Tuesday, December 4, 2012

Jadual Pembayaran Gaji Bulanan Penjawat Awam Malaysia Bagi Tahun 2013

Datuk Wan Selamah Binti Wan Sulaiman
Datuk Wan Selamah
Binti Wan Sulaiman.
.: Rupa-rupanya Gaji 2013 dah lammmmmmmmaaaa dah keluar. Hohoho, malu dibuatnya.

Berikut ialah tarikh-tarikh keramat 10% duit anda akan masyuk ke kuota simpanan jangka pendek, 10% untuk kuota simpanan jangka panjang, lagi 10% jadi simpanan kecemasan dan yang lebihnya anda buat belanja dapur dan belanja rumahs~~

  • Januari 23, 2013 - Rabu.
  • Februari 25, 2013 - Isnin. (*Tahun Baru Cina 10 & 11hb).
  • Mac 25, 2013 - Isnin.
  • April 25, 2013 - Khamis.
  • Mei 23, 2013 - Khamis. (Pesta Menuai 30 & 31hb).
  • Jun 25, 2013 - Selasa. (Hari Gawai Jun 1 & 2hb).
  • Julai 25, 2013 - Khamis.
  • Ogos 22, 2013 - Khamis. (*Hari Raya Puasa 8 & 9hb).
  • September 25, 2013 - Rabu.
  • Oktober 10, 2013 - Khamis. (*Hari Raya Haji 15hb).
  • November 25, 2013 - Isnin. (Deepavali 2hb).
  • Disember 19, 2013 - Khamis. (Hari Natal 25hb).
Nampaknya sekali lagi gaji akan keluar terlampau dekat. Macam terima dua kali la pulak. Mudah-mudahan gaji Oktober maseh bertahan hingga gaji November...

Jadual pembayaran gaji bagi tahun 2013 ini adalah mengikut surat pekeliling Bilangan 4 Tahun 2012~ Yang jadual lama Gaji 2012 pun boleh didapati dari Jabatan Akauntan Negara Malaysia~~
:-)


m2mdoh: "Mari menyokong gaji bulan semasa dapat tahan sampai gaji bulan seterusnya."
:.

Monday, August 27, 2012

Berita: Neil Armstrong tak se-strong Bulan

.: Okay, Ogos 25-2012 ialah hari "Ya langkah ini langkah kecil seorang hamba Tuhan, tapi ia langkah terbesar seluruh umat manusia" pergi selama-lamanya...

Amacam? Datuk SMS junior gua tau!~
Kenal brother ni?

Oh hohohohohoohoooo~~ Dia lah angkasawan pertama manusia dimana dialah manusia yang diangkat dan diiktiraf sebagai manusia pertama menjejakkan kakinya diatas permukaan Bulan. Ada pun kawan-kawannya yang lain cuma diiktiraf sebagai orang kedua dan orang ketiga berada di Bulan selepas beliau iniii.... 

Tapi alkisahhhhhhhh...

(Walaupun barang ni dah lama dulu-dulu lagi dah keluar ditanyakan orang), brother diberi nama Neil Aden Armstrong ini adalah seorang yang berhati cekal dan mempunyai ketabahan melampau. Dia antara manusia yang terpaksa menerima kutukan kritikan sumpahan hinaan celaan busukan dan segala macam kesakitan hati para manusia lainnya kerna dia memang terlibat dalam menipu semua umat manusia kunun dialah insan pertama menjejakkan kaki ke atas sana....

Eh, kenapa? Tak percaya? :-P

Cerita ringkas begini, video yang juga kununnya pertama kali diambil dari atas permukaan Bulan itu (20 Julai 1969?) dan juga merangkap video pertama kali disiarkan kepada umum itu mempunyai ketidaksahihan Fizik, Kimia dan Biologi yang keterlaluan. Beberapa hukum-hukum Sains yang kita payah juga nak jawab dalam SPM telah dipesongkan beribu-ribu darjah semata-mata untuk menunjukkan seorang warganegara Amerika telah mewakili seluruh umat manusia mencecah kaki di atas Bulan.

