Wednesday, February 8, 2012

Hiatus lamma betulla, aiyarkkkk~~

.: X-O

Assalamu'alaikum warahmatullah ya Habibi ya Maulanaaa~~
:-)

Dah hampir-hampir terlupa nak kemaskini blog. Kebelakangan ini sedikit pening kepala memikirkan cara na tambah pendapatan. Pendapatan selain dari makan gaji. Tapi taknak berhutang. Nak usahakan cara sendiri dulu. Pun taknak pendapatan yang hasilnya lambat untuk'dituai', nak pendapatan yang cepat, huhuhu..

Mamdoh kejar masa la, tapi mana mungkin seorang hamba Allah mampu mengejar masa kan? Perkara yang nak dikejar sangat itu ialah:
  1. Beli rumah, 
  2. Mendirikan rumah tangga,
  3. Beli kereta, 
  4. Nak KAYA! 
Terlupa satu lagi, Tambah amal ibadat! :-(

Siapa cakap senang jadi lelaki berbanding perempuan? Tanggungjawab dan amanah dan kepercayaan kepada kita amat tinggi, jadi kita tak boleh lari jauh-jauh daripadanya. Oh solatku, oh kehidupanku, Semoga selepas ini kita pasti lebih baek dari semalam, Amin, Amin ya rabbal 'alamin :-)

Nak amik loan ke? aduiii...
Nak berniaga ke? aduiii...
Nak bertanam ke? aduiii...
Kalau semua dah aduiii mana boley ini, aiyarkkkk~~ ;-(

Buat balek apa yang mamdoh tau, blogging menaip blog serajin mungkin. Nak duit kena rajin. Apa kata orang, bersusah-payah dahulu, bersenang-senang kemudian? ;-) Walau sedih pun, walau rasa tak mampu pun, kita mesti ingat, kalau orang yang hidup susah dari kita pun boleh berjaya, apatah lagi kita yang hidup tak sesusah orang yang kita tengok hidup susah ni? Kalau hamba Allah lain boleh, kita lagila boleh kan (dalam mencari rezeki Halal) kan? Chaiyok chaiyokkkkk kepada diri sendiriiiii!!! :-)

Kena cari juga la laptop sebuah, senang nak update blog. Kalau harapkan komputer desktop pejabat, lambat ceritanya pendapatan blog ni. Mesti atur masa juga, tak boleh tido lambat macam hari ni, huhuhu.. (Mata tak mengantukla pulak) Plan awal, satu post satu entri untuk setiap blog. Semua keenam-ketujuh-tujuh blog mesti jalan. Kering idea macamana pun mesti blog jalan. InsyaAllah.

Dalam TV hari tu tengok, bila dah cakap InsyaAllah bukannya bertangguh melakukannya, atau menunggu-nunggu masa terluang baru bekerja, tapi mesti usahakan perkara yang di-insyaAllah itu dilakukan. Tak payah fikir marlu kalau tak terbuat, yang penting ada tak usaha nak buat sampai jadi. Jadi mamdoh nak buat sampai jadi. Taknak cakap-cakap je lagi. Kawan-kawan lain dah berjaya dahhhhhhh :-( :-( :-(

mamdoh bila lagi? :-(

Bonus buat diri dan teman-teman yang rasa 'down' jatuh walaupun kita masih boleh berdiri...

Maher Zain - Insya Allah (Malay) | Official Lyrics Video


Ada satu lagi...

Greyson Chance - Waiting Outside The Lines


Video Greyson Chance boleh diabaikan, lirik boleh guna pinjam sekejap. (Sekarang tengah minat lagu ni sekejap, nanti-nanti tak minat lagi kot?). Kadang-kadang rasa, kalau lagu omputeh ni ditujukan buat umat Islam atau lagu nya merindui Rasulullah, eh, macam cun ja. Tak semua lagu, tapi ada lagu yang kadang rasa lagu tu niatnya untuk merindui Rasulullah, memang terbaekkklah. Tidak mengapa, banyak lagi lagu lain yang betul-betul merindui Rasulullah ;-)

Gambar untuk entri blog kali ini:
(eppp, kenapa entri pun macam tak baekkk juga bunyinya? Bahasa Melayu dah terlalu banyak sangat meminjam bahasa pinjaman, burukla bunyi. Tapi kadang-kadang bahasa terjemahan BM pun lagi aneh, hurmmmm...). Antara kes lain dari topik, Keretapi ke kereta api? Sampai sekarang maseh tak pasti bentuk ejaan mana yang jadi ejaan rasmi BM.

Gambar-gambarnya:

funny pictures - The glass is half annoying.
Credit: iCanHasCheezBurger~~
Usaha Tangga Kejayaan (I).

funny pictures - Desperate for a snack, Max attempts to drag his can opener to the kitchen.
Credit: iCanHasCheezBurger~~
Usaha Tangga Kejayaan (II).

funny pictures - Don`t  worryz  potato  U is not  alone
Credit: iCanHasCheezBurger~~
Jangan bersedih yea? Allah kan ada? Allah sentiasa bersama dengan kita tak kira masa, di mana, atau apa yang kita lakukan di dunia yang fana sementara. :-)


m2mdoh: "Mari menyokong semalam sudah meninggalkan kita, tapi hari ini masih ada untuk esok yang selamanya~~"
:.