Wednesday, November 20, 2013

Jadual Tarikh Pembayaran Gaji Bulanan Bagi Tahun 2014 Malaysia

.: Heheh. Jadual Gaji Government Malaysia 2014 dah keluar~~ (Baru keluar hari ni)

10% Short term savings + 10% Supa Long term savings + 10% ER savings dan yang 70% selebihnya buat belanja dapur dan belanja rumahs~~

Memandangkan dulu dah buat bullet list, sekarang na bagi gamba ja. Boleh buat save dalam smartphone~ :-P


Kali ni gaji akan keluar awal bulan dua (2) kali tau. Bulan Nov 2013 ni dah rasa sangat tidak best kalau tiada savings tapi gaji dah habes awal, maka hendaklah kita semua sama-sama faham lagi memahamkan~~ (Cigu Papa @ BoboiBoy)...

Jadual pembayaran gaji bagi tahun 2014 ini adalah mengikut Surat Pekeliling ANM Bilangan 4 Tahun 2014~ Cummaaaa...

Kenapa macam Aidiladha 2014 tak diambil kira ya? Pekeliling terlepas pandangan?????

YBhg. Datuk Wan Selamah binti Wan Sulaiman


m2mdoh: "Mari menyokong gaji bulan semasa dapat bertahan sampai gaji dua (2) bulan seterusnya..."

"Macam tahan ke? Macam tahan ke? Macam gaji tak tahannnnnn jerr?" As Syasya say it. :-P
:.

Tuesday, October 29, 2013

115Z Jupiter dengan Vios 2013 tapi nak Sai jugak

.: Mengintai-ngintai iklan di BorneoPost. Tertarik dengan iklan motorsikal yang diberi fuel injection dan pre-order Vios 2013 dari kedai Toyota di Kuching.

Tiba-tiba ja mo letak thumbnail Sai.
Baca sampai habis dulu~~


Tapi Lagenda 115Z memang tak boleh blah untuk :-


Kenapa dengan tornado? Tornado ada buat salah ke? Takde maknanya melarikan diri dari tornado dengan motorsikal. Lari dengan kereta lagi laju. Adegan menyelamatkan perempuan dihempap barang bernama "Pal" (signboard in bahasa Sarawak) - tak logik langsung. Patutnya kaki perempuan tu patah baru chun, haha. Gimik memang over untuk promosi motorsikal, tapi mamdoh suka yang educational ads. Memang sentiasa hairan dengan iklan ntah hapa hapa.

Untuk lagi tak bley blah ialah ada game Android. Apa? (What????)


Markah tinggi sebab permainannya amat menyerupai ke ntah hapa hapa iklan nya, dan markah rendah sebab ada juga adegan menyelamatkan perempuan dalam kesusahan-tapi-tak-logik-kesusahan-yang-dialami. Haiiiiiii...

Haters gonna hate. Okay, mamdoh suka Yamaha, cuma benci iklan ntah hapa hapa begini. They can do better maaaaaa...

Untuk Vios 2013 pula mamdoh intai intai kat Youtube lagi. Ohsemmmmmnya Mengancammmmmmnya Vios 2013. Berdasarkan pemerhatian seorang marhaen yang tidak mengenali kereta seperti seorang professional, Vios 2013 bahagian depan rupa rekabentuk foglamp nya macam menghampiri Lamborghini idamanku. Kemudian bahagian belakang mamdoh tak minat. "Muntut" Toyota Prius bukan versi compact padat aja yang mengancam amat. Muntut Vios lama dan muntut Vios 2013 tak cantek.

Iklan dari chanel Toyota Malaysia.

Iklan yang dimainkan di tv tv tu :-

2013 Toyota Vios TVC Malaysia | Live Life Drive

Jadi sekarang nak buat perbandingan iklan. Dah boleh abaikan iklan motorsikal, sekarang tumpukan pada iklan Vios. Dua iklan tadi macam best. Tapi mamdoh maseh mencari iklan yang mendidik (memberi pendidikan). Kalau tak bagi pendidikan mengenai ilmu apa, sekurang-kurangnya iklan tu mendidik apa spesifikasi yang ada pada produk yang nak diiklankan.

Iklan Vios untuk negara Thailand maseh kurang mendidik-kan. Tapi lagunya layan.

