Wednesday, April 27, 2011

Afuganisu-tan: Lepas ni kelas Sejarah tak jadi buhsan lagi dah~

.: Hehe, Afuganisu-tan. Afghanistan~~ ;-)

Afugan ialah seorang gadis tabah yang sering ditimpa malang. Dilahirkan pada bulan Ogos 19 haribulan, Afugan yang berbadan kecil genit ini sering menjadi mangsa buli teman-temannya. Ketika berjalan-jalan dia sering tersadung dan terjatuh. Mungkin juga kerana badannya yang kecil, Afugan dilihat sering menyeret apa-apa barang yang dibawanya. Kesiannya Afugan yang comel...

Afugan comel~
Siapa Afugan???

Afugan ialah watak utama dalam komik Afghanis-tan (Afuganisu-tan), sebuah karya oleh Timaking (ちまきing). Ia mengisahkan sejarah pahit getir Afghanistan dengan negara-negara jirannya yang dibuat dalam persona seorang manusia, iaitu sebagai watak gadis komik. Komik ini dibuat dengan ringkas bersahaja, dalam bentuk komik lajur comic strip mengikut kronologi masa dan sejarah sebenar Afghanisan.

Sebenarnya mamdoh teringatkan pasal doa selepas solat sebelum menulis entri ini. Biasa mendengar doa dalam Bahasa Arab, kadang-kadang bila mendengar doa versi BM tertanya-tanya kenapa kita turut mendoakan agar negara-negara seperti Afghanistan, Palestin, Iraq, dan negara-negara Islam yang lain dipelihara dan dijaga Allah. Rupa-rupanya mamdoh tak tahu sejarah negara-negara ini.. :-(

Menariknya terbaeknya komik Afuganisu-tan ni ialah ia ditulis dari perspektif seorang rakyat Jepun, bukan dari kacamata seorang warganegara Pakistan mahupun rakyat Amerika Syarikat seperti komik-komik lain yang pelukisnya akan berat sebelah bias pandangannya. Contohnya kalau kita baca komik Jepun jadi watak utama akan pro-Jepun (menyokong Jepun), komik Amerika pula akan jadi pro-Amerika. Anda boleh baca komiknya dan anda akan setuju dengan pernyataan yang mamdoh pinjam ini, haa..

(Masa jumpa komik ini dulu-dulu dah terbaca pendapat review orang lain, tapi lupa dimana sumbernya. Sebab tu yang pinjam pernyataannya tu..) huhu..

Satu lagi ialah mengenai pembelajaran Sejarah yang boring buhsan kadang-kadang menjemukan kini telah menjadi lebih menarik minat daripada biasa. Untuk memahami Sejarah bukannya senang, apatah lagi mendidik para pelajar terutamanya mamdoh masa kecil-kecil dahulu. Jadi subjek Sejarah perlu diolah dan dibentuk menjadi lebih mengesankan hati, supaya senang dipelajari.

Sejarah -> senang faham, senang jawab ujian, senang lulus cemerlang~~

Jadi, apa tunggu lagi, mari baca Afuganisu-tan di :
  1. Galeri gambar Afuganisu-tan darkbeat di PBase.com, atau 
  2. baca di laman sesawang Google Afghan-tan oleh rubbersoul1967.
Laman kedua ialah laman pertama kali mamdoh jumpa Afugan, tapi dia ada hilang satu episod. Galeri gambar darkbeat ada okay sikit, he :-)

Afugan merenung masa depan yang ...

Kalau Sejarah Malaysia dikomikkan seperti ini okey ke tak okey? Hehe ;-)


m2mdoh: "Mari menyokong menguatkan daya pembelajaran dan pemahaman rakyat Malaysia dalam semua peringkat umur dengan kaedah-kaedah inovatif dan kreatif serta tidak buhsannn~"
p/s: Berminat tak dengan Hetalia: Axis Powers?
:.

Wednesday, April 20, 2011

Cerekadrama NTV7: Jejak di atas Pasir~

.: Baru malam tadi tengok, macam best~~

Sebenarnya lepas balik malam tadi nak rehat-rehat sekejap sambil tengok rancangan TV apa yang ada. Mak pulak tengah nak tengok Sahara TV3, tapi mamdoh sedikit buhsan jadi tuka siaran lain. Yela, umur dah dekat 26 tahun ni, dari dulu lagi disogokkan dengan tontonan malam cerita Melayu yang tak abes-abes dengan dengki khianat ghairah merogol hantu seram entah hapa entah jadi nak tuka selera pulak.

