Saturday, May 12, 2018

Apa beza Outstanding Balance dgn Statement Balance kad kredit?

.: Update 20220116: Aku ada buat versi kedua = [ https://maksyeh.blogspot.com/2022/01/mana-nak-bayar-dulu-statement-balance.html ], kalau versi bawah ni lain maciam, boleh cuba baca versi kedua tu tadi. Terima kasih~ :.

 

.: YA saya pun ada dilemma yang sama, ada persoalan yang sebijik. Jadi setelah membuat beberapa kajian google, berikut ialah cerita mengenai Outstanding Balance dan Statement Balance. Juga penerangan mengenai kad kredit yang saya temui. Dah alang-alang jumpa, tulis sajaaaa~~

Mohon maaf la kalau salah pemahaman. Tolong jelaskan tolong bantu saya dengan menjawab di ruangan  komen secara membina dan positiviti yes yes.

Statement = Penyata, Balance = baki.
Outstanding = Tertunggak/Belum dijelaskan, Balance = baki.

Kedua-dua perkara ini hanya wujud setelah anda mempunyai kad kredit dan juga menggunakan perkhidmatan kad tersebut. Apabila telah ada suatu jumlah, maka cara untuk bank memberitahu tahap penggunaan anda antaranya dengan menunjukkan 'Statement Balance' dan 'Outstanding Balance' ini.

Statement Balance bererti jumlah hutang yang dicatatkan pada masa dan tarikh tertentu untuk dikeluarkan dalam penyata bulanan kad kredit anda.

Outstanding balance pula membawa maksud anda masih juga belum bayar hutang dengan bank, tapi jumlah hutang anda itu adalah jumlah terkini, merangkumi selepas ditolak apa-apa bayaran kepada bank dicampur apa yang anda hutang di kedai hingga ke hari ini, hingga ke saat anda memeriksa balance itu tadi secara online ataupun di dalam app bank tersebut.

Pendeknya, Outstanding balance ialah baki terkini berapa jumlah hutang anda dengan bank. Dah ditolak berapa yang anda bayar balik bank (kalau ada).



Saya bagi contoh cerita untuk anda merasa relatable :

Kejadian 1) En Khairil menggunakan kad kredit Maybank nya dan membeli barangan di Mydin secara hutang iaitu sebanyak RM 250.00. Ini pula pertama kali En Khairil cuba menggunakan kad kredit.

Jadi, jika En Khairil semak status kad kredit nya dalam Maybank2U, Outstanding Balance beliau telah pun ada jumlah, iaitu sebanyak RM 250.00.

Bank akan sangat sensitif lagi proaktif merakam jumlah hutang terkini ini, aka Outstanding Balance ini.

Tapi, untuk Statement Balance beliau masih lagi RM 00.00 kerana beliau baru je guna kad kredit. Statement Balance aka Baki untuk penyata bulan lepas beliau masih belum ada lagi, sebab itu jumlahnya RM 00.00.

Jika En Khairil tidak berhutang lagi, dan hutang tersebut kekal RM 250.00 hingga ke tarikh penyata kad kredit beliau yang pertama, contohnya pada 25 haribulan April, maka hutang yang perlu dibayar ialah sebanyak RM 250.00 sahaja.

Kejadian 2) Tiba 25 April : Kad kredit En Khairil mempunyai syarat bayaran baliknya iaitu : 5% daripada baki penyata atau RM 25.00, yang mana lebih tinggi.

Buat masa ini, Outstanding Balance masih lagi RM 250.00 (sebab tak tambah hutang), dan Statement Balance baru nak ada amount baru nak ada jumlah iaitu RM 250.00 sebab dah cukup tarikh penyata.

Di sini bank ada offer cara untuk bayar kad kredit :  Satu cara ialah bayarlah habis RM 250.00. Semua orang senang hati dan kerja sekali jalan. Dan satu cara lagi ialah kalau rasa tak dapat langsaikan hutang secara penuh full, jadi bayar lah antara Rm 25.00 atau 5% dari jumlah hutang yang ada sekarang ini.

