Sebenarnya lepas balik malam tadi nak rehat-rehat sekejap sambil tengok rancangan TV apa yang ada. Mak pulak tengah nak tengok Sahara TV3, tapi mamdoh sedikit buhsan jadi tuka siaran lain. Yela, umur dah dekat 26 tahun ni, dari dulu lagi disogokkan dengan tontonan malam cerita Melayu yang tak abes-abes dengan dengki khianat ghairah merogol hantu seram entah hapa entah jadi nak tuka selera pulak.
Minat tengok drama Cina. Kadang-kadang drama Cina ada ajar cara-cara dan psikologi berniaga tau, best layan tengok macamana mereka menewaskan pesaing masing-masing~ Ilmu tu yang penting, hehe ;-)
Tukar punya tukar, mamdoh rajin tukar siaran kalau siaran yang ditengok tengah iklan, dahla iklan selalu berjam-jam, siap boleh pegi mandi makan minum amik nap lelap kejap lepas tu baru cerita dia disambung (lebey pulak daa), tertengok gadis comel Crystal Lee di NTV7. Crystal Lee?
Crystal Lee: Pelakon cilik yang comel~ via NTV7 Facebook. |
Blog Counting the Sand ada gambar Crystal Lee menyanyi. Pakai gaun biru dia~
Pandai dia ni berlakon. Kalau ikut macam anak manja kesayangan abahnya, boleh pulak dia deal abahnya ikut cara dia, haha. Anak perempuan yang berani dan licik pandai membuat helah~
Tertinggal pula pasal drama. Footprints in the Sand yang disiarkan setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam ini mengisahkan liku-liku kehidupan Yan Li dari kecil (Crystal Lee) sehingga dewasa (Mayjune Tan) dan tua (Yenn Teoh). Bagaimana dia menempuh segala dugaan, cabaran, adegan tidak ingin kita lihat, kejayaan dan masa emasnya dengan penuh tabah dan cekal.
Kalau baca sinopsis mStar Online cakap Yan Li dijual ayahnya yang kanser otak ke rumah pelacuran. Tapi episod malam tadi subtitle sarikata nya berbunyi abahnya dipujuk oleh wanita tukang urut sama kawasan bilik sewa untuk memberi Yan Li kepada keluarga peniaga kaya untuk dijadikan anak angkat. Entahla, geram juga bila tak berapa faham bahasa mereka, huhu. Ni hao ma mamdoh tau la, hao jawabnya. Yang lain kureng sikit...
Yang bestnya drama ni made in and shoot and cast dibuat dilakonkan dalam Malaysia, kira oklah bila tengok drama tempatan. Cuma ada terdapat adegan-adegan yang tidak sesuai untuk penonton kecil yang tak nak tidur lagi (anak buah mamdoh), dan sedikit tidak seswai untuk penonton Muslim. Jalan cerita dia best tu yang nak tengok tu.
Footprints in the Sand 足印 - Promo [ntv7] Starting 19 April 10pm. (Kena tengok dari Youtube baru dapat)
Spoiler: Ini sedutan video kalau nak tengok keseluruhan sinopsis drama nih kurang dari empat minit..
Footprint《足印》预告片By: 立足帮 http://www.facebook.com/lesliechai
Muka Yan Li ketika kecil dan ketika dia tua agak sama (kira selari la kalau dia betul-betul grow up membesar), yang dia remaja tu yang macam tak sama. Mata mamdoh kut yang nampak lain. Tonton tonton juga, pengajarannya jangan lupa. Antaranya jangan ponteng sekolah, jangan minum arak jangan memabukkan diri, perempuan jangan jalan sorang-sorang malam hari sebab bahaya dirogol, dan lagi satu jangan seluk jari bawah katil sebab nanti disepit oleh perangkap tikus macam episod malam tadi, hahaha :-P
- mStar Online : 'Footprints in the Sand' di NTV7.
- TheStarMobile : A little girl challenges destiny in Footprints in the Sand.
m2mdoh: "Mari menyokong program Adik-Adikku sebab dapat melahirkan mennyediakan ramai pendidik pendakwah cilik kita~~"
Teringat diorang bila tengok Crystal Lee. :-)
:.
Saya pun baru tertengok citer ni.Terpikat terus dengan si Crystal Lee.Kalau tak silap, dia pernah muncul dlm rancangan Aznil pasal Hari Raya dulu.Mmg berbakat budak ni.
ReplyDelete.: hehe, pandai berlakon, comel pulak tu, adoiii.. package sungguh anak itu. Good Luck buat Crystal Lee~ :-) :.
ReplyDelete