Dengan kerajinan omputeh yang sering nak tanya macam-macam serta nak bukti dulu baru percaya, bersempena dengan abang Neil yang pemergiannya diratapi sesetengah kita, malam ini mamdoh cuba-cuba selongkar ada tak video Youtube tentang hukum-hukum Sains terpesong tadi. Boleh tahan juga hasil carian malam ini, tapi sebelum apa-apa, mari kita tonton video yang "dipancarkan" dari Bulan ini :-)

First Moon Landing 1969

Jika berminat, ini ada satu lagi version lain untuk movie sama : The Eagle Has Landed.

Okay, itu dia video Sains kita. Sekarang, kita tonton pula bagaimana sepasang lelaki yang berkawan cuba membuktikan perkara-perkara dalam video Jejak Langkah Pertama di Bulan ini nyata realistik atau tidak?


Intro : MythBusters - Moon Hoax



Mythbusters Moon Landing Hoax 1 HQ



Mythbusters Moon Landing Hoax 2 HQ



Mythbusters Moon Landing Hoax 3 HQ



Mythbusters Moon Landing Hoax 4 HQ



Mythbusters Moon Landing Hoax 5 HQ



Okay, masa movie dah tamat. Bagaimana? Teruja tak mengetahui di sebalik kisah bro Neil ni? Tak sangka kan pergi ke Bulan ni ada juga yang tak percaya - macam saya :-P

Kenapa ya ada yang tak percaya?

Rasanya negara pertama menjejakkan kaki ke permukaan Bulan akan dianggap mereka lebih advance maju lagi handal terlebih berbanding negara lain. Kan biasanya siapa yang pertama buat dulu dia lagi legend dan lagi hebat? Siapa-siapa yang lambat buat, boleh makan asapla jawabnya~ (Tidak semestinya). Dan psikologi begini la yang dari dulu memang diutamakan supaya semua orang akan tertanam di fikiran satu formula iaitu:

"Apa-apa yang 'Amerika' = Hebat terlampau~~"

Nak buat macamana, dah semua terima video pertama tadi sahih, jadi macamana kita deny nafi pun orang tetap kata kita salah, atau sidak madah kita adalah ahli konspirasi. (Tapi lepas tengok video Mythbuster, dapat diterima akal juga penjelasan mengenai hoax di Bulan yang sering ditanyakan orang. Cuma terdapat beberapa pembolehubah atau parameter yang kalau boleh ia diambil terus dari Bulan memang hoax dapat disangkal, bukan sekadar mengambil barang yang dianggap ada 'persamaan').

Skill teknik yang dipakai di sini ialah: Apa-apasoalan yang ditanyakan, penyelesaiaannya sudah dapat difikirkan sekarang ini. Kalau zaman dulu-dulu mereka cuma ampu memeri 'claims' tentang fakta-fakta Bulan, sekarang pembuktian sangat senang kerana zaman moden ini hampir semuanya boleh ditipu~~ ;-)

Bagaimana, jika dikatakan, sebenar-benarnya memang bukan Amerika dulu yang sampai ke Bulan? Tapi ekspedisi yang selepasnya baru betul sampai? :-P

Antara kes lain yang macam hukum Sains paling awal terjauh sekali dari cerita sebenar, yakni manusia berasal dari munyiet. Dah semua orang kata memang asal munyiet, walau betapa jelas lagi terbeliak mata pun Allah cakap dan buktikan manusia ialah sebaik-baik makhluk (iaitu bukan dari hewan), tetap juga orang kata (dan blaja dalam SPM/Diploma/Degree?/Master?/PhD? sampai ke tahun 2012 la nie) yang teori Darwin munyiet tu benda yang betul, alamakkkk... X-O

Apakan daya, massa tak akan kembaliiii~~ Hancur musnahlaaa... Semuanyaaaa...

