Monday, March 7, 2011

Buang air kecil @ Urine: Eh? Kenapa warna dia lain-lain?

I needs the.
.: Perasan tak air kecil kita warnanya lain-lain?  :-?

Teringat pernah tanya pensyarah air kecil berwarna mana yang lebih baik - warna jernih transparent ka atau yang berwarna kuning? Alkisahnya mamdoh terlupa lagi jawapannya, huhuhu... :-(

Berbekalkan internet sebagai rujukan, ini ialah sedikit sebanyak cerita tentang air kecil.

Air kecil ialah air, sememangnya air, yang dikeluarkan dari badan kerana tidak diperlukan. Ia diproses oleh buah pinggang, dan dibuang dari badan kita melalui saluran-saluran yang dibenarkan. (ringkas aja ni).

Nama lain bagi air kecil seperti yang anda semua tahu ialah air kencing, aek kemeh, mimik, urine, pee pee, wee wee atau nama-nama tidak rasmi yang lain. You know I know-la saya tau apa yang anda tau. :-P

Air kecil kalau diikutkan ada macam-macam ada di dalamnya. Kandungan utama air kecil ialah air (air ada dalam 95% diorang cakap), yang selebihnya mungkin ialah urea, asid urik, ammonia, lebihan hormon, sel darah merah yang telah mati, protein, kadang-kadang ada garam atau mineral, atau mengandungi toksin yang merbahaya. Air kecil juga boleh mengandungi apa yang kita makan, minum, hidu, atau suntik ke dalam badan, haa...

Fungsi air kecil pula ialah untuk memberitahu kita seorang yang normal atau tidak. Jika kita tidak normal, maka salah satu bukti ketidaknormalan itu ialah tidak mampu membuang air kecil atau air kecil dibuang terlalu kerap. Sungguh tidak selesa pabila air kecil ditahan dan tidak dibuang-buang. Hadoiii..

Fluff could claim innocence...

Air kecil juga boleh menunjukkan samada buah pinggang kita masih sihat atau tidak. Buah pinggang yang sihat mampu menghasilkan air kecil. Air kecil seperti yang tertera di atas dibuang keluar dari badan kerana ia tidak diperlukan. Jika kurang air dibuang atau terlalu kerap proses pembuangan, maka berkemungkinan buah pinggang kurang sihat.

Dan terus ke bab yang sebenar-benarnya, berapakah bilangan warna air kecil? Air kecil ada tiga warna sahaja. Apakah warna-warna itooo?
  1. Jernih bersih transparent crystal clear.
  2. Kuning amber dan mana-mana warna yang satu keluarga dengan kuning.
  3. Warna selain warna nombor 1 (jernih) dan warna nombor 2 (geng kuning).

Kenapa warna air kecil ini lain-lainan?
  • Air kecil akan berwarna jernih apabila badan kita telah mempunyai kandungan cecair yang lebih dari cukup. Disebabkan muatan air dalam badan terlampau penuh over capacity, maka air lebihan ini akan dibuang sebagai air kecil. Kalau diikutkan warna kuning tetap ada sikit-sikit, tapi jadi pudar kerana jumlah air yang dibuang lebih banyak. Sebab itulah ia berwarna jernih-jernih~
  • Kes dimana air kecil berwarna kuning atau kekuning-kuningan ada banyak sebab. Kalau kita nak dengar sebab yang badan kita tidak mempunyai masalah lain, air kecil warna kuning kerana kita kekurangan air. Kepekatan kuning itu lebih nampak lebih terang lebih banyak dari air yang dibuang, maka air kecil pun berwarna kuning. Kalau sebab-sebab lain, badan kita normal, cuma terlalu banyak sel darah merah yang mati, atau kita makan minum sesuatu yang ada warna kuning yang banyak di dalamnya.
  • Akan tetapi, apabila air kecil berwarna selain dari dua warna tadi, ini bermakna anda sudah sampai ke tahap berjaga-jaga. Anda kini dalam zon sakit kronik atau on the way sedang nak jadi kronik. Terutamanya jika air kecil berwarna merah, hijau gelap atau kuning gelap atau apa-apa warna yang keterlaluan gelapnya. Warna-warna yang segelap ini mewajibkan anda buat pemeriksaan kesihatan dengan kadar segera. Betul, tak tipu ni. Anda tengah sakit tu. Betul.
  • Air kecil berdarah / merah mungkin disebabkan oleh terdapat jangkitan pada buah pinggang atau carcinoma. Kalau warna perang atau jingga gelap mungkin disebabkan sakit kuning (jaundice), rhabdomyolysis, atau mungkin Sindrom Gilbert. Haa...

You have to go again?
Perlu diingat, air kecil ini tidaklah semestinya mesti berwarna kuning sahaja, atau berwarna jernih sahaja. Tapi bagi mamdoh kalau selalu berwarna jernih tu baguslah, badan kita telah mempunyai kandungan air yang mencukupi, iaitu sentiasa terhidrat. Badan yang kurang terhidrat (kekurangan air), kulit mukanya kasar, cepat penat, mata terasa kering, bibir pecah dan luka, dan macam-macam lagi tanda kekurangan air. Jadi, minumlah air puteh selalu~

Bacaan lanjut:

  • Wikipedia : Urine. Definisi dan maklumat saintifik air kecil di sini.
  • Urine facts : Juga fakta mengenai air kecil.
  • Fun with pee : Maklumat menarik tentang air kecil?
  • Urine Colors : Warna asal air kecil dan mengapa air kecil berubah warna.


m2mdoh: "Mari menyokong minumlah air berkhasiat untuk badan~~ Air sayur-sayuran macam sedap je.."
:-)
:.

No comments:

Post a Comment