Minat tengok drama Cina. Kadang-kadang drama Cina ada ajar cara-cara dan psikologi berniaga tau, best layan tengok macamana mereka menewaskan pesaing masing-masing~ Ilmu tu yang penting, hehe  ;-)

Tukar punya tukar, mamdoh rajin tukar siaran kalau siaran yang ditengok tengah iklan, dahla iklan selalu berjam-jam, siap boleh pegi mandi makan minum amik nap lelap kejap lepas tu baru cerita dia disambung (lebey pulak daa), tertengok gadis comel Crystal Lee di NTV7. Crystal Lee?

Crystal Lee: Pelakon cilik yang comel~
via NTV7 Facebook.
Mak cakap adik Crystal Lee ni pernah keluar dalam rancangan TV3 dulu, slot MHI Malaysia Hari Ini. Dia nyanyi lagu Siti Nurhaliza. mamdoh pun macam pernah tengok dia ni menyanyi, haha X-D 

Blog Counting the Sand ada gambar Crystal Lee menyanyi. Pakai gaun biru dia~

Pandai dia ni berlakon. Kalau ikut macam anak manja kesayangan abahnya, boleh pulak dia deal abahnya ikut cara dia, haha. Anak perempuan yang berani dan licik pandai membuat helah~

Tertinggal pula pasal drama. Footprints in the Sand yang disiarkan setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam ini mengisahkan liku-liku kehidupan Yan Li dari kecil (Crystal Lee) sehingga dewasa (Mayjune Tan) dan tua (Yenn Teoh). Bagaimana dia menempuh segala dugaan, cabaran, adegan tidak ingin kita lihat, kejayaan dan masa emasnya dengan penuh tabah dan cekal.

Kalau baca sinopsis mStar Online cakap Yan Li dijual ayahnya yang kanser otak ke rumah pelacuran. Tapi episod malam tadi subtitle sarikata nya berbunyi abahnya dipujuk oleh wanita tukang urut sama kawasan bilik sewa untuk memberi Yan Li kepada keluarga peniaga kaya untuk dijadikan anak angkat. Entahla, geram juga bila tak berapa faham bahasa mereka, huhu. Ni hao ma mamdoh tau la, hao jawabnya. Yang lain kureng sikit...

Yang bestnya drama ni made in and shoot and cast dibuat dilakonkan dalam Malaysia, kira oklah bila tengok drama tempatan. Cuma ada terdapat adegan-adegan yang tidak sesuai untuk penonton kecil yang tak nak tidur lagi (anak buah mamdoh), dan sedikit tidak seswai untuk penonton Muslim. Jalan cerita dia best tu yang nak tengok tu.

Footprints in the Sand 足印 - Promo [ntv7] Starting 19 April 10pm. (Kena tengok dari Youtube baru dapat)

Spoiler: Ini sedutan video kalau nak tengok keseluruhan sinopsis drama nih kurang dari empat minit..
Footprint《足印》预告片By: 立足帮 http://www.facebook.com/lesliechai

Muka Yan Li ketika kecil dan ketika dia tua agak sama (kira selari la kalau dia betul-betul grow up membesar), yang dia remaja tu yang macam tak sama. Mata mamdoh kut yang nampak lain. Tonton tonton juga, pengajarannya jangan lupa. Antaranya jangan ponteng sekolah, jangan minum arak jangan memabukkan diri, perempuan jangan jalan sorang-sorang malam hari sebab bahaya dirogol, dan lagi satu jangan seluk jari bawah katil sebab nanti disepit oleh perangkap tikus macam episod malam tadi, hahaha :-P


m2mdoh: "Mari menyokong program Adik-Adikku sebab dapat melahirkan mennyediakan ramai pendidik pendakwah cilik kita~~"
Teringat diorang bila tengok Crystal Lee. :-)
:.

Tuesday, April 19, 2011

AdSense: Bila semua orang nak buat duit dengan cara susah.

.: Hehe, mamdoh kurang arif mengenai blog ni, cuma nak kongsi idea dan sedikit pengalaman. Nak baca boleh, tak nak baca, baca sajjaaa~ Mana tahu nanti-nanti akan buat blog juga nanti, haa..

(Nota: Tulisan kali ini agak aneh dan panjang. Kalau mata penat sila rehatkan mata dahulu, kemudian baru boleh sambung membaca~~)

Umum yang telah mengetahui mengenai blog. Orang kata buat blog boleh dapat duit, tapi taknak pulak diorang ajar macamana caranya. Yelah, memang itulah caranya, buat blog dulu, kemudian baru dapat duit, haa.. Betul, tak tipu.

Nak tunjuk bukti? Blog mamdoh sendiri pun baru ciput je masyuk. Kalau nak blog yang dikira betul-betul masyuk dan ada masuk news, anda boleh baca entri RedMummy: RM1 juta? No no no! ni~~ X-D

Kalau baca dari internet khabarnya ada orang yang lagi awal masyukkk dari RedMummy, betul-betul dekat/melebihi RM1 juta, tapi disebabkan kita kan rakyat Malaysia yang low profile selalu merendah diri diam-diam ubi berisi, maka berita seorang Malaysian Blogger yang kayo rayo itu tidak dihebohkan. Blogger tersebut nak hidup sederhana aja.

Okay, mengabaikan testimonial tentang masyuk dengan buat blog, di bawah ini ialah antara resepi paling senang dengan kerja paling susah sekali untuk dibuat kalau betul-betul nak buat duit sangat:
  1. Daftar satu akaun Gmail.
  2. Gunakan alamat emel Gmail untuk daftar pada Blogger.
  3. Buat blog, tulis artikel.
  4. Letak AdSense.
  5. Boom! Dapat duit.
Inilah resepi orang kata resepi "stended" bila nak buat duit dari AdSense pada blog. Susah sebenarnya nak buat duit guna resepi ni, melainkan bila kita buat dengan beberapa pendekatan separa aneh. Kalau tak buat separa aneh, maka tiada masyuk akan berlaku. Nak tak nak, kena buat aneh-aneh.

Sebelum masuk ke pendekatan aneh membuat blog, kena tahu bagaimana AdSense boleh memberi pendapatan kepada kita. AdSense ini sebenarnya ialah ruang iklan yang kita akan letak pada blog. Macam dalam siaran TV pun ada iklan, dalam blog pun juga ada iklan. Jadi, AdSense = iklan.

Para syarikat, perniagaan kecil-kecilan atau orang persendirian akan "mengupah" AdSense untuk mempromosikan produk-produk atau perkhidmatan mereka mengikut jenis-jenis iklan yang disukai. Kita pula, dengan kuasa yang ada, membenarkan AdSense untuk diletak dalam blog dengan syarat, sebahagian kecil dari upah itu dibayar kepada kita apabila ada pembaca blog kita yang klik atau melihat sahaja iklan AdSense pada blog kita tadi.

Sebenarnya, upah yang dibayar kepada kita berbeza-beza jumlahnya. Kalau iklan pada blog kita dapat banyak klik, kita secara tidak langsung dapat banyak sikit upah. Kalau ramai yang membaca blog kita, dan walaupun mereka tidak meng-klik-kan iklan AdSense tadi, kita tetap juga dapat duit. Kata kuncinya di sini untuk kita masyuk ialah jumlah klik yang banyak dengan jumlah pembaca yang ramai.

Jadi, untuk masyuk dengan AdSense, kena buat blog yang:
  1. dilawati dan dibaca oleh ramaaaaaaaaaaaaaaii pembaca dari seluruh dunia, dan/atau 
  2. blog kita tadi membantu para pembaca dengan memaparkan iklan yang sangat-sangat berkaitan dengan kandungan blog~

Tapi, bukan senang untuk menjadi blog ada confirm pasti ada kedua-dua ciri di atas. Susah woo. Sebab itu bila nak masyuk dengan blog kena guna pendekatan aneh, baru dapat mencapai tahap masyuk. Antara lima pendekatan aneh itu adalah:
  • jadi penulis blog yang terkemuka~ (atau)
  • tumpukan penulisan blog anda kepada satu niche, (atau)
  • mengumpul koleksi aneh-aneh pada blog, (atau)
  • buat blog berbahasa Inggeris, (atau)
  • tiru cara skill mamdoh: tulis artikel informatif yang sedang hangat meletop...

cartoon from www.weblogcartoons.com
Cartoon by Dave Walker. Find more cartoons you
can freely re-use on your blog at We Blog Cartoons.
1. Kenapa mesti jadi blogger yang popular?
Wahhh, soalan ini soalan yang bagus. Ada sedikit ke arah soalan bonus cepumas, tapi tak mengapa. Kita jawab sajjaa~

Popular atau terkenal ialah suatu kuasa yang bukan sembarangan kuasa. Apabila blog itu ditulis oleh orang yang popular atau blog itu sendiri yang popular, kedua-dua ini ada kuasa menarik ramai pembaca baru, atau yang setia.

