Monday, August 27, 2012

Berita: Neil Armstrong tak se-strong Bulan

.: Okay, Ogos 25-2012 ialah hari "Ya langkah ini langkah kecil seorang hamba Tuhan, tapi ia langkah terbesar seluruh umat manusia" pergi selama-lamanya...

Amacam? Datuk SMS junior gua tau!~
Kenal brother ni?

Oh hohohohohoohoooo~~ Dia lah angkasawan pertama manusia dimana dialah manusia yang diangkat dan diiktiraf sebagai manusia pertama menjejakkan kakinya diatas permukaan Bulan. Ada pun kawan-kawannya yang lain cuma diiktiraf sebagai orang kedua dan orang ketiga berada di Bulan selepas beliau iniii.... 

Tapi alkisahhhhhhhh...

(Walaupun barang ni dah lama dulu-dulu lagi dah keluar ditanyakan orang), brother diberi nama Neil Aden Armstrong ini adalah seorang yang berhati cekal dan mempunyai ketabahan melampau. Dia antara manusia yang terpaksa menerima kutukan kritikan sumpahan hinaan celaan busukan dan segala macam kesakitan hati para manusia lainnya kerna dia memang terlibat dalam menipu semua umat manusia kunun dialah insan pertama menjejakkan kaki ke atas sana....

Eh, kenapa? Tak percaya? :-P

Cerita ringkas begini, video yang juga kununnya pertama kali diambil dari atas permukaan Bulan itu (20 Julai 1969?) dan juga merangkap video pertama kali disiarkan kepada umum itu mempunyai ketidaksahihan Fizik, Kimia dan Biologi yang keterlaluan. Beberapa hukum-hukum Sains yang kita payah juga nak jawab dalam SPM telah dipesongkan beribu-ribu darjah semata-mata untuk menunjukkan seorang warganegara Amerika telah mewakili seluruh umat manusia mencecah kaki di atas Bulan.

Dengan kerajinan omputeh yang sering nak tanya macam-macam serta nak bukti dulu baru percaya, bersempena dengan abang Neil yang pemergiannya diratapi sesetengah kita, malam ini mamdoh cuba-cuba selongkar ada tak video Youtube tentang hukum-hukum Sains terpesong tadi. Boleh tahan juga hasil carian malam ini, tapi sebelum apa-apa, mari kita tonton video yang "dipancarkan" dari Bulan ini :-)

First Moon Landing 1969

Jika berminat, ini ada satu lagi version lain untuk movie sama : The Eagle Has Landed.

Okay, itu dia video Sains kita. Sekarang, kita tonton pula bagaimana sepasang lelaki yang berkawan cuba membuktikan perkara-perkara dalam video Jejak Langkah Pertama di Bulan ini nyata realistik atau tidak?


Intro : MythBusters - Moon Hoax



Mythbusters Moon Landing Hoax 1 HQ



Mythbusters Moon Landing Hoax 2 HQ



Mythbusters Moon Landing Hoax 3 HQ



Mythbusters Moon Landing Hoax 4 HQ



Mythbusters Moon Landing Hoax 5 HQ



Okay, masa movie dah tamat. Bagaimana? Teruja tak mengetahui di sebalik kisah bro Neil ni? Tak sangka kan pergi ke Bulan ni ada juga yang tak percaya - macam saya :-P

Kenapa ya ada yang tak percaya?

Rasanya negara pertama menjejakkan kaki ke permukaan Bulan akan dianggap mereka lebih advance maju lagi handal terlebih berbanding negara lain. Kan biasanya siapa yang pertama buat dulu dia lagi legend dan lagi hebat? Siapa-siapa yang lambat buat, boleh makan asapla jawabnya~ (Tidak semestinya). Dan psikologi begini la yang dari dulu memang diutamakan supaya semua orang akan tertanam di fikiran satu formula iaitu:

"Apa-apa yang 'Amerika' = Hebat terlampau~~"

Nak buat macamana, dah semua terima video pertama tadi sahih, jadi macamana kita deny nafi pun orang tetap kata kita salah, atau sidak madah kita adalah ahli konspirasi. (Tapi lepas tengok video Mythbuster, dapat diterima akal juga penjelasan mengenai hoax di Bulan yang sering ditanyakan orang. Cuma terdapat beberapa pembolehubah atau parameter yang kalau boleh ia diambil terus dari Bulan memang hoax dapat disangkal, bukan sekadar mengambil barang yang dianggap ada 'persamaan').

Skill teknik yang dipakai di sini ialah: Apa-apasoalan yang ditanyakan, penyelesaiaannya sudah dapat difikirkan sekarang ini. Kalau zaman dulu-dulu mereka cuma ampu memeri 'claims' tentang fakta-fakta Bulan, sekarang pembuktian sangat senang kerana zaman moden ini hampir semuanya boleh ditipu~~ ;-)

Bagaimana, jika dikatakan, sebenar-benarnya memang bukan Amerika dulu yang sampai ke Bulan? Tapi ekspedisi yang selepasnya baru betul sampai? :-P

Antara kes lain yang macam hukum Sains paling awal terjauh sekali dari cerita sebenar, yakni manusia berasal dari munyiet. Dah semua orang kata memang asal munyiet, walau betapa jelas lagi terbeliak mata pun Allah cakap dan buktikan manusia ialah sebaik-baik makhluk (iaitu bukan dari hewan), tetap juga orang kata (dan blaja dalam SPM/Diploma/Degree?/Master?/PhD? sampai ke tahun 2012 la nie) yang teori Darwin munyiet tu benda yang betul, alamakkkk... X-O

Apakan daya, massa tak akan kembaliiii~~ Hancur musnahlaaa... Semuanyaaaa...

Tapi, untuk sekadar suka-suka, mamdoh nak bongkarkan satu lagi penipuan NASA akan penjejakan kaki Neil Armstrong ke Bulan adalah tipu - tak payah bukti Sains, tak payah buat simulasi, tak payah buat eksperimen, benda ni simple aja:

NASA tipu pasal abe Neil manusia pertama jejak kaki ke Bulan kerana yang pertama sekali menjejakinya ialah abe cameraman~~ 
:-P

Kan betuul kan? Siapa la pi sebok-sebok amik video siap angle baekkk punya untuk tatapan semua orang di Bumi? Lagipun abe cameraman kena la keluar dulu pi survey-survey angle baekkkk punya mana nak ambil shot, haa... Itu satu persoalannnn, siapa yang sebenar-benarnya dah sampai ke Bulan?

Dan mistake-nya malu sampai na tutup muka jika video First Moon Landing ini diambil dari kamera dari Apollo, bukan dari seorang yang berkaliber seperti abe cameraman. Tapi tak nampak macam awkward angle pun movie ni? Macam dah beautifully crafted dah gaya nya? (Jika dilihat dari perspektif pengarah filem yang noob). Haa... Itu satu pertanyaannnn...

Bukan apa, yang asbab terfikirkan pasal abe cameraman tu yang jadi orang pertama sebab ada kawan share gambar internet meme yang chun. Sungguh cun hingga boleh diaplikasikan untuk mana-mana gambar retro dan lama~~

Bak komen siapa ntah tak ingat:
"Making of the world's second camera..."

Sungguh best kan bila dapat tengok dari view sudut pandangan yang biasa orang tak tengok~~
:-D



m2mdoh: "Maaf bro Neil, Bulan lebih strong sebab dari dulu sampai sekarang Bulan masih ada lagi. Tapi anda dah jalan dulu. R.I.P. untuk bro Neil Alden Armstrong."
:.

No comments:

Post a Comment