All - New TOYOTA VIOS 2013 / Yaris Sedan Commercial ; Thailand Ad

Iklan Vios untuk negara Indonesia antara yang mendidik. Iklan begini best, sebab ia memberitahu dalam Vios itu adanya kelebihan-kelebihan yang tiada pada kereta bukan Vios. (Apa mamdoh tulis niiii?). Kira nak bagitau yang iklan ni mencapai maksud "mamdoh nak beli Vios 2013 tu jugak! Tak nak Vios 2012. Nak yang tu jugak!" kononnyaaaa...


Di samping tu juga unsur-unsur Powerpoint ada di dalam video ni. Highlights Penekanan mengenai kehebatan pada Vios 2013 diberi cukup-cukup kepada penonton. Itu yang layan tu. Timbulnya rasa nak memiliki Toyota, tapi sayang muntutnya mamdoh tak suka la...

Siap ada tunjuk kereta Vios ni dibawa berjalan-jalan di Indonesia (Visit Indonesia, yay!). Menarik perhatian penonton bahawa indahnya dan cantekkkkknya Indonesia. Haaa...

(Tapi mamdoh nak minta maaf awal-awal. Dalam video tu, adakah pemandangan yang ditunjukkan dalam video tu ialah pemandangan di Indonesia? Minta maaf sebab mungkin tersalah promosi ni. Ampun ampunnnn...)

Tapi kan, jika pengiklanan ni dibuat dengan rapi serta menantikan anticipation detik-detik debaran menunggu, iklan yang ini patut disiarkan dulu. Kasi gabra siket dan juga menambah bilangan pembeli kereta yang tiba-tiba batal order sebab menantikan Vios baharu keluar di pasaran.

Toyota Vios 2013 ,Presentation

Kalau betul-betul nak kasi gempak dan lagi menantikan, letak model number aja dulu. Kereta bagi silhouette bayang banyak-banyak, cuma fokus pada lampu-lampu kereta, haha. Untuk sesi pegang-pegang boleh buat pada kerusi, hood bahagian depan kereta, dan kuncinya. Pegang dengan perasaan geram nak beli, haha.

Dalam mengintai iklan Vios, ada ka promosi jual kereta menggunakan pelanggan-pelanggan kategori boy band lovers???????

One Direction Toyota Vios Commercial

Jual Vios kepada Directioners? Hanya di China.

Tagline "You dunno you're beautiful" itu seperti menepati maksud anda tak tau betapa canteknya hood depan Vios 2013. Ohh, i like. Still, Masih, muntut tidak cantek.

Tap sekurang-kurangnya iklan Vios di Malaysia tak seganas dan ekstrem macam iklan ni :-


Geli eh bila di saat 0:25 dalam video ni. Sungguh kurang selesa dibuatnya....

Dan sebelum tulisan ini ditangguh, ini antara video yang kiranya boleh dibuat sebagai iklan di kaca tv di samping itu mamdoh nak buat permohonan secara rasmi agar feature ciri ini dibuat juga untuk kereta keluaran nasional. Smart habis!

ランドクルーザープラド クロールコントロール【技術】

Haa.. Walau title tajuknya tidak difahami, tapi crawl control tu inovasi yang pertama seadanya. Dia cuma setting brek kejap kejap tapi kereta jalan jugak.

Kenapa saya tak terfikir untuk buat feature ni??? Atau sebenarnya mamdoh tak tau cara yang betul nak crawling kereta? Hahaha X-D

Dan untuk penangguhan penulisan yang betul-betul, ni dia mamdoh punya SAI~~~

SAIイメージムービー

Depan sangat menarik cantek tertarik. Muntut ada seperti Vios lama, tapi bolehla. Ini baru approved by mamdoh! Hahaha.

Kalau baca-baca sikit dari Google, Lexus HS-lookalike ni pernah ditarik balik sebab ada masalah brek yang serius di luar negara. Ada cakap tiru design Hyundai Sonata. Bila part komen dari blog, pasti ada yang mengutuk itu ini. Mungkin tak semua meminati Toyota, tapi mamdoh minat Lamborghini semestinya~~ Har har har~~~

Sesto Elemento dan Aventador J. Oh man... Pure. Awesomeness.


m2mdoh: "Mari menyokong iklan yang memberi ilmu dan kurang menyeleweng. Ilmu semakin diberi semakin baek, yeaaaaaa~~"
:-D
:.

Wednesday, June 12, 2013

Randomness : Mencari 3DS, Galaxy S4 Active tapi tersurvey Wanita...

