Kenapa tiba-tiba pula keluar bab Halal? Uiii, mencari yang Halal itu wajibbbbb!~ (Iklan mana tu ye? Lupa dah mana satu). Sebagai umat Islam lebih-lebih lagi yang kuat makan minum tapi susah/senang nak naik badan, kita kena mesti pastikan apa yang masyukk dalam mulut kita datangnya dari sumber yang Halal-halal belaka.
Kadang-kadang makanan yang kita makan itu asalnya diperbuat di luar negara. Memang kita akan mencari tanda atau logo Halal pada bungkusannya, tetapi tahukah kita logo Halal luar negara yang manakah benar-benar Halal dan diiktiraf oleh pihak JAKIM Malaysia? Terutamanya jika kita antara peminat makanan ringan sebegini...
|
| ||||
| Penghargaan credit untuk gambar-gambar ini: Biskut beras manis masin ajinomoto dari MissJ. Marshmellow lembut warna-warni dari Syira. Satay ampai-ampai pedas manis dari Norfaizn. |
Aduihhhh... Kembang air liur dibuatnya, aduiiihhhhhhh, hahaha X-D
Biasa yang mamdoh makan diperbuat dari Thailand, kadang-kadang ada dari China, Indonesia, dll, tengoklah pada bungkusannya atau kotak atau tinnya. Memang ada logo Halal dari negara masing-masing. Cuma dalam makan tu terperasankan macam lain-lain je rekabentuk logo Halal ni, yang rupa bagaimana rupa sebenar logo Halal yang asli?
Ini ialah pdf berkenaan sijil Halal dari luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM Malaysia. Perhatikan logo-logo Halalnya, macam pernah tengok tak? Hehe ;-)
Logo Halal mana paling cantek? Hehe~
Yang pentingnya bukan logo yang cantik, yang pentingnya adakah badan-badan Islam ini benar-benar menepati ciri-ciri Halal yang sebenar-benarnya mengikut Syarak? Jangan bimbang, JAKIM telah menetapkan prosedur-prosedur yang mesti dipatuhi barulah pengikitirafan kepada badan-badan dari luar negara ini dibuat. Bukan bagi sembarang-sebarang tau~
Sekarang kita dah tau dah logo Halal luar negara yang boleh kita guna, jadi lepas nih boleh membeli tanpa ragu-ragu tanpa was-was. Oh biskut beras, rumpai laut, marshmellow, gula-gula "ubat Cina" bungkus berwarna emas yang manis masin tu, di mana kah dirimuuuu? i lap i mau makan youuuuuu~~ X-D
Bacaan lanjut:
- Portal Rasmi Halal Malaysia. Semakan syarikat mana yang telah diiktiraf dan diberikan sijil Halal boleh dibuat disini juga. Nak periksa status Halal pun boleh.
- Soalan-soalan lazim berkenaan Halal Malaysia.
m2mdoh: "Mari menyokong memakan makanan meminum minuman memakai barangan mengguna perkhidmatan dan apa-apa sahaja yang Halalan toyyiba, Halal lagi baik~"
:-)
:.
Saya memang yakin halal luar negara berbanding JAKIM yang sering banyak kerenah...
ReplyDeleteTerimakasih kongsi info logo halal luar negara yang JAKIM iktiraf.
ReplyDelete