Tapi, untuk sekadar suka-suka, mamdoh nak bongkarkan satu lagi penipuan NASA akan penjejakan kaki Neil Armstrong ke Bulan adalah tipu - tak payah bukti Sains, tak payah buat simulasi, tak payah buat eksperimen, benda ni simple aja:

NASA tipu pasal abe Neil manusia pertama jejak kaki ke Bulan kerana yang pertama sekali menjejakinya ialah abe cameraman~~ 
:-P

Kan betuul kan? Siapa la pi sebok-sebok amik video siap angle baekkk punya untuk tatapan semua orang di Bumi? Lagipun abe cameraman kena la keluar dulu pi survey-survey angle baekkkk punya mana nak ambil shot, haa... Itu satu persoalannnn, siapa yang sebenar-benarnya dah sampai ke Bulan?

Dan mistake-nya malu sampai na tutup muka jika video First Moon Landing ini diambil dari kamera dari Apollo, bukan dari seorang yang berkaliber seperti abe cameraman. Tapi tak nampak macam awkward angle pun movie ni? Macam dah beautifully crafted dah gaya nya? (Jika dilihat dari perspektif pengarah filem yang noob). Haa... Itu satu pertanyaannnn...

Bukan apa, yang asbab terfikirkan pasal abe cameraman tu yang jadi orang pertama sebab ada kawan share gambar internet meme yang chun. Sungguh cun hingga boleh diaplikasikan untuk mana-mana gambar retro dan lama~~

Bak komen siapa ntah tak ingat:
"Making of the world's second camera..."

Sungguh best kan bila dapat tengok dari view sudut pandangan yang biasa orang tak tengok~~
:-D



m2mdoh: "Maaf bro Neil, Bulan lebih strong sebab dari dulu sampai sekarang Bulan masih ada lagi. Tapi anda dah jalan dulu. R.I.P. untuk bro Neil Alden Armstrong."
:.

Thursday, August 16, 2012

Korean PSY (HyunA): Oppan Ttag Nae Style (Kan Dah Cakap!)

.: Dulu pernah bagitau kawan, Korean MV keterlaluan seksilah!

Sekarang (hampir) semua muzik video macam haram : seksi terlampau + aksi dan gaya ketika melakukan hubungan seks + tarian ala-ala Las Ketchup Asereje + make up terlampau cantek + baju terlalu smart.

Kalau muzik video omputeh memang dah terlampau, dengan oversize beberapa bahagian badan, tapi tak dapat mengalahkankan keseksian kelucahan keseronokan menari gaya artis Korean. Artis Jepun pun boleh tahan woo, tapi muzik video Korea sekarang memang tak miss dengan koreografi sebegini rupa... Dah jadi trademark sudaa... ;-(

Disebabkan mamdoh dari Asia, of course body orang Asia la paling curvey. Macamana curvey dan oversize pun orang puteh, curvey dan medium size Asian tetap juga the very very best. Tapi tak cunla dengan keadaan dan anutan agama. Cuma yang boleh dibuat sekarang ialah, bercinta -> kahwin -> beli pakaian semi-transparent Korea untuk isteri dan sama-sama menari ala-ala muzik video Korea.

Hei hei, no lucid imaginations here, cuma jika nak buat aksi dan koreografi macam dalam muzik video Korea, sebaek-baeknya dibuat dengan pasangan yang kita dah Halal, jadi takdela ter-imaginasikan perempuan lain~~ %-)

Disebabkan tak berapa minat dengan Wonder Girls, SNSD, 2NE1, 4minute, dsbg kerana tau mereka ini seksi baa, jadi entah macamana hari ini tengah-tengah puasa terserempak dengan Hyuna dalam buuzfeed. Cesssss...



