Wednesday, May 1, 2024

Bagaimana nak google currency USD kepada MYR Ringgit Malaysia?

Dulu-dulu sebelum google buat kecoh bagi search result yang salah, adakah 1 USD jadi RM 4.70? Entahla, google bagitau ada masalah pertukaran yang dibuat oleh third party mereka menyebabkan kadar pertukaran mata wang Amerika USD ke Ringgit Malaysia MYR jadi terlalu tinggi.

Ini adalah tangkap layar yang hari ni pun kita tak dapat buat carian google berapa currency conversion duit omputeh ke duit ringgit Malaysia kita: 

Sampai sekarang (20240501) google merajuk salah bagi kadar nilai MYR...


Tapi saya sudah menemui cara. Hahahahaha. 

Langkah-langkah nak google duit USD ke duit kita RM/MYR : 

    1. Buka laman web google / ataupun cari kotak search dalam phone anda, 

    2. taipkan berapa nilai USD yang diingin, ditambah dengan to MVR dibelakangnya, 
sebagai contoh, taipkan "10 USD to MVR", (huruf USD MVR tu huruf kecik besar takde masalah)

    3. tekan 'Enter' atau 'Search', 

    4. google akan keluarkan nilai berapa USD tu tadi kepada matawang MVR, iaitu Maldivian Rufiyaa. 

    5. yang bestnya, kalau kita klik drop down menu tu (menu untuk tukar currency lain), 

Cuba search USD to MVR dulu, pastu scroll atas untuk dapatkan MYR

 

    6. matawang kita MYR berada satu step ke atas je dari matawang MVR Maldivian Rufiyaa tu tadi. Jadi senangla nak scroll tak payah jauh sangat cari MYR. 


Jadi, itula cara lainnya nak google pertukaran matawang Amerika USD kepada MYR tapi ada extra step. Nak pakai, pakai, tanak pakai sudah. 


Terima kasih kerana membaca!

Tuesday, November 16, 2021

Tarikh gaji penjawat awam Malaysia tahun 2022 yang rasmi dah keluar~~

.: Terkezut aku. Tiba-tiba terdetik nak melawat website ANM, eh, tarikh gajij 2022 dah keluar~~ Yahuuuuu~~ X-D 

Laman untuk senarai Pekeliling untuk sepanjang tahun 2021~

Macam biasa, ni link ke Portal Rasmi Jabatan Akauntan Negara Malaysia (page senarai Surat Pekeliling 2021) = [ https://www.anm.gov.my/pekeliling/surat-pekeliling-akauntan-negara-malaysia ]. 


Bawah ni pula ialah screenshot dari tarikh gaji 2022 Malaysia yang diambil dari pdf Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) Bil. 5 Tahun 2021 - TARIKH DAN PERATURAN PEMBAYARAN EMOLUMEN TAHUN 2022, SPANM Bil. 5/2021. 

Aku dah convert pdf tarikh gaji 2022 Malaysia official ni ke png dah~


Ni dia direct link pautan terus ke pdf gaji 2022 ni = [ https://www.anm.gov.my/images/dokumen/pekeliling/surat-pekeliling-anm/2021/SPANM_BIL_5_TAHUN_2021_Tarikh_dan_Peraturan_Pembayaran_Emolumen_Tahun_2022.pdf ]. 

Kalau dapat buka, dapatlah. Kalau tak dapat buka, sila ke page Senarai Pekeliling ANM yang saya bagi kat atas ni tadi. Scroll bawah sikit, carilah pekeliling nama "emolumen tahun 2022" kat situ. Lepas tu, download kan muaturun kan. 


Seterusnya, aku nak review tarikh jangkaan aku dengan tarikh gaji sebenar 2022. Ada gak nak komen ni. 





GoogleDrive: Scroll ke kanan lagi untuk tengok tahun 2022. Lagi best kalau dibuka fullscreen. 


