Thursday, March 24, 2011

Persepsi dan Alam: Sempena Earth Hour 2011.

.: 4 video persepsi: Bagaimana kita melihat dan mentafsir cahaya yang menembusi mata hitam... Eh? Betul ka cahaya menembusi mata hitam??

カミカラ「歯車の立方体」

Rajin nak buat yang pusing-pusing. Yang lucu ada komen cakap kalau kita terus pusing benda ni lamma-lamma, kita akan mula memasuki satu dimensi lain... Pulak dah. Dimensi kepala pening ada la. Tapi takjub bila fikir macamana nak buat benda tu dalam rumah sendiri. Gear adalah sesuatu yang memfizikkan!

Amazing Japanese Fake Pool

Buat bangbangboom bahaya neh. Pecah pulak lapisan atas tu abes kaca masuk mata karang. Tapi macam best...

The Aurora from Terje Sorgjerd on Vimeo.

Aurora Borealis. Aurora dalam Latin maksudnya Dewi fajar (Goddess of dawn). Eh, goddess? Omputeh nih kalau tengok dunia kita ada je yang diluar pemikiran siapla dia anggap benda-benda ni ialah Tuhan ka, malaikat ka. Itu mereka, yang penting, Subhanallah, canteknyaaaa~ :-D

Near Perfect Reflection

Haha, tak kena, tak kena, hahaha :-)

Sempena Earth Hour 26 haribulan ni, boleh janji tak nak tutup semua lampu selama 1 jam? 1 jam pun cukup. Kalau tutup semua peralatan elektrik lagi baek. Semalam-malaman kita jimat penggunaan tenaga untuk bumi kita yang sangat-sangat tua ini. Dapat bumi jadi sejuk sikit, kemudian bumi kurang panas, lava kat dalam tak meruap-ruap, ozon tak berterabur, aisberg tak lebur~  :-)

Penghargaan credit 2 video dari bawah diberi kepada BuzzFeed.


m2mdoh: "Mari menyokong menyejukkan men-senyapkan mendamaikan alam ini beramai-ramai~"
:-)
:.

Logo Halal Luar Negara yang Boleh Kita Percaya~~

.: Haa.. Lama dah artikel ni beku dalam draft, ni nak keluarkan balik. Mamdoh slalu kemaskini blog lain, tu yang jarang kemaskini blog yang satu ni, huhu..

Kenapa tiba-tiba pula keluar bab Halal? Uiii, mencari yang Halal itu wajibbbbb!~ (Iklan mana tu ye? Lupa dah mana satu). Sebagai umat Islam lebih-lebih lagi yang kuat makan minum tapi susah/senang nak naik badan, kita kena mesti pastikan apa yang masyukk dalam mulut kita datangnya dari sumber yang Halal-halal belaka.

Kadang-kadang makanan yang kita makan itu asalnya diperbuat di luar negara. Memang kita akan mencari tanda atau logo Halal pada bungkusannya, tetapi tahukah kita logo Halal luar negara yang manakah benar-benar Halal dan diiktiraf oleh pihak JAKIM Malaysia? Terutamanya jika kita antara peminat makanan ringan sebegini...

Biskut beras~~
Satay ampai-ampai~
Marshmellow...
Penghargaan credit untuk gambar-gambar ini:

Biskut beras manis masin ajinomoto dari MissJ.
Marshmellow lembut warna-warni dari Syira.
Satay ampai-ampai pedas manis dari Norfaizn.

Aduihhhh... Kembang air liur dibuatnya, aduiiihhhhhhh, hahaha X-D

Biasa yang mamdoh makan diperbuat dari Thailand, kadang-kadang ada dari China, Indonesia, dll, tengoklah pada bungkusannya atau kotak atau tinnya. Memang ada logo Halal dari negara masing-masing. Cuma dalam makan tu terperasankan macam lain-lain je rekabentuk logo Halal ni, yang rupa bagaimana rupa sebenar logo Halal yang asli?