PSY - GANGNAM STYLE (강남스타일) M/V

(Boring but sweaty male style)


PSY (ft. HYUNA) 오빤 딱 내 스타일

(Psych up female style)

PSY feat HyunA - OppaN It's Just My Style Lirik.

Oppan ttag nae style
Ttag nae style

Najeneun ttasaroun ingan jeogin yeoja
Keopi hanjanui yeoyureul aneun pumgyeok inneun yeoja
Bami omyeon simjangi tteugeo wo jineun yeoja
Geureon banjeon inneun yeoja

Naneun sanai
Najeneun neo mankeum ttasaroun geureon sanai
Keopi sikgido jeone wonsyat ttaerineun sanai
Bami omyeon simjangi teojyeo beorineun sanai
Geureon sanai

Areumdawo sarang seureowo
Geurae neo (geurae neo), geurae baro neo (geurae baro neo)
Areumdawo sarang seureowo
Geurae neo (geurae neo), geurae baro neo (geurae baro neo)
Jigeumbuteo gal dekkaji gabolkka

Oppan ttag nae style
Ttag nae style
Op op op op oppan ttag nae style
Ttag nae style
Op op op op oppan ttag nae style

Eh Sexy Baby
Op op op op oppan ttag nae style
Eh Sexy Baby
Op op op op

Jeongsukhae boijiman nol ttaen noneun yeoja
Ittaeda sipeumyeon mukkeotdeon meori puneun yeoja
Garyeotjiman wenmanhan nochulboda yahan yeoja
Geureon gamgak jeogin yeoja

Naneun sanai
Jeomjanha boijiman nol ttaen noneun sanai
Ttaega doemyeon wanjeon michyeo beorineun sanai
Geunyukboda sasangi ultung bultunghan sanai
Geureon sanai

Areumdawo sarang seureowo
Geurae neo (geurae neo), geurae baro neo (geurae baro neo)
Areumdawo sarang seureowo
Geurae neo (geurae neo), geurae baro neo (geurae baro neo)
Jigeumbuteo gal dekkaji gabolkka

Oppan ttag nae style
Ttag nae style
Op op op op oppan ttag nae style
Ttag nae style
Op op op op oppan ttag nae style

Eh Sexy Baby
Op op op op oppan ttag nae style
Eh Sexy Baby
Op op op op
Eh eh eh eh eh eh

Ttwineun nom, geu wie naneun nom
Baby baby
Naneun mwol jom aneun nom

Ttwineun geol, geu wie naneun geol
Baby baby
Naneun mwol jom aneun geol

You know what I’m saying!

Oppan ttag nae style
Eh eh eh eh eh eh eh Sexy Baby
Op op op op oppan ttag nae style
Eh Sexy Baby
Op op op op
Eh eh eh eh eh eh
oppan ttag nae style

♥ HyunA~~ ♥
Jadi, apa point moral pengajaran dari post kali ini?
  • Nak tengok berapa ramai yang mempertahankan Korean artis "tak seksi" (tak kisah sebab berbeza agama, budaya, blahblahblah idunkey), 
  • Nak tengok berapa hits post ni naik? (Mungkin kerna mencari lirik? Atau mencari video klip? Atau semua nak tengok tarian lucah PSY?) X-O, 
  • Mungkin kena blaja bahasa Korea, sebab lirik kali ini guna terjemahan huruf, bukan guna ejaan Korea asal... (Siapa sangka basis asas ejaan Jepun dan Korea guna BM sedikit sebanyak? hehe. Teringat lingua franca Melaka satu tika dahulu kala lamanya...) 

Kredit lirik:-
  • LyricsReg.com : PSY featuring Hyuna - Oppa It's Just My Style. (mamdoh tak curi lirik, mamdoh tambah lagi ada. Cuma tak sanggup na letak 'aaaaahhh' macam lepas orgasm dalam blog yang ada waktu solat ini. Cissss, HyunA, jangan buat bunyi itooooooooooooooo~~

  • X-O X-O X-O


m2mdoh: "Terasa post kali ini sangat-sangat jauh dari...."
:-(
:.

