi, maka berita seorang Malaysian Blogger yang kayo rayo itu tidak dihebohkan. Blogger tersebut nak hidup sederhana aja.
Okay, mengabaikan testimonial tentang masyuk dengan buat blog, di bawah ini ialah antara resepi paling senang dengan kerja paling susah sekali untuk dibuat kalau betul-betul nak buat duit sangat:
- Daftar satu akaun Gmail.
- Gunakan alamat emel Gmail untuk daftar pada Blogger.
- Buat blog, tulis artikel.
- Letak AdSense.
- Boom! Dapat duit.
Sebelum masuk ke pendekatan aneh membuat blog, kena tahu bagaimana AdSense boleh memberi pendapatan kepada kita. AdSense ini sebenarnya ialah ruang iklan yang kita akan letak pada blog. Macam dalam siaran TV pun ada iklan, dalam blog pun juga ada iklan. Jadi, AdSense = iklan.
Para syarikat, perniagaan kecil-kecilan atau orang persendirian akan "mengupah" AdSense untuk mempromosikan produk-produk atau perkhidmatan mereka mengikut jenis-jenis iklan yang disukai. Kita pula, dengan kuasa yang ada, membenarkan AdSense untuk diletak dalam blog dengan syarat, sebahagian kecil dari upah itu dibayar kepada kita apabila ada pembaca blog kita yang klik atau melihat sahaja iklan AdSense pada blog kita tadi.
Sebenarnya, upah yang dibayar kepada kita berbeza-beza jumlahnya. Kalau iklan pada blog kita dapat banyak klik, kita secara tidak langsung dapat banyak sikit upah. Kalau ramai yang membaca blog kita, dan walaupun mereka tidak meng-klik-kan iklan AdSense tadi, kita tetap juga dapat duit. Kata kuncinya di sini untuk kita masyuk ialah jumlah klik yang banyak dengan jumlah pembaca yang ramai.
Jadi, untuk masyuk dengan AdSense, kena buat blog yang:
- dilawati dan dibaca oleh ramaaaaaaaaaaaaaaii pembaca dari seluruh dunia, dan/atau
- blog kita tadi membantu para pembaca dengan memaparkan iklan yang sangat-sangat berkaitan dengan kandungan blog~
Tapi, bukan senang untuk menjadi blog ada confirm pasti ada kedua-dua ciri di atas. Susah woo. Sebab itu bila nak masyuk dengan blog kena guna pendekatan aneh, baru dapat mencapai tahap masyuk. Antara lima pendekatan aneh itu adalah:
- jadi penulis blog yang terkemuka~ (atau)
- tumpukan penulisan blog anda kepada satu niche, (atau)
- mengumpul koleksi aneh-aneh pada blog, (atau)
- buat blog berbahasa Inggeris, (atau)
- tiru cara skill mamdoh: tulis artikel informatif yang sedang hangat meletop...
Cartoon by Dave Walker. Find more cartoons you can freely re-use on your blog at We Blog Cartoons. |
Wahhh, soalan ini soalan yang bagus. Ada sedikit ke arah soalan bonus cepumas, tapi tak mengapa. Kita jawab sajjaa~
Popular atau terkenal ialah suatu kuasa yang bukan sembarangan kuasa. Apabila blog itu ditulis oleh orang yang popular atau blog itu sendiri yang popular, kedua-dua ini ada kuasa menarik ramai pembaca baru, atau yang setia.
Yang lebih hebat lagi, saranan atau komen penulis yang popular mampu membuatkan pembaca mengikut atau mengambil tindakan kerana mereka percaya penulis blog seorang yang jujur dan apa yang disarankan itu baik untuk mereka.
Contohnya, Dr Mohd Fadzilah Kamsah, seorang perunding motivasi dan keluarga yang terkenal, jika anda membaca blognya anda akan cuba melakukan apa yang disarankan kerana anda sudah tahu kemampuan beliau. Anda mungkin tidak teragak-agak bertindak jika tulisannya seperti "terkena batang hidung sendiri", haa.. Berkuasa tau tulisan penulis blog yang popular~
2. Khususkan penulisan blog kepada satu niche.
Ini antara pendekatan yang sepatutnya dibuat oleh seorang blogger yang butul-butul mahu masyuk dengan AdSense. Disamping blog anda dicintai oleh search engine carian, blog anda akan tampak lebih arif dan berpengalaman dan mahir dalam bidang niche anda tadi. Jika maklumat pada blog anda sangat-sangat berguna kepada pembaca, blog itu akan dicintai pula oleh blog lain, forum-forum, laman sesawang kerajaan, tersebar di Twitter, Facebook dan lain-lain.
