Monday, January 24, 2011

Lagi 2 variasi Phishing Maybank2U

.: Lagi-lagi phishing, lagi-lagi memancing. Kadang tak best mata tengok asik emel memancing je yang selalu datang memanjang ke spam. Lebih 20K e-mel tak terbuang nih, fuhyooo...

Kali ini mamdoh nak kongsikan lagi 2 contoh emel phishing Maybank2U yang mamdoh terima. Sebelum ni dah dapat dah satu emel phishing Maybank2U. Diharap anda dapat berhati-hati dan tidak terkena jerat mereka ini. Sedih bang, sedih kak bila duit dalam Maybank2U kena cilok, tak sanggup nak tengok total balance jadi 0.05 je, aduiii...

Variasi yang pertama ni menipu pancing dengan cara "Ada mesej baru datang la kawan. Kena bukak nih, akaun Maybank kita dah kena block kena sekat sebab ada orang cuba ceroboh masuk. Terpaksa bukak balik, baru boleh pakai nih". Pandai betul diorang nih bagi situasi kita terpaksa nih, anak sapa diorang ni yea? Tua-tua pun pandai menipu...

Pengirim 'Restore your access' ialah "Maybank secure" anissiavalerie@aol.com?

Kalau klik 'Unlock account', dia redirect kita pergi ke laman [ http://pitt-payne.com/modules/identification/service.html ], semestiya bukan laman web Maybank2U yang asli yang asal. Tapi yang bestnya laman web dia dah kena block juga, haa..

Variasi kedua pula ialah mengenai laman sesawang Maybank2U yang berwajah baru. Betul, pihak Maybank dah tuka baru dah laman web diorang. Jadi emel phising kedua nih agak outdated ketinggalan sikit.

Berbekalkan tajuk 'Important notice !!!', mereka memberitakan kita tentang perubahan wajah Maybank2U yang terbaru tapi dengan satu syarat. Syaratnya kita kena sahkan account Maybank2U kita dengan mereka sekali lagi. Apa kes pulak tuka wajah baru tapi kita pulak yang kena kemaskini database diorang sekali lagi? Takde kaitan la tuka gamba tuka mekap website dengan kemaskini user database. Aneh tul. Macamlah Maybank2U takde data migration sistem yang sofistiketed, adoiiii~~

Pengirim 'Important notice !!!' ialah "Maybank" joleanserf@aol.com?

Yang ni modus operandinya ialah dengan cara me-masking me-nopengkan link Maybank2U kepada link lain. Yang tertera pada emel ialah [ http://www.maybank2u.com.my/mbb_info/m2u/public/personaldetail04.do ] tapi destinasi URL yang sebenar ialah ke [ http://mynhclub.co/secure/serviceupgrade/m2uindex.html ] pulak. kantoiiii~~

Kalau pergi pun laman web tadi, ini yang kita akan jumpa... 
Klik pada gamabr untuk paparan lebih besau punyaa~

Untuk makluman, tidak semua laman web yang menyamar Maybank2U akan disekat oleh Firefox seperti gambar di atas. Anda dan saya tetap kena berhati-hati tahap tinggi. Pasal duit tak boleh maen-maen, tak boleh anggap enteng, tak boley sembarang-sembarangan. Menangis tak berlagu jadinya.

Sebelum menutup kata, (menutup kata?), kita akhiri artikel blog hari ini dengan paparan login Maybank2U yang baru lagi asli. Satu lagi, laman web Maybank2U Malaysia kita ialah [ http://www.maybank2u.com.my/ ]. Nak login nak akses akaun kita, buka laman asal, lepas tu klik pada login. Kemudian barulah nampak login page Maybank2U yang baharu~~

Laman login Maybank2U yang baharu~~

Sekian, Maksyeh sebab membaca blog ini~ I love Islam, I love you all~~


m2mdoh: "Mari menyokong kempen cerdik penggunaan internet dengan selamat~~"
:-)
:.

Friday, January 21, 2011

Sekarang Tune Hotels Dah Boleh diTempah Guna Maybank2U~~

.: Nak booking bilik Tune Hotles dah jadik makin senang~

Lamma betul tak update. Barang-barang dah ada, tapi tengah tumpukan untuk blog lain dulu..Yang nih cuma kemaskini sikit je dulu.

Bagi anda yang ingin bercuti dan tinggal di bilik hotel dengan tilam yang standardnya 5 bintang tapi cuma bayar siket aje, bolehlah mencuba perkhidmatan Tune Hotels~

Apa yang bestnya pasal Tune Hotels?
  • Tilam, bantal, sarung bantal, cadar katil, perghh.. Tip top 5 setarssss kualitinya (kata diorang lah). 
  • Bilek mandi dengan air hujan yang boley pilih air panas ke air sejuk. Setiap bilek memang ada bilek mandi dan memang ada air hujan yang kawkaw~ 
  • Tempat Tune Hotels nih biasanya entah macamana diorang nego boleh dapat tempat strategik dekatttt je dengan tempat membeli-belah. Keluar hotel je dah jumpa kedai-medai kiri kanan depan belakang. 
  • Persekitaran yang bersih dan selasa. Pengalaman anda bermalam di Tune Hotels boleh menyebabkan anda mungkin nak datang lagi? 
  • Faktor keselamatan yang dipertingkatkan. Lepas jam 12 tengah malam orang luar tak boleh masuk. CCTV sentiasa terpasang, staf dan pekerja yang ada 24 jam, dengan penggunaan keycard untuk akses ke bilek anda.
Jadi, sekarang berminat nak cuba try test Tune Hotels?
Dulu-dulu Tune Hotels ada perkhidmatan boleh bayar dengan kad debit, tapi sekarang tidak lagi. Cuma boleh pakai kad kredit atau beli terus di kaunter sahaja.

Tapi kini depa dah ada perkhidmatan baru dah. Tempahan bilik Tune Hotels sudah boleh dilakukan dengan menggunakan debit terus dari Maybank2U anda. Macam tak percaya? Percayalah, kata Siti~~

Nak book Tune Hotels sekarang dah boleh pakai Maybank2U~~

Jika anda pernah menempah tiket kapal terbang AirAsia memang anda boleh terbiasa menggunakan debit terus dari Maybank2U untuk menempah bilik Tune Hotels. Cara tempahannya lebih kurang sama aja, yang penting handphone anda masih ada bateri, ada coverage supaya boleh menerima SMS nombor TAC Maybank2U. Tak ada TAC tak dapat menempah~~

Geng-geng Tune Hotels nih lebey kurang macam sama dengan AirAsia. Kalau nak tempah tiket penerbangan dengan harga termurah, beli yang nun jauh ke masa depan. Kalau beli yang sekarang atau yang besok punya atau yang dalam minggu nih atau bulan nih, memang caj dia mahal sangat-sangat. Teknik tu lebih kurang samalah dengan harga bilek Tune Hotels. Jadi, buatlah perancangan awwal~

Kalau nak belajar cara menempah Tune Hotels guna debit terus, anda boleh lawati laman webnya iaitu How to Book with Maybank2U. Kalau nak lompat terus ke pelajaran direct debit, klik nombor 7. Tak payah tengok semua video~    ;-)
*Tempahan Tune Hotels dengan debit terus Maybank2U hanya boleh dilakukan untuk tempahan dua (2) hari sebelum masa check-in.*


m2mdoh: "Mari menyokong kaum Adam dan Hawa untuk mengemas tempat tidur sendiri syantek syantekkk~"
X-D
:.