Wednesday, March 28, 2012

(Bukan) Iklan Huggies 2012

.: Catch, Slip On, Release~~
hahahahaahaha X-D

mamdoh tercari-cari dimana la iklan Huggies Malaysia di Youtube, tapi asik-asik jumpa iklan Baber-ggies (baby + Bieber + Huggies), huhu.. Bolehla diterima ada juga lagu Justin Bieber yang sedap, tapi takkan la semua nak mem-Bieber-kan diri? Dari memperdengarkan dan meng-humming lagu Bieber, baek humming selawat Nabi ka apa-apa yang boleh menguatkan akidah baby kita. Terutamanya di zaman sekarang yang semuanya dah tunggang terbalek, macam keluarga 69.... (eh, iklan cerita P Ramlee la pulak - sedikit skill 'lame' di sana) :-P

Vrooooooooommm~~
Berbalik dengan tajuk blog yang asal, iklan Huggies 2012 versi Malaysia belum ada siapa-siapa lagi yang muatnaik ke Youtube. Yang version edisi jenis iklan omputeh ada, yang BM punya belum ada. Dekat sini, TV kita baru main iklan baru Huggies kira pada awal March, tapi iklan omputeh seawal Ogos 1hb 2011 dah main iklan ni dah. (Lambat juga iklan yang diterjemah dan menggunakan pelakon baby-bayi Malaysia ya?)

Bukan apa, mamdoh suka iklan yang jenis infomercial (information + commercials), dimana iklan jenis ini lebih kepada mengajar memberitahu mendidik educate kita berbanding iklan yang seratus peratus iklan dan hanya mulut berbuih menjual barang sahaja. Iklan jenis infomercial ni dia bagi fakta-fakta, tapi macam biasa dia ada 'cucuk jarum' yang baek punya sambil menjual produk barangan syarikat dia sekali. Nak cari makanla katakannnn..

Teringat zaman-zaman dahulu tidur lambat sebab mengkaji iklan berpendidikan (infomercial) yang dimainkan sebelum jam 12 tengah malam. Masa tu hairan kenapa takde cerita yang best-best macam sekarang (zaman tu TV memang 'mati' sampai pukul 12), jadi mamdoh tengoklah apa yang ada. Tapi iklan macamtu boring nak tengok, membebel bebel bebelllll je lebih. Memang ada bagi info, tapi tak tahanla dengar bebelan dia dan paksaan ala-ala 'kenapa tunggu? Sila dail 1-800-beli Sekarang!'. Ishhhhh, sungguh tak best.

Iklan Huggies ni juga yang best. Awesome Menakjubkanla tengok bayi-bayi bergerak, tak sangka ya pergerakan kita masa kecik-kecik dulu ada macam-macam ragam? Best tengok berkali-kali ;-)

(Oops, mamdoh tak promosikan Huggies, mamdoh suka lagi lampin yang dilipat dari kain kasar bewarna puteh nampak garisan tenunan kain tu, ala, kain jenis lama tu.) Sekarang pandai lagi ke tak melipat lampin cara old-school? Cuma saat-saat membasuh lampin yang berisi air besar tu la ada lemah siket, hahaha ;-P

Tanpa tunggu lagi, inilah dia (bukan) Iklan Huggies yang baru maen kat TV Mac 2012 ni~~

Huggies Slip On Diaper Commercial - Meet the Squirmers!