.: Macam tajuknya, randomness, mamdoh sebarang aja menulis post kali ini. Mula-mula mencari console 3DS XL, menengok-nengok Galaxy S4 Active di Lelong.com.my, alih-alih tertengok maternity lalu men-survey fesyen-fesyen wanita.

Lain je tengok tu bang????
X-O

Jum tengok apa yang di-survey...

01)
Maternity Dress.

Mula-mula tertengok thumbnail tu yang buat, syantekkkkkkkknyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa~~ X-D (Merangkap si model mama dan pakaiannya = syanteks). Ada gambar dia buat rambut lepas, ada la rupa meroyanisme, jadi minat yang ikat rambut. Sweetness over 9000!

Tappi saiyyanggg, kalau beli pakaian nih macamana na bagi dia muslimah-able? Khususnya bahagian dada dan kaki dalam gambo nih. Tak boley bagi lelaki lain geram ngan isteri tau wahai kaum suami walaupun mamdoh belum kawen. Dayus terserlah di sana jika rileks ja pihak lelaki laen boleh menatap isteri dengan pemikiran yang tidak sepatutnya. Tak patutttt tak patutttttttttt.

Mamdoh minat dengan combination dengan tudung labuh besar, part tutup kaki tu macam tak kena ja jika mummy nya pakai jeans. Ada ka maternity jeans? (Tanda malas na google...)

02)
One Piece Dress.

Macamana caranya na bergambar dengan bunga walaupun wanitanya gadis skinny. Takyah tergedik-gediks. Tapi macam pernah tinguk ja mem ni memperagakan pakaian lain... Tapi pakaian apa ya???

Fesyen yang semacam hot kat Lelong ialah Korean, Korean, Korean. My strategy is to convert it into Muslimah style. Mesti nak yang tudung labuh style. Sebelum ni ada tersurvey blog jual pakaian combine fesyen tudung labuh, tapi tudung labuh apa ke nama nya jika kurang syarat pada pakaian? Tak chun definisi atau mengikut istilah kelabuhan di sana. Jadi dari beli pakaian-tudung-labuh-tapi-bukannya-tudung-labuh-sebenar, maka strategi seterusnya meng-muslimahkan fesyen Korea. Add on tudung labuh ori style. Whoaaa... Apa tuuu???

03)
Tau macamana nak fesyenkan Vogue Sweater ni?

Besarnyaaaa V neck diaaaa... Pakai kat rumah ja malam hari ya para isteri ya. Sebab sweater ni boleh disalahguna jadi ilmu pengasih suami. Maunya tak tidur malam suami tengok sweater ni - ye la, dia nak kira berapa jenis dan jumlah poligon yang ada dijahit dibentuk ditebuk kat sweater nih.

:-P

Tak sangka, rupanya dipakai begini ...

Part jerut baju kat lower part sweater tu dinaikkan ke dalam. Mula-mula ingatkan model meng-tuck-in-kan sweater ni, tapi bukan. Still a great combination when dibuat cross match dengan tudung labuh. Dunno, cuma macam doable.

Tapi bila wanita meng-tuck-in-kan bajunya, aduuuu... I already know that my observation is off limits. Because, hey, it was sooooooooo la obvious.

04)
Pink Spaghetti Tube.

Mamdoh kekurangan vocabulary dan perbendaharaan kata bila tube dress disangka gown. Sayang pula KOMSAS zaman dulu-dulu kurang dimahiri, sekarang baru tau setakat belajar Sains side aja tak ke mana, mesti pandai KOMSAS baru bekerja dan kerja menjadi senang. (Siapa ajar dimahiri? Marah cigu nanti tau!)

Sebenarnya gambar model ni ada benda tersembunyi - Cara macamana na ambik gambar ada blur blur front side clear background side. Patut ramai nak main dengan DSLR, cabaran mengambil gambar tu boleh tahan payah juga. Mamdoh beli buku untuk belajar DSLR 550D EOS, sebab dalam buku tu ada latih tubi dan kerja rumah. Oleh kerana kekangan masa dan komitmen, KIV jap. Sabtu Ahad ni kot sambung exercise. Minat night photography, sebab pada malam hari la langit jadi awkward kemerah-merahan, bulan jadi terang dan kebesaran terlampau, dan beberapa panoramic shot yang terjumpa di malam hari.