Yang lebih hebat lagi, saranan atau komen penulis yang popular mampu membuatkan pembaca mengikut atau mengambil tindakan kerana mereka percaya penulis blog seorang yang jujur dan apa yang disarankan itu baik untuk mereka.

Contohnya, Dr Mohd Fadzilah Kamsah, seorang perunding motivasi dan keluarga yang terkenal, jika anda membaca blognya anda akan cuba melakukan apa yang disarankan kerana anda sudah tahu kemampuan beliau. Anda mungkin tidak teragak-agak bertindak jika tulisannya seperti "terkena batang hidung sendiri", haa.. Berkuasa tau tulisan penulis blog yang popular~

2. Khususkan penulisan blog kepada satu niche.
Ini antara pendekatan yang sepatutnya dibuat oleh seorang blogger yang butul-butul mahu masyuk dengan AdSense. Disamping blog anda dicintai oleh search engine carian, blog anda akan tampak lebih arif dan berpengalaman dan mahir dalam bidang niche anda tadi. Jika maklumat pada blog anda sangat-sangat berguna kepada pembaca, blog itu akan dicintai pula oleh blog lain, forum-forum, laman sesawang kerajaan, tersebar di Twitter, Facebook dan lain-lain.

Dengan menulis tentang niche, beerti blog anda cuma menyentuh bercakap menulis makan minum tidur yang berkaitan dengan niche itu sahaja, bukan niche lain, bukan perkara tidak masuk akal yang lain. Setia pada yang satu aja. Itu yang terbaek.

Apa itu niche? Sebelum terabai, niche ialah pecahan yang lebih khusus dari sesuatu bidang. Perlu diberi contoh untuk penerangan yang jelas. Kita ambil bidang kesihatan sebagai mangsa keadaan. Kesihatan ialah bidang yang besar, jadi untuk lebih spesifik dan khusus, kita ambil bidang yang lebih kecil lagi, contohnya penjagaan kesihatan kaki. Lebih khusus lagi, penjagaan jari jemari kaki. Tapi niche yang terbaek biasanya mengenai penyakit dan kesakitan, contoh yang boleh menjadi niche ialah mengenai ingrown toenail. Cuba tengok dulu, series cakap memang niche!~

3. Koleksi-koleksi atau aneh-aneh.
Aneh? Betul, perkara yang aneh-aneh memang menjadi kegemaran ramai. Senang menjadi buah mulut, senang mendapat perhatian, senang menjadi lebih luar biasa dari biasa, dan senang menarik pembaca blog. Mungkin kerana kehidupan kita yang seperti biasa-biasa tiada apa-apa menarik berlaku, maka apabila kita mendengar yang aneh kita tertanya-tanya dan timbul perasaan ingin mengetahui. Memang aneh perasaan itu!

Antara yang aneh atau ala-ala aneh, seperti ikan arapaima gigas yang berkaki ayam, banglo biru yang sentiasa cerah pada malam 15 haribulan, kereta Ferrari made in Malaysia, bagaimana menambah duit walaupun anda sedang tertidur di ruang tamu, dan contoh-contoh lain memang tajuk terbaek untuk mana-mana penulis blog.

Koleksi juga memainkan peranan penting sebagai pe-masyuk blog anda. Dengan kata lain koleksi adalah seperti senarai atau kumpulan untuk tujuan-tujuan tertentu. Contohnya, koleksi tudung-tudung labuh cun dengan corak bunga abstrak remaja masa kini, atau senarai semak persediaan menghadapi ujian MUET mana-mana universiti, ataupun 101 orang Facebookers yang boleh dibuat kawan kerna sering menghantar hadiah game Facebook pada wall mereka. Itulah yang dinamakan koleksi~

4. English ka Engrish?
Pendekatan aneh untuk memasyukkan blog sendiri ialah dengan menulis blog berbahasa Inggeris. Kenapa perlu berbahasa Inggeris? Ini kerana apa saja yang kita tulis akan dapat dibaca oleh semua pembaca dari seluruh dunia. Boleh juga menaip dalam BM, tapi sertakan juga pilihan penterjemah translator untuk pembaca asing membaca dalam bahasa mereka sendiri.

Tapi kan, lagi satu sebab digalakkan menulis dalam BI kerana rata-ratanya carian yang dilakukan pada search engine carian dalam sehari lebih banyak kepada perkataan bahasa asing dari bahasa ibunda kita. Sebab itu untuk memasyukkan blog kita kena serve layan pembaca yang majoriti ini. Nak masyuk ke tak nak masyuk? Haa..