Nampak sama kan macam Iklan Huggies Malaysia kan nenek kan? Hehe :-> Dengan sedikit usaha, ini dia iklan tambahan corak-corak pattern pergerakan makhluk Allah yang sungguh comel ini~~ :-D

Huggies Slip-On Diapers - The Rolling Pin - Si Pengguling 

Dengarkan penyusunan kata-kata suara latar ketika menerangkan tentang perihal anak-anak yang pelbagai ragam X-D Kesemua video ragam bayi-bayi ini berbeza-beza jalan ceritanya ;-)

Huggies Slip-On Diapers - The Acrobutt - Si Akrobatik 

Acro-butt (dibaca akrobat) aa? Dalam perkataan pun ada dipermainkan ;-) Apanya teknik berbelit-belit perkataan ini dipanggil? :-)

Squirmy Baby - Huggies - The Streaker - Si Lincah 

Laju dedek lajuuuuuu~~ X-D

Huggies Slip-On Diapers - The Booty Scoocher - Si Peluncur? lols 

Syiuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu~~~ Imaginasi kuat sangat ni, hehehe :-> 

Huggies Slip-On Diapers - The Pogo Stick

Toinggg~~ toinggg~~~ toingggggg~~~~

Huggies Slip-On Diapers - The Dancing Machine

Eh, ewahhhhhhhhhhh ewahhh, eh, ewahhhhhhhhhhhhh ewahhhh~~ X-D

Huggies Slip-On Diapers - The Runaway Train 

Ni baby Soul Asylum nehhhh~~ (teringat pasal tajuk lagu dia) :-P

Huggies Slip-On Diapers - The Wind Up Toy 

Macam kuda mainan yang duduk pusing bulatan kat taman mainan tu, haha :-)

Huggies Slip-On Diapers - The Commando 

Ohh, nih bahya nehsss, tak sabar turun training PLKN baby neh~~

Huggies Slip-On Diapers - The 4-Wheeler

Terbaekkkkk dari ladang~~X-D

Dan yang last but not least terakhir tapi belum berakhir, video bayi yang ketakutan dilampinkan~~

The Froggy (Bukan Huggies) - kena tengok dari saat video bermula ;-)

Lompat, baby lompat! hahahahahahaha X-D Bergaya lagi stail juga baby ni melarikan diri dari dipasang lampin, hahaha X-D

Hai, macam-macam ada yea? Nanti bila dah kahwin nak tengok bayi sendiri pulak ragamnya bagaimana? Hehehe X-D

Extra: Ini ada Youtube playlist untuk iklan-iklan lampin oleh jnapier8593~~ (Peminat Huggies dia nih)


m2mdoh : "(baby nak lari) Peluktangkap > baringkan > sapu powder Amnesia merah tu @ letak lotion kat leher + pinggang + celah kangkang + dll > pasang lampin > lepas~~" (eh, lupa nak bagi baju seluar...)
:-P
:.

Wednesday, February 8, 2012

Hiatus lamma betulla, aiyarkkkk~~

.: X-O

Assalamu'alaikum warahmatullah ya Habibi ya Maulanaaa~~
:-)

Dah hampir-hampir terlupa nak kemaskini blog. Kebelakangan ini sedikit pening kepala memikirkan cara na tambah pendapatan. Pendapatan selain dari makan gaji. Tapi taknak berhutang. Nak usahakan cara sendiri dulu. Pun taknak pendapatan yang hasilnya lambat untuk'dituai', nak pendapatan yang cepat, huhuhu..

Mamdoh kejar masa la, tapi mana mungkin seorang hamba Allah mampu mengejar masa kan? Perkara yang nak dikejar sangat itu ialah:
  1. Beli rumah, 
  2. Mendirikan rumah tangga,
  3. Beli kereta, 
  4. Nak KAYA! 
Terlupa satu lagi, Tambah amal ibadat! :-(

Siapa cakap senang jadi lelaki berbanding perempuan? Tanggungjawab dan amanah dan kepercayaan kepada kita amat tinggi, jadi kita tak boleh lari jauh-jauh daripadanya. Oh solatku, oh kehidupanku, Semoga selepas ini kita pasti lebih baek dari semalam, Amin, Amin ya rabbal 'alamin :-)

Nak amik loan ke? aduiii...
Nak berniaga ke? aduiii...
Nak bertanam ke? aduiii...
Kalau semua dah aduiii mana boley ini, aiyarkkkk~~ ;-(