5% lebih kurang 0.05 la~ 

Bank akan keluarkan satu jumlah bayaran bernama 'Minimum Payment Amount'. Ini akan mengikut syarat yang tadi, iaitu 0.05 x RM 250.00 atau sebanyak RM 25.00 yang mana lebih tinggi. Of course sememangnyalah bank akan caj Minimum Payment Amount sebanyak RM 25.00 sebab 0.05 x RM 250.00 = RM 12.50.

Yang lebih tinggi ialah RM 25.00, bukannya RM 12.50.

Kalau En Khairil rasa nak bayar Minimum Payment Amount saja, beliau bayarla RM 25.00. Tak boleh bayar lagi kurang dari ini, kalau bayar kurang bank akan bagi tindakan tatatertib kepada kad kredit anda, atau kepada anda terus.

Jadi, Outstanding Balance beliau tinggal RM 250.00 - RM 25.00 = RM 225.00. Statement Balance beliau (ini saya kurang pasti, tapi kita assume kita anggap jela untuk for the sake of argument) bank tak update sebab ia hanyalah penyata, tak perlu sentiasa update 24/7.

Jumlah Statement Balance masih lagi RM 250.00.

Kejadian 3) Hari ini dah 3 haribulan Mei yang berikutnya. En Khairil beli minyak Ron 97 sebanyak RM 50.00 nak isi penuh tangki dengan menggunakan kad kredit.

Beliau pun periksalah keadaan kad kreditnya di dalam app.

Outstanding Balance = RM 275.00, (RM 225.00 + RM 50.00),
Statement Balance = RM 250.00.

Outstanding Balance kan laju update, sebab bank nak bagitau sekarang hutang anda terkini adalah sekian jumlah. Statement Balance pula cerita lama, sebab jumlah pada Statement balance ialah pada 25 haribulan April yang lepas.

Walaupun belum sampai tarikh penyata 25 haribulan, sekarang beliau ada pilihan - nak bayar penuh RM 275.00 sekaligus atau bayar Minimum Payment Amount.

Tindakan bijak beliau sepatutnya langsaikan habis RM 275.00. Kalau dah bayar habis, jadi

Outstanding Balance = RM 0.00,
Statement Balance =  RM 250.00.

Tapi beliau lengahkan dan sekarang dah tiba 25 haribulan Mei. Dah sampai masa. Bila diperiksa :

Outstanding Balance = RM 275.00,
Statement Balance = RM 275.00. <---

Sekarang bank dah update kemaskini, baki hutang anda yang bank rekod sehingga ke tarikh 25 Mei ini telah berjumlah RM 275.00. Sebab itulah jumlah Statement Balance berubah. Tidak lagi RM 250.00.

* Sepatutnya akan ada interest dikenakan kepada RM 275.00 tu. Kiranya 1.25% interest darab RM 275.00 = RM 3.4375 = RM 3.44 ditambah lagi dengan RM 275.00 maka Statement Balance patutnya jadi RM 278.44.

Jadi Outstanding Balance = RM 278.44,
Statement Balance = RM 278.44.

Memandangkan part interest ni saya kurang faham juga, maka saya abaikan sebab nak explain nak jelaskan cerita Statement Balance aja. Mohon pencerahan dari bank kad kredit anda untuk info yang lebih jelas. *

Kita guna value yang takde interest jelah aa?

Ulang tayang : Jadi pada 25 Mei, kad kredit beliau ialah sebanyak:

Outstanding Balance = RM 275.00,
Statement Balance =  RM 275.00.

26 Mei : Oleh kerana malas nak ada cerita lain dan rasanya bulan Jun nanti nak beli minyak Ron 97 lagi, jadi En Khairil bayar lebih la pulak. Dia bayar RM 275.00 + RM 50.00 = RM 325.00 kepada bank kad kreditnya. Jadi, bila diperiksa :

Outstanding Balance = RM -50.00,
Statement Balance =  RM 275.00.