Ini ialah pdf berkenaan sijil Halal dari luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM Malaysia. Perhatikan logo-logo Halalnya, macam pernah tengok tak? Hehe  ;-)

Senarai badan-badan Islam luar negara yang telah diluluskan sijil Halal Malaysia, dikemaskini January 2011.

Logo Halal mana paling cantek? Hehe~

Yang pentingnya bukan logo yang cantik, yang pentingnya adakah badan-badan Islam ini benar-benar menepati ciri-ciri Halal yang sebenar-benarnya mengikut Syarak? Jangan bimbang, JAKIM telah menetapkan prosedur-prosedur yang mesti dipatuhi barulah pengikitirafan kepada badan-badan dari luar negara ini dibuat. Bukan bagi sembarang-sebarang tau~

Prosedur Pengiktirafan Badan-badan luar negara untuk mendapat Sijil Halal Malaysia.

Sekarang kita dah tau dah logo Halal luar negara yang boleh kita guna, jadi lepas nih boleh membeli tanpa ragu-ragu tanpa was-was. Oh biskut beras, rumpai laut, marshmellow, gula-gula "ubat Cina" bungkus berwarna emas yang manis masin tu, di mana kah dirimuuuu? i lap i mau makan youuuuuu~~  X-D

Bacaan lanjut:


m2mdoh: "Mari menyokong memakan makanan meminum minuman memakai barangan mengguna perkhidmatan dan apa-apa sahaja yang Halalan toyyiba, Halal lagi baik~"
:-)
:.

Monday, March 7, 2011

Buang air kecil @ Urine: Eh? Kenapa warna dia lain-lain?

I needs the.
.: Perasan tak air kecil kita warnanya lain-lain?  :-?

Teringat pernah tanya pensyarah air kecil berwarna mana yang lebih baik - warna jernih transparent ka atau yang berwarna kuning? Alkisahnya mamdoh terlupa lagi jawapannya, huhuhu... :-(

Berbekalkan internet sebagai rujukan, ini ialah sedikit sebanyak cerita tentang air kecil.

Air kecil ialah air, sememangnya air, yang dikeluarkan dari badan kerana tidak diperlukan. Ia diproses oleh buah pinggang, dan dibuang dari badan kita melalui saluran-saluran yang dibenarkan. (ringkas aja ni).

Nama lain bagi air kecil seperti yang anda semua tahu ialah air kencing, aek kemeh, mimik, urine, pee pee, wee wee atau nama-nama tidak rasmi yang lain. You know I know-la saya tau apa yang anda tau. :-P

Air kecil kalau diikutkan ada macam-macam ada di dalamnya. Kandungan utama air kecil ialah air (air ada dalam 95% diorang cakap), yang selebihnya mungkin ialah urea, asid urik, ammonia, lebihan hormon, sel darah merah yang telah mati, protein, kadang-kadang ada garam atau mineral, atau mengandungi toksin yang merbahaya. Air kecil juga boleh mengandungi apa yang kita makan, minum, hidu, atau suntik ke dalam badan, haa...

Fungsi air kecil pula ialah untuk memberitahu kita seorang yang normal atau tidak. Jika kita tidak normal, maka salah satu bukti ketidaknormalan itu ialah tidak mampu membuang air kecil atau air kecil dibuang terlalu kerap. Sungguh tidak selesa pabila air kecil ditahan dan tidak dibuang-buang. Hadoiii..

Fluff could claim innocence...

Air kecil juga boleh menunjukkan samada buah pinggang kita masih sihat atau tidak. Buah pinggang yang sihat mampu menghasilkan air kecil. Air kecil seperti yang tertera di atas dibuang keluar dari badan kerana ia tidak diperlukan. Jika kurang air dibuang atau terlalu kerap proses pembuangan, maka berkemungkinan buah pinggang kurang sihat.

Dan terus ke bab yang sebenar-benarnya, berapakah bilangan warna air kecil? Air kecil ada tiga warna sahaja. Apakah warna-warna itooo?
  1. Jernih bersih transparent crystal clear.
  2. Kuning amber dan mana-mana warna yang satu keluarga dengan kuning.
  3. Warna selain warna nombor 1 (jernih) dan warna nombor 2 (geng kuning).