05)
OL Top (Only khaki available).

Apa itooo mercerized cotton? Ada tulis kat sales page dia. Heyyyy, ada berbagai-bagai jenis cotton jahitan rupanyaaa.

OL = ni bukan word Korean ni rasanya. OL mamdoh dengar Jepun punya singkatan, OL = Office Lady. Kira ni pakaian wanita yang kerja kat office la ni. Kontra adalah warna yang sangat menarik bila dibuat baju kerja. Kalau dia buat baju kerja lelaki ni minat pula nak beli. Long sleeve chun dengan muslimah sebab tutup lengan. Combine tudung labuh lagi, perghhhhh. Tapi puteh ada dua jenis, putey transparent ngn puteh definite opaque. 100% opaque. Putey transparent seswai buat baju tidur, puteh definite opaque paling seswai buat baju kerja. Tak transparent :-)

Cara psikologi memasarkan pakaian wanita ialah samada target audience nya lelaki, atau targetnya ialah wanita. Tak tau la macamana tarikan pada wanita, tapi untuk lelaki semestinya (juga tidak semestinya?) ialah bahagian badan model wanita - dada, kangkang.

Marketing dada ialah buat semacam oversize cup, semacam tak pakai bra, semacam show off bra lining, semacam tak berdada, semacam sikeetttttt lagi nak nampak tut, semacam ranum, semacam simetri lagi balance, semacam side bare, atau skill lain - v neck over, round neck over, cover habis. Ada yang memaksa daya imaginasi berrrrkerja keras, atau imaginasi tak payah bekerja.

Part kangkang pula ialah camel toe, awesome perfect V shape, super mini short, paha kemelepakan puteh, kangkang perfect simetri, kangkang cover siket, kangkang lipat ladies, kadang kangkang pelik bukaan. Mungkin kerna photoshop fail kot.

Setelah dua bahagian ni disetting baekpunya, baru di-umphhh kan lagi dengan rambut, bentuk muka, warna kulit, posisi postur gesture badan, senyuman, mata melirik, show atau hide telinga, kaki langsing bukan main, body hourglass, dan lain-lain lagi.

Tertimbulnya penerangan itu sebab mamdoh teranalisis fesyen pakaian yang ecchi begitu di Lelong. Ramai Korea memang ecchi, kalau dia pure Muslimah baru depa tak ecchi. Iyya, kalau pure muslimah memang tak ecchi. Kalau tak pure tu tak semestinya ecchi. Dan ada yang bukan muslimah tapi tak ecchi langsung. Kenampakan aurat yang major pun tak ecchi. Apa mamdoh conteng nih?

Sungguh hebat merketing bila part aurat diabaikan. Mata juga tercuci. Kenapa buat dosa tu sedap? Doa IKIM.fm ada mohon cabutlah nikmat maksiat tu daripada kami semua, Amin Amin ya rabbal 'alamin.

Satu faktor juga ialah pergi window shopping pun takde kedai pakaian yang biasa biasa tu yang jual labuh fesyen. Banyak juak kain singkat. Kat online baru ada jual. Tu pun kena berpilihan betul-betul baru jumpa yang puas hati labuhnya. Ada yang kombinasi warnanya aiyaiyaiiii. Yang awesome muslimah tapi harga manyak tinggi la. Ada yang takat jadi sejarah google image jak, sebab stok dah habis. Tak dijual tak dijahit tak ditempah lagi. Huhuhuhuhuuuu...

Sebelum menitikkan post ini, berikut ialah satu Top ala style pemakaian orang Korea sana yang kalau lain aksesori lain jadinya. Lain warna lain effect. Lain postur lain rupa. Boleh tahan juga psikologi bila menggunakan aksesori dengan tak guna aksesori. You judge it yourself.

06)

Tak sangka betul. Sekarang macamana na memuslimahkan top ini? Hehe :-)

Tetap jua fesyen maternity nombor 01 tu jadi pujaan. Muka sweet lagi minta kesian ja. Ibu ibu mengandung memang banyak tenaga kudrat jiwa semangat nya bekerja. Ciannnnn ibu ibu mengandung.


m2mdoh : "Mari menyokong menambahkan kepanjangan kain, yeayyyyy~~ Dan ibu mengandung tak boleh fit seksi. Tersembul tiga+satu item memang sangat seksi. Tersembul perut itu okay."
:-X (Lips sealed)
:.

