Monday, October 11, 2010

AKS SPP: Jawatan kosong bahagian Pendidikan~

.: Ingin bekerja dengan SPP? Anda kena mendaftar dulu di portal rasminya~~ :-)

SPP @ Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Malaysia berfungsi mengendalikan sistem perkhidmatan perguruan seluruh Malaysia. Ia ditubuhkan bagi mengkaji perkhidmatan guru-guru, gaji-gaji dan syarat-syarat perkhidmatan mereka serta lain-lain kakitangan sekolah. SPP yang juga turut dikenali sebagai Suruhanjaya Diraja Aziz ini ditubuhkan pada 1hb Januari 1974.

Bagi melancarkan urusan pelantikan dan perkhidmatan pendidikan di negeri Sabah dan Sarawak, maka urus setia cawangan kedua-dua negeri ini turut ditubuhkan. Secara umumnya, urus setia ini membantu melaksanakan semua aktiviti di bawah Perkara 144(1) Perlembagaan Persekutuan bagi mengendalikan urusan-urusan yang berhubung dengan fungsi SPP. Urus setia cawangan Sarawak ditubuhkan secara rasminya pada 16hb Julai 1976, manakala Urus setia cawangan Sabah pula pada 1hb Oktober 1977.

Berikut ialah senarai orang-orang kuat SPP:
  • Pengerusi SPP:  Dato' Hj. Kusaini bin Hj. Hasbullah, 29hb Oktober 2007 - Kini.
  • Timbalan Pengerusi SPP: Y. Bhg. Dato' Hajah Rahimah bt. Dato' Hj. Ahmad, 15hb November 2007 - Kini. 
  • Setiausaha SPP: Y. Bhg. Dato' Wan Khazanah bt. Ismail, 27hb Ogos 2007 - Kini. 
  • Timbalan Setiausaha SPP: Encik Mohd Taupik bin Yusof (Pengambilan), 13hb Oktober 2008 - Kini. 

Antara tugas-tugas Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan ialah:
bertindak sebagai Pihak Berkuasa Melantik dalam perkhidmatan pelajaran dengan menjalankan fungsinya mengikut Perkara 144(1) Perlembagaan Persekutuan iaitu:
  • melantik, 
  • mengesahkan, 
  • memasukkan ke dalam perjawatan tetap atau perjawatan berpencen, 
  • menaikkan pangkat, 
  • menukar (iaitu pertukaran pelantikan/pertukaran tetap perkhidmatan), dan 
  • menjalankan kawalan tatatertib. 
Jawatan-jawatan yang ditawarkan pula terbahagi kepada dua (2) bahagian:

Entri blog kali ini ialah berkenaan bagaimana memohon jawatan AKS SPP dengan mengunakan Mozilla Firefox. Kalau diikutkan memang laman web SPP akan block halang kita dari menggunakan Firefox, tapi takpe, cara kena adaaa~~ ;-)

Sekejap, nanti dulu, Apa bezanya memohon jawatan PPP, PPPT dan AKS?
Mamdoh kurang arif kalau menerangkan perbezaan nih, tapi kalau dibaca dari laman web SPP, maka jawatan PPP dan PPPT ialah untuk calon-calon yang dari aliran pendidikan, atau ada mengambil pendidikan dalam pengajian mereka, manakala untuk AKS pula calon-calonnya bukan dari aliran pendidikan. Jika anda calon yang ada belajar di maktab perguruan, ada ambil KPLI, dll anda ialah calon untuk PPP atau PPPT. Jika selain itu maka anda adalah calon AKS. Iyya ka?

Jawatan-jawatan AKS yang ditawarkan ialah:
  • Pegawai Khidmat Pelanggan, Gred N17, kod skim 3232.
  • Pembantu Tadbir (Kewangan), Gred W17, kod skim 3461. 
  • Pembantu Tadbir (Perkeranian atau Operasi), Gred N17, kod skim 3200.
  • Penyelia Asrama, Gred N17, kod skim 4728. 
  • Pembantu Pengurusan Murid, Gred N17, kod skim 4730. 
  • Pembantu Makmal, Gred C17, kod skim 2555. 
  • Tukang K2, Gred R11, kod skim 6920. 
  • Tukang K3, Gred R9, kod skim 6860. 
Iklan sepanjang masa jawatan tetap AKS, Tangga gaji, beserta dengan Syarat lantikan dan kelayakan, elaun-elaun, klasifikasi jawatan dan skop fungsi dan bidang tugas.
Iklan AKS SPP sepanjang masa Ogos 2010 -

Iklan sepanjang masa di atas adalah tepat semasa entri ini ditullis. Sila muaturun dari Maklumat e-permohonan untuk iklan terkini.

Berbalik semula kepada isi sebenar entri ini, Bagaimana anda boleh memohon jawatan AKS dengan menggunakan browser pelayar Firefox dan bukannya IE Internet Explorer? Jawapannya, Tak dapatlah kawannnn~~ Serius, portal rasmi SPP direka khusus untuk pelayar IE sahaja. Tapi kalau taknak buka banyak browser (Fx dan IE) sekaligus, boleh guna add-on xpi Firefox ini: IE Tab Plus dari Add-ons for Firefox.