Kenapa warna air kecil ini lain-lainan?
  • Air kecil akan berwarna jernih apabila badan kita telah mempunyai kandungan cecair yang lebih dari cukup. Disebabkan muatan air dalam badan terlampau penuh over capacity, maka air lebihan ini akan dibuang sebagai air kecil. Kalau diikutkan warna kuning tetap ada sikit-sikit, tapi jadi pudar kerana jumlah air yang dibuang lebih banyak. Sebab itulah ia berwarna jernih-jernih~
  • Kes dimana air kecil berwarna kuning atau kekuning-kuningan ada banyak sebab. Kalau kita nak dengar sebab yang badan kita tidak mempunyai masalah lain, air kecil warna kuning kerana kita kekurangan air. Kepekatan kuning itu lebih nampak lebih terang lebih banyak dari air yang dibuang, maka air kecil pun berwarna kuning. Kalau sebab-sebab lain, badan kita normal, cuma terlalu banyak sel darah merah yang mati, atau kita makan minum sesuatu yang ada warna kuning yang banyak di dalamnya.
  • Akan tetapi, apabila air kecil berwarna selain dari dua warna tadi, ini bermakna anda sudah sampai ke tahap berjaga-jaga. Anda kini dalam zon sakit kronik atau on the way sedang nak jadi kronik. Terutamanya jika air kecil berwarna merah, hijau gelap atau kuning gelap atau apa-apa warna yang keterlaluan gelapnya. Warna-warna yang segelap ini mewajibkan anda buat pemeriksaan kesihatan dengan kadar segera. Betul, tak tipu ni. Anda tengah sakit tu. Betul.
  • Air kecil berdarah / merah mungkin disebabkan oleh terdapat jangkitan pada buah pinggang atau carcinoma. Kalau warna perang atau jingga gelap mungkin disebabkan sakit kuning (jaundice), rhabdomyolysis, atau mungkin Sindrom Gilbert. Haa...

You have to go again?
Perlu diingat, air kecil ini tidaklah semestinya mesti berwarna kuning sahaja, atau berwarna jernih sahaja. Tapi bagi mamdoh kalau selalu berwarna jernih tu baguslah, badan kita telah mempunyai kandungan air yang mencukupi, iaitu sentiasa terhidrat. Badan yang kurang terhidrat (kekurangan air), kulit mukanya kasar, cepat penat, mata terasa kering, bibir pecah dan luka, dan macam-macam lagi tanda kekurangan air. Jadi, minumlah air puteh selalu~

Bacaan lanjut:

  • Wikipedia : Urine. Definisi dan maklumat saintifik air kecil di sini.
  • Urine facts : Juga fakta mengenai air kecil.
  • Fun with pee : Maklumat menarik tentang air kecil?
  • Urine Colors : Warna asal air kecil dan mengapa air kecil berubah warna.


m2mdoh: "Mari menyokong minumlah air berkhasiat untuk badan~~ Air sayur-sayuran macam sedap je.."
:-)
:.

Tuesday, March 1, 2011

Contoh nyata gambar perempuan Melayu bertudung ter / disalahguna???

.: Memang lama tak update blog nih. Asik tumpukan blog omputeh je, mana tak blog ni terabai. Ye la, blog omputeh ada masyukkk, blog nih kurang ckit masyuk nya. Lagipun memang tengah target tanak-kerja-bawah-sapasapa-cuma-nak-buat-internet-marketing seakrang nih, dengan harapan boleh langsai hutang PTPTN secara cash tunai sekaligus lump sum, perghhhh..

"Chaiyok chaiyok" kata cerita mana ntah tah ingat.

Okay, celoteh rentetan entri tulisan untuk hari ini memerlukan para pembaca agar melihat dari segenap sudut ea? lagipun mamdoh ialah seorang lelaki, jadi bila ketahuan perkara yang sebegini, huhu.. Entah nak cakap apa...

