Sunday, February 6, 2011

Jadual waktu solat negeri Sarawak tahun 2011 bagi zon 8, Kuching

.: Biasanya mamdoh tengok waktu solat dr e-Solat yg mamdoh dah install pada blog, tapi kadang-kadang bila takde internet tak dapat nak tengok. Jadi mamdoh cari pdf jadual waktu solat untuk sepanjang tahun punya.

Mula-mula masa cari jumpa laman web entah apa entah. Jadual nya tak ada, tapi tajuk je yang ada. Ai sehhhh. Wo ai nie sangat nih. Jadi cari lagi. Kalau tadi guna aturan setting Google yang asal, sekarang tuka setting jadi carian teliti advanced search pulak.

Pun tak jumpa.. Laman sesawang lain pulak yang ada.. Hurmmmm.. mesti ada punya, tapi dekat mana nak cari? Dulu pernah jumpa, kenapa sekarang tak dapat jumpa? Keanehans betul.

Buka balik jadual waktu solat tahun 2010 - kita tengok apa properties maklumat dia.

Pdf producer : OpenOffice.. Bukan yang itu. Author : Mufti negeri sarawak.. Oh? Pdf jadual dikeluarkan oleh pejabat mufti yea? Mmmm~~

Mamdoh dah jumpa. Chantekkk~ Sebenarnya ada dua link pautan untuk memuaturun mendownload jadual waktu solat ni, macam mamdoh muaturun yang zon 8 punya, Kuching la.

Link pertama : MyOneStopSarawak.
Hover layangkan mouse arrow pointer ke 'Go' warna hijau 'Information channel' > [Waktu solat] > tunggu sekejap > ketik pada kawasan yang anda mahu.
Kemudian kita akan tiba pada laman web yang menunjukkan semua bulan pada tahun 2011. Ketik pada mana-mana bulan untuk muaturun.

Link kedua : Laman web rasmi Pejabat Mufti negeri Sarawak.
Menu utama > Jadual sembahyang > Jadual sembahyang tahun 2011.
Yang ini best. Jadual solatnya diberi untuk setahun 2011. Dari Januari sampai Disember, hee~   :-)

Walaupun jadual ini berdasarkan ramalan dan kiraan kedudukan bulan, adalah lebih baik jika waku solat kita diperiksa lagi mengikut waktu solat semasa. Dengar dari radio ka, nengok dari televisyen ka, haa~  Solat pada waktunya banyak kebaikan, banyak keuntungan tau~

Jadual Solat 2011 negeri Sarawak bagi zon 8 Kuching.

(Sedikit khidmat masyarakat dari mamdoh)   ;-)


m2mdoh: "Mari menyokong solat ramai-ramai berjemaah tapi tidak terlalu laju atau cepat habis. Bacaan kena ada tajwid ada tartil."
Oh yea~  :-)
:.