Tuesday, November 16, 2021

Tarikh gaji penjawat awam Malaysia tahun 2022 yang rasmi dah keluar~~

.: Terkezut aku. Tiba-tiba terdetik nak melawat website ANM, eh, tarikh gajij 2022 dah keluar~~ Yahuuuuu~~ X-D 

Laman untuk senarai Pekeliling untuk sepanjang tahun 2021~

Macam biasa, ni link ke Portal Rasmi Jabatan Akauntan Negara Malaysia (page senarai Surat Pekeliling 2021) = [ https://www.anm.gov.my/pekeliling/surat-pekeliling-akauntan-negara-malaysia ]. 


Bawah ni pula ialah screenshot dari tarikh gaji 2022 Malaysia yang diambil dari pdf Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) Bil. 5 Tahun 2021 - TARIKH DAN PERATURAN PEMBAYARAN EMOLUMEN TAHUN 2022, SPANM Bil. 5/2021. 

Aku dah convert pdf tarikh gaji 2022 Malaysia official ni ke png dah~


Ni dia direct link pautan terus ke pdf gaji 2022 ni = [ https://www.anm.gov.my/images/dokumen/pekeliling/surat-pekeliling-anm/2021/SPANM_BIL_5_TAHUN_2021_Tarikh_dan_Peraturan_Pembayaran_Emolumen_Tahun_2022.pdf ]. 

Kalau dapat buka, dapatlah. Kalau tak dapat buka, sila ke page Senarai Pekeliling ANM yang saya bagi kat atas ni tadi. Scroll bawah sikit, carilah pekeliling nama "emolumen tahun 2022" kat situ. Lepas tu, download kan muaturun kan. 


Seterusnya, aku nak review tarikh jangkaan aku dengan tarikh gaji sebenar 2022. Ada gak nak komen ni. 





GoogleDrive: Scroll ke kanan lagi untuk tengok tahun 2022. Lagi best kalau dibuka fullscreen. 


Review pertama ialah, dari 12 bulan tekaan aku, ada empat bulan je betul. 50% salah, yang lagi dua tu aku blur tarikh mana satu ialah tarikh gaji. Yang okaynya dari dua tarikh tu, salah satunya memang sama dengan tarikh sebenar gaji 2022 lah. Kira dah faham la aku cara nak predict tarikh gaji ni. 

Review kedua, kalau refer SOP cara pilih tarikh gaji = [ https://www.mof.gov.my/pdf/arahan-perbendaharaan/arahan-perbendaharaan.pdf ] (scroll ke pdf ke-60 terus), wording dia macam "tak melarang gaji dibayar pada hari Jumaat". 

Cumanya, dari data yang aku ambik dari pdf tarikh gaji tahun-tahun sebelum ni, tak pernah tarikh gaji kena hari Jumaat. Biasanya memang diawalkan jadik hari Khamis. Data yang google drive aku atas ni pun dari tahun 2015. Memang takdakla tarikh gaji jatuh hari Jumaat. Tak berani pulak nak kata tahun sebelum 2015 takde langsung gaji hari Jumaat, (sebenarnya boleh je cari dalam senarai pekeliling ANM tu tadi, ah malas haku), takut betul-betul ada marlu la pulak. 

Cuma, dalam hati aku kata mungkin pekeliling baharu akan keluar balik. Sebab diorang baru perasan time covid nak meeting -meeting ni biasa kerja sembarang. Tak ter-referkan pekeliling yang diorang sendiri decide untuk semua penjawat awam pakai. Tak patut, sendiri buat undang-undang, sendiri pulak tak pakai? Ni zaman pemerintahan Kerajaan mana ni cakap tak serupa bikin ni??? 

Tapi tarikh gaji 2021 pun, even tak ikut pekeliling takde pulak diorang keluarkan pekeliling baharu. Aku ingat sekali je aku jumpa tarikh gaji ada second edition, ada pembetulan. Entah tahun bila ntah. 

Kenapa daku pelupa ni??? Huhuuuu.... 

Kita tunggu dan lihat je lah........ 


Penerangan kenapa aku menjangkakan tarikh-tarikh gaji tu boleh baca kat post sebelum ni = [ Tarikh Jangkaan Pembayaran Gaji Penjawat Awam bagi Tahun 2022 Malaysia ]. 


Kira okayla permainan prediction ni. (Kataku didalam hati). Nanti nak predict nak jangka bila pulak tarikh gaji 2023 keluar. Kena cari dulu calendar yang tarikh cuti Malaysia dia accurate sikit.... 


m2mdoh: "Aku suka kalau website yang dia conquer search result Google dan bagi info yang betul. Bukannya dia jadi sombong dan ego serta penipu besar - dah bagos rank dalam search result chantek, tapi bila bukak, info dalam kosong. Tarikh gaji yang tahun sebelumnya tu dia letak. Dasar hanjeng. Kaki parking search result. At least sekurang-kurangnya aku buat research, baca membaca. Bukan bagi boddo je sembarangan. Memang mistakela Google Malaysia pun tak reti BM. Kalau dia bijak, robot crawl dia sekali bijak, takdenya search result bagi najes-najes ni nombor satu." 


Susah jugak bitter memanjang... :.