Oleh kerana dia terlebih bayar RM 50.00, maka bank rekodkan lebihan tersebut pada baki terkini hutang beliau pada Outstanding Balance. Statement Balance masih kekal RM 275.00 sebab itu cerita lama, itu rekod hutang pada 25 Mei lepas.

Kejadian 04) En Khairil tak jadi beli minyak Ron 97 pada bulan Jun ini. Apabila tarikh 25 Jun tiba, maka :

Outstanding Balance = RM -50.00,
Statement Balance =  RM -50.00.

Ya, dalam Statement akan tulis jumlah negatif juga. Sebab penyata kad kredit saya yang satu tu jadi macam ni. AMEX susah nak pakaila, saya pakai jenama X lagi selalu dari AMEX. Dan baki AMEX saya RM -2.00. Hahahahaha. Saja nak cuba negatif.



* Sekali lagi diingatkan, saya fail bab interest kad kredit ni, jadi value jumlah pada Outstanding dengan Statement Balance tadi saya tak sentuh interest la. Sila rujuk bank kad kredit anda okay? *

Dengan itu tamatlah sedikit sebanyak cerita mengenai hutang piutang kad kredit. Saya sertakan beberapa link pautan yang saya rasa kalau dibaca akan jelas kot mengenai Outstanding dan Statement Balance ni.

Semoga dapat membantu menjelaskan yang persoalan pertanyaan dilemma yang melanda di minda. Ingat! Bayarlah Outstanding Balance secara penuh supaya cerah masa depan kita. Abaikan binatang lain, bila pandai berhutang jadi kenalah pandai bayar secara penuh. Okay?

Juga sila beringat : Layarilah official link ke website bank anda. Jangan sembarang klik dari emel atau app atau apa. Biarlah tulis direct apa link dia. Lepas tu bookmark official website pada browser pelayar internet anda untuk kesenangan masa hadapan.

Sekian dan Terima kasih. 

m2mdoh: "Ke arah hutang bila perlu dan hutang dibayar balik habis takut tak sempat sebab mati boleh jadi bila-bila."
 
:.

34 comments:

  1. terbaik tip top penerangan tuan. terima kasih!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Saya masih fikir macamana nak memudahkan penerangan X-D

      Delete
  2. 5 star la bos, mcm izhar hakiki.. terang jelas n nyata :)

    ReplyDelete
  3. Ich bin auf diese Darlehensfirma auf Facebook gestoßen und habe die E-Mail kontaktiert, die ich plötzlich sah, als mir ein Darlehen von 60.000 USD genehmigt wurde. Ich habe nie gedacht, dass all dies funktionieren kann, bis mir ein Betrag von 60.000 USD zugeschrieben wird Darlehen, um mit diesem Darlehensunternehmen Kontakt aufzunehmen, um Hilfe zu erhalten. Dies ist die E-Mail-Adresse {loanforallservice @ gmail.com} oder Whatsapp unter + 1 443 281 3404

    ReplyDelete
  4. Haha, terbaik penerangan. Sekali search nak jg tau beza 2 benda ni dpt terus penerangan panjang ye. X mampu nk baca hbs. Cukup sekadar fahami definisi " statement balance" & "outstanding balance" tu je. Good explanation. 😄👏🏻Tq atas info n usaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama kembali. Itula, saya masih berfikir macamana nak memudahkan penerangan X-D

      Delete
  5. so kene bayar tak statment balance?
    outstanding balance sy dah bayar habis tp statment balance masih lagi ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang dibayar hanyalah outstanding balance. Statement balance hanyalah "rekod" je, atau "history" la dipendekkan cerita.

      Statement balance biasanya bank lambat update. Sepatutnya apabila dah cecah the next billing cycle, dan outstanding balance dah bayar habis sebelum ni, jadi statement balance akan jadi kosong. Haaa... macam tu lah dia~~

      Delete
    2. T.KASIH TUAN.. SANGAT2 MEMBANTU..

      Delete
    3. nasib baik terbaca ni. terima kasih tuan sebab bagi info yg sangat berguna. kalau x, mesti saya gabra dan byr jugak statement balance

      Delete
  6. Kalau outstanding principal apa maksud nya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf, yang ni saya tak tahu...... Minta maaf sangat-sangat....