Review pertama ialah, dari 12 bulan tekaan aku, ada empat bulan je betul. 50% salah, yang lagi dua tu aku blur tarikh mana satu ialah tarikh gaji. Yang okaynya dari dua tarikh tu, salah satunya memang sama dengan tarikh sebenar gaji 2022 lah. Kira dah faham la aku cara nak predict tarikh gaji ni. 

Review kedua, kalau refer SOP cara pilih tarikh gaji = [ https://www.mof.gov.my/pdf/arahan-perbendaharaan/arahan-perbendaharaan.pdf ] (scroll ke pdf ke-60 terus), wording dia macam "tak melarang gaji dibayar pada hari Jumaat". 

Cumanya, dari data yang aku ambik dari pdf tarikh gaji tahun-tahun sebelum ni, tak pernah tarikh gaji kena hari Jumaat. Biasanya memang diawalkan jadik hari Khamis. Data yang google drive aku atas ni pun dari tahun 2015. Memang takdakla tarikh gaji jatuh hari Jumaat. Tak berani pulak nak kata tahun sebelum 2015 takde langsung gaji hari Jumaat, (sebenarnya boleh je cari dalam senarai pekeliling ANM tu tadi, ah malas haku), takut betul-betul ada marlu la pulak. 

Cuma, dalam hati aku kata mungkin pekeliling baharu akan keluar balik. Sebab diorang baru perasan time covid nak meeting -meeting ni biasa kerja sembarang. Tak ter-referkan pekeliling yang diorang sendiri decide untuk semua penjawat awam pakai. Tak patut, sendiri buat undang-undang, sendiri pulak tak pakai? Ni zaman pemerintahan Kerajaan mana ni cakap tak serupa bikin ni??? 

Tapi tarikh gaji 2021 pun, even tak ikut pekeliling takde pulak diorang keluarkan pekeliling baharu. Aku ingat sekali je aku jumpa tarikh gaji ada second edition, ada pembetulan. Entah tahun bila ntah. 

Kenapa daku pelupa ni??? Huhuuuu.... 

Kita tunggu dan lihat je lah........ 


Penerangan kenapa aku menjangkakan tarikh-tarikh gaji tu boleh baca kat post sebelum ni = [ Tarikh Jangkaan Pembayaran Gaji Penjawat Awam bagi Tahun 2022 Malaysia ]. 


Kira okayla permainan prediction ni. (Kataku didalam hati). Nanti nak predict nak jangka bila pulak tarikh gaji 2023 keluar. Kena cari dulu calendar yang tarikh cuti Malaysia dia accurate sikit.... 


m2mdoh: "Aku suka kalau website yang dia conquer search result Google dan bagi info yang betul. Bukannya dia jadi sombong dan ego serta penipu besar - dah bagos rank dalam search result chantek, tapi bila bukak, info dalam kosong. Tarikh gaji yang tahun sebelumnya tu dia letak. Dasar hanjeng. Kaki parking search result. At least sekurang-kurangnya aku buat research, baca membaca. Bukan bagi boddo je sembarangan. Memang mistakela Google Malaysia pun tak reti BM. Kalau dia bijak, robot crawl dia sekali bijak, takdenya search result bagi najes-najes ni nombor satu." 


Susah jugak bitter memanjang... :.

Thursday, September 16, 2021

Tarikh Jangkaan Pembayaran Gaji Penjawat Awam bagi Tahun 2022 Malaysia

Warning: Kepada semua penjawat awam yang buta huruf: INI BUKAN TARIKH GAJI 2022 MALAYSIA OFFICIAL!!! 

Kalau buta lagi tak tahulah aku... 

Diharap korang resign awal, tunjuk dengan bos bahawa betapa butahurufnya tak pandai membaca, yakni tidak layak lagi berkhidmat untuk rakyat Malaysia. Pindah negara lain dan berkhidmatla dengan negara mana yang sanggup terima butahurufnya korang.

.: Aku kembali lagi. Mula-mula check dekat [ https://www.anm.gov.my/pekeliling/surat-pekeliling-akauntan-negara-malaysia ], manatau diorang dah keluarkan tarikh gaji 2022, oh belum lagi (setakat aku menulis ni la). Jadi, maksudnya aku sempat lagi nak buat prediction ramalan bila tarikh gaji 2022 keluar. 

Macam biasa aku akan spy intip google search result = [ https://www.google.com/search?q=tarikh+gaji+2022 ] dulu, dan walla, ada empat hasil carian dengan title ada bunyi-bunyi tarikh gaji 2022. 

 

Google search result untuk tarikh gaji 2022 aku
Google search result untuk tarikh gaji 2022 aku

Yang ni la buat aku sedikit hangin. Kau keluar result cantek je dekat Google, tapi bila dibuka website, kau tak contribute apa pun untuk keyword gaji 2022. Aku rasa macam kena tricked, backstabbed ngan bamboozled lepas check result Google ni. 

Nah aku campur semua screenshot. Malas aku nak bagi clout dengan diorang. 

 

 Boleh buka fullscreen. Tengokla info diorang ni complete ke tidak.

 

Imej pertama tu, kan ada link warna purple? Itula link yang aku dah buka dan jadi screenshot untuk imej atas ni. 

Tertipu tak?

Disebabkan merasa tertipu ni lah, aku buat tarikh jangkaan gaji aku sendiri. At least aku buat ramalan, berdasarkan pekeliling official Kerajaan Malaysia, bukan suka-suka aku buat ramalan. Aku rasa aku contribute dengan diri aku je la sebab aku nak bandingkan tahap ramalan aku betul ke tidak. 

Dan mangkuk-mangkuk hayun penjawat awam yang marahkan aku. Boleh refer post tarikh gaji 2021. Nasibla. Siapa suruh bodonamampos. Buta huruf. Bengong. Peduli hape aku. Macamanala diorang boleh diterima jadi penjawat awam? Sekali lagi rasa tertipu macam masa aku google tarikh gaji tahun dulu-dulu.

Google Drive tu pun aku akan update dengan tarikh official. Yang gambar Micorosoft Word tu untuk thumbnail blog. Tapi sekarang dah banyak gambar, entah mana satu nanti jadi thumbnail. 

Mungkin ini juga perangkap ujikaji sosial mana nak cari penjawat awam yang sebenarnya mangkuk hayun? Mungkin.

Tanpa berlengah lagi, inilah Microsoft Word untuk Tarikh ramalan gaji 2022 untuk penjawat awam Malaysia~ 


Tarikh Jangkaan Pembayaran Gaji Penjawat Awam bagi Tahun 2022 Malaysia.

Tarikh gaji 2022 Malaysia

Selasa, 25 Januari 2022,
Khamis, 24 Februari 2022,
Khamis, 24 Mac 2022,
Isnin, 25 April 2022,
Rabu, 25 Mei 2022 @ Khamis, 19 Mei 2022?,
Khamis, 23 Jun 2022,
Isnin, 25 Julai 2022,
Khamis, 25 Ogos 2022,
Khamis, 22 September 2022,
Khamis, 13 Oktober 2022,
Khamis, 24 November 2022,
Khamis, 15 Disember 2022 @ Isnin, 19 Disember 2022? 






GoogleDrive: Scroll ke kanan lagi untuk tengok tahun 2022. Lagi best kalau dibuka fullscreen.

 

Sebelum pelik macamana aku boleh dapat tarikh-tarikh ramalan ni, sila refer mukasurat ke-49 kalau dalam Arahan Perbendaharaan (atau scroll ke mukasurat ke-60 pdf tu) akan jumpa SOP cara pilih tarikh gaji = [ https://www.mof.gov.my/pdf/arahan-perbendaharaan/arahan-perbendaharaan.pdf ]

Tarikh Membayar Gaji


105. (a)

Kecuali sebagaimana dibenarkan oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan atau Pegawai Kewangan Negeri, gaji dan elaun tidak boleh dibayar sebelum 25 hari bulan dalam bulan gaji atau elaun itu kena dibayar. Pencen tidak boleh dibayar lebih awal dari empat (4) hari daripada tarikh pembayaran gaji berkenaan.