Monday, February 4, 2013

adiWidget : Kasih Padamu - Hafiz Hamidun

.: Dengar Ikim.fm tadi. Part bicara pagi, ada bro hafiz Hamidun ditemuramah ketika sesi Carta IKIM. Dia berkongsikanla satu memori Maulidur Rasul ketika beliau berada di Acheh. Ceritanya mengenai seorang kanak-kanak di sana sedang memberi pengucapan awam. Bunyinya lebih kurang begini (sambil membuat gaya dan ucapan kanak-kanak berbahasa Indonesia):-


Berkatalah anak itu di khalayak ramai:

"Ibu ibu, bapak bapak,
Nabi kita kalau marah, marahnya dikit dikitttt aja,
Tapi kalau kita, dikit dikit marah, dikit dikittttt marah.

Ibu ibu, bapak bapak,
Nabi kita kalau makan, makannya dikit dikitttt aja,
Tapi kalau kita, dikit dikit makan, dikit dikittttt makan.

Ibu ibu bapak bapak,
Nabi kita kalau sayang, bukan dikit dikitttt sayangnya pada kita,
Tapi kalau kita, sedikittttttttttttttt aja sayangnya pada Nabi....."


Ssedikittttttttttttttt aja sayangnya kita pada Nabi..... huhuhuhuhuu...
;-(

Kebetulan mendengar lagu Hafiz Hamidun, aduh, sayunya hati.

Kasih Padamu (Rasulullah SAW) - Hafiz Hamidun



Lirik Kasih Padamu - via saiedahsyamielah.blogspot.com

Rasulullah dalam sirahMu
Ku temu tulusnya cinta
Demi umatMu berkorban jiwa
Sehingga hujung nyawa

Kau di utus atas nama Kebenaran
Dengan fasih lidah beri penjelasan
Sabar dalam apa jua keadaan
Tak goyah dengan ranjau tekanan

Walau diri bisa menakluki tahta
Tetap rendah hati penuh sederhana
Segalanya demi LillahiTaala
Azimat yang berharga

Rasulullah dengan hikmahMu
Terpancar syiar agama
Mengubah gelap Menjadi terang
Menghapus jahiliyah

Rasulullah Engkau tinggalkan
Semangat juang tertinggi
Membina satu aqidah
Membangun Iman dan dilapangan Mujahadah

Dari hadith dan AlQuran
Menjadi sumber cahaya pedoman
Hanya itu yang Kau wariskan
Akan selamat di dunia akhirat

Rasulullah Terlalu Rindu
Padamu Junjungan Jiwa
Didalam senda yang utama
Menyambungkan kasih denganMu

Rasulullah dalam sirahMu
Ku temu tulusnya cinta
Demi umatMu berkorban jiwa
Sehingga hujung nyawa

Rasulullah dengan hikmahMu
Terpancar syiar agama
Mengubah gelap Menjadi terang
Menghapus jahiliyah

Ya Rasulullah Ya HabibAllah
Pabila terkenangMu mengalir air mataku...

versi video berlirik-kan Kasih Padamu = [ http://www.youtube.com/watch?v=YO1JTPAw0AE ].

Dengan 3 video je di Youtube, video ni agak okay sebab buku yang dicadangkan tu macam pernah dengar dipromosikan ustaz di IKIM.fm. Bagus katanya.

Dan pada masa yang sama nak kongsikan juga widget dari Encik Adi? kerna widgetnya mengajak kita bertasbih bertahmid bertakbir. Dan juga kerna mamdoh suka gambar perempuan yang comel.....
  • adiWidget : Subhanallah, Maha Suci Allah.
  • ada juga adiWidget Salam Lebaran, gambar kanak-kanak tu yang comel. 
  • dan yang kureng sikit walau macam cantek, ialah muslimah takyah nak fesyen bareback. Apa itu fesyen bareback? Menunjuk posisi yang menunjukkan bahagian belakang badan. Tak kira pakai apa pun, muslimah takyah tiru. Dalam bilik sudeyyyyy~~ adiWidget : Ahlan wa sahlan (muslimah)
  • Yang widget gambar muslimin kat atas tadi tu : adiWidget Ahlan wa sahlan.

Okay, itu aja. Terima kasih.


m2mdoh : "Mari menyokong untuk tidak me-nepu-kan kanak-kanak dengan hiburan sahaja."
:.