Warning: Kepada semua penjawat awam yang buta huruf: INI BUKAN TARIKH GAJI 2022 MALAYSIA OFFICIAL!!!
Kalau buta lagi tak tahulah aku...
Diharap korang resign awal, tunjuk dengan bos bahawa betapa butahurufnya tak pandai membaca, yakni tidak layak lagi berkhidmat untuk rakyat Malaysia. Pindah negara lain dan berkhidmatla dengan negara mana yang sanggup terima butahurufnya korang.
.: Aku kembali lagi. Mula-mula check dekat [ https://www.anm.gov.my/pekeliling/surat-pekeliling-akauntan-negara-malaysia ], manatau diorang dah keluarkan tarikh gaji 2022, oh belum lagi (setakat aku menulis ni la). Jadi, maksudnya aku sempat lagi nak buat prediction ramalan bila tarikh gaji 2022 keluar.
Macam biasa aku akan spy intip google search result = [ https://www.google.com/search?q=tarikh+gaji+2022 ] dulu, dan walla, ada empat hasil carian dengan title ada bunyi-bunyi tarikh gaji 2022.
Google search result untuk tarikh gaji 2022 aku |
Yang ni la buat aku sedikit hangin. Kau keluar result cantek je dekat Google, tapi bila dibuka website, kau tak contribute apa pun untuk keyword gaji 2022. Aku rasa macam kena tricked, backstabbed ngan bamboozled lepas check result Google ni.
Nah aku campur semua screenshot. Malas aku nak bagi clout dengan diorang.
Boleh buka fullscreen. Tengokla info diorang ni complete ke tidak. |
Imej pertama tu, kan ada link warna purple? Itula link yang aku dah buka dan jadi screenshot untuk imej atas ni.
Tertipu tak?
Disebabkan merasa tertipu ni lah, aku buat tarikh jangkaan gaji aku sendiri. At least aku buat ramalan, berdasarkan pekeliling official Kerajaan Malaysia, bukan suka-suka aku buat ramalan. Aku rasa aku contribute dengan diri aku je la sebab aku nak bandingkan tahap ramalan aku betul ke tidak.
Dan mangkuk-mangkuk hayun penjawat awam yang marahkan aku. Boleh refer post tarikh gaji 2021. Nasibla. Siapa suruh bodonamampos. Buta huruf. Bengong. Peduli hape aku. Macamanala diorang boleh diterima jadi penjawat awam? Sekali lagi rasa tertipu macam masa aku google tarikh gaji tahun dulu-dulu.
Google Drive tu pun aku akan update dengan tarikh official. Yang gambar Micorosoft Word tu untuk thumbnail blog. Tapi sekarang dah banyak gambar, entah mana satu nanti jadi thumbnail.
Mungkin ini juga perangkap ujikaji sosial mana nak cari penjawat awam yang sebenarnya mangkuk hayun? Mungkin.
Tanpa berlengah lagi, inilah Microsoft Word untuk Tarikh ramalan gaji 2022 untuk penjawat awam Malaysia~
Tarikh Jangkaan Pembayaran Gaji Penjawat Awam bagi Tahun 2022 Malaysia. |
Tarikh gaji 2022 Malaysia :
Selasa, 25 Januari 2022,
Khamis, 24 Februari 2022,
Khamis, 24 Mac 2022,
Isnin, 25 April 2022,
Rabu, 25 Mei 2022 @ Khamis, 19 Mei 2022?,
Khamis, 23 Jun 2022,
Isnin, 25 Julai 2022,
Khamis, 25 Ogos 2022,
Khamis, 22 September 2022,
Khamis, 13 Oktober 2022,
Khamis, 24 November 2022,
Khamis, 15 Disember 2022 @ Isnin, 19 Disember 2022?
GoogleDrive: Scroll ke kanan lagi untuk tengok tahun 2022. Lagi best kalau dibuka fullscreen.
