Tuesday, October 29, 2013

115Z Jupiter dengan Vios 2013 tapi nak Sai jugak

.: Mengintai-ngintai iklan di BorneoPost. Tertarik dengan iklan motorsikal yang diberi fuel injection dan pre-order Vios 2013 dari kedai Toyota di Kuching.

Tiba-tiba ja mo letak thumbnail Sai.
Baca sampai habis dulu~~


Tapi Lagenda 115Z memang tak boleh blah untuk :-


Kenapa dengan tornado? Tornado ada buat salah ke? Takde maknanya melarikan diri dari tornado dengan motorsikal. Lari dengan kereta lagi laju. Adegan menyelamatkan perempuan dihempap barang bernama "Pal" (signboard in bahasa Sarawak) - tak logik langsung. Patutnya kaki perempuan tu patah baru chun, haha. Gimik memang over untuk promosi motorsikal, tapi mamdoh suka yang educational ads. Memang sentiasa hairan dengan iklan ntah hapa hapa.

Untuk lagi tak bley blah ialah ada game Android. Apa? (What????)


Markah tinggi sebab permainannya amat menyerupai ke ntah hapa hapa iklan nya, dan markah rendah sebab ada juga adegan menyelamatkan perempuan dalam kesusahan-tapi-tak-logik-kesusahan-yang-dialami. Haiiiiiii...

Haters gonna hate. Okay, mamdoh suka Yamaha, cuma benci iklan ntah hapa hapa begini. They can do better maaaaaa...

Untuk Vios 2013 pula mamdoh intai intai kat Youtube lagi. Ohsemmmmmnya Mengancammmmmmnya Vios 2013. Berdasarkan pemerhatian seorang marhaen yang tidak mengenali kereta seperti seorang professional, Vios 2013 bahagian depan rupa rekabentuk foglamp nya macam menghampiri Lamborghini idamanku. Kemudian bahagian belakang mamdoh tak minat. "Muntut" Toyota Prius bukan versi compact padat aja yang mengancam amat. Muntut Vios lama dan muntut Vios 2013 tak cantek.

Iklan dari chanel Toyota Malaysia.

Iklan yang dimainkan di tv tv tu :-

2013 Toyota Vios TVC Malaysia | Live Life Drive

Jadi sekarang nak buat perbandingan iklan. Dah boleh abaikan iklan motorsikal, sekarang tumpukan pada iklan Vios. Dua iklan tadi macam best. Tapi mamdoh maseh mencari iklan yang mendidik (memberi pendidikan). Kalau tak bagi pendidikan mengenai ilmu apa, sekurang-kurangnya iklan tu mendidik apa spesifikasi yang ada pada produk yang nak diiklankan.

Iklan Vios untuk negara Thailand maseh kurang mendidik-kan. Tapi lagunya layan.

All - New TOYOTA VIOS 2013 / Yaris Sedan Commercial ; Thailand Ad

Iklan Vios untuk negara Indonesia antara yang mendidik. Iklan begini best, sebab ia memberitahu dalam Vios itu adanya kelebihan-kelebihan yang tiada pada kereta bukan Vios. (Apa mamdoh tulis niiii?). Kira nak bagitau yang iklan ni mencapai maksud "mamdoh nak beli Vios 2013 tu jugak! Tak nak Vios 2012. Nak yang tu jugak!" kononnyaaaa...


Di samping tu juga unsur-unsur Powerpoint ada di dalam video ni. Highlights Penekanan mengenai kehebatan pada Vios 2013 diberi cukup-cukup kepada penonton. Itu yang layan tu. Timbulnya rasa nak memiliki Toyota, tapi sayang muntutnya mamdoh tak suka la...

Siap ada tunjuk kereta Vios ni dibawa berjalan-jalan di Indonesia (Visit Indonesia, yay!). Menarik perhatian penonton bahawa indahnya dan cantekkkkknya Indonesia. Haaa...

(Tapi mamdoh nak minta maaf awal-awal. Dalam video tu, adakah pemandangan yang ditunjukkan dalam video tu ialah pemandangan di Indonesia? Minta maaf sebab mungkin tersalah promosi ni. Ampun ampunnnn...)

Tapi kan, jika pengiklanan ni dibuat dengan rapi serta menantikan anticipation detik-detik debaran menunggu, iklan yang ini patut disiarkan dulu. Kasi gabra siket dan juga menambah bilangan pembeli kereta yang tiba-tiba batal order sebab menantikan Vios baharu keluar di pasaran.

Toyota Vios 2013 ,Presentation

Kalau betul-betul nak kasi gempak dan lagi menantikan, letak model number aja dulu. Kereta bagi silhouette bayang banyak-banyak, cuma fokus pada lampu-lampu kereta, haha. Untuk sesi pegang-pegang boleh buat pada kerusi, hood bahagian depan kereta, dan kuncinya. Pegang dengan perasaan geram nak beli, haha.

Dalam mengintai iklan Vios, ada ka promosi jual kereta menggunakan pelanggan-pelanggan kategori boy band lovers???????

One Direction Toyota Vios Commercial

Jual Vios kepada Directioners? Hanya di China.

Tagline "You dunno you're beautiful" itu seperti menepati maksud anda tak tau betapa canteknya hood depan Vios 2013. Ohh, i like. Still, Masih, muntut tidak cantek.

Tap sekurang-kurangnya iklan Vios di Malaysia tak seganas dan ekstrem macam iklan ni :-


Geli eh bila di saat 0:25 dalam video ni. Sungguh kurang selesa dibuatnya....

Dan sebelum tulisan ini ditangguh, ini antara video yang kiranya boleh dibuat sebagai iklan di kaca tv di samping itu mamdoh nak buat permohonan secara rasmi agar feature ciri ini dibuat juga untuk kereta keluaran nasional. Smart habis!

ランドクルーザープラド クロールコントロール【技術】

Haa.. Walau title tajuknya tidak difahami, tapi crawl control tu inovasi yang pertama seadanya. Dia cuma setting brek kejap kejap tapi kereta jalan jugak.

Kenapa saya tak terfikir untuk buat feature ni??? Atau sebenarnya mamdoh tak tau cara yang betul nak crawling kereta? Hahaha X-D

Dan untuk penangguhan penulisan yang betul-betul, ni dia mamdoh punya SAI~~~

SAIイメージムービー

Depan sangat menarik cantek tertarik. Muntut ada seperti Vios lama, tapi bolehla. Ini baru approved by mamdoh! Hahaha.

Kalau baca-baca sikit dari Google, Lexus HS-lookalike ni pernah ditarik balik sebab ada masalah brek yang serius di luar negara. Ada cakap tiru design Hyundai Sonata. Bila part komen dari blog, pasti ada yang mengutuk itu ini. Mungkin tak semua meminati Toyota, tapi mamdoh minat Lamborghini semestinya~~ Har har har~~~

Sesto Elemento dan Aventador J. Oh man... Pure. Awesomeness.


m2mdoh: "Mari menyokong iklan yang memberi ilmu dan kurang menyeleweng. Ilmu semakin diberi semakin baek, yeaaaaaa~~"
:-D
:.

No comments:

Post a Comment