5. Ini cara yang sedikit malas dan berlumba-lumba.
Pendekatan terakhir memasyukkan blog diri sendiri ialah dengan menulis artikel penuh isi dan informasi mengenai perkara-perkara yang tengah atau ontheway hangat diperkatakan atau sedang panas didebatkan dalam parlimen. Perkara-perkara sebegini dijamin memang pelaku dan pewaris serta pemasyuk blog yang tip top punya. Semestinya kerana ramai yang akan dan sedang mencari maklumat-maklumat berkaitan agar boleh disampaikan atau dijadikan point hujah ketika buku bertemu dengan ruas.

Salah satu blog peribadi mamdoh memang menggunakan pendekatan ini. Cara yang biasa dipakai ialah dengan menaip informasi berkaitan atau memberi bahan-bahan dan penerangan tambahan tentang sesuatu isu. Keburukannya tidak semua entri pada blog akan popular sepanjang tahun kerana "kepanasan" mana-mana isu selalunya akan reda dalam beberapa bulan atau minggu sahaja. Jadi tarikan kepada pembaca juga berkurangan sejajar dengan kesejukan isu tersebut. Jadi, setiap jam/hari kena rajin mencari dan menulis "informasi panas".

Tabiat berbelanja orang-orang kaya..
Jika diambil contoh pada Yahoo! US bertarikh 19hb April 2011, iaitu artikel Money habits of Millionaires, rasanya boleh menjadi artikel hot panas kerna didalamnya mengandungi rahsia orang terkaya di dunia jadi kaya raya. Artikel sebegini apabila diolah semula memang artikel terbaek, diolah menjadi lebih berinformasi, tiada rahsia yang disampaikan separuh atau sekerat sahaja, dan yang penting boleh dilakukan oleh orang biasa.

Jika dimulakan dengan kontroversi pun boleh juga, dimulakan dengan pertanyaan, atau sebagai penemuan. Contohnya, Penemuan bagaimana orang biasa jadi betul-betul kaya dengan rezeki halal tanpa perlu join MLM, tanpa perlu cari "kaki", tanpa bingung kubur tak cukup tanah sebagaimana orang paling kaya di dunia jadi kaya. Haa.. Tak kaw-kaw artikel sebegini sampai berebut orang kita sebab nak jadi kaya punya pasal, fuhyoooo.. (Promosi: Blog Ustaz Zaharuddin ada artikel mengenai pelaburan Islam jika nak melabur. Boleh rujuk di sana).

Itu dia lima pendekatan aneh nak buat blog masyuk dengan cara susah. Siapa cakap senang masyuk di internet? Kalau senang tu anda kena tipu tu. Mana ada duit jatuh dari bulan jatuh ke riba dengan senang. Makan pun syusya, apatah lagi buat duit di internet. Diharap anda janganla percaya bulat-bulat cakap-cakap atau pengakuan yang mengaku macam betul. Kaji dulu, cari dan tanya kepada yang ada pengalaman, dan jangan tanya dengan sorang je, tanya dengan ramai orang. Dengar apa komen mereka, baik buruk, huha huhu, lepas tu buatla keputusan.

Sebelum anda ketekadan nak masyuk dengan memblogging, sila rujuk Google AdSense ToS sebelum gatal tangan nak buat apa-apa. Kalau anda ada baca link Wikipedia tentang AdSense di atas, mamdoh mengaku AdSense memang bahaya kalau bab-bab menghilangkan seluruh pendapatan online anda. Kalau ikut ToS tanpa miss pun belum tentu lagi selamat.

Apa yang boleh anda buat ialah, kalau tak tahu, tanya. Sebelum buat sesuatu tentang blog, buat carian dahulu boleh ke tak boleh. Diversify pelbagaikan sumber pendapatan. Berguru dan bersifu dengan guru yang okay. Jangan taksub dengan seseorang guru. Mungkin dia dah dapat pendapatan dari internet, tapi dia mungkin tak perasan cara dia dah violate melanggar ToS. Bila kantoi, guru anda dengan anda sekali akan terkena. Sungguhla sedih bila kerja dan duit berbulan-bulan hilang begitu sahaja.

Blog yang betul-betul super power dah mula menjana pendapatan dalam masa tiga bulan. Kalau yang lagi power berkuasa dalam sebulan lebih dah up naik dah. Lagi satu, JANGAN, jangan sekali-kali nehi no no no bù tak boleh klik pada iklan AdSense blog anda sendiri. Penyesalan maut jawabnya.

Tanpa berusaha memang susahla nak berjaya. Ada yang berjaya tanpa banyak usaha, tapi itu nasib dia. Mungkin istidraj, haa.. Siapa tahu? Tapi berbaik sangkalah dengan semua orang. Di internet je jangan cepat berbaek sangka. Walaupun dengan kawan sebilik seasrama dulu ke, apa ke, berhati-hati bila bab "melaburkan duit simpanan untuk belajar ilmu", sebab mamdoh dah kena dah, hahahaha :-P

Pilihan option lain selain AdSense? Dengarnya Innity, Nuffnang antara yang diminati oleh blogger Malaysia. Kalau buat blog yang omputeh punya, mungkin Good list of Adsense alternatives ni boleh membantu~ :-)


m2mdoh: "Mari menyokong kestabilan kebebasan ketenangan kewangan pada masa kini dan masa hadapan~"
;-)
(Lagi promosi kurang marlu: mamdoh ada juga blog Aiemm pasal internet marketing juga, tapi lebih ke arah teknikal. Dan berbahasa Inggeris (dah ada niat unsur-unsur bilingual dwibahasa, tapi tunggu dulu). Blog yang belum layak mengajar IM, tapi dibuat sebab nanti takut terlupa apa yang mamdoh dah blaja.)
:.

Saturday, April 9, 2011

Buat sajjaa, jangan tak buat langsunggg~~

.: Usaha tangga kejayaan : Nak tau tak anak tangga mana yang baek punya?
;-)

ProductiveMuslim Animation - Just Go Do IT!
Tengok video sampai habis aa? Heehee ;-)

Untuk mengesahkan video di atas, ini ada satu artikel dari iLuvIslam yang mamdoh salintampal, baekkk punya artikel~~

Hasil kajian Jabatan Kejuruteraan Biomedikal Universiti Malaya mendapati setiap gerakan solat mempunyai manfaat tersendiri yang mampu meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh.

Berikut adalah beberapa hasil kajian yang telah dilakukan berkaitan solat:

AKTIVITI OTOT - Profesor Dr Wan Abu Bakar Wan Abas.

Beliau yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana otot menjadi lebih kuat apabila selalu digunakan. Katanya, hasil kajian mendapati solat yang membabitkan gerakan tubuh seperti berdiri, tunduk dan bongkok menyamai senaman ringan.

"Kebanyakan otot serta sendi bergerak ketika solat. Umat Islam beruntung kerana solat yang wajib dilakukan setiap hari menyamai aktiviti senaman dan regangan yang memperkuatkan sistem otot dan fizikal tubuh," katanya. Malah, katanya solat sama seperti terapi fizikal yang jika dilakukan secara berterusan dan betul menghasilkan kesan positif terhadap tubuh. Beliau berkata, kajian lebih teliti sedang dilakukan untuk mengenap pasti otot yang aktif ketika solat.

ISYARAT OTAK - Ng Siew Chok.

Beliau berkata, perubahan kimia berlaku apabila otak aktif. Proses kimia yang menyebabkan pergerakan ion atau atom membawa cas elektrik boleh diukur menggunakan elektrod yang diletakkan pada kulit kepala. Sejenis alat, iaitu EEG (Electroencephalography) digunakan untuk mengukur isyarat otak daripada aktiviti elektrik.

"Gelombang otak mempunyai beberapa frekuensi irama yang dipengaruhi oleh keadaan fizikal dan emosi. Jenis gelombang otak Alfa (8-13 Hz) menunjukkan keadaan tenang," katanya.

Walaupun bukan Islam, Siew Chok kagum terhadap hasil kajian yang dilakukannya apabila mendapati keadaan dan pemikiran orang selepas bersolat tenang dan menyamai keadaan selepas bangun tidur.

"Ada fenomena menarik dalam solat, iaitu keadaan berdiri seketika sebelum sujud sebagai peringkat paling tenang ketika bersolat. Saya bukan Islam dan diberitahu bahawa keadaan itu adalah tomakninah," katanya.

Ketika itu, katanya isyarat alfa meningkat secara mendadak yang menunjukkan seseorang itu berada dalam keadaan tenang.

Siew Chok berkata, solat juga meningkatkan penumpuan terhadap sesuatu perkara dan memperkuatkan kuasa otak.

Sehubungan itu, katanya solat membolehkan seseorang itu menyediakan otak untuk lebih bersedia terhadap sesuatu cabaran yang perlu dihadapinya dalam aktiviti harian.

KOMPOSISI TUBUH - Dr Fatimah Ibrahim.