      Delete
  7. Thanx..sgt membantu..dlm zaman covid ni..mmg settle dlu outstanding bal. Statement tu nnt smpai masa jd 0..bahaya..utang lain bole waived/tangguh..kredit kad jahat woo..pkai bile perlu and cepat byr semula. Sbb beberapa kali byr min.je..now kene hadap smua..alhmdulillah..cukup dah. Lps ni guna utk minyak je. Ada rebate. Siap dpt rm15 rebate..sapa nk kasi..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah. Sekarang lepas kena kejahatan kad ni (salah sendiri juga xbayar habis), baru serik. Target untuk beli minyak sahaja X-D

      Delete
  8. So kalo langsai outstanding balance, kire dh xde hutang la ye? Xperlu byr apa2 dh la lpas tu ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Setel semua outstanding, insya Allah hidup bahagia. Cuma perlu bayar balik kalau ada tambah hutang baru la. Hehehehe

      Delete
    2. maknanya klu bayar ahabis outanding balace hutang 0 ke

      Delete
  9. tapi sebab apa bila >pay card dy kluar jumlah statement balance skali??...utk ap dorg sruh bayar statement balance tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau saya tak silapla kan, statement balance tu sejarah je. Ala-ala macam resit bila kita lepas beli barang. Sejarah transaksi kad kredit kita yang sebelum ni je. Cumanya statement balance lambat update. Outstanding balance je yang amount paling terkini hutang kad kredit kita tu.

      Delete
    2. Lepas baca balik, macam tak menjawab soalan je saya...

      Mungkin website tu/bank tu tak update interface dia kut? Bank pun blur mana satu nak letak? X-D

      Maaf gurau, gurau. Saya tak tahu macamana nak jawab soalan tuan. Saya baru perasan oh, statement tu ada keluar jugak. Tapi saya abaikan. Sebab memang yang dibayar saya hanyalah Outstanding je.

      Delete
  10. salam, nak tanya sikit. katakan ada kad kredit tapi tak pernah guna, no pin pun masih belum buat walaupun kad tu ada dekat tangan. tapi bank ada hantar outstanding balance. dan dalam masa yang sama diorang ada tolak sejumlah amaun dalam akaun untuk bayaran kad kredit tu. maksudnya masih perlu bayar outstanding balance tu ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni lagi bagus kalau tanya/telefon terus pihak bank untuk kad kita tu.

      Takut ada "penjahat" dah guna kad kita awal-awal, ngeri jugak bila imagine. Hacker ke... (teringat cerita org kerja bank tu sendiri sebenarnya kaki songlap duit orang sebab dapat akses nama penuh, ic, etc...)

      Cuma saya terimagine kad kredit tu, bila kita dah setuju dengan pihak bank nak guna servis kad tu, biasa bayaran awal-awal ni kalau dah cukup tempoh dia ialah bayaran "caj perkhidmatan kad" kalau tak silap.

      Ada certain kad kredit dia tak payah bayar tahunan, dia free for life. Ada kad kredit kena bayar. Tapi biasa bayaran tu sekali je dalam setahun. Itu la, kena refer balik terms and condition kad tu tadi.

      Kalau tak pakai langsung, bagus terminate. Takla bayar bank free je setiap hujung tahun X-D

      Delete
  11. Alhamdulillah,faham dah. Maknanya bayar Outstanding je yang penting, selain tu kita abaikan lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa... betul la tu. Cuma kesian kat diri sendiri, time sengkek option dipilih ialah "pay minimum amount", sedangkan amalan paling bagus ialah setelkan semua sekaligus.....

      ( T,T)

      Delete
  12. macam kes saya ni,saya tak ada apa² kontrak dengan Ambank,just saving saya simpan setiap bulan,tapi makin lama makin tambah saya punya total amount dan total available,perbezaan tu hampir Rm300,saya call bank tapi tak berjawab,nak pergi bank beratur panjang dengan keadaan pademik sekarang ni,mohon pencerahan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak berani pula komen part ni, sebab saya bukan wakil bank...

