"Chaiyok chaiyok" kata cerita mana ntah tah ingat.
Okay, celoteh rentetan entri tulisan untuk hari ini memerlukan para pembaca agar melihat dari segenap sudut ea? lagipun mamdoh ialah seorang lelaki, jadi bila ketahuan perkara yang sebegini, huhu.. Entah nak cakap apa...
Tadi lepas baca sambil buat kerjarumah IM, nak periksa balik hari ini blog ammdoh yang satu lagi dah masuk dalam ranking kedudukan pada Google SERP ka belum. Sebenarnya memang tak usaha apa-apapun lagi untuk blog tu, cuma hati nak tau blog tu dah steady stabil ke belum.
Nama blog tu ialah vacancy sarawak (dot) blogspot (dot) com. Tapi mamdoh cuma taip dan cari "vacancy sarawak" pada web results, tapi tak jumpa. Keluar website mereka-mereka yang dah dulu-dulu buat link pasal vacancy sarawak. Jadi cuba try buat kat image search pulak. Baru perasan blog tu dah icon atau logo atau header, jadi memangla tak jumpa pun.
Dalam semasa tengah scroll-scroll tengok turun ke bawah, terjumpa pulak ada gambar perempuan bertudung. Eh? Biar betul? Kenapa dia boleh tersenarai sebab hasil carian gambar untuk "vacancy sarawak"? Dia pakai skill apa nih untuk compete bersaing keyword nih?
Nak sergah apa tu cik adik ooi? Hospital mana ni dapat jumpa baby baru lahir besar tu je? |
Dia pun ada buat blog yang khusus untuk mencari kerja Kerajaan atau kerja swasta yang ditawarkan di negeri Sarawak jugak ke? Oh, ada persaingan, mamdoh ada pesaing sudaa. Ok, ok. Jadi, jum tengok dia buat website / blog nya macamana~~
Ohoooo.. dia buat apa tuuuuu? Kenapa tak yakin je tengok dia scan ni~~ |
Udah udah, kenapa Firefox nih tiba-tiba jadi kecik jadi besar nih? Mamdoh tengok dia besa kecik besa kecik nih mesti ada apa-apa nih. Apa dia cakap?
"Windows Security has found critical process activity on your system and will perform fast scan of system files" ???
Oh tiddakkkkkkkk~~ jangan scannnnnn~ X-O
Tanpa berlengah-lengah close tab, delete cookie, tutup Firefox, check TaskMan, check temp folder, etc... Jangan eh, jangan masuk sini wahai malware trojan spyware heyheyheyyy.. Nanti buang masa pulak kena cuci komputer, aduiii.. X-O
Benda yang nak cakap hasil penemuan kurang tergempar ini:
- Sebenarnya memang betul apa yang orang cakap pasal gambar-gambar pada profil Fb atau Tagged atau kat mana-mana pun, gambar perempuan Melayu bertudung yang disalahgunakan untuk perkara pelik-pelik jelek-jelek tu memang berlaku. Sekarang belum mainstream sangat macam gambar bogel perempuan Melayu, tapi gambar perempuan bertudung berhijab memang dah dimanipulasikan. Kena jaga-jaga...
- mamdoh terfikir juga mungkin boyfriend mataair dia letak kat laman web tapi tak perasan laman web tu dah kena godam, tapi macam tak logik pula kalau gambar tu dipakai untuk laman affiliate softddrinks? Haa.. kurang lojik, kurang kelogikan di sanaaa.. Tapi ada alasan penjelasan lain ke kenapa dia keluar untuk image search vacancy sarawak?
- Hati-hatilah masa nak letak profil picture kat mana-mana laman sosial di internet. Sangat lebih terlampau manis lagi ayu jika gadis bertudungnya bertudung yang betul-betul bertudung, bukan tudung pesen yang kalau ditengok "boleh dibuat gambar ehem-ehem nih gambar perempuan nih", haa.. Nauzubillah..
Jadi, sila berhati-hati ya saudara saudari ku? Tak kisah sama Islam ke tak, semua orang tetap tak suka gambar dia di-exploit untuk benda pelik-pelik. Haduiii.. Dunia yang anehs penuh dengan perkara-perkara aneh...
m2mdoh: "Mari menyokong ke arah pertudungan perhijaban pernutupan aurat wanita dan lelaki yang lebih sempurna lagi menyelamatkan maruah kitaaa~"
:.
No comments:
Post a Comment