Tadi lepas baca sambil buat kerjarumah IM, nak periksa balik hari ini blog ammdoh yang satu lagi dah masuk dalam ranking kedudukan pada Google SERP ka belum. Sebenarnya memang tak usaha apa-apapun lagi untuk blog tu, cuma hati nak tau blog tu dah steady stabil ke belum.

Nama blog tu ialah vacancy sarawak (dot) blogspot (dot) com. Tapi mamdoh cuma taip dan cari "vacancy sarawak" pada web results, tapi tak jumpa. Keluar website mereka-mereka yang dah dulu-dulu buat link pasal vacancy sarawak. Jadi cuba try buat kat image search pulak. Baru perasan blog tu dah icon atau logo atau header, jadi memangla tak jumpa pun.

Dalam semasa tengah scroll-scroll tengok turun ke bawah, terjumpa pulak ada gambar perempuan bertudung. Eh? Biar betul? Kenapa dia boleh tersenarai sebab hasil carian gambar untuk "vacancy sarawak"? Dia pakai skill apa nih untuk compete bersaing keyword nih?

Nak sergah apa tu cik adik ooi? Hospital mana ni dapat jumpa baby baru lahir besar tu je?

Dia pun ada buat blog yang khusus untuk mencari kerja Kerajaan atau kerja swasta yang ditawarkan di negeri Sarawak jugak ke? Oh, ada persaingan, mamdoh ada pesaing sudaa. Ok, ok. Jadi, jum tengok dia buat website / blog nya macamana~~

Ohoooo.. dia buat apa tuuuuu? Kenapa tak yakin je tengok dia scan ni~~

Udah udah, kenapa Firefox nih tiba-tiba jadi kecik jadi besar nih? Mamdoh tengok dia besa kecik besa kecik nih mesti ada apa-apa nih. Apa dia cakap?

"Windows Security has found critical process activity on your system and will perform fast scan of system files" ???

Oh tiddakkkkkkkk~~ jangan scannnnnn~ X-O

Tanpa berlengah-lengah close tab, delete cookie, tutup Firefox, check TaskMan, check temp folder, etc... Jangan eh, jangan masuk sini wahai malware trojan spyware heyheyheyyy.. Nanti buang masa pulak kena cuci komputer, aduiii.. X-O

Benda yang nak cakap hasil penemuan kurang tergempar ini:
  • Sebenarnya memang betul apa yang orang cakap pasal gambar-gambar pada profil Fb atau Tagged atau kat mana-mana pun, gambar perempuan Melayu bertudung yang disalahgunakan untuk perkara pelik-pelik jelek-jelek tu memang berlaku. Sekarang belum mainstream sangat macam gambar bogel perempuan Melayu, tapi gambar perempuan bertudung berhijab memang dah dimanipulasikan. Kena jaga-jaga...
  • mamdoh terfikir juga mungkin boyfriend mataair dia letak kat laman web tapi tak perasan laman web tu dah kena godam, tapi macam tak logik pula kalau gambar tu dipakai untuk laman affiliate softddrinks? Haa.. kurang lojik, kurang kelogikan di sanaaa.. Tapi ada alasan penjelasan lain ke kenapa dia keluar untuk image search vacancy sarawak?
  • Hati-hatilah masa nak letak profil picture kat mana-mana laman sosial di internet. Sangat lebih terlampau manis lagi ayu jika gadis bertudungnya bertudung yang betul-betul bertudung, bukan tudung pesen yang kalau ditengok "boleh dibuat gambar ehem-ehem nih gambar perempuan nih", haa.. Nauzubillah.. 

Jadi, sila berhati-hati ya saudara saudari ku? Tak kisah sama Islam ke tak, semua orang tetap tak suka gambar dia di-exploit untuk benda pelik-pelik. Haduiii.. Dunia yang anehs penuh dengan perkara-perkara aneh...


m2mdoh: "Mari menyokong ke arah pertudungan perhijaban pernutupan aurat wanita dan lelaki yang lebih sempurna lagi menyelamatkan maruah kitaaa~"
:.