Buat balek apa yang mamdoh tau, blogging menaip blog serajin mungkin. Nak duit kena rajin. Apa kata orang, bersusah-payah dahulu, bersenang-senang kemudian? ;-) Walau sedih pun, walau rasa tak mampu pun, kita mesti ingat, kalau orang yang hidup susah dari kita pun boleh berjaya, apatah lagi kita yang hidup tak sesusah orang yang kita tengok hidup susah ni? Kalau hamba Allah lain boleh, kita lagila boleh kan (dalam mencari rezeki Halal) kan? Chaiyok chaiyokkkkk kepada diri sendiriiiii!!! :-)

Kena cari juga la laptop sebuah, senang nak update blog. Kalau harapkan komputer desktop pejabat, lambat ceritanya pendapatan blog ni. Mesti atur masa juga, tak boleh tido lambat macam hari ni, huhuhu.. (Mata tak mengantukla pulak) Plan awal, satu post satu entri untuk setiap blog. Semua keenam-ketujuh-tujuh blog mesti jalan. Kering idea macamana pun mesti blog jalan. InsyaAllah.

Dalam TV hari tu tengok, bila dah cakap InsyaAllah bukannya bertangguh melakukannya, atau menunggu-nunggu masa terluang baru bekerja, tapi mesti usahakan perkara yang di-insyaAllah itu dilakukan. Tak payah fikir marlu kalau tak terbuat, yang penting ada tak usaha nak buat sampai jadi. Jadi mamdoh nak buat sampai jadi. Taknak cakap-cakap je lagi. Kawan-kawan lain dah berjaya dahhhhhhh :-( :-( :-(

mamdoh bila lagi? :-(

Bonus buat diri dan teman-teman yang rasa 'down' jatuh walaupun kita masih boleh berdiri...

Maher Zain - Insya Allah (Malay) | Official Lyrics Video


Ada satu lagi...

Greyson Chance - Waiting Outside The Lines


Video Greyson Chance boleh diabaikan, lirik boleh guna pinjam sekejap. (Sekarang tengah minat lagu ni sekejap, nanti-nanti tak minat lagi kot?). Kadang-kadang rasa, kalau lagu omputeh ni ditujukan buat umat Islam atau lagu nya merindui Rasulullah, eh, macam cun ja. Tak semua lagu, tapi ada lagu yang kadang rasa lagu tu niatnya untuk merindui Rasulullah, memang terbaekkklah. Tidak mengapa, banyak lagi lagu lain yang betul-betul merindui Rasulullah ;-)

Gambar untuk entri blog kali ini:
(eppp, kenapa entri pun macam tak baekkk juga bunyinya? Bahasa Melayu dah terlalu banyak sangat meminjam bahasa pinjaman, burukla bunyi. Tapi kadang-kadang bahasa terjemahan BM pun lagi aneh, hurmmmm...). Antara kes lain dari topik, Keretapi ke kereta api? Sampai sekarang maseh tak pasti bentuk ejaan mana yang jadi ejaan rasmi BM.

Gambar-gambarnya:

funny pictures - The glass is half annoying.
Credit: iCanHasCheezBurger~~
Usaha Tangga Kejayaan (I).

funny pictures - Desperate for a snack, Max attempts to drag his can opener to the kitchen.
Credit: iCanHasCheezBurger~~
Usaha Tangga Kejayaan (II).

funny pictures - Don`t  worryz  potato  U is not  alone
Credit: iCanHasCheezBurger~~
Jangan bersedih yea? Allah kan ada? Allah sentiasa bersama dengan kita tak kira masa, di mana, atau apa yang kita lakukan di dunia yang fana sementara. :-)


m2mdoh: "Mari menyokong semalam sudah meninggalkan kita, tapi hari ini masih ada untuk esok yang selamanya~~"
:.