Wednesday, May 1, 2024

Bagaimana nak google currency USD kepada MYR Ringgit Malaysia?

Dulu-dulu sebelum google buat kecoh bagi search result yang salah, adakah 1 USD jadi RM 4.70? Entahla, google bagitau ada masalah pertukaran yang dibuat oleh third party mereka menyebabkan kadar pertukaran mata wang Amerika USD ke Ringgit Malaysia MYR jadi terlalu tinggi.

Ini adalah tangkap layar yang hari ni pun kita tak dapat buat carian google berapa currency conversion duit omputeh ke duit ringgit Malaysia kita: 

Sampai sekarang (20240501) google merajuk salah bagi kadar nilai MYR...


Tapi saya sudah menemui cara. Hahahahaha. 

Langkah-langkah nak google duit USD ke duit kita RM/MYR : 

    1. Buka laman web google / ataupun cari kotak search dalam phone anda, 

    2. taipkan berapa nilai USD yang diingin, ditambah dengan to MVR dibelakangnya, 
sebagai contoh, taipkan "10 USD to MVR", (huruf USD MVR tu huruf kecik besar takde masalah)

    3. tekan 'Enter' atau 'Search', 

    4. google akan keluarkan nilai berapa USD tu tadi kepada matawang MVR, iaitu Maldivian Rufiyaa. 

    5. yang bestnya, kalau kita klik drop down menu tu (menu untuk tukar currency lain), 

Cuba search USD to MVR dulu, pastu scroll atas untuk dapatkan MYR

 

    6. matawang kita MYR berada satu step ke atas je dari matawang MVR Maldivian Rufiyaa tu tadi. Jadi senangla nak scroll tak payah jauh sangat cari MYR. 


Jadi, itula cara lainnya nak google pertukaran matawang Amerika USD kepada MYR tapi ada extra step. Nak pakai, pakai, tanak pakai sudah. 


Terima kasih kerana membaca!

No comments:

Post a Comment