Apabila perlu, pegawai Perbendaharaan yang bertanggungjawab boleh mengeluarkan cek bagi maksud ini sebelum 25 hari bulan dalam bulan itu, tetapi Jabatan yang menerima cek itu adalah dilarang daripada menukarkan kepada wang tunai atau membayarnya sehingga 25 hari bulan dalam bulan itu. Walau bagaimanapun, jika 25 hari bulan dalam bulan itu jatuh pada hari Jumaat, Sabtu atau Ahad bayaran boleh dibuat oleh Jabatan pada hari kerja akhir sebelum hari Jumaat.


(b)

Gaji bulanan bagi pegawai-pegawai awam boleh dibayar terdahulu dalam bulan jatuhnya Hari Raya Puasa, Hari Raya Haji, Tahun Baru Cina, Deepavali, jika hari perayaan itu jatuh selepas 11 hari bulan daripada tarikh pembayaran gaji berkenaan.

Mengikut budi bicara Akauntan Negara bagi pegawai-pegawai yang ditanggung dalam anggaran Persekutuan dan mengikut budi bicara Akauntan Negeri atau Bendahari Negeri bagi pegawai-pegawai yang ditanggung dalam anggaran Negeri, bayaran boleh dilaksanakan tidak lebih daripada tujuh (7) hari sebelum tarikh hari perayaan itu. Bagi pekerja-pekerja yang bergaji hari, gajinya boleh dibayar lebih awal iaitu tidak lebih dari tujuh (7) hari sebelum tarikh hari perayaan yang berkenaan. Bagaimanapun, gajinya boleh dibayar hanya sehingga tarikh pembayaran gaji dilakukan.

 

Dengan itu, sedikit penerangan mengenai tarikh-tarikh ini :- 

Kalau dari perenggan (b), ada empat hari perayaan yang spesifik diberitahu boleh diawalkan gaji. Tapi selama sejarah tarikh gaji Malaysia, kita dah mula consider ambilkira enam jenis hari perayaan. Bagusla tu. 

Tarikh pembayaran gaji untuk penjawat awam Persekutuan kadang tak sama dengan penjawat awam Negeri. Jadi tak valid tak sesuai untuk semua penjawat awam tarikh gaji tu. 

Kadang kadar bonus pun tak sama... Huhuuuuu.... (T, T ) 

Breakdown Penjelasan lanjut untuk setiap bulan: 

