Wednesday, July 17, 2019

Jom belajar Bahasa Arab | Hayya Bil Arabiah @ IKIMfm

.: Assalamu'alaikum warahmatullah dan Salam Bahagia.

Hahaha, lama dah sebenarnya berharapan nak taip nukilan baru dalam blog ni, mungkin (atau memang kut) kemalasan dan kegiatan bermain permainan mobile terlalu berleluasa sampai nak buat apa-apa pun tidak kesampaian. Iyya iyya saya mengaku kekhilafan saya....

Dipendekkan cerita, saya tertarik dengan perbualan antara dua pelajar (DJ radio) bersama gurunya dalam mempelajari Bahasa Arab. Bermula dengan pasangan Dj Pian (Suffian Amrin) dan DJ Hadhari (Tajdid Hadhari) dan kemudian disambung dengan pasangan baharu iaitu Dj Pian bersama DJ Hazwan (Hazwan Syah).


Zaman IKIMfm masih dengan slogan lama~

Saya rasa, "Ini best ni, boleh dibuat blog" Hahahaha. Sebab berkata begitu ialah, kalau saya ada menaip, jadi saya akan lagi ingat berbanding saya dengar macam tu je takde ambil nota takde menulis apa-apa pun.

Kebiasaanya memang selalu dengan program ini kita akan dengar lagu "Mari Pelajari Bahasa Arab Bahasa Indah Bahasa Al-Quran Mari Pelajari Bahasa ini Bahasa yang suci dan Murniiiii~ Hayya bil, Arabiahhhhh~~" dimainkan. Suara penyanyi macam suara arwah Ustaz Asri Rabbani, tapi entahla, telinga saya kut.

Memandangkan saya tiada kosa kata atau asas Bahasa Arab yang banyak, jadi pendekatan saya ialah menulis apa disebutkan Ustaz Ashafizrol Abdul Hamid ke dalam ejaan Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia (ikut yang mana anda belajar). Kita ambil singkat BM lah ya?

Nak tulis yang betul-betul Bahasa Arab, saya tak install keyboard tulisan huruf Arab tu. Dan saya tak pernah la pakai keyboard Bahasa Arab tu. Memang maafla satu apa pun saya tak tau tulisan Arab dalam komputer ni.

Syukurla ada insan berhati mulia (Semoga segala doa beliau dimakbulkan Moga segala usaha beliau tidak sia-sia Moga beliau diberikan kesihatan yang baik Moga jika beliau sakit beliau disembuhkan dan Moga kita semua dimasukkan ke syurga tanpa hisab, Amin Amin ya rabbal 'alamin) yang tolong buatkan Telegram Hayya Bil Arabia IKIMfm ni. Link nya ialah = [ https://t.me/joinchat/AAAAAFKSJboU7idr0r__EQ ].

<--- Dalam Telegram tu ada sekali dituliskan huruf ejaan Bahasa Arabnya. Tapi macam saya yang tak fasih Arab ni, saya agak "amarah" bila tulisan Arab tapi tiada baris atas baris bawah baris depan. Macamanala saya nak baca?

Tak, kalau awak memang dah terer dah pandai tu lain cerita. Ni memang zero memang kosong ni, kalau Assalamua'alaikum warahmatullah tu senang je, tak payah baris dah tau sebut. Ni Bahasa Arab ni, saya tak tau.

Pendekatan dalam blog ini (dengan harapan saya bertambah rajin untuk habiskan semua episod Hayya Bil Arabiah ni) ialah:
 (i) Saya embed SoundCloud program IKIMfm ni,
 (ii) Saya tuliskan apa skrip? ejaan? Bahasa Arab yang Dj Pian Dj Hadhari/Dj Hazwan sebutkan dalam BM.

Kalau copypaste kan dari Telegram macam lagi menarik. Tapi biar saya mulakan dengan stail gaya saya sendiri dahulu. Yang saya faham. Nanti kalau ada penambahbaikan atau ada idea lain, nanti kita aturkan lagi.

Sebelum tu, program ini kiranya dah setahun lebih dah. Kalau dari SoundCloud "HAYYA BIL ARABIAH - 01 - 020718" tu maksudnya hari pertama pelajaran ni bermula 2 Julai 2018 yang lepas. Ada dua pelajar, iaitu Dj Radio IKIMfm yang disayangi, Dj Pian dan Dj Hadhari bergurukan Ustaz Ashafizrol Abdul Hamid. Tidak lama selepas itu, Dj Hadhari diganti pula Dj Hazwan. Program dia sekejap je, bermula 7.45 sampai 7.55 atau 8.00 pagi. Lebih kurangla~

Slogan baharu IKIMfm sekarang ialah Inspirasi Inforia Islami~~

Dengan itu, saya akhiri nukilan awal ini dengan pautan berkaitan jika anda berminat untuk ketahui lebih lanjut :

Hayya Bil Arabiah~~ Jom Jom~~ 😉

:.

1 comment: