Friday, January 21, 2011

Sekarang Tune Hotels Dah Boleh diTempah Guna Maybank2U~~

.: Nak booking bilik Tune Hotles dah jadik makin senang~

Lamma betul tak update. Barang-barang dah ada, tapi tengah tumpukan untuk blog lain dulu..Yang nih cuma kemaskini sikit je dulu.

Bagi anda yang ingin bercuti dan tinggal di bilik hotel dengan tilam yang standardnya 5 bintang tapi cuma bayar siket aje, bolehlah mencuba perkhidmatan Tune Hotels~

Apa yang bestnya pasal Tune Hotels?
  • Tilam, bantal, sarung bantal, cadar katil, perghh.. Tip top 5 setarssss kualitinya (kata diorang lah). 
  • Bilek mandi dengan air hujan yang boley pilih air panas ke air sejuk. Setiap bilek memang ada bilek mandi dan memang ada air hujan yang kawkaw~ 
  • Tempat Tune Hotels nih biasanya entah macamana diorang nego boleh dapat tempat strategik dekatttt je dengan tempat membeli-belah. Keluar hotel je dah jumpa kedai-medai kiri kanan depan belakang. 
  • Persekitaran yang bersih dan selasa. Pengalaman anda bermalam di Tune Hotels boleh menyebabkan anda mungkin nak datang lagi? 
  • Faktor keselamatan yang dipertingkatkan. Lepas jam 12 tengah malam orang luar tak boleh masuk. CCTV sentiasa terpasang, staf dan pekerja yang ada 24 jam, dengan penggunaan keycard untuk akses ke bilek anda.
Jadi, sekarang berminat nak cuba try test Tune Hotels?
Dulu-dulu Tune Hotels ada perkhidmatan boleh bayar dengan kad debit, tapi sekarang tidak lagi. Cuma boleh pakai kad kredit atau beli terus di kaunter sahaja.

Tapi kini depa dah ada perkhidmatan baru dah. Tempahan bilik Tune Hotels sudah boleh dilakukan dengan menggunakan debit terus dari Maybank2U anda. Macam tak percaya? Percayalah, kata Siti~~

Nak book Tune Hotels sekarang dah boleh pakai Maybank2U~~

Jika anda pernah menempah tiket kapal terbang AirAsia memang anda boleh terbiasa menggunakan debit terus dari Maybank2U untuk menempah bilik Tune Hotels. Cara tempahannya lebih kurang sama aja, yang penting handphone anda masih ada bateri, ada coverage supaya boleh menerima SMS nombor TAC Maybank2U. Tak ada TAC tak dapat menempah~~

Geng-geng Tune Hotels nih lebey kurang macam sama dengan AirAsia. Kalau nak tempah tiket penerbangan dengan harga termurah, beli yang nun jauh ke masa depan. Kalau beli yang sekarang atau yang besok punya atau yang dalam minggu nih atau bulan nih, memang caj dia mahal sangat-sangat. Teknik tu lebih kurang samalah dengan harga bilek Tune Hotels. Jadi, buatlah perancangan awwal~

Kalau nak belajar cara menempah Tune Hotels guna debit terus, anda boleh lawati laman webnya iaitu How to Book with Maybank2U. Kalau nak lompat terus ke pelajaran direct debit, klik nombor 7. Tak payah tengok semua video~    ;-)
*Tempahan Tune Hotels dengan debit terus Maybank2U hanya boleh dilakukan untuk tempahan dua (2) hari sebelum masa check-in.*


m2mdoh: "Mari menyokong kaum Adam dan Hawa untuk mengemas tempat tidur sendiri syantek syantekkk~"
X-D
:.

1 comment:

  1. salam..nak tanya..kalau nak tempah tune hotel gune M2U, mmg kena tempah 2 hari sebelum check in yer?
    misalnyer ,saya nk check in bulan 4, tapi bulan 1 saya nak booking, tak boleh ek??

    ReplyDelete