Sebelum pelik macamana aku boleh dapat tarikh-tarikh ramalan ni, sila refer mukasurat ke-49 kalau dalam Arahan Perbendaharaan (atau scroll ke mukasurat ke-60 pdf tu) akan jumpa SOP cara pilih tarikh gaji = [ https://www.mof.gov.my/pdf/arahan-perbendaharaan/arahan-perbendaharaan.pdf ]
Tarikh Membayar Gaji
105. (a)
Kecuali sebagaimana dibenarkan oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan atau Pegawai Kewangan Negeri, gaji dan elaun tidak boleh dibayar sebelum 25 hari bulan dalam bulan gaji atau elaun itu kena dibayar. Pencen tidak boleh dibayar lebih awal dari empat (4) hari daripada tarikh pembayaran gaji berkenaan.Apabila perlu, pegawai Perbendaharaan yang bertanggungjawab boleh mengeluarkan cek bagi maksud ini sebelum 25 hari bulan dalam bulan itu, tetapi Jabatan yang menerima cek itu adalah dilarang daripada menukarkan kepada wang tunai atau membayarnya sehingga 25 hari bulan dalam bulan itu. Walau bagaimanapun, jika 25 hari bulan dalam bulan itu jatuh pada hari Jumaat, Sabtu atau Ahad bayaran boleh dibuat oleh Jabatan pada hari kerja akhir sebelum hari Jumaat.
(b)Gaji bulanan bagi pegawai-pegawai awam boleh dibayar terdahulu dalam bulan jatuhnya Hari Raya Puasa, Hari Raya Haji, Tahun Baru Cina, Deepavali, jika hari perayaan itu jatuh selepas 11 hari bulan daripada tarikh pembayaran gaji berkenaan.
Mengikut budi bicara Akauntan Negara bagi pegawai-pegawai yang ditanggung dalam anggaran Persekutuan dan mengikut budi bicara Akauntan Negeri atau Bendahari Negeri bagi pegawai-pegawai yang ditanggung dalam anggaran Negeri, bayaran boleh dilaksanakan tidak lebih daripada tujuh (7) hari sebelum tarikh hari perayaan itu. Bagi pekerja-pekerja yang bergaji hari, gajinya boleh dibayar lebih awal iaitu tidak lebih dari tujuh (7) hari sebelum tarikh hari perayaan yang berkenaan. Bagaimanapun, gajinya boleh dibayar hanya sehingga tarikh pembayaran gaji dilakukan.
Dengan itu, sedikit penerangan mengenai tarikh-tarikh ini :-
Kalau dari perenggan (b), ada empat hari perayaan yang spesifik diberitahu boleh diawalkan gaji. Tapi selama sejarah tarikh gaji Malaysia, kita dah mula consider ambilkira enam jenis hari perayaan. Bagusla tu.
Tarikh pembayaran gaji untuk penjawat awam Persekutuan kadang tak sama dengan penjawat awam Negeri. Jadi tak valid tak sesuai untuk semua penjawat awam tarikh gaji tu.
Kadang kadar bonus pun tak sama... Huhuuuuu.... (T, T )
Breakdown Penjelasan lanjut untuk setiap bulan:
- Januari 2022: Tiada perayaan seperti dalam pekeliling yang boleh diawalkan tarikh gaji,
- Februari 2022: Aku guna ejaan 'baharu' untuk Tahun Baharu Cina. Sebab 'baru' maksudnya lain. Tarikh 24 haribulan sebab 25 hari Jumaat. Hari Jumaat bukan hari gaji. Refer perenggan (a) diatas.
- Mac 2022: Tiada perayaan seperti dalam pekeliling yang boleh diawalkan tarikh gaji, juga guna perenggan (a),
- April 2022: Tiada perayaan seperti dalam pekeliling yang boleh diawalkan taikh gaji,
- Mei 2022: Gaji dibayar awal bila perayaan jatuh selepas 11 haribulan mana-mana bulan. Raya Aidilfitri mungkin jatuh pada 3 haribulan, jadi terlepas dari (b). Aku tiada info Pesta Kaamatan diawalkan gaji ke tidak (macam tidak sebelum ni) jadi kalau ikut gaji jatuh pada (a). Kononla Kerajaan Malaysia baharu ni ikut sop diorang sendiri, maka tarikh gaji Mei jatuh pada 19 haribulan kerana ikut (b).