Beliau berkata, komposisi tubuh mengandungi empat komponen utama, iaitu tisu aktif, tisu tulang, komponen air dan lemak.

Beliau berkata, ada beberapa kaedah untuk mengukur komposisi tubuh, tetapi kajian itu menggunakan Analisis Penyepadanan Bio yang menghasilkan keputusan tepat, pantas dan selamat, berbanding pengambilan darah.

"Teknik ini tidak digunakan secara meluas di hospital negara ini, tetapi di Amerika Syarikat, teknik ini digunakan untuk menilai status penyakit seperti Aids, diabetes, demam denggi dan pelbagai penyakit kritikal lain," katanya.

Dalam kajian ini, katanya model untuk mendapatkan komposisi tubuh terbaik adalah dengan melakukan lima perkara, iaitu solat lima kali sehari, memahami maksud bacaan dalam solat, solat berjemaah, rukuk dengan betul (90 darjah) dan melentikkan jari kaki ketika duduk antara sujud dan tahyat akhir.

Dr Fatimah berkata, orang yang tidak melakukan lima perkara ini mempunyai komposisi tubuh yang kurang baik.

Katanya, kajian mendapati secara keseluruhan orang yang solat berjemaah mempunyai kesihatan lebih baik berbanding yang bersolat secara bersendirian.

"Kita mendapati apabila berjemaah, orang yang melakukan solat bersentuh bahu ke bahu. Tubuh manusia seperti bateri. Ketika bersolat, cas tubuh manusia mengalir seperti dalam litar dan akhirnya meneutralkan cas tubuh.

"Sebelum solat, ada orang yang penat dan ada yang tidak penat. Ketika solat, orang yang tidak penat dan mempunyai cas positif akan mengalirkan cas positif kepada orang yang letih dan mempunyai cas negatif," katanya.

Katanya, ini yang menyebabkan orang yang bersolat jemaah mempunyai badan bertenaga dan lebih tenang.

1406 Jom Solat : Testi dari iLuvIslam.

Dr Fatimah berkata, solat tarawih dan berpuasa juga memberi kebaikan dan ini terbukti berdasarkan kajian yang dilakukan.

Sebelum Ramadan bermula, katanya komposisi badan diukur dan selepas 21 hari berpuasa, komposisi tubuh yang diukur semula mendapati keadaan tubuh sihat seperti kolesterol rendah akibat kadar pembakaran lemak yang meningkat serta paras glukos rendah.

Selain itu, katanya posisi tubuh (posture) dalam solat dapat mengubat sakit pinggang. Malah jika berjumpa doktor, pesakit disuruh melakukan senaman seperti berdiri dan membongkokkan tubuh yang menyamai gerakan solat.

Beliau berkata, keputusan positif itu adalah berdasarkan ukuran saintifik dengan meletakkan beberapa sensor (pengesan) di tulang belakang pesakit untuk melihat isyarat otot.

Katanya, hasil kajian mendapati pesakit yang mengikuti terapi solat selama sebulan, iaitu dengan membuat rukuk 90 darjah, sakit pinggangnya berkurangan.

"Ini membuktikan terapi solat boleh digunakan untuk merawat sakit pinggang. Kita akan menerbitkan buku kedua terapi solat yang bukan saja sesuai untuk wanita normal, tetapi untuk wanita mengandung. Bukan Islam juga boleh mengikuti terapi ini dengan melakukan senaman sama seperti gerakan solat," katanya.

Jangan terkejut kerana solat boleh merawat Erektil Disfungsi (ED) atau lebih dikenali sebagai mati pucuk, masalah kesihatan yang lelaki amat takut.

Untuk lelaki normal, keupayaan seksual adalah tiga kali penegangan ketika tidur dan volum ketika ketegangan mesti lebih 200 peratus.

"Kajian dilakukan dengan mengukur zakar (pesakit diajar melakukan ukuran). Pada bulan pertama, tiada ketegangan langsung, tetapi selepas melakukan terapi selama dua bulan iaitu dengan melakukan solat tambahan, sudah ada ketegangan dan volum mencapai tahap normal," katanya.

Beliau berkata, terapi adalah dengan cara melakukan solat sunat sebanyak tiga kali seminggu dengan setiap terapi sebanyak 12 rakaat atau kira-kira 30 minit.

Selain itu, katanya antara hasil kajian yang menarik perhatian pakar sakit jantung ialah mengenai kadar denyutan jantung kerana selama ini, kajian saintifik lain menyatakan bahawa kadar denyutan jantung paling rendah adalah ketika berbaring.