  • Januari 2022: Tiada perayaan seperti dalam pekeliling yang boleh diawalkan tarikh gaji, 
  • Februari 2022: Aku guna ejaan 'baharu' untuk Tahun Baharu Cina. Sebab 'baru' maksudnya lain. Tarikh 24 haribulan sebab 25 hari Jumaat. Hari Jumaat bukan hari gaji. Refer perenggan (a) diatas. 
  • Mac 2022: Tiada perayaan seperti dalam pekeliling yang boleh diawalkan tarikh gaji, juga guna perenggan (a), 
  • April 2022: Tiada perayaan seperti dalam pekeliling yang boleh diawalkan taikh gaji, 
  • Mei 2022: Gaji dibayar awal bila perayaan jatuh selepas 11 haribulan mana-mana bulan. Raya Aidilfitri mungkin jatuh pada 3 haribulan, jadi terlepas dari (b). Aku tiada info Pesta Kaamatan diawalkan gaji ke tidak (macam tidak sebelum ni) jadi kalau ikut gaji jatuh pada (a). Kononla Kerajaan Malaysia baharu ni ikut sop diorang sendiri, maka tarikh gaji Mei jatuh pada 19 haribulan kerana ikut (b). 
  • Jun 2022: Gaji dibayar awal bila perayaan jatuh selepas 11 haribulan mana-mana bulan, tapi Gawai jatuh 1 Jun, maka ikut (a). 
  • Julai 2022: Tiada perayaan seperti dalam pekeliling yang boleh diawalkan tarikh gaji, 
  • Ogos 2022: Tiada perayaan seperti dalam pekeliling yang boleh diawalkan tarikh gaji, 
  • September 2022: Tiada perayaan seperti dalam pekeliling yang boleh diawalkan tarikh gaji, 
  • Oktober 2022: Kalau ikut sejarah gaji macam dalam Google Drive aku, ni pertama kali kena Deepavali 24 haribulan. Maka gaji dijangka awal tujuh hari, iaitu jatuh pada 13 haribulan. Deepavali memang dah termaktub dalam (b). Dah official dah rasmi. 
  • November 2022: Tiada perayaan seperti dalam pekeliling yang boleh diawalkan tarikh gaji, 
  • Disember 2022: Kalau ikutkan (b), ianya diawalkan tujuh hari bekerja. Jadi aku ramal 15 Disember 2022. Cumanya gaji tahun 2021, Krismas tetap 25 Disember tapi gaji bukan diawalkan tujuh hari. Mungkin, tahun 2022 akan jadi 2021 jadi tarikh gaji Disember jatuh pada Isnin, 19 Disember 2022. 

 

Kadang aku terfikir, 2021 ni tak ikut (a) atau (b) sebab dia consider/kasihan penjawat awam bila tarikh gaji diberi awal mesti tak sampai ke 25 haribulan berikutnya gaji tu. Tu ada tarikh gaji yang tak ikut pekeliling. (Boleh refer ramalan tarikh gaji 2021 aku tu). Kira okaylah sebab memahami rakyat. Dan kira tak okayla penjawat awam kita fail gagal merancang penggunaan kewangan. 

Macam aku pun lebih kurang jugak. Sepanjang 2020 dengan 2021 tu ada dua bulan je walau gaji awal aku start guna gaji ikut 25 haribulan. Bulan-bulan lain memang tak sempatlah. Gaji baru keluar dah habis bayar hutang.... 

Oleh itu, maka tamatlah blog spot aku tentang tarikh ramalan gaji. Of course sudah tentunya aku tidak menipu atau buat page palesu macam google result tadi. Aku buat educated guess ni, bukan bodo kaleng-kaleng macam penjawat awam dalam komen post gaji 2021 aku. Bitter masih lagi terasa. Aduuuuuiiiii... 


Terima kasih sebab membaca. Amalkan budaya membaca. Bijakkan diri dengan mengkaji dan tidak terburu-buru menerima maklumat dari internet. Tak tahu boleh tanya pada yang ahlinya, bukan tanya pada facebook atau socmed lepas tu anggap tu betul 100%. Kajila puas-puas baru decide. Diulangi jangan jadi bodonamampus macam pengkomen post tarikh gaji 2021 aku tu. 


m2mdoh: "Kadang susah nak kantoikan penjawat awam bodonamampus. Tapi boleh check periksa dari cara dia jawab telefon, jawab pertanyaan, atau komen kat blog aku." 

 

p/s: Aku lupa, tak lama lepas aku post sebelum ni ada website jahannam ambik gambar aku tarikh-tarikh aku lepas tu selamba letak kat website diorang. Dipotongnya nama blog aku, link blog aku. Tak kredit takpe, tapi bila modified sampai nak mengaku tu kerja engkau, memang jahannam la. Aku doakan setiap kali kau dapat traffic/duit ke/advantage ke, aku ditambah-tambah rezeki halal melimpah ruah, kalau sakit jadik sihat, kalau mati, mati beriman dan masuk syurga tanpa hisab. Amin Amin ya rabbal 'alamin.

:.