Thursday, December 22, 2011

Jadual Waktu Solat Negeri Sarawak Tahun 2012 bagi Zon 8, Kuching, Bau, Lundu dan Sematan.

.: Yes, jadual solat 2012 dah klua. Jika ingin merujuk jadual solat harian untuk Kuching, boleh lihat pada header blog Maksyeh ini atau pasang widget e-Solat pada blog anda sendiri :-)

Untuk kawan-kawan yang inginkan jadual waktu solat sepanjang 2012 bukan untuk Kuching atau Zon 8 sahaja, di bawah ada dua sumber untuk jadual solat negeri Sarawak. Boleh pilih yang mana anda suka :-)

Link pertama : MyOneStopSarawak.
  1. Hover layangkan mouse arrow pointer ke 'Go' warna hijau 'Information channel' > [Waktu solat] > tunggu sekejap > ketik pada zon kawasan yang anda mahu.
  2. Kemudian kita akan tiba pada laman web yang menunjukkan semua bulan pada tahun 2012. Ketik pada mana-mana bulan untuk muaturun. 
  3. Sebenarnya jadualnya sama jadual yang dikeluarkan oleh Pejabat Mufti Sarawak, bezanya jadual solatnya diberi dalam bentuk pdf, sebanyak 12 link pautan untuk 12 bulan. (Perlu muaturun satu-satu untuk jadual solat setahun 2012 ini). Sedikit lecehs..

Link kedua : Laman web rasmi Pejabat Mufti negeri Sarawak.
  1. Menu utama > Jadual Solat > Jadual Solat Tahun 2012. (Ada jadual untuk tiga tahun, 2010, 2011 dan 2012).
  2. Yang ini best. Jadual solatnya diberi untuk setahun-tahun 2012 setiap zon, dari Januari sampai Disember, tapi dalam format .doc (Microsoft Word Document) - jadi anda boleh muaturun dan edit lagi cantik-cantik sebelum print~~

Walaupun jadual ini berdasarkan ramalan dan kiraan kedudukan bulan, adalah lebih baik jika waku solat kita diperiksa lagi mengikut waktu solat semasa. Dengar dari radio ka, nengok dari televisyen ka, haa~  Solat pada waktunya banyak kebaikan, banyak keuntungan tau~

Jadual Solat Zon 8 (Kuching, Bau, Lundu, dan Sematan) untuk sepanjang tahun 2012.


(Khidmat masyarakat dari mamdoh - jadual solat diedit dengan Word 2007~)  ;-)

Jadual solat ni boleh dipakai juga untuk tengok masuknya waktu Maghrib ketika bulan Puasa nanti. Eh, untuk lihat waktu bersahur pun boleh jugaaa~ :-D Terima kasih kudos yang tidak terhingga kepada Bahagian Falak, Pejabat Mufti Negeri Sarawak~~ :-D


m2mdoh: "Mari menyokong solat ramai-ramai berjemaah tapi tidak terlalu laju atau cepat habis. Semua bacaan kena ada tajwid ada tartil."
Oh yeaaaa~  :-)
:.