Dengan menulis tentang niche, beerti blog anda cuma menyentuh bercakap menulis makan minum tidur yang berkaitan dengan niche itu sahaja, bukan niche lain, bukan perkara tidak masuk akal yang lain. Setia pada yang satu aja. Itu yang terbaek.
Apa itu niche? Sebelum terabai, niche ialah pecahan yang lebih khusus dari sesuatu bidang. Perlu diberi contoh untuk penerangan yang jelas. Kita ambil bidang kesihatan sebagai mangsa keadaan. Kesihatan ialah bidang yang besar, jadi untuk lebih spesifik dan khusus, kita ambil bidang yang lebih kecil lagi, contohnya penjagaan kesihatan kaki. Lebih khusus lagi, penjagaan jari jemari kaki. Tapi niche yang terbaek biasanya mengenai penyakit dan kesakitan, contoh yang boleh menjadi niche ialah mengenai ingrown toenail. Cuba tengok dulu, series cakap memang niche!~
3. Koleksi-koleksi atau aneh-aneh.
Aneh? Betul, perkara yang aneh-aneh memang menjadi kegemaran ramai. Senang menjadi buah mulut, senang mendapat perhatian, senang menjadi lebih luar biasa dari biasa, dan senang menarik pembaca blog. Mungkin kerana kehidupan kita yang seperti biasa-biasa tiada apa-apa menarik berlaku, maka apabila kita mendengar yang aneh kita tertanya-tanya dan timbul perasaan ingin mengetahui. Memang aneh perasaan itu!
Antara yang aneh atau ala-ala aneh, seperti ikan arapaima gigas yang berkaki ayam, banglo biru yang sentiasa cerah pada malam 15 haribulan, kereta Ferrari made in Malaysia, bagaimana menambah duit walaupun anda sedang tertidur di ruang tamu, dan contoh-contoh lain memang tajuk terbaek untuk mana-mana penulis blog.
Koleksi juga memainkan peranan penting sebagai pe-masyuk blog anda. Dengan kata lain koleksi adalah seperti senarai atau kumpulan untuk tujuan-tujuan tertentu. Contohnya, koleksi tudung-tudung labuh cun dengan corak bunga abstrak remaja masa kini, atau senarai semak persediaan menghadapi ujian MUET mana-mana universiti, ataupun 101 orang Facebookers yang boleh dibuat kawan kerna sering menghantar hadiah game Facebook pada wall mereka. Itulah yang dinamakan koleksi~
4. English ka Engrish?
Pendekatan aneh untuk memasyukkan blog sendiri ialah dengan menulis blog berbahasa Inggeris. Kenapa perlu berbahasa Inggeris? Ini kerana apa saja yang kita tulis akan dapat dibaca oleh semua pembaca dari seluruh dunia. Boleh juga menaip dalam BM, tapi sertakan juga pilihan penterjemah translator untuk pembaca asing membaca dalam bahasa mereka sendiri.
Tapi kan, lagi satu sebab digalakkan menulis dalam BI kerana rata-ratanya carian yang dilakukan pada search engine carian dalam sehari lebih banyak kepada perkataan bahasa asing dari bahasa ibunda kita. Sebab itu untuk memasyukkan blog kita kena serve layan pembaca yang majoriti ini. Nak masyuk ke tak nak masyuk? Haa..
5. Ini cara yang sedikit malas dan berlumba-lumba.
Pendekatan terakhir memasyukkan blog diri sendiri ialah dengan menulis artikel penuh isi dan informasi mengenai perkara-perkara yang tengah atau ontheway hangat diperkatakan atau sedang panas didebatkan
Salah satu blog peribadi mamdoh memang menggunakan pendekatan ini. Cara yang biasa dipakai ialah dengan menaip informasi berkaitan atau memberi bahan-bahan dan penerangan tambahan tentang sesuatu isu. Keburukannya tidak semua entri pada blog akan popular sepanjang tahun kerana "kepanasan" mana-mana isu selalunya akan reda dalam beberapa bulan atau minggu sahaja. Jadi tarikan kepada pembaca juga berkurangan sejajar dengan kesejukan isu tersebut. Jadi, setiap jam/hari kena rajin mencari dan menulis "informasi panas".