"Kajian mendapati ketika solat, keadaan sujud mencatatkan kadar denyutan paling rendah dan lebih baik berbanding ketika baring. Ini menunjukkan posisi tubuh ketika solat adalah bagus," katanya.

Sehubungan itu, katanya kajian akan dilakukan dengan lebih meluas untuk melihat sama ada posisi tubuh ketika solat boleh merawat sakit jantung. Katanya, pakar jantung gembira dengan hasil kajian itu kerana boleh memperkenalkan terapi solat kepada pesakit jantung untuk melakukan senaman. Ketika ini, setiap pesakit jantung perlu melakukan senaman selama 30 minit setiap hari.

Sumber asal - Berita Harian.

Okay ke tak okay? Haa.. Sekejap je kalau kita ikut "anak tangga" nih. Bila diusahakan kita akan dapat banyak kebaikan dan kelebihan tau, haa.. Mula-mula memang tak percaya, tapi lepas terjumpa ada artikel lain juga pasal kekuatan batin Rasulullah datang dari solat Baginda yang chun on time lengkap segala, fuhyoo, para suami-suami satu Malaysia kini tidak perlu lagi berbelanja lebih atau bimbang akan kekuatan di malam pertama...

Eh? Kenapa masuk bab lain pulak ni?  :-P


m2mdoh: "Mari menyokong kempen Mari Bersolat dengan menyertai Imam Muda kita, Imam Asyraf~"
:-)
:.

Pet Keychain Made in China sangat menyeksakan haiwan.

.: Sampai hati, dunia dunia..  :-(

Berita dari WeirdAsiaNews.
Oleh Lycurgus, Mac 26, 2011.

CHINA -- Kumpulan perlindungan haiwan di sana telah mula membuat bantahan terhadap tindakan penjaja kecil-kecilan yang menjual binatang peliharaan yang digantung pada rantai kunci (key chain). Kura-kura kecil dari Brazil atau dua ekor ikan Kingfish yang masih lagi hidup merupakan antara haiwan kecil yang disimpan dalam beg kedap udara berisi air yang "kaya nutrien". Penjaja-penjaja ini mendakwa mereka boleh terus hidup didalamnya selama beberapa bulan, walhal hakikatnya belum sampai seminggu pun haiwan kecil ini akan mati.

Air yang "kaya nutrien" atau air yang "kaya air kecil warna kuning"?

Mary Peng, antara pengasas Pusat Perkhidmatan Haiwan Antarabangsa memberitahu bahawa sebenarnya faktor kehabisan oksigenlah yang membuatkan haiwan-haiwan tersebut mati, mereka mati sesak nafas terlebih dahulu sebelum mereka mati kekurangan nutrien dari air yang terkandung dalam beg kedap udara itu.

Haiwan-haiwan kecil yang dijadikan perhiasan sering dijual di stesen-stesen keretapi sebenarnya memang dilindungi oleh undang-undang, tapi perbuatan menjual mereka sebegini tidak dianggap sebagai penderaan haiwan. Pengarah NGO Persatuan Kebajikan Haiwan, Qin Xiona mengatakan ini ialah penderaan haiwan yang nyata, tapi malangnya hanya undang-undang yang melindungi haiwan liar sahaja wujud dikuatkuasakan mengakibatkan haiwan kecil ini dibiarkan.

Bagi sesetengah pembelinya, mereka menganggap perhiasan ini dapat membawa tuah kepada mereka, manakala ada juga yang membelinya kerana untuk membebaskan mereka keluar. "Saya beli satu untuk membantu mereka hidup bebas. Mereka kelihatan terseksa hidup didalamnya," terang seorang wanita kepada wartawan Global Times.

Qin memberitahu, antara langkah menghentikan kegiatan ini ialah dengan tidak membeli satu pun rantai kunci tersebut. Apabila tiada lagi pembeli maka penjualannya akan berhenti dan kita akan dapat menyelamatkan kura-kura dan ikan-ikan kecil ini dari mati derita penuh azab dalam "kubur air kedap udara" yang bersaiz comel... 
Key chain kubur air.

Sampai hati diorang buat perhiasan yang menyeksa haiwan sebegini. Punyalah manusia bila nak buat duit nak fulus banyak mereka sanggup berbuat apa saja. Mata pun jadi kelabu, aduhhh.. :-(


m2mdoh : "Mari menyokong haiwan pun ada hati dan perasaan dan hak-hak mereka, kalau tak suka sendiri mati sesak nafas berendam air kaya nutrien maka jangan buat makhluk lain begitu..."
:.