Wednesday, July 7, 2021

Cara isi moratorium Bank Islam (BIMB) 07 Julai 2021

 .: Cuba saja, dapat ke tidak tak tau lagi... 

Ni cara aku sendiri dah cuba, aku nak apply moratorium. Minta delay 6 bulan. Nak setel hutang sikit, nak buat simpanan cash. Tak caya sudah. 

---> Aku suka guna Firefox, sebab aku right click dalam browser ni, aku boleh screenshot page Bank Islam ni. Aku malas nak upload semua screenshot kosong, takut ada hacker ke scammer ke pi salin habis habisan dan orang lain kena hack. Chrome ada gak save screenshot, tapi kena download extension dia dulu, install. Brave pulak browser bagus, tapi belum ada save screenshot. Edge entahla. Belum pakai lagi. Takpun korang pakai phone, snap semua gambar. Tak pun gambar paling last. Yang ada nombor rujukan tu. 


- Start -

1. Pergi ke link [ https://vao.bankislam.com.my/ppb/ ], 

1. a)  Kalau tak percaya link saya (kepada penjawat awam boddo yang tak pandai baca - adala kes aku jumpa sebelum ni), sila google BIMB, first banner ada gambar orang buat barista buat kopi ke waiter buat air ke, klik situ. Dia ada buka new window baru 'PEMULIH Repayment Assistance'. 

Aku anti gila dengan penjawat awam boddo, tak pandai baca, tak mengkaji, tak guna otak. Geram aku. 

1. b) Link ke page PEMULIH Repayment Assistance = [ https://www.bankislam.com/corporate-info/covid-19-support-and-assistance/information-for-customers/ ]. Korang percaya jugak apahal? 


2. First page dia suruh pilih nak Pemulih ke Baki kad kredit. Aku pilih 'Bantuan Pembayaran Pemulih [Bagi pelanggan individu]. 


3. Dia buka page suruh isi Maklumat Terkini Pelanggan. Isila semua. Sebab aku takde telefon rumah, aku tak isi. Aku takde rumah. Tapi aku isi nombor handphone dengan nombor opis. Emel mula aku nak bagi emel official, ah, bagi emel gmail je lah. 

3 a) Pakej aku pilih 6 bulan moratorium. Ada gak aku nak ambik kasi murah sikit kad kredit combine dengan option 6 bulan moratorium, tapi cuma dapat pilih satu. 

3. b) Pilih tarikh efektif tu, aku pilih Bulan ini. Start sekarang la kalau boleh. 

3. c) No. Akaun Pembiayaan tu kena buka website Bank Islam BIMB balik. Pegi ke Account Summary > scroll bawah cari Financing Account. Ikutla nombor akaun kat situ. Senang. Double check, pastikan jiwa kau puas hati nombor tu takde kurang, takde tambah, takde salah. Sia-sia je permohonan fail sebab salah macam ni. 

3. d) No. akaun lain tu aku tak letak. Sebab aku loan satu je, personal loan, tak de loan banyak. 


4. Dah habis isi, scroll bawah, klik Seterusnya. Aku nak remind, nama kena isi sebijik macam dalam IC. Kalau ada bin tulis bin. Takde bin takyah tulis. Nombor handphone nombor IC tulis nombor je. Benda lain tak payah. 


5. Sampai ke Maklumat Kaji Selidik. Ada drop down option, pilih jawapan ikut soalan dia. 

5. a) Aku punya pendapatan tak terjejas, tapi aku nak bayar hutang. Jujur je lah. BSH BPR apa semua aku tak dapat. Pilihan lain pun bukan aku. Takpelah. Aku cuba. 

5. b) Pilih industri apa. Lepas tu pilih range gaji untuk household aku. 

5. c) Klik Seterusnya. 


6. Dia keluar Soalan-soalan Lazim dan Perakuan Pemohon. Setelkan semua. 

6. a) Ada Captcha situ. Tulis apa yang aku nampak dalam kotak kosong Pengesahan Perkataan. Kalau mata rasa tak puas hati, ada BIMB buat arrow situ, klik untuk tukar captcha lain. 

6. b) Aku nak tick kotak situ, tapi tak dapat. Rupanya kena klik teks merah 'Soalan-soalan Lazim (FAQ) (Sila tekan  di sini untuk butiran lanjut)' dulu. Kalau tak tekan tak dapat tick apa-apa pun. 

6. c) Dia keluar pdf. Pdf FAQ tu. Dari page PEMULIH Repayment Assistance ada dia bagi link yang sama. Boleh pilih FAQ BM ke BI. Kat bawah aku bagi direct link. Sila save pdf ni. Bacakan sampai habis. Kat situ ada bagitau benda ni tak semestinya 'moratorium' dia ada benda lain. Malas aku nak berdebat. Ada orang kata benda ni tak patut dinamakan moratorium. Sepatutnya dinamakan penangguhanium (ada tambah bayar sikit). Entah. Malas haku. 

6. d) Tick kotak kosong sebelah 'Saya memahami bahawa*:' jugak. 

6. e) Dah baca habis semua, klik Seterusnya lagi. Butang oren. 


7. Bank Islam akan keluarkan page 'Ringkasan Maklumat'. Kat situ dia ulang balik apa maklumat yang kita dah taip sebelum ni. Bezanya kat sini langsung tak dapat edit apa. Jadi sila pastikan Nama penuh, IC, No telefon, Pakej yang Tersedia, Tarikh efektif, alamat emel dengan Nombor Akaun Pembiayaan # tadi semuanya betul. 

7. a) Kalau dah confirm habis habisan, klik Hantar Permohonan butang hijau. 


8. Ni last page dia. Bawah title Bantuan Pembayaran Penuh (Bagi Pelanggan Inidividu) ada tulisan dengan huruf besar semua mention PERMOHONAN ANDA TELAH DITERIMA warna biru. 

8. a) Sila salin No. Rujukan. Print/Save Screenshot. 

8. b) Klik Tamat butang hijau. Dah takde apa dah lepas ni. Permohonan dah dihantar dan sedang dipertimbangkan. 

PEMULIH Repayment Assistance Bank Islam BIMB.



Kalau aku tak silap, aku baca dalam FAQ permohonan diproses dalam dua hari bekerja. Maksudnya Jumaat 09 Jul 2021 ni aku boleh standby tengok emel. Ah esok pun boleh tengok, malam ni ke. Manatau BIMB tiba-tiba kerja efisien. Aku mana tau. Aku tak kerja BIMB. 


Links:- 


Semoga bermanfaat. Aku harap tak jumpa lagi penjawat awam boddo. Kalau korang tertanya-tanya, cari la post aku untuk Tarikh Jangkaan Gaji. Janganlah korang pun tergolong dalam penjawat awam boddo macam ni. Tuhan bagi ilmu untuk baca, sila baca. Jangan main terkam terus sambar terus hambik. 

#bitterlapulak. 

:.

No comments:

Post a Comment