      Bila baca macam hairan pulak, tuan ni ambik kad kredit ke ambik saving aacount?

      Ke ambik saving akaun, tapi ada ambik sekali kad kredit?

      Macam reply saya untuk komen yang sebelum ni, saya rasa amount kad tuan bertambah sebab yang bayar tahunan untuk setuju-guna-kad-kredit tu. Biasa kad atm biasa tak de tolak atau minta kita bayar bila hujung tahun, tapi kalau kad kredit ada. Dan ada kad kredit yang memang free, tak payah bayar hujung tahun.

      Mungkin amount tu terkumpul, tak pernah dibayar sebelum ni, tu jadi beranak sampai 300 tu. Mungkinla, saya pun tak tau keadaan sebenar.

      Tuan kena usahakan jugak call sampai dapat, (memang sabar la dipassing passing orang ke sana ke sini sambil dengar audio lagu macam dalam kapal terbang), tak pun paling padu tuan terus gi kaunter Ambank tu tadi.

      Bawak bertenang, suara buat garau sikit, tekan sikit, tanya dengan orang kerja kaunter tu ni "kenapa kad saya ni kenapa?" Kalau deal dengan amarah, nanti orang kerja tu dia tak ikhlas. Sebab dia rasa dia xpatut dimarah kalau bank yang salah. So, kita chill, kita tenang.

      Ah, satu lagi. Cuba download statement dia. Cer tengok apa transaction yang dah berjalan yang sebelum-sebelum ni? Ada digunakan untuk bayar apa-apa ke? Atau dia cakap caj tahunan kad kredit? Lepas tu caj tu beranak pinak?

      Cer tengok cer tengok. Jangan lupa singgah bank. Mesti singgah, takut dia counter kita sengaja biar lepas tu dia nak caj nak tambah mahal lagi hutang kita. Mintak jauhhhhhhh

      Delete
  13. Kalau beli guna kad kredit secara instalment contoh 12 bulan saya rasa jumlah hutang penuh masuk outstanding balance dan bayaran bulanan masuk statement balance.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh, yang ni tak pernah la buat. Cuma pernah tengok kedai yang installment 12/24 bulan suka offer zero interest. Maksudnya kita bayar apa kita hutang installment. Takde caj tambahan.

      Tunggu saya setel semua hutang dulu, baru cuba yang tuan cakap ni. Sebab memang takde experience hutang 12 bulan tu X-D

      Delete
  14. Tq...minggu ni saya kembali konpius dengan statement balance n outstanding balance😁..nak tanya kawan, segan.. so google je la..naseb baik ada penerangan ni👍👍👍

    ReplyDelete
  15. Alhamdulillah sangat jelas penerangan.
    Penggunaan kad kredit saya ini sebenarnya nak bina track record yang elok andai kata ada keperluan buat pinjaman dengan bank kemudian hari. Biasanya ada masalah tak kalau pernah ada amaun pada Statement Cycle ?

    ReplyDelete
  16. Saya nak tanya. Saya baru menggunakan kad kredit maybank. Saya mula gunakan pada tarikh 21 feb. keluar dalam amount rm 237.52. sampai tarikh 24 feb bank keluar statement (statement balance : 237.52) jadi saya decide untuk bayar terus statement balance tu rm 237.52 walaupun saya ada tempoh 20 hari lagi untuk langsaikan iaitu due date payment 16 mac 2022. Persoalannya sekarang selepas saya selesaikan amount statement date tadi pada 24 feb, jika esok lusa tu saya keluar duit lagi adakah bil tersebut masuk dalam payment bulan ni juga iaitu saya perlu melangsaikan penggunaan baru sebelum 16 mac. Atau penggunaan baru itu masuk ke statement date bulan seterusnya?

    ReplyDelete
  17. Terbaekk la bro..siap ada kata² nasihat dan peringatan penting dkt punutup tu .syabas..moga Allah mudahkan urusan bro

    ReplyDelete