- Jun 2022: Gaji dibayar awal bila perayaan jatuh selepas 11 haribulan mana-mana bulan, tapi Gawai jatuh 1 Jun, maka ikut (a).
- Julai 2022: Tiada perayaan seperti dalam pekeliling yang boleh diawalkan tarikh gaji,
- Ogos 2022: Tiada perayaan seperti dalam pekeliling yang boleh diawalkan tarikh gaji,
- September 2022: Tiada perayaan seperti dalam pekeliling yang boleh diawalkan tarikh gaji,
- Oktober 2022: Kalau ikut sejarah gaji macam dalam Google Drive aku, ni pertama kali kena Deepavali 24 haribulan. Maka gaji dijangka awal tujuh hari, iaitu jatuh pada 13 haribulan. Deepavali memang dah termaktub dalam (b). Dah official dah rasmi.
- November 2022: Tiada perayaan seperti dalam pekeliling yang boleh diawalkan tarikh gaji,
- Disember 2022: Kalau ikutkan (b), ianya diawalkan tujuh hari bekerja. Jadi aku ramal 15 Disember 2022. Cumanya gaji tahun 2021, Krismas tetap 25 Disember tapi gaji bukan diawalkan tujuh hari. Mungkin, tahun 2022 akan jadi 2021 jadi tarikh gaji Disember jatuh pada Isnin, 19 Disember 2022.
Kadang aku terfikir, 2021 ni tak ikut (a) atau (b) sebab dia consider/kasihan penjawat awam bila tarikh gaji diberi awal mesti tak sampai ke 25 haribulan berikutnya gaji tu. Tu ada tarikh gaji yang tak ikut pekeliling. (Boleh refer ramalan tarikh gaji 2021 aku tu). Kira okaylah sebab memahami rakyat. Dan kira tak okayla penjawat awam kita fail gagal merancang penggunaan kewangan.
Macam aku pun lebih kurang jugak. Sepanjang 2020 dengan 2021 tu ada dua bulan je walau gaji awal aku start guna gaji ikut 25 haribulan. Bulan-bulan lain memang tak sempatlah. Gaji baru keluar dah habis bayar hutang....
Oleh itu, maka tamatlah blog spot aku tentang tarikh ramalan gaji. Of course sudah tentunya aku tidak menipu atau buat page palesu macam google result tadi. Aku buat educated guess ni, bukan bodo kaleng-kaleng macam penjawat awam dalam komen post gaji 2021 aku. Bitter masih lagi terasa. Aduuuuuiiiii...
Terima kasih sebab membaca. Amalkan budaya membaca. Bijakkan diri dengan mengkaji dan tidak terburu-buru menerima maklumat dari internet. Tak tahu boleh tanya pada yang ahlinya, bukan tanya pada facebook atau socmed lepas tu anggap tu betul 100%. Kajila puas-puas baru decide. Diulangi jangan jadi bodonamampus macam pengkomen post tarikh gaji 2021 aku tu.
m2mdoh: "Kadang susah nak kantoikan penjawat awam bodonamampus. Tapi boleh check periksa dari cara dia jawab telefon, jawab pertanyaan, atau komen kat blog aku."
p/s: Aku lupa, tak lama lepas aku post sebelum ni ada website jahannam ambik gambar aku tarikh-tarikh aku lepas tu selamba letak kat website diorang. Dipotongnya nama blog aku, link blog aku. Tak kredit takpe, tapi bila modified sampai nak mengaku tu kerja engkau, memang jahannam la. Aku doakan setiap kali kau dapat traffic/duit ke/advantage ke, aku ditambah-tambah rezeki halal melimpah ruah, kalau sakit jadik sihat, kalau mati, mati beriman dan masuk syurga tanpa hisab. Amin Amin ya rabbal 'alamin.
:.