Tabiat berbelanja orang-orang kaya.. |
Jika diambil contoh pada Yahoo! US bertarikh 19hb April 2011, iaitu artikel Money habits of Millionaires, rasanya boleh menjadi artikel hot panas kerna didalamnya mengandungi rahsia orang terkaya di dunia jadi kaya raya. Artikel sebegini apabila diolah semula memang artikel terbaek, diolah menjadi lebih berinformasi, tiada rahsia yang disampaikan separuh atau sekerat sahaja, dan yang penting boleh dilakukan oleh orang biasa.
Jika dimulakan dengan kontroversi pun boleh juga, dimulakan dengan pertanyaan, atau sebagai penemuan. Contohnya, Penemuan bagaimana orang biasa jadi betul-betul kaya dengan rezeki halal tanpa perlu join MLM, tanpa perlu cari "kaki", tanpa bingung kubur tak cukup tanah sebagaimana orang paling kaya di dunia jadi kaya. Haa.. Tak kaw-kaw artikel sebegini sampai berebut orang kita sebab nak jadi kaya punya pasal, fuhyoooo.. (Promosi: Blog Ustaz Zaharuddin ada artikel mengenai pelaburan Islam jika nak melabur. Boleh rujuk di sana).
Itu dia lima pendekatan aneh nak buat blog masyuk dengan cara susah. Siapa cakap senang masyuk di internet? Kalau senang tu anda kena tipu tu. Mana ada duit jatuh dari bulan jatuh ke riba dengan senang. Makan pun syusya, apatah lagi buat duit di internet. Diharap anda janganla percaya bulat-bulat cakap-cakap atau pengakuan yang mengaku macam betul. Kaji dulu, cari dan tanya kepada yang ada pengalaman, dan jangan tanya dengan sorang je, tanya dengan ramai orang. Dengar apa komen mereka, baik buruk, huha huhu, lepas tu buatla keputusan.
Sebelum anda ketekadan nak masyuk dengan memblogging, sila rujuk Google AdSense ToS sebelum gatal tangan nak buat apa-apa. Kalau anda ada baca link Wikipedia tentang AdSense di atas, mamdoh mengaku AdSense memang bahaya kalau bab-bab menghilangkan seluruh pendapatan online anda. Kalau ikut ToS tanpa miss pun belum tentu lagi selamat.
Apa yang boleh anda buat ialah, kalau tak tahu, tanya. Sebelum buat sesuatu tentang blog, buat carian dahulu boleh ke tak boleh. Diversify pelbagaikan sumber pendapatan. Berguru dan bersifu dengan guru yang okay. Jangan taksub dengan seseorang guru. Mungkin dia dah dapat pendapatan dari internet, tapi dia mungkin tak perasan cara dia dah violate melanggar ToS. Bila kantoi, guru anda dengan anda sekali akan terkena. Sungguhla sedih bila kerja dan duit berbulan-bulan hilang begitu sahaja.
Blog yang betul-betul super power dah mula menjana pendapatan dalam masa tiga bulan. Kalau yang lagi power berkuasa dalam sebulan lebih dah up naik dah. Lagi satu, JANGAN, jangan sekali-kali nehi no no no bù tak boleh klik pada iklan AdSense blog anda sendiri. Penyesalan maut jawabnya.
Tanpa berusaha memang susahla nak berjaya. Ada yang berjaya tanpa banyak usaha, tapi itu nasib dia. Mungkin istidraj, haa.. Siapa tahu? Tapi berbaik sangkalah dengan semua orang. Di internet je jangan cepat berbaek sangka. Walaupun dengan kawan sebilik seasrama dulu ke, apa ke, berhati-hati bila bab "melaburkan duit simpanan untuk belajar ilmu", sebab mamdoh dah kena dah, hahahaha :-P
Pilihan option lain selain AdSense? Dengarnya Innity, Nuffnang antara yang diminati oleh blogger Malaysia. Kalau buat blog yang omputeh punya, mungkin Good list of Adsense alternatives ni boleh membantu~ :-)
m2mdoh: "Mari menyokong kestabilan kebebasan ketenangan kewangan pada masa kini dan masa hadapan~"
;-)
(Lagi promosi kurang marlu: mamdoh ada juga blog Aiemm pasal internet marketing juga, tapi lebih ke arah teknikal. Dan berbahasa Inggeris (dah ada niat unsur-unsur bilingual dwibahasa, tapi tunggu dulu). Blog yang belum layak mengajar IM, tapi dibuat sebab nanti takut terlupa apa yang mamdoh dah blaja.)
:.
panjang tulisan masta , banyak ilmu yg dicedok, terima kasih
ReplyDelete