Add-on ini membolehkan browser IE dibuka terus dari browser Firefox. Senang je, cuma satu klik pada icon IE Tab Plus di bahagian status bar (yang di bawah browser) dan anda akan menggunakan pelayar IE. Jika diklik lagi, anda kini sedang menggunakan Firefox. Dan harap maaf, add-on ini betul-betul kaw pada Firefox versi 3.6 ke atas~ Kalau tak suka, anda terpaksa gunakan browser IE untuk memohon jawatan AKS.

Maka, beginilah caranya untuk memohon jawatan Anggota Kumpulan Sokongan SPP dengan menggunakan browser Firefox. Yang di atas tadi semuanya intro, harap maaf harap diampun, hehehe ;-)


m2mdoh: "Mari menyokong transformasi Pendidikan negaraa~~"
:-?
:.

Wednesday, October 6, 2010

Fenomena Azan dan Syahdunya Berjemaah~

.: Yang ini mamdoh dapat masa aktif di Tagged dahulu. Dulu-dulu rajin la pulak rasa nak bersosial, lama-lama buhsan jadinya. Tagged pun sekarang dah macam laman web cuci mata, yes no yes no, lepas tu sangkut, huhu.. :-(

Apa agaknya update terbaru kawan Jepun mamdoh yea? Lama tak dengar cerita dia...

Video kali ini mengenai Azan. Azan bestttt, azan ialah tanda waktu solat sudah masuk. Jika azan berkumandang, maka umat Islam diseru ramai-ramai ke masjid untuk solat berjemaah sama-sama. Akan tetapi, ada sesuatu tentang azan yang kita mungkin tidak sedar.. Haa.. ;-)

Fenomena Azan.

"Bermula dengan laungan azan Subuh di timur Indonesia di kepulauan Silipis pada jam 5.30 pagi. Beribu surau dan masjid bersahutan mengumandangkan azan. Antara timur dan barat kepulauan Jawa, mempunyai perbezaan waktu sebanyak 1½ jam. Azan akan bersahutan dalam jangka waktu itu, diikuti oleh Sumatra. Sebelum ianya berakhir di Indonesia, ia telah bermula di Malaysia, diikuti oleh Myanmar, dan China.

Dalam waktu satu jam setelah ia bermula di Jakarta, azan bermula di Dakar, Bangladesh, dan berlarutan hingga ke barat India. Dari Calcutta ke Lucknow, seterusnya ke Mumbai dan Srinagar, dan keseluruhan Kashmir. Seluruh bandar ke utara Pakistan juga mengumandangkan azan terus bersahutan. Sebelum azan berakhir di Pakistan, ia pula bermula di Afghanistan dan Muscat. Antara Muscat dan Baghdad, perbezaan waktu ialah satu jam. Dan dalam waktu sejam ini, azan Subuh mula berkumandang di United Arab Emirates, Kuwait, Jerman, Somalia dan Saudi Arabia.

Antara Baghdad dan Kaherah di Mesir, mempunyai jangka perbezaan waktu juga satu jam. Azan masih berkumandang di Syria, Joran dan Sudan dalam jangku waktu itu. Kaherah dan Istanbul terletak dalam jangku waktu yang sama. Antara timur dan barat Turki, mempunyai jangka masa sebanyak 1½ jam. Kaherah dan Tripoli, ibu kota Libya, mempunyai satu jam perbezaan waktu. Dari Libya, azan bersambung ke Tunisia, Algeria, Rabat (ibu negara Morocco), dan Marrakech. Proses seruan azan berterusan silih berganti menyelubungi seluruh negara Afrika."


"Laungan azan yang bermula di timur Indonesia waktu Subuh sampai ke perairan lautan Atlantik selepas 9 jam. Tetapi sejurus sebelum azan dikumandangkan di perairan lautan Atlantik, ianya telah bermula kembali di timur Indonesia menandakan masuk waktu Zuhur. Sebaik azan Zuhur tiba di Dakar, azan Asar bermula di timur Indonesia. Selang beberapa jam kemudian, azan Mahrib pula bermula. Setelah azan maghrib mula dikumandangkan di Sumatera, azan Isyak mula kedengaran di timur Indonesia.

Direnungkan kembali, berpuluh ribu muazzin di seluruh dunia bersahutan menyeru azan menyatakan kebesaran Allah, syadahah, dan seterusnya. InsyaAllah, azan in akan berterusan hingga ke akhir zaman. Laungan azan merupakan satu fenomena yang agung yang akan sentiasa bertakhta di setiap sanubari umat Islam dan juga menandakan keagungan Islam.

Pastikan! Bahawa laungan ini tidak akan lenyap, seperti yang telah mula berlaku di beberapa negara di muka bumi ini. Walaupun tersergah indah masjid-masjidnya, namun laungannya telah mula menyepi. Wahai umat Islam! Pastikan laungan kebesaran Allah ini tidak akan lenyap!"

