Saturday, June 4, 2011

Piramid makanan dah runtuh, sekarang tinggal pinggan je lagi.

.: Haa, ucapkan Selamat Tinggal piramid 19 tahun, sekarang Selamat Datang wahai pinggan makanan~ :-)

Ingat lagi masa sekolah dahulu kita diajarkan piramid makanan yang dibuat oleh orang puteh? Dari gambar piramid tu kita tau yang kita kena makan banyak nasi, roti, bijirin, kena makan sayur-sayuran juga, jangan lupa dengan ikan, ayam dan daging, serta mesti minum hasil tenusu, minum banyak susu la senang cerita. Yang manis-manis, berlemak tepu kena dikurangkan. Dapat bayangkan?

Kalau tak ingat, sila rujuk gambar 1992 USDA Food Pyramid ini :-)

Sekarang ni dah keluar yang rekabentuk baharu, mereka dah tak pakai lagi piramid dah. Pernah keluar 2005 Food Pyramid yang baru, tapi rekabentuknya mengelirukan dan tak sedap mata memandang. Entah hapa-hapa pun ada. Oleh kerana Michelle Obama isteri presiden Amerika Syarikat yang baru ini sangat prihatin dengan keadaan obesiti rakyatnya yang semakin meningkat, maka dengan ini diusahakan lagi rekabentuk kadar pemakanan yang mudah difahami dan senang diingat - maka diciptakanlah MyPlate.

Introducing the New Food Icon: MyPlate

Pinggan Makanan Saya yang baharu :-)
Seperti yang boleh anda lihat di sebelah, pemilihan makanan berdasarkan MyPlate kini menjadi sangat mudah. Ini gambar apa yang perlu ada pada menu makanan kita setiap hari. Sekali pandang je terus faham, senang kan? ;-)

Bahagian 'Grains' atau Bijirin berwarna coklet jingga dan 'Vegetables' Sayuran yang tampak sangat besar saiz hijaunya disini menunjukkan kita perlu perbanyakkan menu yang mengandungi dua bahagian ini. Maksud memperbanyakkan disini ialah kena makan banyak-banyak, tapi jangan banyak sangat.

Kalau tak suka bijirin, makanlah makanan dengan kandungan karbohidrat yang tinggi. Penting tu karbohidrat, untuk jadi tenaga badan kita sehari-hari.

Yang bahagian merah 'Fruits' Buah-buahan dan 'Protein' ungu tu bersaiz kecil sedikit beerti pengambilannya kena kurang dari Grains dan Vegetables. Makan makan juga, tapi jangan lebey-lebey. Tak makan langsung pun tak boleh, nanti kekurangan vitamin dan berat badan, lain pulak jadinya.

Dan bahagian yang terakhir, berwarna biru itu ialah minumlah air susu atau ambil hasil tenusu dalam menu makanan kita. Boleh juga disamaertikan dengan jangan lupa minum air kosong 8 gelas sehari. Badan kita ada kandungan air dalam 60%, kurang dari 8 gelas boleh menyebabkan bibir kering merekah dan koyak luka, adui.

Taip panjang-panjang begini kalau disertakan dengan gambar baru chun. Ini dia gambar MyPlate dalam 3 dimensi. :-D

Air susu, roti, isi ikan, sayur kacang panjang, buah oren. Gambar Susan Walsh | AP.

Kalau kita roti tu biasanya nasi la, jadi makan nasi dan sayur dengan banyak la. Campo ikan sikit, makan buah-buahan juga. Kalau ikut susunan pun cantek lagi, minum air beberapa teguk dulu, makan buah, lepas tu nasi + sayur + ikan. Makan buah-buahan dahulu agar saluran esofagus kerongkong dan usus kecil usus besar menjadi smooth licin lancar, barulah kita makan nasi dan yang lain-lain. Makan buah sebenarnya akan menguatkan otot-otot dalaman dan menyediakan perjalanan yang lancar untuk makanan yang kita akan makan nanti, haa..

Habis makan semua, kita rehat-rehat dulu kemudian baru minum air. Bagi peluang perut mencerna dan mengambil nutrien dan khasiat dari makanan, kemudian barulah bagi dia basah dengan air kosong yang kita minum.

Kalau ada salah dan silap bagitau pada komen tau. Marilah berkongsi ilmu makan memakan kita ;-)

Maklumat dan bacaan lanjut :
Via Health Yahoo! : USDA Food Pyramid is out, Food plate is in.


m2mdoh: "Mari menyokong sebelum makan kena bersyukur dan membaca doanya."
:-)
:.

    Jom memancing apek galah biruuu~

    .: Sedikit dengki menengokkan melihatkan apek itu...

    Udang galah biru - Gambar oleh Karen George.

    Prince Edward Island, Rabu 01 Jun 2011 - Seorang nelayan di sana terkejut ketika mendapati ada udang galah (atau "apek") berwarna biru dalam tangkapannya. Selalunya udang yang ditangkap memang tiada yang berwarna biru, tapi tangkapan Blair Doucette kali ini agak menakjubkan - udangnya berwarna biru kerana udang tersebut terkena mutasi genetik.

    Kali terakhir berita udang berwarna biru ditangkap orang ialah pada 2009. Itupun kerana udang galah berwarna biru hanya terdapat satu dalam empat juta - ini mungkin bermakna Doucette orang yang ke-4,000,001 yang menangkap udang galah biru ini, ataupun dia memang lelaki yang bernasib terlalu baik sahaja. Anda yang fikir-fikirkan.

    Isterinya, Wendy Doucette pun pada mulanya tidak percaya akan hasil tangkapan suaminya itu. "Selama 30 tahun ini mereka memang tidak pernah mendapat udang yang berwarna biru, inilah kali pertama," katanya kepada CBC News. Sekarang mereka bercadang untuk memberikan apek biru tersebut kepada sebuah akuarium di sana untuk tatapan ramai.

    Mutant blue lobster caught off Canadian coast [NBC: 6-02-2011]

    Jika anda tidak percaya udang berwarna biru wujud, atau anda fikir gambar tersebut ialah gambar gubahan photoshop kerna artis di internet tiada hobi lain asik asyik nak main Photoshop, maka dipersilakan menonton video di bawah sambil sediakan kail udang dan kompon. (Macam seddappppp je udang berwarna biru, hehehe)

    See The Amazing Beautiful Blue Lobster!!

    Meet a rare blue lobster!

    Blue Lobster Molting (full process)

    Giant blue lobster with eggs #2
    Ada tengok tak anak-anak udang yang dibawah perutnya itu? Fuhyooo...

    Via CBCNews | Canada : Electric-blue lobster caught off P.E.I.


    m2mdoh: "Subhanallah, chanteknya udanggggg~ :-D Mari menyokong penternakan adalah perniagaan"
    ;-)
    :.