Subhanallah, Maha Suci Allah. Walaupun video ini tidak menyentuh umat Islam di Amerika, tapi laungan azan tetap berkumandang di sana. Kita di sini yang tinggal di negara yang aman damai ini, marilah sama-sama meramaikan masjid pada setiap waktunya. Ada antara mereka yang tidak dibenarkan melaungkan azan dengan nyaring seperti di Malaysia, maka kita sepatutnya bersyukur kerana laungan azan masih dapat didengar dengan nyaring di mana mana. Biar azan kita tidak akan putus sehinggalah hari kiamat kelak!

Kalau nak ramai-ramai solat berjemaah, apa kata kita berjemaah seperti mereka ini? Full penuh 5 waktu sehari semalam? :-D :-D :-D

This is why you will never win over ISLAM.. (re-up)

Kalau liat nak solat, rajin-rajinkan. Kalau malas nak solat, amal-amalkan. Kalau tak tahu bersolat, jum blaja sama-sama~~ :-)
  • Dan jika keliatan itu kemalasan itu masih juga tidak dapat dikurangkan, ingatlah, cintailah mati. Betul-betul didalam hati mencintai mati sebab tak sempat solat akan mati sesaat nanti. Kalau nak juga sedikit hidayah dan kata-kata semangat, sila baca artikel ini - Kisah Benar Sola Berjemaah.
  • Dapatkan testi menarik di iLuvIslam.com.

m2mdoh: "Mari berjemaah Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib dan Isya'~"
:-)
:.

Tuesday, October 5, 2010

Video Dunia Akhir Zaman: Konspirasi Jangka Panjang yang ke-4~~

.: Dikongsi dari fb, video nih asalnya lebih 22 minit, oleh kerana kekangan YouTube, maka satu-satu video jarang dapat lebih 10 minit panjangnya.

Apa yang perlu kita buat sebelum tengok video ini?
  1. Baca Panduan memahami ilmu Teori Konspirasi dulu. 
  2. Baru tengok dua video di bawah ini.. 
  3. Kemudian baca komen-komen yang terdapat di blog Salafus-sholih ini.
Patutnya akan ada rasa terkezut dan kesedaran kenapa sesetengah perkara macam itu, atau macam ini, kenapa tidak begitu atau begini. Hati-hati juga, persoalan "kenapa" boleh membawa ke arah "kalau", dan soalan-soalan "kalau" boleh memesong akidah kita, jaga jagaaa~~

Ini video pertama: Dunia Akhir Zaman 1/2

Video kedua: Dunia Akhir Zaman 2/2.

Perhatian: Penerangan video ini adalah diluar bidang kuasa mamdoh. Kurang ilmu mengenainya, tapi mamdoh rasa tidak salah untuk membuka minda mamdoh sendiri dengan perkongsian video seperti ini. Seperti yang dikatakan tadi, sila baca komen-komen pada blog Salafus-sholih ini.

Tapi, dalam kita tertanya-tanya teori dan pertanyaan konspirasi ini, mungkinkah.. Mungkinkah apa yang dikatakan ini hanyalah *kebetulan* saja, tetapi ditokok tambah oleh "pihak Illuminati" dan "lain-lain" bahawa kononya kejadian-kejadian ini adalah perbuatan mereka? Bagaimana mereka boleh terus-terusan melakukannya tanpa jemu? Kalau disoroti kembali, lammmaaa juga tu.. :-?

Tapi, itu pemikiran entah dari mana datangnya. Segala-galanya adalah kekuasaan Allah. Apa yg Allah izinkan terjadi, ia akan jadi. (Ingat lagi dengan Kun fayakun?). Tidak mustahil ini yang sememangnya sedang berlaku, kerana musuh-musuh Islam tidak akan berhenti melakukannya, hatta syaitan lagi telah berjanji akan melakukannya hingga kiamat.

Kenapa kadang ada antara mereka yang sudah terang-terangan mengetahui bahawa ajaran dan agama Islam itu sememangnya benar tetapi tidak mahu menganutinya, bahkan masih mengusahakan menyesatkan umat Islam sehingga kini? Kerana harta? Perempuan? Kedudukan? Atau hati mereka yang telah dibutakan oleh Allah kerana enggan menerima Islam walau sudah tahu hakikat kebenarannya?

Mari kita ramai-ramai kembali kepada Islam yang sebenarnya: al Quran dan Sunnah. Agar terhindar dari termasuk dalam statistik mereka-mereka yang dimasukkan ke dalam Neraka Jahannam... Huhu.. :-( Nauzubillah.


m2mdoh: "Mari menyokong sesama umat Islam!!~"
P/s: Agak-agaknya antara kita-kita ni sempat tak ke zaman ke-5? Kalau rasa tak sempat, jadi persiapkan anak-anak kita, ahli keluarga, sanak saudara, kawan-kawan, teman-teman dan umat Islam dan yang bukan Islam agar bersedia untuk menempuh zaman ke-4 ini. Mereka juga mungkin tak sempat menemui zaman ke-5. Kesiankan mereka juga, tapi kesiankan kita nih dulu.
P/s: Siapalah yang akan membacakan menyedekahkan alFatihah kepada kita nanti selepas kita telah lama pergi? Masih adakah lagi yang sayang, masih adakah lagi yang teringatkan kita? :-(
:.